You are on page 1of 45

Terangkan corak perubahan yang

berlaku di dalam masyarakat bandar


dan luar bandar. Bincangkan apakah
implikasi perubahan ini terhadap
pertumbuhan masyarakat.

Disediakan oleh:
Tan Hui Yi
Tan Huey Khim
Ng Ying Ci
Vivien Loo Yin Khay
Definasi Bandar
• Bandar ditakrifkan sebagai suatu kawasan
petempatan kekal yang secara relatifnya besar,
padat serta penduduknya tidak seragam atau
heterogenous. (Wirth 1938:9)
• Di Malaysia takrifan Bandar ialah kepada
jumlah penduduk minima sebanyak 10,000
orang. (Lim Keng How, 1978)
• Mempunyai kaitan rapat dengan proses
urbanisasi.
Kriteria-kriteria
• (i) Berdasarkan saiz penduduk, umpamanya Malaysia
dengan jumlah minimum penduduknya 10,000 orang
(Malaysia: Banci Penduduk dan Perumahan: 1970),
Amerika Syarikat sejumlah 2,500 orang (Knowles &
Wareing: 1976), Peranchis 2,000 orang, India 5,000
orang, Denmark 250 orang, Netherlands 20,000 orang
dan Jepun 30,000 orang.
• (ii) Berdasarkan kepadatan penduduk minimum,
umpamanya India menganggap sesebuah kawasan itu
sebagai bandar, jika bilangan penduduk melebihi 5,000
orang atau kepadatannya melebihi 386 orang bagi
setiap kilometer persegi (Knowles & Wareing: 1976).
• (iii) Berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi
bandar, umpamanya ruang tanah yang digunakan
untuk aktiviti bukan pertanian di samping
berfungsi sebagai pusat pentadbiran,
perdagangan, perniagaan, pendidikan dan
kebudayaan (Gerald Breese, 1966).
• (iv) Berdasarkan definisi formal seperti yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan sesebuah
negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu
(O’Connor: 1980).
Proses urbanisasi
• Suatu proses penumpuan penduduk ke kawasan
yang telah dianggap sebagai Bandar (Forbes
1996: 14-15)
• Biasanya melibatkan perpindahan penduduk
daripada kawasan yang kurang padat (luar
Bandar) ke kawasan padat penduduk (Bandar).
• Bukan sahaja melibatkan perubahan tempat
tinggal dan struktur pekerjaan penduduk tetapi
juga turut melibatkan pola perlakuan manusia
yang tinggal di dalamnya. (Breese, 1969)
Proses Urbanisasi di Malaysia

