You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA

JALAN PERMATANG TEPI


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
Tel: 04-8664500 Faks: 04-8666500

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan Kami : PPDBD(AKAD)600-3/1JLD.16(45)


Tarikh : 11 Oktober 2016

Kepada:

SEMUA GURU BESAR


SJK(C) dan SJK(T)

Tuan,

PELAKSANAAN PASCA UJIAN PROTIM BAGI KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS


MURID KPBM 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasca Ujian PROTIM bagi kemahiran


membaca dan menulis akan dilaksanakan di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
mulai 12 hingga 28 Oktober 2016.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta menggunakan Instrumen Pasca Ujian
PROTIM Tahun 4 (2015) kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang masih berada di
dalam Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (KPBM).

4. Pihak tuan juga diminta untuk meneruskan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (KPBM)
kepada murid-murid yang tidak menguasai Pasca Ujian PROTIM ini menggunakan
Modul KPBM Tahun 4 dan Modul KPBM Tahun 5 yang boleh dimuat turun dari Laman
Web https://jiluskpbm.blogspot.my/

5. Semua borang pelaporan hendaklah diemelkan kepada rosni.ismail@jpnpp.edu.my


mulai 25 Oktober hingga 4 November 2016 menggunakan Borang Skor Murid PROTIM
dan Templet Instrumen Pemantauan KPBM.

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Rosni binti Ismail di
talian 011-52199828.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(TN HAJI RUSLI BIN HASHIM)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Derah Barat Daya
Pulau Pinang

You might also like