You are on page 1of 5

CLO 1(C3, C4) AP025 Kilauan Kencana NILAM

MASTER1 1
BAB 1: PENGELUARAN (PART 1)

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)

1. Jelaskan proses pengeluaran yang berikut bagi produk biskut (4 markah)


a) Input
b) Transformasi
2. Huraikan tiga jenis pengeluaran (6 markah)
3. Terangkan dua faktor pertimbangan dalam perancangan lokasi tapak (4 markah)
4. Jelaskan kaedah Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) dan konsep sistem Tepat Pada Waktu (JIT)
sebagai alat-alat kawalan inventori (4 markah)
5. Terangkan tiga kepentingan kawalan kualiti (6 markah)

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI)

1. Habsah Foods Sdn. Bhd. (HFSB) merupakan syarikat pengilang mee segera di Shah Alam.
Kuantiti permintaan mee segera syarikat ini semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga
berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Seiring dengan perkembangan ini, pihak pengurusan
bercadang untuk mengemaskini pengurusan pengeluaran syarikat ini bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti produknya.
a) Terangkan jenis pengeluaran yang diamalkan oleh Habsah Food Sdn. Bhd (3 markah)
b) Jelaskan jenis susun atur yang digunakan oleh Habsah Food Sdn. Bhd (2 markah)
c) Jelaskan prinsip Just in Time (JIT) dan terangkan dua faedah yang akan diperolehi oleh
HFSB jika menggunakan sistem ini dalam pengurusan inventorinya. (5 markah)
d) Huraikan empat cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran di Habsah Food Sdn.
Bhd (8 markah)

2. Syarikat Dinamik Maju Emas menjual alat ganti kereta. Ia kini sedang menentukan dasar inventori
dan kuantiti pesanan semula untuk komponen ABC. Kos alat ini ialah RM50 dan permintaannya
adalah lebih kurang 500 unit setahun. Kos memesan ialah RM80 untuk sekali pesanan dan kos
menyimpan dianggarkan sebanyak 20% setahun daripada kos alat.
a) Berapakah kuantiti pesanan optimum (EOQ) mengikut model ini. (2 markah)
b) Berapakah kali setahun syarikat ini akan membuat pesanan. (2 markah)
c) Kirakan kos pegangan dan kos pesanan setahun (4 markah)
d) Berdasarkan jawapan (c) lakarkan rajah EOQ (4 markah)

SOALAN TAMAT

1
CLO 1(C3, C4) AP025 Kilauan Kencana NILAM

1. Kilang Sos Rosney (KSR) mengeluarkan pelbagai jenis produk sos seperti sos tiram (tiram laut, tiram
kolam), sos cili (cili padi, thai, bawang putih), sos tomato dan sos lada hitam. Atas permintaan ramai
KSR ingin mengeluarkan produk sos sotong dan sos ikan. Setiap sos dijual dalam botol kecil dan botol
besar atau dalam bungkusan dengan berat masing-masing 500g dan 1000g.
a) Jelaskan 4 komponen paduan produk beserta contoh – contoh yang sesuai. [10 markah]
b) Terangkan jenis produk pengguna yang di pasarkan oleh Kilang Sos Rosney. [3 markah]

2. a) Di dalam menentukan harga di pasaran, pengeluar perlu mempunyai strategi-strategi yang


bersesuaian. Terangkan empat strategi penentuan harga beserta contoh-contoh yang sesuai.
[8
markah]
b) Jelaskan dua jenis alat promosi jualan yang sesuai untuk mempromosikan produk pembancuh
kopi.
[4 markah]

3. Kilang keropok Kuala Perlis (KKKP) perlu membuat perancangan tentang lokasi di mana kilang
tersebut akan beroperasi supaya ianya berdaya saing dan kekal untuk satu tempoh yang lama.
Jelaskan tiga faktor yang perlu diambilkira oleh KKKP dalam memilih lokasi di mana kilang tersebut
akan beroperasi. [6 markah]

4. Jika permintaan tahunan untuk beg tangan berjenama ZZA ialah 350,000 unit, kos pegangan tahunan
ialah 25% dari kos seunit produk dengan nilai produk ditetapkan pada harga RM150 seunit dan setiap
kali pesanan untuk pembelian dibuat akan melibatkan kos sebanyak RM 45.

Berdasarkan maklumat di atas;


i. Kirakan kuantiti pesanan ekonomik. [2 markah]
ii. Berapa kalikah pesanan perlu dibuat dalam setahun. [2 markah]
iii. Berapakah jumlah kos inventori tahunan syarikat ini. [4 markah]
iv. Kirakan titik pesanan semula jika masa menunggu adalah 1/2 hari dan hari beroperasi ialah 350 hari
setahun. [2 markah]

5. Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan satu projek yang sedang berjalan.

