You are on page 1of 6

IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

BAHAGIAN A (10 MARKAH)


ARAHAN: BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 10 SOALAN ANEKA PILIHAN. JAWAB
SEMUA SOALAN.

1. Manakah antara berikut merupakan matlamat utama sesebuah syarikat?

A. Memaksimumkan keuntungan
B. Memaksimumkan nilai buku syarikat
C. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham
D. Memaksimumkan harga saham keutaamaan syarikat
Jawapan:
2. Manakah antara berikut BUKAN kelebihan milikan tunggal?

A. Liabiliti terhad
B. Tiada had masa kewujudan
C. Perlu membayar cukai korporat
D. Tiada kelayakan undang-undang diperlukan untuk memulakan
perniagaan
Jawapan:
3. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah agensi?

A. Konflik yang wujud antara pemegang saham


B. Konflik yang wujud antara ahli lembaga pengarah dengan pekerja
syarikat
C. Konflik yang wujud antara pengurus kewangan dengan pegawai hasil
dalam negeri
D. Konflik kepentingan yang wujud antara pengurus syarikat dengan
pemegang saham biasa
Jawapan:

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 1


IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

4. Lembaran imbangan Syarikat Juara Bhd. menunjukkan jumlah liabiliti semasa


ialah RM 805,000, jumlah aset RM 2,655,000, aset tetap dan lain-lain aset bukan
semasa RM 1,770,000, dan hutang jangka panjang RM 200,000. Berapakah nilai
modal kerja bersih Syarikat Juara?

A. RM25,000
B. RM80,000
C. RM325,000
D. RM770,000
Jawapan:
5. Jika pusing ganti akaun belum terima ialah 8 dan jualan kredit tahunan RM
362,000, tempoh kutipan purata ialah

A. 45 hari
B. 60 hari
C. 75 hari
D. 90 hari
Jawapan:
6. Kajang Utama Bhd. mempunyai nisbah semasa 1.33 kali, liabiliti semasa RM
540,000 dan inventori RM 400,000. Berapakah asset semasa Kajang Utama?

A. RM 1,240,000
B. RM 1,118,200
C. RM 318,200
D. RM 186,200
Jawapan:
7. Sekiranya tempoh kutipan purata syarikat lebih tinggi daripada purata industri,
syarikat mungkin

A. Mempunyai kecairan tinggi.


B. Menjalankan aktiviti kutipan yang berkesan.
C. Membiarkan pelanggan melengahkan pembayaran hutang.
D. Mengamalkan dasar kredit yang ketat ke atas pelanggannya.

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 2


IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

Gunakan maklumat di bawah bagi menjawab soalan 8-10.


Syarikat Leemontee Bhd. meminjam RM 50,000 untuk tempoh 10 tahun pada kadar
faedah 8% setahun atas baki pinjaman. Pinjaman tersebut perlu dilunaskan dalam
amaun yang sama bagi setiap tempoh.

8. Berapakah amaun ansuran yang perlu dijelaskan oleh syarikat

A. RM 7,251.47
B. RM 7,441.46
C. RM 7,451.45
D. RM 7,551.48
Jawapan:

9. Jika amaun ansuran ialah RM 7,790.95, berapakah kadar faedah yang baru?

A. 7%
B. 9%
C. 10%
D. 11%
Jawapan:

10. Jika kadar faedah masih lagi 8% dan amaun ansuran bulanan RM 5,841.46,
berapakah tempoh bayaran ansuran baru?

A. 11 tahun
B. 12 tahun
C. 14 tahun
D. 15 tahun
Jawapan:

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 3


IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

BAHAGIAN B (JUMLAH: 30 MARKAH)


ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN.

SOALAN 1 (15 MARKAH)

Dengan menggunakan maklumat berikut serta andaian terdapat 360 hari dalam

setahun, lengkapkan lembaran imbangan Syarikat Cun Tak Cun Sdn Bhd untuk tahun

2018 yang diberi di bawah.

i. Jumlah Jualan RM 1,800,000

ii. Nisbah Semasa 1.60

iii. Pusing Ganti Inventori 6.00

iv. Tempoh Kutipan Purata 40 hari

v. Pusing Ganti Jumlah Aset 1.20

vi. Nisbah Hutang 60%

vii. Margin Untung Kasar 25%

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 4


IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

Lembaran Imbangan
Syarikat Cun Tak Cun Sdn Bhd
Pada 31 Disember 2018

RM RM
Tunai 25,000 Akaun Belum Bayar 120,000

Sekuriti Boleh Pasar 30,000 Nota Belum Bayar 140,000

Akaun Belum Terima XXXX Akruan 40,000

Inventori XXXX Jumlah Liabiliti Semasa XXXX

Jumlah Aset Semasa XXXX Hutang Jangka Panjang 600,000

Aset Tetap Bersih XXXX Ekuiti Pemegang Saham 600,000

Jumlah Aset XXXX Jumlah Liabiliti & Ekuiti XXXX

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 5


IBF 4023/FIN 4013 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM/

PENGURUSAN KEWANGAN SULIT

SOALAN 2 (15 MARKAH)

i. Huraikan secara ringkas perkara berikut:

a) Aliran Tunai dari aktiviti operasi


(2 markah)
b) Aliran Tunai dari aktiviti pelaburan
(2 markah)
c) Aliran Tunai dari aktiviti pembiayaan
(2 markah)

ii. Nyatakan DUA (2) contoh aset semasa dan DUA (2) contoh liabiliti semasa

(4 markah)

iii. Encik Rich telah mendepositkan sebanyak RM 150 ke dalam akaun


simpanannya dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun dan dikompaunkan
setiap tahun. Berapakah nilai simpanan selepas 10 tahun?

(5 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 6

You might also like