You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA ) SABK ) TEL :09-2901648

KM 4 JALAN MENTAKAB, FAKS :09-2901647


TANJONG LALANG, EMAIL:cct7001.srataqwa@gmail.com
28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR. BLOG :sra-attaqwa.blogspot.com

Ruj Kami : CCT7001/700-5/5/7 ( 5)


Tarikh : 30 September 2017

Kepada:

Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah
28000 Temerloh,
Pahang.

Bismillahirahmanirrahim

Tuan / Puan

Permohonan Menyewa Bas Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil


belajar ke Pusat Sains Negara dan Petrosains KLCC. Sehubungan perkara di atas, berikut
adalah butiran lawatan:

Tarikh : 12 Oktober 2017


Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi hingga 7.00 petang
Bilangan murid : 40 orang ( murid-murid Tahun 5 dan 6)
Bilangan guru : 5 orang

3. Kami amat berharap permohonan ini mendapat kelulusan oleh pihak tuan/ puan.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Benar,

.
MOHD.KHAIRUDIN BIN YAAKOB
Guru Besar
Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh.
s.k i. Fail Panitia Sains
ii. Fail Ko Kurikulum

You might also like