You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KUCHING TENGAH

PENILAIAN SUMATIF 1
PERNIAGAAN
TINGKATAN 5
APRIL 2022
1 JAM

Nama : ________________________________ Kelas : ____________

Arahan Soalan : Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A ,dan Bahagian
B .Jawab semua soalan

BAHAGIAN A
[20 MARKAH]
Jawab semua soalan.
Bab 1 TINGKATAN 4

1.(a) Terangkan dua kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung
(OBBU) [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Ehsan Sdn. Bhd

Syarikat Ehsan Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan roti
Best. Syarikat tersebut mempunyai sebuah kilang roti Best di Segamat, Johor.
Syarikat Ehsan Sdn. Bhd. mempunyai pekerja sepenuh masa seramai 80 orang.
Jumlah jualan tahunan RM15 juta. Produk yang dihasilkan akan dipasarkan di
seluruh Malaysia.

Jelaskan saiz, skala dan bentuk pemilikan perniagaan Syarikat Ehsan Sdn. Bhd.
[6 markah]
Bab 1 TINGKATAN 5
2. (a) Pernyataan berikut berkaitan syarikat kain terkenal, Jakel Trading.
Jakel Trading telah memberi bonus kepada pekerja yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun 2017.

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan peranan pengurusan sumber manusia


yang dimainkan oleh Jakel Trading dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
[4 markah]

(b) Nyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi.


[6 markah]

Bahagian B
[20 markah]
Wajib jawab.

10. Baca dengan teliti kes di bawah.

Mynn Wei telah mewarisi harta pusaka apabila datuknya meninggal dunia. Beliau telah
mewarisi wang tunai sebanyak RM800, 000 dan kilang arang batu cara tradisional yang
diusahakan oleh arwah datuknya. Mynn Wei sedar bahawa datuknya bekerja keras
sepanjang hidupnya dan berjanji untuk mengusahakan tanah pusaka dan wang tersebut
untuk mengharumkan nama kampungnya dan membanggakan keluarganya.
Mynn Wei akan meneruskan kilang arang batu MyWay Enterprise., tetapi akan
melakukan beberapa rombakan. Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang
ekopelancongan. Selain mengusahakan kilang arang batu cara baharu, Mynn Wei
bercadang membuka tempat perusahaannya itu kepada orang ramai. Sasaran
pelanggannya ialah para pelancong dari dalam dan luar negara, pelajar sekolah dan inst
tusi pengajian tinggi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran hasil
bumi. Untuk memenuhi keperluan pelawat ke kilangnya, beliau akan menjual
cenderahati dan mengusahakan restoran kecil di kawasan tanah pusakanya itu.
Beliau akan menggunakan wang peninggalan datuknya untuk membeli beberapa buah
ketuhar besar bagi menghasilkan arang batu secara moden dan saintifik. Beliau juga
merancang untuk membina jalan air yang akan membolehkan kayu bakau daripada paya
bakau yang berdekatan dibawa terus ke kilangnya.
Beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada orang kampungnya. Mynn Wei akan
terus mengupah pekerja yang sedia tetapi akan membentuk corak pentadbiran yang
baharu dengan berfokus pada pengkhususan kerana beliau sedar bahawa amalan
begini akan membawa banyak kelebihan lain kepada perusahaannya, di samping akan
dapat menjimat kos pengeluaran
Beliau bercadang mengupah Leman Ahmad, seorang anak muda kampung yang
memiliki ijazah Pengurusan Perniagaan dan berpengalaman bekerja sebagai Pengurus
Pengeluaran selama 8 tahun. Mynn Wei berharap agar Leman dapat mengawal pekerja-
pekerja sektor pengeluaran untuknya. Memandangkan agenda utama Mynn Wei adalah
membantu anak-anak kampung, beliau telah mensasarkan seorang lagi anak tempatan,
Magaswari Marimutu yang sedang menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan
Pemasaran di sebuah syarikat terkenal di Pulau Pinang. Mynn Wei akan menawarkan
peluang pekerjaan di kampung halaman sendiri untuk Magaswari.
Kerajaan juga sedang menawarkan bantuan kepada para usahawan seperti Mynn Wei.
Oleh itu, beliau bercadang untuk memohon bantuan daripada agensi yang bersesuaian
untuk membantu meningkatkan perusahaannya bagi merealisasikan hasratnya untuk
mengeksport arang batu ke peringkat antarabangsa. Antara bantuan yang hendak
dipohonnya termasuklah bantuan latihan kemahiran kepada para pekerjanya serta
membawa produknya ke peringkat antarabangsa.

(a) Kelaskan dan buktikan sektor perniagaan yang terlibat dalam usaha menghasilkan
arang batu dalam petikan di atas. [4 markah]

(b) Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan Mynn Wei. (1 markah)


(c) (i) Lakarkan struktur organisasi kilang arang batu MyWay Enterprise setelah diambil
alih oleh Mynn Wei. [5 markah]

(ii) Mengapakah setiap perniagaan memerlukan carta organisasi [4 markah]

(iii) Berikan alasan yang munasabah sebab carta organisasi di c (i) dipilih
[4 markah]

(d) Terangkan jenis sumber manusia yang digunakan oleh Mynn Wei untuk melancarkan
operasi perniagaannya. [2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ ____________________________ _________________


(HASLINDA BINTI AHMAD)
GURU MATA PELAJARAN

You might also like