You are on page 1of 2

LATIHAN MAPFIM (SET 1)

1. Encik Ramli merupakan seorang pengurus jualan di sebuah syarikat pengedar


perkakasan dan perkhidmatan komputer. Beliau menguruskan 10 pasukan jualan
yang bertanggungjawab membuat jualan, meyediakan khidmat rundingan,
memberi sokongan teknikal dan mengumpul maklum balas daripada pelanggan
untuk disampaikan kepada pihak pengurusan syarikat. Encik Ramli akan
menetapkan matlamat jualan berdasarkan perbincangannya dengan setiap pasukan
jualan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, beliau akan mempertimbangkan
pendapat daripada pasukan jualannya. Encik Ramli amat yakin terhadap kebolehan
setiap jurujualnya dan sering mendorong mereka mencapai potensi diri masing-
masing. Beliau sentiasa memberi panduan, sokongan dan tunjuk ajar kepada semua
jurujual syarikat. Mereka akan diberi ganjaran secara adil setimpal dengan
pencapaian mereka secara individu atau berpasukan. Melalui hubungan yang erat
di kalangan jurujual dan pengurus serta semangat berpasukan yang tinggi, syarikat
ini mampu menghadapi cabaran perniagaan dengan lebih berkesan.

a) Jelaskan peranan Encik Ramli sebagai Penjalin Hubungan Perorangan


[6 markah]

b) Terangkan jenis perancangan yang disediakan oleh Encik Ramli sebagai pengurus jualan.
[3 markah]
c) Apakah gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh Encik Ramli dan jelaskan.
[4 markah]
d) Terangkan bagaimana Encik Ramli boleh menggunakan Teori Hirarki Keperluan Maslow
dalam memotivasikan pekerja dibawahnya.
[10 markah]
e) Terangkan satu alat kawalan yang paling sesuai digunakan oleh Encik Ramli bagi
mengawal aktiviti jualan di jabatannya. [3 markah]

2. Syarikat Terbilang Sdn. Bhd. mempunyai dua anak syarikat yang mempunyai operasi yang
berbeza. Berikut merupakan maklumat asas bagi anak syarikat tersebut.

Bil Anak Syarikat Huraian


Mempunyai seorang pengurus bagi setiap Jabatan Kewangan,
1. Cemerlang
Pemasaran, Reka bentuk.
Mempunyai seorang pengurus bagi setiap Jabatan Makanan
2. Gemilang
dan Minuman, Pakaian, Barangan Elektrik

1
a) Kenal pasti jenis struktur organisasi yang sesuai bagi setiap anak syarikat dan jelaskan
setiap satunya. [4
markah]
b) Pengurus Besar Syarikat Terbilang Sdn. Bhd. berhasrat menggabungkan kedua anak
syarikat tersebut, nyatakan struktur organisasi yang sesuai dan lakarkan struktur organisasi
tersebut.
[6 markah]
c) Jelaskan dua kelebihan struktur organisasi tersebut. [4 markah]

You might also like