You are on page 1of 29

PENGENALAN

KEPADA
PENGURUSAN
BAB
1
STRATEGIK

OBJEKTIF BAB

Setelah selesai mengikuti bab ini, anda


seharusnya boleh:
1.
2.

3.
4.
5.

Mengenal konsep pengurusan strategik.


Merumuskan perkembangan pengurusan
strategik di kawasan Asia Pasifik.
Memahami konteks pengurusan strategik.
Menerangkan proses pengurusan strategik.
Mengaitkan kepentingan pengurusan
strategik kepada organisasi.

PENGENALAN

Pengurusan strategik merupakan satu


konsep yang asalnya ada kaitan dengan
ketenteraan. Pengurusan strategik
berkembang dari konsep strategi yang
digunakan dalam organisasi ketenteraan.
Perkataan strategy (strategi) berasal
daripada perkataan Yunani (Greek), iaitu
strategos yang bermaksud angkatan
tentera darat dan kepimpinan.

PENGENALAN

Mengikut Quinn (1980), konsep strategi


dalam organisasi ketenteraan digunakan
bagi pelbagai tujuan seperti merangka
objektif organisasi, mengekal inisiatif,
menentu sumber organisasi dan posisi
pilihan, kefleksibelan, koordinasi serta
komitmen. Penggunaan konsep asal
strategi dalam konteks organisasi
perniagaan juga adalah bagi mencapai
tujuan-tujuan tersebut.

PENGENALAN

Namun demikian, proses penyesuaian


dan pengubahsuaian konsep asal
strategi dalam konteks perniagaan telah
menyebabkan bukan sahaja perubahan
maksud asalnya, tetapi juga telah
meningkatkan skop dan kompleksitinya.

PENGENALAN

Dalam bidang pengurusan moden, penjelasan


tentang konsep polisi dan strategi telah diutarakan
oleh Henri Fayol dan Peter Drucker. Mengikut Daniel
Wren (1994), Drucker merupakan ahli fikir pertama
yang membentuk rangka asas dalam bidang polisi
dan strategi yang mana ianya kemudian
berkembang menjadi konsep pengurusan strategik.
Penyelidikan empirikal dan kajian berasaskan teori
terdahulu tentang pengurusan strategik telah
dijalankan oleh para sarjana seperti Chandler
(1962), Ansoff (1965) dan Andrew (1971). Pada
peringkat awalnya, ahli-ahli fikir tersebut cuma
menyifatkan pengurusan strategik sebagai satu
proses penting bagi merangka strategi dalam
organisasi-organisasi perniagaan yang besar sahaja.

PENGENALAN

Pada masa yang sama, didapati konsepkonsep seperti strategi korporat,


perancangan polisi, perancangan jangka
panjang, perancangan korporat,
perancangan strategik, dan proses membuat
keputusan strategik digunakan secara silih
berganti untuk merujuk kepada konsep
pengurusan strategik. Perkara tersebut telah
menyebabkan berlakunya kekeliruan serta
percanggahan pendapat tentang maksud
pengurusan strategik yang sebenarnya.

PENGENALAN

Namum demikian, pada masa kini,


kebanyakan daripada para sarjana
dalam bidang pengurusan menganggap
pengurusan strategik sebagai satu
proses berterusan yang merangkumi tiga
fasa,

Pembentukan strategi
Pelaksanaan strategi dan
Penilaian, serta kawalan strategi.

PERKEMBANGAN
PENGURUSAN STRATEGIK
Mengikut
Nakamura (1992), pengurusan strategik di AsiaDI
ASIA-PASIFIK
Pasifik berkembang mengikut peringkatperingkat berikut:

Peringkat 1 (Awal 1960-an)

Peringkat 2 (Pertengahan 1970-an hingga Pertengahan


1980-an)

perancangan berbentuk keuntungan tahunan dan belanjawan


tahunan.
Konsep dan teknik ekstrapolatif perancangan jangka panjang yang

Amalan perancangan yang merangkumi perancangan strategik


atau keusahawanan. Pengurusan portfolio
Formulasi perancangan strategik pada tahap korporat
Sedar tentang perlunya strategi berinteraksi, sistem perancangan
dan struktur organisasi.

Peringkat 3 (Lewat 1980-an hingga 1990-an)

Falsafah korporat apabila mengamalkan pengurusan strategik.


