You are on page 1of 31

PERBANDARAN DI MALAYSIA

KULIAH 2, 3 & 4
Minggu Tajuk Hasl Pembelajaran
1& 2 Perbandaran: Memahami konsep , jenis dan fungsi
(6) Konsep, jenis dan fungsi bandar
bandar.

3&4 Sejarah perbandaran di Melalui tinjauan sejarah tentang petempatan dan bandar-bandar
(6) Malaysia: awal,
Dari era awal hingga pelajar dapat memahami bagaimana pola/corak urbanisasi di
kini. Malaysia.
-Memahami hasil sampingan kegiatan ekonomi penjajah atau
pendatang setelah Malaysia mengalami proses pembandaran
asli sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Pelajar juga dapat memberi contoh-contoh yang bersesuaian
berkenaan keadaan yang menjadi asas kepada pembentukan
dasar berhubung pembangunan dan perbandaran.
BANDAR DAN PERBANDARAN

APA ITU BANDAR?


PELBAGAI TAFSIRAN TENTANG BANDAR
Definisi dan masalah mendefinisikannya ?
Terdapat pelbagai definisi dan tafsiran tentang bandar
Friedman & Wulf (1976) bandar ialah sebuah dunia social yang kecil dan
mempunyai pelbagai dimensi seperti demografi, ekonomi dan sosial.
Chistaller (1967)-bandar ialah sebuah kawasan yang menekankan aktiviti
perniagaan dan perdagangan.
Northam (1975) bandar ialah satu lokasi penempatan yang mengandungi 3 ciri
utama iaitu:
1. Kepadatan penempatannya tinggi berbanding kawasan lain
2. Penduduk tidak terikat dgn kegiatan pertanian atau yang berasaskan
pertanian.
3. Lokasi bandar memberi perkhidmatan sebagai pusat kebudayaan,
pentadbiran dan ekonomi sebagai sesebuah wilayah
sambungan
Jika dilihat tiada satu keputusan yang muktamad tentang definisi
bandar.
Penkaji mentafsir bandar mengikut bidang kepakaran mereka-ahli
geografi, antropologi & sosiologi, ekonomi, perancangan bandar dan
desa.
Katiman (1988) bandar ialah kawasan yang dikira berdasarkan saiz
penduduk.
Malaysia-10,000 org, Amerika Syarikat 2,500 orang, Jepun 30,000
orang.
Rasional jika sesebuah penempatan telah memenuhi kriteria
penduduk minimun, kriteria lain dianggap memenuhi kehendak
penakrifan tersebut kecuali sebaliknya.
Takrif Bandar
Jab perangkaan Malaysia-bandar @urban merujuk kpd PBT yang
diwartakan penduduk 10,000 atau lebih.
Kawasan yang kurang daripada itu dianggap sebagai rural atau desa
Takrif ini menunjukkan bandar perangkaan, sah dr segi undang-
undang & peraturan.
Pddk yang tinggal luar kawasan PBT diwartakan tidak bandar w/pun
hidup mereka dalam bayangan bandar.
Angka 10,000 mula digunakan pada banci 1970.
Banci 1947 dan 1957 menggunakan 1,000 sebagai bandar
Ramai pengkaji tidak sependapat untuk meletakkan tahap penduduk
bandar
Takrif bandar tepat mulai tahun 1970-piawai
yang sama seluruh Malaysia.
URBAN AS AN ENTITY
(PACIONE 2001)

Population size- ada penduduknya


Economic Base-ada asas ekonominya
Administrative Criteria-ada pentadbirnya
Functional definition-ada fungsi2 yang tertentu
PERSOALAN ASAS
PERBANDARAN ATAU PEMBANDARAN
SAMA KE?
SERUPA KE?
KAMUS DEWAN: TIADA ISTILAH
KAMUS BI-BM=urbanization, urbanisation-pembandaran
urbanisation-pembandaran
Perbandaran pula?
Pertumbuhan bandar?
Perbandaran = Pertumbuhan Bandar?
APA PULA PEMBANDARAN ?