Pseudo Liveable Mega


Nascent
Urbanisation Urban Regions
Nascent urbanisation (1514-1947)
• Proses perbandaran yang berkaitan dengan penubuhan
awal dan pembangunan kawasan bandar di Malaysia.
• Pekerja asing dari kawasan-kawasan China Selatan dan
India Selatan berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja
• Kebanyakkan menceburi bidang perlombongan,
pertanian ladang getah dan sektor kerja awam bawah
pentadbiran British.
• Jumlah penduduk dalam sesebuah bandar adalah
sedikit, dan penyertaan penduduk tempatan dalam
bandar adalah amatlah kecil.
Mengapa nascent urbanisation
tumbuh?
• Landskap bandar pada masa itu pada dasarnya di peringkat
pembentukannya
• Bandar-bandar telah ditubuhkan untuk menjadi
pentadbiran pusat daerah dan negeri di samping
membekalkan fungsi asas seperti bekalan makanan.
• Penduduk bandar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan
utama:
• (i) pegawai-pegawai kolonial British membentuk pasukan
pelapis atas kakitangan awam
• (ii) Pekerja asing dari China Selatan dan India.
• Disebabkan oleh peluang pekerjaan yang terhad, pekerja
tempatan bergilir antara “urban” kampung , kampung
bersebelahan atau kawasan berdekatan dengan bandar.
Pseudo-urbanisation (1948-1970)
• Fasa urbanisasi ini berlaku selepas berlakunya
Perang Dunia II
• Berlaku penghijrahan penduduk luar bandar ke
bandar
• Kebanyakkan penduduk ini berasal dari latar
belakang yang miskin dan tidak berpendidikan.
• Maka, kebanyakkan mereka berkerja sebagan
pembantu rumah, tukang kebun dan sebagai
buruh kasar.
• Landskap perumahan pada era ini didominasi oleh
penempatan setinggan.
• Puncanya adalah kerana kekurangan kawasan
perumahan baru di bandar serta gejala kemiskinan
yang meluas di kalangan penduduk bandar.
• Terdapat kampung-kampung yang berdekatan dengan
pusat bandar. Hal ini membantu mengurangkan
masalah rumah setinggan di kawasan bandar kerana
sesetengah pekerja bandar boleh bertempat di
kampung-kampung ini.
Mega Urban Regions (1971-Kini)
• Malaysia mempunyai beberapa kawasan bandar
mega, di mana pusat-pusat bandar kecil, bandar-
bandar kecil dan bandar-bandar telah
berkembang untuk bergabung antara satu sama
lain dan membentuk satu gabungan bandar
pusat. (conurbation of urban centres)
• Selepas mencapai kemerdekaan, perkembangan
sosial ekonomi dan infrastruktur telah membawa
kepada pengabungan bandar.
• Contoh pengabungan bandar (urban
conurbations) :
• Pengabungan dari Perlabuhan Klang ke Kuala
Lumpur
• Pengabungan bandar Georgetown sehingga ke
kawasan perindustrian Kulim
• Pengabungan bandar Johor Baru Pasir Gudang
Pola perbandaran (1911-2000)
• Secara keseluruhannya, semua negeri di Semena
njung Malaysia telah mengalami pertambahan
kadar perbandaran di antara tahun 1947 dan
tahun 2000
• 1947- hanya terdapat 3 buah negeri yang
mempunyai penduduk bandar yang adalah lebih
daripada 20% dari jumlah penduduknya
Pulau Pinang
Selangor
Melaka
• 1957- penduduk bandar bertambah menjadi
lebih daripada 20% di 3 buah negeri lagi
Perak
Pahang
Johor
• Pulau Pinang kekal sebagai negeri yang
mempunyai penduduk bandar yang paling
ramai diikuti Selangor
• 1957-1972- pertumbuhan perbandaran di hampir
semua negeri menjadi perlahan dan negatif di
sesetengah negeri (Kedah, Pulau Pinang, Pahang)
• Kedah & PP- pengurangan penduduk bandar
berlaku dengan berakhirnya tempoh darurat
apabila penduduk kembali ke kawasan luar
bandar.
• Pahang- pengurangan penduduk bandar dikaitkan
dengan pembukaan tanah secara besar-besaran
• Kelantan & Terengganu- pertumbuhan
perbandaran yang tinggi pada masa itu

• 1980-1990- pertumbuhan perbandaran pesat


di semua negeri.
• Negeri-negeri mengalami perbandaran “dalam
wilayah”
Implikasi Perubahan
• Aspek Pengangkutan
• Kekurangan perancangan bersatu adalah
halangan utama untuk pengangkutan bandar
yang cekap.
• Perancangan semasa bagi pengangkutan
bandar masih tidak cukup effisien untuk
menangani kerumitan yang mendasari bandar
Malaysia.
• Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran
yang tidak terkawal serta keadaan sistem
perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat
awalnya.
• Pembangunan yang pesat bererti keluasan
kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’.
• Sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang
kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman,
terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang
dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan
dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah
menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak
dan padat.
• Terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan
ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan
kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar.
• Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah
sebelum perang yang berdekatan dengan laluan
loronglorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja
untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan.
• Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi
pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah
kenderaan.
• Terdapat juga masalah ketidakcukupan ruang meletak
kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya
disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan
kenderaan persendirian.
• Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu
pengangkutan yang lain terutama kemalangan jalan
raya, kelewatan, ketidakselesaan perjalanan, jarak
perjalanan yang jauh, konflik dan kekurangan dalam
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam akibat
daripada ketidaksempurnaan perkhidmatannya.
• Perbandaran yang pesat meningkatkan produktiviti dan
akses kepada peluang ekonomi , membantu meningkatkan
pendapatan dan mengurangkan kemiskinan.

