You are on page 1of 3

Bab 9 Pembuatan Keputusan

1. Encik Adam menjalankan perniagaan logistik di peringkat domestik dan beliau mula
merancang untuk membuka cawangannya di luar negara, memandangkan ekonomi dunia
semakin bertambah baik.

Jelaskan proses membuat keputusan yang perlu dilakukan oleh beliau dalam memilih
sama ada menjalankan perniagaannya di luar negara atau pun tidak.

2. Berikut adalah data yang diperoleh tentang prestasi pekerja pengeluaran di Kilang Kasut MJ.

Pekerja Pengeluaran
A 225
B 200
C 310
D 175
E 200

i. Hitungkan min, median, mod, dan sisihan piawai. [5]


ii. Berdasarkan maklumat (a) i, terangkan dua kesimpulan tentang prestasi pekerja
kilang kasut itu.
[4]
iii. Cadangkan dua tindakan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan kilang kasut
berkenaan bagi meningkatkan prestasi pekerjanya. [4]

3. Berikut ialah jumlah pengeluaran kumpulan A dan Kumpulan B dalam tempoh satu minggu
( dalam unit )

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Kumpulan A 45 55 60 65 70 65

Kumpulan B 75 60 65 45 60 70

(i) Hitungkan Mod, Min dan Median setiap kumpulan [6]

(ii) Hitungkan sisihan piawai setiap kumpulan [7]

(iii) Nyatakan kumpulan manakah mempunyai pengeluaran yang lebih konsisten. [2]

Pada tahun 2016, jualan roti dan kek bagi Perniagaan Lyn Bakery ialah sebanyak RM200,000,
manakala pada tahun 2017 pula, jualannya hanya sebanyak RM120,000.

Pada pertengahan tahun 2017, mesin pengadun berkapasiti tinggi telah rosak dan seorang pekerja mahir
telah berhenti kerja. Pekerja baru yang dilantik pula masih kurang mahir dalam menghasilkan pelbagai
roti dan kek dan beliau kerap cuti sakit. Perniagaan Lyn Bakery masih menggunakan mesin lama
dalam pembuatan roti dan kek di kedainya .

Pada tahun tersebut juga, didapati pembekal menghantar tepung yang berkualiti rendah dan adakalanya
lambat menghantar bahan mentah yang ditempah.
Dengan menggunakan gambarajah Analisis Tulang Ikan, jelaskan punca sebenar bagi masalah yang di
hadapi oleh Perniagaan Lyn Bakery.

4.

Menggunakan analisis tulang ikan, bantu Perniagaan Lyn Bakeri menyelesaikan masalah mereka

5. Huraikan alat membuat keputusan berikut. ( Beri empat huraian bagi setiap alat membuat
keputusan)

Sumbangsaran

Kumpulan Fokus

Teknik Delphi

Teknik Kumpulan
Nominal
6. Lengkap kan jadual berikut : Faktor yang mempengaruhi Pembuatan Keputusan

Faktor Kedapatan Maklumat Faktor Kecekapan Pembuat Faktor Situasi Pemuatan


Keputusan Keputusan

7. Jelaskan dua jenis keputusan

8. Huraikan bagaimana faktor kecekapan pembuatan keputusan mempengaruhi pengurus


untuk membuat keputusan.

You might also like