You are on page 1of 1

BAB 1: PENGURUSAN PENGELUARAN

1.4 Alat/kaedah kawalan inventori & 1.5 Kawalan kualiti

1. Safifi Bhd telah membuka sebuah kedai jam antik dua tahun lepas. Salah satu daripada item yang
laris dijual adalah jam dinding . Penjualannya sebanyak 18 unit seminggu dan niulai belian setiap
item ialah RM 60 seunit. Kos untuk mendapatkan jam dari pembekal ialah Rm 45 manakala kos
pergudangan ialah 25% daripada nilai beloian. Syarikat beroperasi selama 52 minggu setahun dan
syarikat menerima bekalan dari pembekal dalam masa 4 hari. Safifi Bhd juga membuat simpanan
inventori jam sebanyak 50 buah.

a) Kirakan kuantiti pesanan yang akan meminimumkan kos inventori syarikat Safifi Bhd. ( 2m)
b) Berapakah bilangan pesanan setahun syarikat. ( 2m)
c) Kirakan kos pergudangan setahun syarikat. ( 2m)
d) Kirakan kos pesanan tahunan syarikat. ( 2m)
e) Hitung jumlah kos inventori tahunan syarikat. ( 2m)
f) Kira purata inventori tahunan Safifi Bhd. ( 2m)
g) Hitung titik pesanan semula syarikat. ( 2m)
h) Lakarkan graf Kuantiti Pesanan Ekonomik. ( 2m)

2. a. Nyatakan DUA sebab utama mengapa mengawal inventori penting kepada syarikat diatas.
(2 markah)
b. Huraikan jenis-jenis inventori yang terlibat dalam pengeluaran produk jam dinding.
(6 markah)
c. Senaraikan TIGA kepentingan jenis-jenis inventori tersebut kepada syarikat.
(3 markah)

3. Anda ingin membuka satu perniagaan baharu iaitu bakeri berasaskan tempahan dari rumah
dan ingin mengaplikasikan Just-in-Time (JIT). Huraikan EMPAT tujuan anda menggunakan
sistem JIT. (8 markah)

4. a. Jelaskan DUA sebab mengapa kawalan kualiti penting kepada kedua-dua jam dinding
dan bakeri. (4 markah)
b. Hurai proses kawalan kualiti yang dilaksanakan dalam proses pengeluaran produk bakeri
(8 markah)
c. Terangkan TIGA sebab mengapa anda perlu melaksanakan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) dalam perniagaan anda. (6 markah)
d. Bezakan TQM dan standard International Standard Organization (ISO). (2 markah)

NF2f
Sila buat pembacaan atau menonton video berkaitan Sistem JIT yang dilaksanakan oleh
syarikat pengeluar kereta Toyota. Bincangkan apa yg anda faham dari pembacaan tersebut.

You might also like