• Namun, kesesakan lalulintas mengancam dan menjejaskan


manfaat perbandaran yang pesat ini.

• Pengangkutan awam yang tidak mencukupi menyebabkan


kesesakan dan kurang penggunaan pengangkutan awam.

• Hanya 17% daripada penumpang di Kuala Lumpur


menggunakan pengangkutan awam berbanding 62 % di
Singapura dan 89 % di Hong Kong.

• Penduduk di Kuala Lumpur menghabiskan lebih daripada


250 juta jam setahun terperangkap dalam lalu lintas .

• Jumlah kos lalu lintas di Greater Kuala Lumpur dianggarkan


pada 1.1 - 2.2% daripada KDNK pada tahun 2014 .
Aspek Petempatan
• Kawasan-kawasan di dalam Bandar
dibahagikan mengikut fungsi-fungsi tertentu,
seperti kawasan pusat perniagaan, kawasan
sub-Bandar industri, kawasan kediaman dan
kawasan sesak (Park, 1961:47)
• Kawasan ini terbentuk akibat pertandingan
individu dan kumpulan untuk mendapatkan
ruang.
Aspek Budaya
• Simmel (1950) The Metropolis and Mental Life
• Rangsangan berterusan yang timbul daripada
factor kebisingan, kesesakan dan persekitaran
Bandar telah membuatkan seseorang mempunyai
sikap bosan terhadap apa yang berlaku di
persekitarannya.
• Sikap ini menyebabkan mereka menapis apa yang
mereka dengar dan lihat dan tindakan ini
membantu mereka mengawal kepenatan emosi.
• Akibatnya, penduduk Bandar kelihatan kurang
mesra (cold), kurang bertimbangrasa
(heartless) dan kurang mempertimbangkan
(totally indifferent) kepada perasaan dan
tindakan orang lain.
• Bertentangan dengan gaya hidup di sebuah
pekan kecil atau kampong.
• Masyarakat Bandar telah membentuk struktur
social di mana perhubungan kumpulan
pertama (primary group relationships) iaitu
rapat dan mesra telah digantikan dengan
perhubungan jenis kedua (secondary
relationships) iaitu impersonal, segmental,
superficial dan transitory. (Wirth, 1975)
• Akibatnya, penduduk Bandar mempunyai sifat
yang anonymous, sekular, rasional dan
sofistikated. (Gans 1962:626)
• Penduduk Bandar yang ramai dan padat tidak
mungkin untuk setiap individu berupaya untuk
mengenali semua orang, sentiasa bertemu
dengan orang baru dan berhubungan secara
superficial. (Wirth, 1975)
• Kepadatan ini juga boleh melahirkan
perpecahan dan kegelisahan kerana sukar
untuk mendapat ruang untuk bersendirian
(Wirth, 1975:35)
• Setiap orang cuba melindungi diri mereka
dengan menjalinkan hubungan impersonal.
(Simmel, 1950)
• Seseorang terpencil (alienated) dalam dunia
kecilnya sendiri serta terlalu kurang
berhubungan dengan orang sekelilingnya
walaupun tinggal berdekatan.
• Perhubungan lebih banyak berdasarkan
kepada perhitungan kepentingan diri sendiri
tetapi bukan atas dasar kemesraan.
• Corak perhubungan sebegini menyebabkan
perhubungan mereka dengan orang lain begitu
behati-hati dan berjaga-jaga (reserve)
terutamanya di dalam perhubungan social
mereka.
• Keadaan ini disebut sebagai urban consciousness.
• Mereka menyedari bahawa dalam suasana
kepentingan diri lebih diutamakan,
berkemungkinan ada sesuatu di sebalik hubungan
yang terjalin itu seperti kata perumpamaan, ‘ada
udang di sebalik batu’.
• Lantaran kewujudan kesedaran ini, kelihatan
penduduk Bandar dapat bergaul sesama
mereka tetapi pergaulan itu tidak mempunyai
kemesraan.
• Ciri heterogeniti juga merosakkan hubungan
personal.
• Apabila setiap jiran tidak memiliki nilai, norma
dan sikap yang sama, mereka akan hilang rasa
kekitaan.
• Ketiadaan rasa kekitaan boleh membuatkan
seseorang itu mengelak untuk bergaul mesra.
• Keadaan ini juga menimbulkan sikap dingin dan
tidak peduli.
• Satu segi yang lain: toleran
• Namun toleransi yang timbul bukanlah diasaskan
kepada penerimaan umum terhadap sifat itu
tetapi kerana para anggotanya mengambil sikap
berjaga-jaga.
• Begitu juga dengan hubungan kejiranan. (Wirth,