Berbeza antara nagara kerana perbezaan ciri-ciri negara dan
keadaan ekonomi negara-negara tersebut.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Mintzberg (1987) mendakwa bahawa


sebagai satu bidang yang kompleks,
pengurusan strategik tidak boleh
bergantung kepada satu definisi sahaja.
Mengikut pakar strategi tersebut,
pengurusan strategik memerlukan
pengiktirafan eksplisit bahawa pelbagai
definisi boleh membantu pengamal dan
penyelidik mengendalikan bidang yang
sukar ini.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Di samping itu, Smith et al. (1985) pula


menyifatkan bahawa tidak ada satu pendekatan
universal untuk memperkenal dan mengamalkan
pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi.
Setiap organisasi itu mempunyai keunikankeunikannya yang tersendiri (perbezaan dalam
struktur, budaya, suasana persekitaran,
keupayaan serta sumber dalaman, objektif dan
misi).
Walau bagaimanapun, Smith et. al. (1985)
mendapati bahawa terdapat prinsip-prinsip asas
dan amalan-amalan yang sama di kalangan
sistem-sistem pengurusan strategik yang berjaya.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Wheelen dan Hunger (2002) menyifatkan


pengurusan strategik sebagai sesuatu set
keputusan pengurusan dan tindakan yang
menentukan prestasi jangka panjang sesebuah
korporat.
Mengikut Wheelen dan Hunger, pengurusan
strategik merupakan satu proses pengurusan
berterusan yang merangkumi empat komponen
penting iaitu,

penelitian persekitaran,
pembentukan strategi,
pelaksanaan strategi,
penilaian dan kawalan strategi.

1-13

Prentice Hall, Inc. 2009

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

David (2001) mendefinisikan pengurusan


strategik sebagai seni dan sains bagi
merumus, melaksana dan menilai
keputusan bersilang fungsian untuk
membolehkan sesebuah organisasi
mencapaikan objektif-objektifnya.
Mengikut David, proses pengurusan
strategik mempunyai tiga tahap iaitu,
pembentukan strategi, pelaksanaan
strategi, penilaian dan kawalan strategi.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Demikian juga, Thompson dan Strickland


(2001) merujuk pengurusan strategik
sebagai suatu proses di mana pengurus
memastikan arah jangka panjang
sesebuah organisasi, menentukan
objektif prestasi yang khusus, merangka
strategi untuk mencapai objektif tersebut
dalam persekitaran dalaman serta luaran
yang berkaitan dan juga melaksanakan
perancangan tindakan yang telah dipilih.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Pearce dan Robinson (1991) mentakrifkan


pengurusan strategik sebagai sesuatu set
keputusan serta tindakan yang
mengakibatkan formulasi, implementasi
dan kawalan strategi yang dirangka bagi
mencapai objektif sebuah organisasi.
Definisi tersebut juga menekankan
kepada ketiga-tiga fasa utama (formulasi,
implementasi dan kawalan) dalam proses
pengurusan strategik.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Montanari et al. (1990) menyifatkan


pengurusan strategik sebagai satu proses
komprehensif pengurusan sesebuah
organisasi secara strategik bagi menghadapi
permintaan suasana perniagaan yang
berubah. Mengikut Montanari et al.,
pengurusan strategik bukan saja
merangkumi elemen perancangan strategik,
analisis persekitaran dan pembentukan
strategi, malahan ianya termasuk
pelaksanaan serta kawalan strategi.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Rue dan Holland (1989) mendefinisikan pengurusan


strategik sebagai suatu proses yang mana
pengurusan atasan menentukan arah jangka
panjang dan prestasi organisasi. Rue dan Holland
menekankan bahawa proses pengurusan strategik
melibatkan formulasi secara berhati-hati,
implementasi yang betul dan penilaian strategi
yang berterusan.
Di samping itu, ahli-ahli strategi tersebut juga
memberi tumpuan kepada komponen seperti
penentuan misi organisasi, pentakrifan perniagaan
atau perniagaan yang akan diceburi, penentuan
objektif, perangkaan, pelaksanaan dan pengawalan
strategi, serta pengubah-suaian komponen tersebut
jika diperlukan.

PENTAKRIFAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Akhirnya, Ansoff (1979) yang digelar sebagai bapa


kepada pengurusan strategik, menganggap
pengurusan strategik sebagai satu proses yang
merangkumi perumusan strategi, perangkaan
keupayaan firma serta pengurusan pelaksanaan
strategi dan keupayaan tersebut.
Mengikut beliau, pengurusan strategik perlu disokong
oleh keupayaan yang boleh digunakan untuk
menghadapi pergolakan persekitaran. Ansoff
mendakwa bahawa keupayaan tersebut merangkumi
budaya organisasi, ganjaran, struktur kuasa,
maklumat, perancangan, sistem kawalan dan struktur
organisasi. Ansoff juga berpendapat bahawa
keupayaan tersebut juga saling memberi sokongan
kepada sesebuah organisasi dalam menghadapi
keadaan-keadaan mengejut dan ketidakpastian.

