You are on page 1of 2

Kaedah Lawatan

Definisi
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar
memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar
Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh
mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah
1.
2.
3.
4.
5.
6.

1.5.

Ciri-ciri Penting

Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep


kerana pengalaman secara langsung
Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria
dan ini membawa kesan kepada pembelajaran
Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk
memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang
berlaku
Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan
pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan
disekolah
Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih
menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku
dalam proses mengumpul maklumat.
Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami
situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap
perkara-perkara yang diajar

Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan
suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau
keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat
menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral
yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai
dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air
terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah
kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu
sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai
objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih
tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian
guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian.
Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan
kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.

Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah


sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan,
guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan
nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan
apa yang dilihat.
Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada
murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.
Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral.
Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron
Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan
nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian
dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain
itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri
supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya
dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.
Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat
pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,
adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan
itu, maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar

You might also like