1975:3)
• Dua kesan sosial akibat bilangan, kepadatan dan
heterogeneity (Wirth, 1975):
• 1. Pengelompokan pelbagai jenis manusia ke
kawasan kecil yang kemudiannya membawa
kepada kesan segregasi melalui pembahadian
kawasan kejiranan.
• 2. Jarak fizikal antara satu petempatan dengan
petempatan yang lain menjadi semakin mengecil
yang mengurangkan perhubungan persemukaan
sosial belaku dan menggalakkan proses asimilasi.
Aspek Kualiti Hidup Sosial
• keperluan asas pada tahap minimum yang
sepatutnya dimiliki dan dinikmati oleh
penghuni sesebuah Bandar
• pelbagai angkubah telah disenaraikan secara
menyeluruh yang melibatkan keperluan
kesejahteraan hidup selaras dengan matlamat
pembangunan Negara
• Antaranya termasuk angkubah pendapatan,
persekitaran kerja, pemilikan perumahan, keadaan
alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial
dan penyediaan pelbagai kemudahan infrastruktur dan
kemudahan-kemudahan asas yang sehubungan
dengannya termasuk bekalan air bersih, bekalan
elektrik, rangkaian jalan raya, peparitan, saliran, sistem
pembuangan najis, sampah sarap, kemudahan khidmat
kesihatan, pendididikan, rekreasi, kemudahan talian
telefon serta perhubungan yang sekaligus memberi
keselesaan dan kebahagiaan dalam sepanjang
penghidupan penduduk setempat.
• Terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan
ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan
kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar.
• Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah
sebelum perang yang berdekatan dengan laluan
loronglorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja
untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan.
• Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi
pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah
kenderaan.
• Terdapat juga masalah ketidakcukupan ruang meletak
kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya
disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan
kenderaan persendirian.
• Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu
pengangkutan yang lain terutama kemalangan jalan
raya, kelewatan, ketidakselesaan perjalanan, jarak
perjalanan yang jauh, konflik dan kekurangan dalam
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam akibat
daripada ketidaksempurnaan perkhidmatannya.
Isu Penyediaan Kemudahan Asas
• Walaupun disediakan peruntukan yang besar,
tetapi keperluan masih belum mencukupi.
• Dalam banyak kes di kawasan-kawasan yang
padat dengan penduduk sering terputus bekalan
elektrik, terputus bekalan air bersih yang
kemudiannya terpaksa menggunakan pili bomba,
sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung,
sistem perparitan, pembuangan najis dan sampah
sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan
persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak
selamat untuk didiami.
Isu Penghijrahan Penduduk
• Penghijrahan penduduk di Malaysia bukan saja
melibatkan dari desa ke bandar tetapi sejak
kebelakangan ini melibatkan penghijrahan di peringkat
antarabangsa sama ada secara sah ataupun sebagai
pendatang haram.
• Kehadiran para penghijrah ke bandar dalam pelbagai
bangsa, budaya, adat resam dan status pendidikan
akan menambahkan lagi bebanan dengan kesulitan
yang ada di kawasan-kawasan bandar yang akhirnya
terdedah pula kepada pelbagai gejala sosial yang lain.
• Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan
ketenteraman awam di kalangan penduduk setempat.
Isu Kemiskinan
• Isu kemiskinan masyarakat bandar mempunyai
hubungan yang sangat rapat dengan isu penyediaan
kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk.
• Rata-rata penduduk miskin berada di kawasan yang
kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan asas
