You are on page 1of 2

Anugerah Hari Guru PPDSPT 2016

SYARAT-SYARAT UMUM PENCALONAN ANUGERAH HARI GURU


PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2016
Percalonan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang
memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti ketetapan berikut:
A) SYARAT UMUM
1.1
Warganegara Malaysia yang berkhidmat di sekolah kerajaan dalam daerah
Seberang Perai
Tengah.
1.2
Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan
Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2013, 2014 dan 2015).
1.3
Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib, mempunyai ketelusan integriti
penjawat awam.
1.4
Lulus Tapisan Keutuhan dan Keselamatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
1.5
Mengemukakan borang pencalonan dan dokumen sokongan mengikut jenis
anugerah yang
dimohon. Satu borang adalah untuk satu jenis pencalonan.
1.6
Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
1.7 Keputusan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang
Perai Tengah
2016 berkaitan pemilihan pemenang bagi setiap anugerah adalah muktamad.
B) SYARAT KHUSUS
1. Anugerah Tokoh Kepimpinan Teknologi Maklumat (Terbuka)
(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
1.1 Terdiri daripada kepimpinan sekolah, PPD, PKG atau guru akademik yang mempunyai
kebolehan dan kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT).
1.2 Menjadi pakar rujuk dan sering dicontohi dalam bidang ICT.
2. Anugerah Ikon Guru (Kokurikulum)
(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
2.1 Terdiri daripada guru-guru di sekolah yang menjadi pakar dalam bidang kokurikulum.
2.2 Boleh dicontohi dari segi perwatakan, kepimpinan dan kemampuan PdP.
3. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
3.1 Terdiri daripada guru Pendidikan Khas yang cemerlang dari aspek PdP dan
kemahiran insaniah serta boleh dicontohi.
3.2 Kreatif dan inovatif dalam PdP yang disampaikan.

Anugerah Hari Guru PPDSPT 2016

4. Anugerah Guru Cemerlang (Kurang Upaya)


(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
4.1 Terdiri daripada guru kurang upaya (OKU) dan cemerlang dalam PdP serta boleh
dicontohi.
4.2 Mempunyai semangat daya saing dalam karier.
5. Anugerah Guru Inovasi (Rendah/Menengah/Prasekolah/Kumpulan)
(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
5.1 Guru atau kumpulan guru (maksimum 4 orang) yang menghasilkan inovasi dalam
PdP/ pengurusan/ sistem dan sebagainya yang memberi impak kepada organisasi
dan murid.
5.2 Calon perlu menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara berikut:
- Kategori pencalonan
- Tajuk inovasi
- Sinopsis inovasi
- Objektif inovasi
- Kumpulan sasaran
- Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut
kronologi)
- Isu/Masalah yang ditangani oleh inovasi
- Huraian inovasi
bahan yang digunakan untuk menghasilkan
cara inovasi digunakan
kos bagi menghasilkan inovasi
keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran (sertakan bukti)
potensi untuk disebarkan kepada pihak lain
keterangan lain
6. Anugerah Tokoh Guru Peringkat Sekolah Guru Inspirasi
(Borang Anugerah Hari Guru Daerah Seberang Perai Tengah 2016)
6.1 Terdiri daripada guru yang mempunyai kepimpinan dan dihormati oleh rakan sekerja
di sekolah.
6.2 Cemerlang dan boleh dicontohi dari segi prestasi kerja dan PdP
6.3 Pihak sekolah WAJIB mencalonkan seorang guru dan pemilihan perlu dilakukan
melalui jawatankuasa panel pencalonan di peringkat sekolah.

You might also like