KONTEKS PENGURUSAN
STRATEGIK

Proses pengurusan strategik melibatkan


organisasi, pihak pengurusan dan
persekitaran perniagaan secara menyeluruh.
Sebagai satu sistem terbuka, sesebuah
organisasi perlu memperolehi serta
mengekalkan sumber-sumbernya. Untuk
mendapatkan sumber-sumber keperluannya,
organisasi tersebut perlu berhubung dengan
persekitaran perniagaannya
Perubahan berterusan dalam persekitaran
perniagaan membuatkan sesebuah organisasi
itu memerlukan pengurusan yang lebih
berkesan seperti pengurusan strategik.

KONTEKS PENGURUSAN
STRATEGIK

Sebagai suatu proses yang berkitar,


pengurusan strategik juga mementingkan
pembangunan dan pengekalan aset serta
kemahiran, pemilihan strategi, dan arena
persaingan yang memerlukan aset dan
kemahiran yang boleh dijadikan kelebihan
persaingan yang berkekalan (Aaker, 1989).
Pengurusan strategik juga merupakan satu
proses sistematik berasaskan sumber bagi
membuat keputusan dalam sesebuah
organisasi.

PROSES PENGURUSAN
STRATEGIK
1.
2.
3.

Pembentukan strategi
Pelaksanaan strategi
Penilaian dan kawalan strategi

PROSES PENGURUSAN
STRATEGIK

Pembentukan strategi

Proses pembentukan strategi termasuk


mendefinisikan visi dan misi organisasi,
penentuan objektif-objektif organisasi, pemilihan strategistrategi (strategi korporat, strategi persaingan dan strategi
fungsian) dan
penentuan polisi-polisi organisasi.

Maklumat-maklumat yang digunakan dalam


pembentukan strategi diperolehi daripada proses
penelitian persekitaran perniagaan.
Penelitian persekitaran dilakukan bagi mengenal
pasti peluang-peluang, ancaman-ancaman,
kekuatankekuatan dan kelemahan-kelemahan
organisasi.

PROSES PENGURUSAN
STRATEGIK

Dalam fasa ini, sesebuah organisasi itu


melaksanakan strategi-strategi dan polisi-polisi
yang dipilih melalui program-program khusus,
belanjawan dan prosedur-prosedur.
Kejayaan pelaksanaan strategi dalam sesebuah
organisasi itu bergantung kepada faktor-faktor
seperti budaya organisasi, struktur organisasi
dan sumber-sumber organisasi.
Dalam pelaksanaan strategi, pihak pengurusan
memastikan bahawa budaya organisasi,
struktur organisasi, dan sumber-sumber
organisasi menyokong strategi-strategi yang
dilaksanakan.

PROSES PENGURUSAN
STRATEGIK

Dalam fasa ini, prestasi sebenar sesebuah


organisasi dinilai.
Penilaian strategi melibatkan perolehan
maklumat tentang jurang prestasi organisasi
tersebut. Prestasi sebenar organisasi tersebut
dibandingkan dengan objektif-objektif yang
disasarkan.
Jika didapati jurang yang luas, tindakan kawalan
diambil bagi membaiki keadaan tersebut.
Tindakan kawalan strategi melibatkan
pengambilan langkah-langkah pembetulan yang
diperlukan bagi menentukan prestasi organisasi
mengikut perancangan strategik.

3 Tahap Analisis

proses pengurusan strategik juga memberi


penekanan kepada kepentingan mengumpul dan
mengguna maklumat-maklumat secara berterusan.
Para sarjana dalam bidang pengurusan strategik
berpendapat bahawa analisis yang digunakan
dalam proses pengurusan strategik meliputi tiga
tahap.
Ketiga-tiga tahap analisis itu adalah

analisis luaran seperti analisis situasi industri,


analisis situasi persaingan dan
analisis dalaman (analisis situasi syarikat).

KEPENTINGAN
PENGURUSAN STRATEGIK

Membantu dalam proses membuat


keputusan serta membentuk strategi
yang efektif,
Pengurusan strategik membaiki serta
meningkatkan prestasi sesebuah
organisasi.

Kepentingan Pengurusan
Strategik kepada Firma
Pengurusan strategik membantu dalam
Besar
meningkatkan keberkesanan serta kefleksibelan

sesebuah organisasi dan pengurusannya.


Matlamat utama penggunaan proses pengurusan
strategik adalah untuk membantu semua jenis
organisasi dalam membaiki prestasi mereka.
Terdapat hubungan positif di antara proses
pengurusan strategik dengan prestasi firma
besar.

Penemuan-penemuan penyelidikan terdahulu


menunjukkan bahawa firma-firma besar yang
mengamalkan pengurusan strategik mengalami
peningkatan jualan, keuntungan dan produktiviti

Kepentingan Pengurusan
Strategik kepada Firma

Kecil
dan Sederhana
Penemuan-penemuan
kajian empirik

telah menunjukkan hubungan positif di


antara proses pengurusan strategik dan
prestasi FKS.

You might also like