SUATU PROSES ?
Pembandaran ?
Proses pewujudan sesebuah bandar adalah pembandaran/urbanisasi
Pembandaran adlh proses perubahan sama ada penduduk, petempatan, cara
hidup, pekerjaan dan kegiatan eko, pemikiran manusia atau lain-lain ke arah
bandar
Suatu proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap
bandar.
Diukur dengan membandingkan penduduk yang mendiami kawasan bandar
dengan penduduk yang mendiami luar kawasan bandar.
Proses perubahan penduduk masyarakat dari bersifat desa kepada lebih formal.
Proses perubahan menjadi bandar terutama yang melibatkan perubahan
penduduk melalui perpindahan ke bandar, perubahan kegiatan ekonomi
daripada pertanian kepada bukan pertanian, perubahan taburan penduduk ke
arah yang lebih padat, masyarakat yang lebih moden.
Sambungan

Proses pembandaran di Malaysia berlaku dalam 3 kaedah:


1. Perpindahan penduduk dari desa ke bandar dan dari bandar
ke bandar.
2. Perkembangan fizikal kawasan bandar
3. Pertambahan penduduk semulajadi di bandar
Pembandaran di Malaysia masa kini pula
bagaimana? Adakah masih berlaku dalam 3
keadaan ini? Atau telah berubah?
PERSOALAN ASAS
Perbandaran vs pembandaran
Pada umumnya, pembandaran dan pertumbuhan bandar seakan-akan dua
perkara yang sama, namun hakikatnya kedua-duanya berbeza antara satu sama
lain.
Menurut Katiman (2001), pembandaran ditakrif sebagai proses pertambahan
penduduk sesebuah negara yang tinggal secara berkonsentrasi di kawasan
bandar.
Pembandaran dapat diukur berdasarkan peratus penduduk bandar berbanding
dengan jumlah penduduk keseluruhan kawasan (daerah, negeri atau negara).
Misalnya, jika pada 1991, sejumlah 6,364,100 daripada 17,566,900 seluruh
penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar, (bandar ditakrif sebagai
petempatan yang diwartakan berpenduduk melebihi 10,000 orang) maka darjah
pembandaran negara berkenaan adalah 36.2 peratus.
Jika semua penduduk yang tinggal di kawasan PBT dianggap bandar maka
peratusannya lebih tinggi lagi.
pertumbuhan bandar pula ialah proses perubahan relative penduduk sesebuah
atau semua bandar di seluruh negara.
Ia diukur berdasarkan peratus perbezaan penduduk bandar itu sendiri bagi
suatu tempoh tertentu
(misalnya penduduk Kuala Lumpur telah bertambah daripada 919,610 pada
1980 kepada 1,145,075 pada 1991. pertambahan tersebut ialah sebanyak 24.5
peratus, sedangkan darjah pembandaran Kuala Lumpur yang seluruhnya
terbandar adalah 100 peratus).
Pertumbuhan bandar juga merujuk kepada purata (peratus) kadar pertumbuhan
penduduk tahunan (r) yang dianggarkan berdasarkan persamaan 1/n log e
Pn/Po x 100
di mana Pn adalah penduduk tahun terkini;
Po adalah penduduk tahun awal dan
n adalah tempoh/bilangan tahun yang dikaji.
Dalam contoh ini purata kadar pertumbuhan pertumbuhan penduduk Kuala
Lumpur (1980-1991) adalah 2.2 peratus setahun.
UNTUK KURSUS INI ?

ISTILAH PERBANDARAN ADALAH


MERUJUK KEPADA PEMBANDARAN
Fungsi Bandar

Persoalan fungsi dan peranan


Adakah fungsi dan peranan bandar itu sama?
function vs role
Apa pendirian anda?
Fungsi dan peranan bandar merupakan dua perkara yang saling
berkaitan.
Malahan dalam kajian terdahulu seperti Funell (1976), Ismail
(1979), Hamidah (1981) dan Hamid (2000), kedua-dua perkara ini
tidak diasingkan.
Fungsi dan peranan dirujuk sebagai perkara yang sama yang
menyumbang kepadapembangunan sesebuah bandar.
Manakala pengkaji-pengkaji yang lain pula seperti Rondinell dan
Ruddle (1976), Ruddle dan Rondinelli (1979), Rondinelli (1983),
Satterthwaite dan Tacoli (2003), Tacoli, (2004) dan Satterthwaite
(2006) pula melihat peranan dan fungsi sebagai dua perkara
yang berbeza.
PERBEZAAN DARI SEGI ALIRAN PEMIKIRAN