Aktiviti Aktiviti terdahulu Masa ( Hari )


A - 10
B - 8
C A 8
D B 10
E B 22
F A 10

2
CLO 1(C3, C4) AP025 Kilauan Kencana NILAM

G D 35
H A 40
I C,E,G 15
J F,H.I 14

i. Lukiskan carta Gantt bagi menggambarkan projek di atas. [4 markah]


ii. Berdasarkan soalan yang sama, bina carta PERT [4 markah]
iii. Kenalpasti laluan genting bagi projek ini [1markah]

Soalan 6

Permintaan ramalan 18,000 unit televisyen


Kos setiap pesanan RM 112.50
Nilai belian setiap unit televisyen RM 2,250.00
Kos penyimpanan 20% daripada nilai belian
Bilangan hari bekerja 360 hari
a) Hitungkan kuantiti pesanan ekonomik (EOQ) [3 markah]
b) Berapa kali pesanan [2 markah]
c) Titik pesanan semula seandainya masa menunggu adalah 5 hari. [2 markah]
d) Lakarkan rajah EOQ berdasarkan jawapan (a) [4 markah]

Soalan 7

Syarikat Tekstil Tunas Sdn. Bhd memerlukan 200 gulung kain ela setiap minggu. Syarikat beroperasi 5
hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kos memesan kain ela ialah RM 45 bagi setiap pesanan, kos
pegangan adalah RM 10 bagi setiap gulung. Syarikat memesan sebanyak 400 gulung kain ela bagi setiap
pesanan.

a) Hitungkan jumlah kos tahunan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan yang perlu dibayar oleh
syarikat. [4 markah]
b) Hitungkan Kuantiti pesanan ekonomik (EOQ) bagi syarikat ini. [3 markah]
c) Hitungkan jumlah kos tahunan yang diambil kira dalam model EOQ. [3 markah]

Soalan 8

Syarikat Kosmetik Alizah telah membeli barang kosmetik selama setahun sebanyak 10,000 unit. Syarikat
tersebut telah membuat pembayaran sebanyak RM 30 bagi setiap kali pesanan yang dibuat dan
menanggung kos bagi setiap unit sebagai inventori ialah RM12 pada setiap tahun. Bilangan hari bekerja
ialah 360 hari.

a) Hitungkan kuantiti pesanan ekonomik untuk kosmetik tersebut. [3 markah]

3
CLO 1(C3, C4) AP025 Kilauan Kencana NILAM

b) Berapa kali pesanan perlu dibuat. [2 markah]


c) Titik pesanan semula sekiranya masa menunggu ialah selama 3 minggu. [2 markah]

Soalan 9

Syarikat Jaya Indah berhad merupakan pembekal peralatan elektronik ingin menentukan kuantiti pesanan
ekonomiknya. Ramalan jualan sistem bunyi syarikat ialah 4000 unit setahun dan nilai belian setiap item
ialah 7500.00. Syarikat menganggarkan bahawa kos setiap pesanan item tersebut ialah RM75. Kos
penyimpanan termasuk cukai adalah 20% daripada harga sistem bunyi tersebut.
a) Hitung kuantiti pesanan ekonomik [3 markah]
b) Hitungkan bilangan pesanan setahun [2 markah]
c) Kirakan purata inventori tahunan [2 markah]
d) Kira titik pesanan semula bagi syarikat tersebut denan masa lopor 2 hari dan masa hari bekerja
adalah 360 hari setahun. [2 markah]

Soalan 10

Syarikat Murni menjual 1200 pasang baju kurung setahun. Harga belian sepasang baju adalah RM100.
Perbelanjaan menyiapkan satu pesanan ialah RM200 manakala kos penyimpanan ialah 40% daripada nilai
belian.
a) Kirakan Kuantiti pesanan ekonomik bagi Syarikat Murni. [3 markah]
b) Berapa kali syarikat perlu membuat pesanan dalam setahun. [2 markah]
c) Berapa kos intentori tahunan Syarikat Murni. [2 markah]
d) Lukiskan rajah perkaitan antara kos pesanan, kos pegangan dan jumlah kos inventori. [6 markah]

Soalan 11

SNI Smart Solution membeli sebanyak 10,000 kotak bahan pewarna setiap tahun. Kos setiap pesanan
ialah RM 10, manakala kos penyimpnan setiap kotak sebagai stok ialah RM 5. Kira kuantiti pesanan
ekonomik (EOQ) yang harus dipesan dan berapa kalikah pesanan perlu dibuat setiap tahun. [3 markah]

Soalan 12

Jadual di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam sebuah proses pengeluaran

Aktiviti Aktiviti Sebelumnya Anggaran masa (minggu)


A - 7
B A 3
C A 9
D B 4
E B,C 5
F E 8
G D,F 8
H G 6

4
CLO 1(C3, C4) AP025 Kilauan Kencana NILAM

Lukis gambar rajah PERT dan cari laluan kritikal dan jumlah masa melengkapkan projek. [8 markah]

You might also like