You are on page 1of 6

PENGURUSAN SISA PEPEJAL PENDUDUK: KAJIAN KES PENEMPATAN SEMULA

TELIPOK, SABAH

PENDAHULUAN.

Penghasilan Sisa pepejal secara puratanya bagi penduduk di Malaysia secara harian dianggarkan
sebanyak 0.8kg (Azrina, www.ikim.gov.my). Jumlah ini juga adalah berubah mengikut
spesifikasi tempat tinggal yakni, dikatakan bahawa penghuni bandar menghasilkan Sisa pepejal
yang lebih banyak berbanding penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu juga,
jumlah sisa pepejal yang dihasilkan juga adalah berdasarkan kepada keluasan sesebuah kawasan,
jumlah penduduk dan juga aktiviti yang dijalankan di sesebuah kawasan tersebut. Tambahan
pula, jenis sisa pepejal yang dihasilkan di kawasan bandar adalah lebih kompleks dari sisa
pepejal yang dihasilkan di kawasan luar bandar seperti kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayan
sisa binaan, bahan plastic dan juga sisa-sisa makanan. Dalam usul cadangan ini ianya melihat
kepada pengurusan sisa pepejal yakni sisa pepejal . Dalam Akta Perlindungan Alam Sekitar 1993
U.S.A (Environment Protection Act 1993) menyatakan bahawa;

Any discarded, rejected, abandoned, unwanted or surplus matter,


whether or not intended for sale or for recycling, reprocessing,
recovery or purification by a separate operation from that which
produced the matter;

Penyataan di atas bermakna bahawa sisa pepejal buangan adalah bahan atau sesuatu
benda yang dibuang dan tidak mempunyai apa-apa fungsi. Disebabkan sesuatu bahan tersebut itu
tidak digunakan semula sama ada melalui kitar semula atau penggunaan semula bahan yang
dibuang akan dikategorikan sebagai bahan buangan. Menurut Undang-Undang Malaysia Akta
672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 menyatakan bahawa sisa
pepejal merupakan apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses; apa-apa benda yang
dikehendaki dilupuskan keranan sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau apa-apa
bahan lain yang mengikut Akti ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki
oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, namun tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana
yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].

Dalam maksud pengurusan sisa pepejal pula lebih bertumpu kepada pengasingan,
penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan pengitaran semula,
pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal. Yang mana ingin melihat kepada satu kaedah
pengurusan yang membolehkan sisa pepejal diuruskan tanpa memberikan kesan yang
memudaratkan di kawasan sekitar. Maka dengan itu, pengurusan sisa pepejal merupakan satu
pengurusan yang haruslah bersifat efisien dan menyeluruh. Hal ini kerana, sisa pepejal yang
tidak terurus akan mengakibatkan kesan yang negatif. Mengambil kira di kawasan Penempatan
Telipok, pengurusan sisa pepejal di kawasan tersebut boleh dilihat dengan melihat fizikal
kawasan tersebut. Ianya memberikan impak yang negatif serta positif. Kampung Penempatan
Telipok ini merupakan salah satu program kerajaan yang mengambil kira perpindahan penduduk
dari Pulau Gaya ke Telipok. Jumlah rumah yang terdapat di kawasan ini secara sah adalah dalam
lingkungan 504 buah rumah. Dalam sebuah rumah bagi kebanyakan rumah yang ada di kawasan
kajian bukan sahaja melibatkan 5 orang, malah lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ditambah
dengan penambahan jumlah rumah serta struktur fizikal seperti kedai runcit meningkatkan kadar
pembuangan sisa pepejal di kawasan kajian.