PERTAMA: Fungsi dilihat sebagai satu aktiviti ekonomi, iaitu penyediaan


barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan penduduk Bandar dan kawasan
sekitar dalam lingkungan pengaruhnya.
Manakala peranan pula merujuk kepada perkara yang lebih besar yang
melampaui elemen aktiviti ekonomi merangkumi aspek-aspek sosial, inovasi,
kebajikan, pentadbiran dan lain-lain

KEDUA: Fungsi dan peranan adalah perkara yang sama dan ia merujuk
kepada aktiviti-aktiviti utama yang menjadikan Bandar tersebut dominan
FUNGSI BANDAR
Pentadbiran
Pelancongan
Pekerjaan
Perindustrian
Pusat Kebudayaan
Perniagaan
Pendidikan
Walau bagaimanapun ada antara fungsi ini semakin tidak
relevan
Contoh-industri
Bagi bandar besar-majoriti fungsi
Bagi bandar kecil pula?-mungkin tidak memainkan
fungsi-fungsi ini
Ada pula fungsi lain seperti ????
HIERARKI UMUM

Kampung
Pekan
Bandar
Bandar raya
Metropolis-global cites, mega cities
Wilayah Metropolitan/Metropolitan Region
HIERARKI BANDAR
(MENURUT DASAR PEMBANDARAN NEGARA 2006)
Hierarki DPN Jumlah Penduduk

Konurbasi Pertumbuhan Negara Melebihi 2.5 juta

Konurbasi Pertumbuhan Wilayah 1.5-2.5 juta

Konurbasi Pertumbuhan Separa 500 000-1.5 juta


Wilayah
Konurbasi Pertumbuhan Negeri 300,001-500,000

Konurbasi Pertumbuhan Daerah 100 001-300,000

Pusat Petempatan Utama 30 001 - 100 000

Pusat Petempatan Kecil 10 000-30 000

Tiada Kurang Kurang 10 000


Konurbasi:
satu proses penggabungan atau percantuman antara
pinggir bandar dengan pinggir Bandar yang lain di kawasan
yang berdekatan. Dua buah Bandar yg terletak secara
berdekatan antara satu sama lain dan mengalami proses
perkembangan akan memungkinkan kedua-dua Bandar
tersebut bercantum. bandar2 yg bercantum ini dikenali
sebagai kawasan atau zon konurbasi
Proses konurbasi terhasil drp proses rebakan Bandar ke kaw pinggir Bandar yg
membolehkan sempadan sesebuah Bandar itu membesar sehingga bertindih
dengan sempadan Bandar yg bersebelahan dengannya
Zon konurbasi ini mempunyai nilai ekonomi yg lebih tinggi dibandingkan dgn
kaw2 yg lain. Keadaan ini berlaku berdasarkan kpd pronsip jarak terdekat dan
nilai tambah. Sebagai contoh perkembangan Bandar raya Shah Alam dan Bandar
Petaling Jaya berpotensi utk menjadi konurbasi yg pertama di Malaysia
Zon konurbasi di Batu Tiga Shah Alam menjadi kaw yg paling maju dgn
perindustrian, perumahan, perniagaan, perdagangan dan sebginya. Contoh lain
iaitu spt Manila dgn Queen City di Filipina dan Bangkok dgn Thonburi di Thailand
Di sesetgh ng proses konurbasi Bandar terlalu pesat berlaku sehingga byk
Bandar yg berdekatan telah bergabung menjadi Bandar yg lebih besar dikenali
sebgi megalopolis spt Kyoto-Osaka-Kobe Tokyo-Kawasaki-Yokohama di Jepun
Klasifikasi Bandar berdasarkan saiz
Jenis bandar Saiz (orang)
Bandar kecil 30000
Cth:Bandar Jengka di wilayah Jengka, Bandar Muadzam Shah di wilayah
DARA, Bandar Tenggara di wilayah KEJORA & Bandar Al-Muktafi Billah
Shah di wilayah KETENGAH
Bandar sederhana Antara 30000-500000
Cth: Bandar Temerloh, Bandar Pasir Mas dan Pasir Puteh, Bandar
Chukai, Bandar Segamat, Muar dan Kota Tinggi serta Bandar Jitra dan
Bedong
Bandar besar Antara 500000-1 juta
Cth: Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Kota
Kinabalu
Bandar raya atau metropolitan Lebih 1 juta
Cth: Kuala Lumpur, Manila, Jakarta, Bangkok, Singpura dan Ho Chi
Minh (Asia Tenggara)
Tokyo, Osaka, Beijing, Shanghai, Yokohama, Kobe dan Taipei (Asia
Pasifik)
KONSEP PEMBANDARAN (URBANISASI)
Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kaw yg berkeadaan luar Bandar kpd Bandar
atau Bandar yg berkembang menjadi Bandar yg lebih besar dan bersifat kompleks
Konsep urbanisasi meliputi 4 aspek:
a. Pertambahan jumlah atau peratus penduduk. Sebgi cth di Malaysia sesebuah petemptan
dikelaskan sbgi Bandar jika penduduk melebihi 10000 org
4 kelas Bandar di Malaysia:

