You are on page 1of 1

Setelah menerima aduan daripada pesakit-pesakit mereka, pihak hospital telah membuat

kesimpulan untuk mengkaji punca-punca peningkatan aduan terhadap mutu perkhidmatan


mereka. Antara objektif utama kajian ini dilakukan adalah mengenalpasti punca-punca
peningkatan aduan tersebut dan cara terbaik dalam menangani masalah tersebut serta
mengenalpasti bahagian-bahagian tertentu yang boleh ditambah baik oleh pihak hospital
tersebut. Dalam mereka bentuk persempelan, kaedah yang diambilkira adalah kebarangkalian
dan tidak kebarangkalian. Persampelan kebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak
mudah, sampel bersistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok manakala persampelan
tidak kebarangkalian pula terdiri dari sampel kuota, sampel ‘bola salji’, dan sampel
pertimbangan. Manakala saiz sempel pula terdiri daripada 100 orang pesakit di hospital tersebut
yang dipilih secara rawak.

Instrument untuk pengumpulan data kajian yang boleh digunakan adalah kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan merujuk kepada pencarian bahan-bahan
sekunder seperti laporan-laporan, risalah-risalah atau majalah, surat khabar dan lain-lain bentuk
penulisan dan penerbitan dari pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kajian. Kajian
lapangan pula terbahagi kepada dua iaitu soal selidik dan temu bual. Soal selidik terdiri daripada
set soalan-soalan yang bertulis. Soalan-soalan ini disediakan merangkumi subjeknya dengan
menyenaraikan soalan-soalan yang terang dan senang difahami manakala temubual pula penting
dalam mendapatkan maklumat berkenaan perasaan, kehendak dan sebagainya untuk mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Dalam kajian ini, kedua-dua kaedah digunakan. Soal selidik
digunakan untuk mendapatkan keputusan yang boleh diukur seperti tahap kepuasan pesakit
manakala soal selidik menjadi pelengkap atau pengukuh kepada soal selidik dimana ia digunakan
bagi mendapatkan maklumat tambahan seperti kehendak dan perasaan pesakit. Dalam kajian ini
data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS). Dua bentuk analisis data digunakan iaitu analisis
statistik deskriptif iaitu statistik yang digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa.dan
analisis statistik inferensi yang memainkan peranan penting di dalam bidang penyelidikan.
Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah kolerasi Pearson.

You might also like