yang cukup dan kebanyakannya merupakan penghijrah
yang datang dari pelbagai destinasi.
• Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk
penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran
yang melampau.
Isu Perumahan
• Disebabkan faktor kemiskinan, sesetengah
penghuni bandar tidak mampu dan tidak
berupaya untuk memiliki rumah walaupun
ditawarkan dengan harga yang termurah.
• Pilihan terakhir bagi mereka adalah untuk
kekal menetap di kawasan setinggan
walaupun terpaksa berpindah berkali-kali
disebabkan kawasan yang didiami mereka
diambilalih oleh pihak berkuasa.
Isu-Isu Lain Yang Berkaitan
• Pelbagai isu yang berkaitan timbul dan saling kait
mengait di antara satu sama lain yang melibatkan
kualiti hidup penduduk bandar yang terjejas
daripada kepesatan proses perbandaran.
• Antaranya termasuk isu pengasingan kawasan
kediaman mengikut ras dan status sosio-ekonomi,
isu pencemaran alam sekitar, pengangguran, isu
keruntuhan akhlak, isu jenayah dan gangterism
serta isu keciciran di kalangan anak-anak
penghuni bandar yang sepatutnya menjadi
pengganti kepada generasi akan datang.
Potensi Penyelesaian Isu-Isu
Perbandaran dan Kualiti Hidup Sosial
Dalam
Arus Pembangunan Negara
Dasar Pembandaran Negara
a) Mewujudkan pusat-pusat bandaran dengan perancangan penggunaan tanah
melalui Pelan Tindakan di bawah Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
b) Mewujudkan penyebaran pusat-pusat bandar dengan pelbagai kemudahan
termasuk rangkaian pengangkutan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
c) Meningkatkan usaha untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan antara
kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
d) Meningkatkan perhubungan di antara kawasan bandar dan luar Bandar dalam
konteks melibatkan penyertaan dalam daya pengeluaran dan mobiliti penduduk
bagi mempercepatkan proses pemodenan kawasan luar bandar.
e) Menyusun semula pembangunan bandar tanpa menjejaskan hak kepentingan
penduduk setempat dengan mengambilkira pengagihan dan penyertaan
penduduk yang seimbang.
f) Membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan ‘daif’ di
pusat-pusat bandar dengan mengambilkira faktor-factor setempat bagi
menggerakkan pembangunan ekonomi yang lebih pesat.
Dasar Pengangkutan Negara
a) Menyumbangkan kepentingan sektor pengangkutan dalam
pertumbuhan ekonomi negara.
b) Menjamin tahap keselesaan yang tinggi kepada pengguna untuk ke
destinasi masing-masing dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian.
c) Menjamin tahap keselamatan yang terbaik kepada pengguna dalam
melakukan perjalanan ke destinasi masing-masing.
d) Menjamin penjimatan masa dan kos kepada pengguna.
e) Meningkatkan kesedaran dan penguatkuasaan terhadap pengguna yang
melanggar peraturan lalulintas dan pengangkutan bagi membentuk
pengguna yang berdisiplin dan saling hormat menghormati di antara
satu sama lain.
f) Mengimbangi pembangunan negara melalui konsep keseimbangan
pembangunan wilayah dengan jaringan sistem pengangkutan yang
terbaik tanpa menjejaskan mutu alam persekitaran.
Pembentukan Bandar Selamat
1. Bandar yang bebas daripada keganasan, kerosakan
harta benda dan ancaman nyawa seperti kejadian
ragut, pecah rumah, kecurian dan lain-lain
2. Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan
malapetaka akibat bencana alam seperti banjir, tanah
runtuh dan sebagainya.
3. Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan
moral seperti penglibatan dalam penagihan dadah,
rasuah, pelacuran dan jenayah kolar putih.
4. Bandar yang bebas daripada kemalangan sama ada
dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan
raya, kebakaran, jatuh bangunan dan sebagainya.

You might also like