Jenis bandar Saiz (orang)


Bandar kecil 30000
Cth:Bandar Jengka di wilayah Jengka, Bandar Muadzam Shah di wilayah
DARA, Bandar Tenggara di wilayah KEJORA & Bandar Al-Muktafi Billah Shah
di wilayah KETENGAH
Bandar sederhana Antara 30000-500000
Cth: Bandar Temerloh, Bandar Pasir Mas dan Pasir Puteh, Bandar Chukai,
Bandar Segamat, Muar dan Kota Tinggi serta Bandar Jitra dan Bedong
Bandar besar Antara 500000-1 juta
Cth: Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Kota Kinabalu
Bandar raya atau metropolitan Lebih 1 juta
Cth: Kuala Lumpur, Manila, Jakarta, Bangkok, Singpura dan Ho Chi Minh
(Asia Tenggara)
Tokyo, Osaka, Beijing, Shanghai, Yokohama, Kobe dan Taipei (Asia Pasifik)
b. Perluasan saiz Bandar dgn penambahan bangunan, ruang perniagaan, kaw
petempatan Bandar, peningkatan system dan jaringan pengangkutan dan pertambahan
fungsi Bandar
c. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi pddk di sesebuah kaw iaitu drp ekonomi
tradisional (pertanian) kpd ekonomi moden
d. Perubahan cara hidup pddk drp tradisional kpd nilai dan gaya hidup bdr yg lebih
moden
Urbanisasi juga berlaku apabila pecan atau Bandar yg sedia ada mengalami:
Pertambahan pddk
Pertambahan fungsi dan kepentingan
Saiz dan lingkungan pengaruh menjadi semakin luas
Keadaan ini menjadikan pecan dan Bandar berkenaan lebih moden dan maju serta
layak utk dinaiktarafkan
Proses perubahan Bandar melibatkan:
pekan kpd Bandar kecil
Bandar kecil kpd Bandar sederhana
Bandar sederhana kpd Bandar besar
Bandar besar kpd Bandar raya (metropolitan)
Proses urbanisasi juga berlaku melalui pertambahan bandar2 baharu:
Pertambahan bandar2 baharu membuatkan kaw yg sebelum ini tidak mepunyai
Bandar akan berkembang membentuk sebuah Bandar
Bandar2 baharu boleh wujud disebabkan beberapa keadaan. Sebgi cthnya:
Program pembgn wilayah di Malaysia. Bandar2 baharu yg wujud melalui
program ini spt:
Bandar Jengka di wilayah Jengka
Bandar Muadzam Shah di wilayah DARA
Bandar Al-Muktafi Billah Shah di wilayah KETENGAH
Penubuhan bandar2 satelit di pinggir Bandar utama, contoh Bandar satelit
Petaling Jaya
Bandar baharu di rancangan estet perindustrian, misalnya Bandar Baru
Nilai Di Negeri Sembilan dan Bandar Baru Selayang di Selangor

You might also like