You are on page 1of 4

SOALAN PSPM 18/19 (edited)

Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan.

1. (a) Syarikat Prima Teknologi Berhad merupakan syarikat pembekal,


pemasang dan penyedia perkhidmatan Sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV)
di Selangor. Syarikat ini telah diberi tender bagi menguruskan projek
pemasangan dan penyelenggaraan di sebuah hotel baharu di Cherating,
disiapkan dalam tempoh enam bulan walaupun terpaksa menghadapi
ketidaktentuan cuaca terutama pada musim tengkujuh. Encik Azman selaku
Pengurus Projek ini perlu membuat perancangan supaya matlamat dan hala
tuju syarikat tercapai. Bagi memastikan kelancaran projek ini, Encik Azman
telah berbincang dengan pekerjanya mengenai operasi pemasangan CCTV
tersebut, penetapan lokasi yang sesuai. Walau bagaimanapun keputusan akhir
akan dibuat oleh Encik Azman.

(i) Huraikan gaya kepimpinan Encik Azman [3m]

(ii) Berdasarkan jawapan dalam soalan 1(a)(i), huraikan dua (2) kebaikan
gaya kepimpinan tersebut [2m]

(iii) Kenal pasti empat (4) kepentingan perancangan kepada Encik Azman
dalam pemasangan CCTV di hotel baharu. [12m]

(iv) Huraikan jenis delegasi tugas yang dilaksanakan oleh Syarikat Prima
Teknologi Berhad. [3m]

(b) Syarikat HoneyBee Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memproses
madu lebah dan menjualnya ke seluruh Malaysia. Jelaskan proses kawalan
untuk pengeluaran madu lebah Syarikat Fatin Azra Sdn Berhad untuk
menjadikan produknya lebih berkualiti. [10 markah]

2. (a) Jelaskan definisi pengurusan kredit dan terangkan terma kredit 5/10 net 30.
[5m]

(b) Syarikat Teluk Harapan Sdn. Bhd. merupakan pengeluar papan lapis
terbesar di Segamat, Johor. Maklumat kewangan pada tahun 2018 bagi
Syarikat Teluk Harapan Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
SYARIKAT TELUK HARAPAN SDN. BHD.
PENYATA PENDAPATAN
BAGI TAHUN BERAKHIR PADA TAHUN 31 DISEMBER 2018
ITEM/TAHUN RM
Jualan 2,080,976
Tolak: Kos Jualan (1,701,000)
Untung Kasar 379,976
Tolak: Belanja Operasi (273,680)
Untung Operasi 106,296
Tolak: Belanja Faedah (19,296)
Pendapatan Sebelum Cukai 87,000
Tolak: Cukai (25%) 21,750
Pendapatan Bersih 65,250

SYARIKAT TELUK HARAPAN SDN. BHD.


KUNCI KIRA-KIRA
BAGI TAHUN BERAKHIR PADA TAHUN 31 DISEMBER 2018
ITEM/TAHUN RM
Aset Semasa
Tunai 95,000
Akaun Belum Terima 237,000
Inventori 243,000
Jumlah Aset Semasa 575,000
Aset Tetap
Bangunan dan Peralatan 500,000
Tolak: Susut nilai terkumpul (75,000)
Jumlah Aset 425,000
JUMLAH ASET 1,000,000
Liabiliti Semasa
Nota Belum Bayar 169,000
Akaun Belum Bayar 89,000
Lain-lain Akruan 87,000
Jumlah Liabiliti Semasa 345,000
Liabiliti Jangka Panjang
Hutang Jangka Panjang 188,000
JUMLAH LIABILITI 533,000
Ekuiti Pemilik
Saham Biasa 255,000
Pendapatan Tertahan 212,000
Jumlah Ekuiti Pemilik 467,000
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,000,000

Maklumat nisbah purata industri dan nisbah kewangan Syarikat Teluk Harapan Sdn.
Bhd. Bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:
Nisbah 2017 Industri
Nisbah semasa 1.7x 1.6x
Nisbah cepat 1.0x 0.9x
Pusing ganti inventori 9.3x 8.4x
Tempoh purata kutipan 37 hari 39 hari
Pusing ganti jumlah aset 2.2x 2.2x
Nisbah hutang atas aset 56% 58%
Margin untung bersih 1.6% 1.4%
Pulangan atas aset 3.5% 3.08%
Pulangan atas ekuiti 7.9% 7.3%

Berdasarkan maklumat kewangan Syarikat Teluk Harapan Sdn. Bhd. bagi tahun 2018,
hitung nisbah kewangan berikut:

i) nisbah semasa [2m]


ii) nisbah cepat [2m]
iii) pusing ganti inventori [2m]
iv) tempoh purata kutipan [2m]
v) pusing ganti jumlah aset [2m]
vi) nisbah hutang atas aset [2m]
vii) pulangan atas aset [2m]
viii) pulangan atas ekuiti [2m]

(c) Berdasarkan jawapan dalam 2(b), bandingkan prestasi kewangan


Syarikat Teluk Harapan Sdn. Bhd. dengan tahun 2017 dan nisbah purata
industri daripada aspek berikut:

i) Nisbah aktiviti [3m]


ii) Nisbah hutang [3m]
iii) Nisbah keberuntungan [3m]

3. a) Mona Leesa bercadang membeli sebuah rumah banglo dengan bayaran


muka sebanyak RM30,000 dalam masa 5 tahun akan datang. Hitung
jumlah wang yang patut disimpannya sekarang, sekiranya kadar faedah ke
atas simpanan tersebut ialah 12% setahun dikompaun setiap setengah
tahun. [3m]

b) Selepas 5 tahun menyimpan dalam Bank Pembangunan (M) Bhd. Rajjah


menerima wang terkumpul sebanyak RM12,500. Bank tersebut telah
membayar dividen sebanyak 4% bagi setiap 6 bulan. Hitung amaun yang
telah dilaburkan oleh Rajjah, sekiranya deposit dibuat setiap 6 bulan sekali.
[3m]

c) Masnah telah meminjam RM20,000 dari Bank Richworks yang telah


mengenakan kadar faedah tertentu yang dikompaunkan setiap setengah
tahun. Pada akhir tahun ketiga, jumlah pinjaman tersebut bernilai RM
26,802. Hitung kadar faedah atas pinjaman tersebut. [3m]

d) Syarikat Chempaka Sari sedang mempertimbangkan dua projek iaitu Projek


A (perusahaan batik) dan Projek B (Perusahaan Baju Sekolah) untuk
memperluaskan perniagaan syarikat dan menembusi pasaran diseluruh
Malaysia. Kos setiap projek adalah sebanyak RM150,000. Kos modal bagi
kedua-dua projek adalah 12%. RAJAH 3 menunjukkan jangkaan aliran
tunai bagi kedua-dua projek tersebut.

TAHUN Aliran Tunai Projek A(RM) Aliran Tunai Projek B (RM)


1 48,000 42,000
2 50,000 42,000
3 65,000 42,000
4 55,000 42,000
5 60,000 42,000
RAJAH 3
Hitung:

i) Tempoh bayar balik terdiskaun (TBBD) [4m]


ii) Nilai Kini Bersih (NKB) [9m]
iii) Indeks Keberuntungan (IK) [4m]
iv) Kenalpasti samada projek A dan Projek B patut dipilih
berdasarkan tempoh bayar balik terdiskaun dan nilai kini bersih.
Berikan ulasan anda [4m]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like