You are on page 1of 8

FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN 1 (JUMLAH: 25 MARKAH)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Analisa Penambah atau Analisa Marginal?


(2 markah)

b) Dalam pengurusan akaun belum terima, perkara yang paling penting ialah polisi
kredit. Jelaskan dengan ringkas EMPAT (4) elemen penting polisi kredit.
(8 markah)

c) Syarikat Bandung Sdn Bhd. sedang menghadapi masalah aliran tunai. Satu cara
untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan dasar pungutan yang
ketat. Berikut merupakan maklumat tentang keadaan semasa:

Jualan Tahunan = RM 850,000


Hutang Lapuk = 6% daripada jualan
TPP = 70 hari
Perbelanjaan memungut hutang = RM 36,000

Jika dasar pungutan ketat diamalkan, syarikat terpaksa menanggung perbelanjaan


pungutan tambahan sebanyak RM 15, 000. Ini dijangka akan mengurangkan hutang
lapuk dan tempoh pungutan purata. Hutang lapuk dijangka akan berada pada tahap 3
peratus jualan dan TPP terjangka ialah 40 hari. Dasar baru ini akan mengurangkan
jualan sebanyak RM 80, 000. Jika kos berubah syarikat ialah 60 peratus dan kos
modal 15 peratus, wajarkah syarikat mengubah dasar pungutannya?

(15 markah)

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 1


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

SOALAN 2 (JUMLAH: 25 MARKAH)

Syarikat Irdina sedang membuat penilaian pelaburan ke atas Projek Acu dan Projek Acik
yang memerlukan pelaburan permulaan sebanyak RM300, 000. Oleh kerana kedua-dua
projek ini saling menyingkiri, Syarikat Irdina hanya akan memilih salah satu projek sahaja.
Aliran tunai bersih selepas cukai bagi kedua-dua projek adalah seperti yang berikut:

Tahun Projek Acu (RM) Projek Acik (RM)

1 60, 000 50, 000

2 80, 000 60, 000

3 100, 000 100, 000

4 100, 000 100, 000

5 100, 000 130, 000

440, 000 440, 000

Kadar pulangan yang dikehendaki oleh pemegang saham Syarikat Irdina ialah 12 peratus.

Dikehendaki:

Dengan berasaskan kaedah penilaian yang berikut, projek manakah yang harus dipilih?

a) Nilai kini bersih (NPV)

(8 markah)

b) Kadar pulangan dalaman (IRR)

(12 markah)

c) Indeks Keuntungan (P.I)

(5 markah)

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 2


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 3


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 4


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

JAWAPAN

Soalan 1

(a) -Melibatkan perbandingan antara sumbangan yang didapati daripada keuntungan


tambahan yang dijanakan daripada tahap jualan yang baru dengan kos tambahan
yang disebabkan oleh perubahan dalam dasar kredit.

-Jika pulangan daripada keuntungan tersebut melebihi kos,maka perubahan


dalam dasar kredit akan terlaksana.

-Perubahan dalam dasar kredit akan mempengaruhi tahap jualan.

-Jika keluaran berubah secara tidak langsung ia mempengaruhi pengeluaran.

-Tahap pelaburan dalam inventori dan akaun belum terima juga akan turut
berubah untuk menampung perubahan jualan tersebut.

(b) Risiko Dan Pulangan

-Setiap penetapan dasar kredit atau perubahan yang dicadangkan dalam dasar kredit
mestilah dinilai secara berhati-hati dalam menentukan risiko dan pulangan
daripadanya.

Pertimbangan Dinamik

-Tugas seorang pengurus kewangan dalam pengurusan akaun belum terima adalah
dinamik di mana ia melibatkan pelarasan dan pemantauan yang kerap terhadap
dasar kredit syarikat untuk menyesuaikannya dengan keadaan ekonomi dan
permintaan yang sentiasa berubah-ubah.

-Dasar kredit yang sesuai adalah bergantung pada tahap aktiviti ekonomi dari
semasa ke semasa.

Pengurusan Akaun Belum Terima Berkomputer

-Sistem komputer juga digunakan secara meluas dalam urusan pengebilan dan
pengutipan akaun belum terima.

-Ia digunakan untuk mengeluarkan bil pelanggan kredit pada masa yang
diprogramkan selepas sesuatu belian dilakukan .Kadangkala ia digunakan untuk
menolong dalam proses keputusan pemberian kredit.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 5


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

-Sistem berkomputer ini juga boleh digunakan untuk mengawal keberkesanan


bahagian kredit syarikat dengan melihat kepada data mengenai status akaun
pelanggan.

-Walaupun tidak dapat menyumbang secara keseluruhan untuk mengurusk akaun


belum terima ,sedikit sebanyak sistem ini dapat mengurangkan kerja-kerja menulis
yang terlibat dalam pengurusan akaun belum terima.

Pertimbangan-pertimbangan lain

-Dalam membentuk atau mengubah dasar kredit ,pengurus kewangan juga harus
mengambil kira kesan-kesan lain.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 6


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

Soalan 1 C

Dasar dicadangkan 3/10, bersih 30 Dasar sekarang 6/10, bersih 60

Jumlah kredit yang dikurangkan RM80 000 Jualan kredit sebanyak RM 850 000

Seramai 80 000 pelanggan mengambil diskaun ini Seramai 80 000 pelanggan mengambil diskaun
tersebut

30% membayar pada hari ke-40 60% harus membayar pada hari ke-70

10% membayar pada hari ke-90

Hutang lapuk merupakan sebanyak RM3 000 Hutang lapuk merupakan sebanyak RM6 000

Inventori pada tahap RM15 000 Inventori pada tahap RM36 000

1. Peningkatan Akaun Belum Terima

= (RM80 000) / 360(192) - (RM850 000) /360(411)

= RM 42 666.667 – RM970 416.667

= RM 927,750.000

Inventori Tambahan

= RM 15 000 – RM 36 000

= RM 21 000

2. Kos tambahan dalam pelaburan dalam akaun belum terima dan inventori

= RM 927 750.667 + RM 21 000

= RM 948 750.667

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 7


FIN4023 ANALISIS KEWANGAN SULIT

3. Perubahan dalam keuntungan

(RM 80 000 – RM 850 000)(0.4) – (RM 3 000 – RM 6 000)

= RM 308 000 – RM 3 000

= RM 305 000

4. Perubahan dalam kos diskaun tunai

= (RM 80 000) (18.0) (0.3) –(RM850 000) (0.6) (0.6)

= RM 432 000 – RM 306 000

= RM 126 000

5. Perubahan dalam keuntungan sebelum cukai

= RM 927 750.000 – ( RM 948 750.000 + RM 126 000 )

= RM 147 000

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 8

You might also like