Dalam melihat pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian juga ianya bersandarkan
keadaan hidup penduduk yang mana ianya menekankan konsep yang tidak teratur khususnya
dalam pembuangan sisa pepejal. Ruang kajian yang mengambil kira kawasan Penempatan
Telipok ini memperlihatkan lagi perincian terhadap pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian.
Maka dengan itu, permasalahan yang timbul dari aspek pengurusan sisa pepejal sudah tentunya
akan melibatkan masalah yang berkaitan dengan corak dan tabuan pembuangan sisa pepejal yang
menyebabkan masalah ini timbul. Akibat dari pengurusan yang tidak teratur itu, salah satu
masalah yang akan dihadapi dalam masalah ini adalah masalah bau. Dalam melihat
permasalahan dalam pengurusan sisa pepejal, masalah bau akan menjadi salah satu faktor yang
akan membelenggu penduduk di kawasan kajian (Van Harreveld, 2000s). dan ianya merupakan
kesan yang asas bagi pengurusan sisa pepejal yang tidak teratur dalam mana-mana kawasan.
Tambahan pula, dalam kajian ini juga akan melihat kawasan pembuangan sisa pepejal
yang sedia ada, yakni sama ada tong sisa pepejal yang disediakan itu masih berfungsi atau tidak.
Hal ini kerana, tong sisa pepejal akan menjadi satu alternatif yang umum namun selalu
dilaksanakan dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal di mana-mana kawasan
(PPSPPA, KPKT; Mac 2013). Namun begitu, sejauhmana keberkesanan kemudahan yang telah
disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada mulanya? Hal ini kerana masalah pengurusan
sisa pepejal ini mula menular pada masa kawasan pembuangan sisa pepejal yang asal berubah
fungsinya. Ianya sudah tentu akan menyebabkan perubahan fungsi kawasan tempat pembuangan
sisa pepejal.

Dalam melihat kepada kaedah pengurusan dan juga cara pengurusan sisa pepejal
dilaksanakan di kawasan kajian, ianya juga akan tentu ingin melihat sama ada keberkesanan
pengurusan Sisa pepejal yang dilakukan di kawasan kajian tersebut adalah efektif atau
sebaliknya. Tambahan pula, cara pengurusan yang bagaimana ingin dilihat dalam pengurusan
yang terlibat. Hal ini kerana terdapat cara yang berbeza mengikut kawasan dan juga mengikut
masalah yang diatasi termasuklah menulis surat aduan, melalui lisan dan juga melalui
penyebaran dan juga notis-notis untuk orang awam (Lei Shi, 2000s). namun dalam kajian ini,
langkah yang drastik harus diambil kerana dengan penggunaan notis atau amaran secara lisan
adalah kurang efektif kerana masalah ini masih berlanjutan sehingga sekarang.

Objektif kajian utama bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan sisa pepejal
di kawasan Penempatan Telipok ini. Terdapat beberapa objektif yang mana;

1. Mengkaji corak pembuangan sisa pepejal, taburan tempat pembuangan sisa pepejal serta
impak yang terhasil akibat dari corak dan taburan pengurusan sisa pepejal di kawasan
kajian.
2. Menganalisis garis panduan pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian bersandarkan
kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak JKKK serta menganalisis peranan pihak
JKKK dalam menangani isu ini.
3. Mengenalpasti langkah yang bersesuaian bagi bertujuan untuk meminimumkan impak
negatif dalam pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian.
METODOLOGI

Jenis data yang akan diperolehi

Jenis data yang akan diperolehi adalah data primer dan data sekunder. Data primer akan
diperolehi melalui kaedah temu bual bersama pihak DBKK dan juga JKKK di kawasan kajian.
Selain itu, data primer juga akan diperolehi melalui pengambilan gambar bagi tujuuan
pembuktian secara visualisasi mengenai kawasan kajian yang dikaji. Manakala data sekunder
pula akan memperlihatkan sorotan literatur melalui pembacaan jurnal seperti Science Direct,
Akademika dan sumber jurnal yang lain, serta melalui buku-buku ilmiah dan juga keratan akhbar
seperti Harian Metro, New Sabah Times dan seumpamanya.

Prosedur

1. Lawatan ke kawasan kajian.


2. Pengambilan gambar bagi tujuan pembuktian secara visualisasi.
3. Temu bual bersama DBKK dan JKKK.
4. Mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk di kawasan kajian untuk melihat
corak dan pola taburan pembuangan sisa pepejal.
5. Menganalisis data yang diperolehi

Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah menggunakan pen, kertas, ArcGIS, Kamera, Microsoft
Picture Manager, Microsoft Words dan Komputer Riba.

Analisis data

Data yang diperolehi akan dianalisis dan akan dikategorikan bersandarkan objektif kajian.
Kemudia data yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam ArcGIS bagi memperlihatkan kawasan
pembuangan sisa pepejal dan kawasan yang telibat.
CARTA KERJA

Item

Novemb

Februari
Decemb
Oktober

er 2013

er 2013
Septem

Januari

April
2013
2013

2014

2014

2014

2014
Mac
ber
Menyediakan X
Usul Tesis
Pembentangan X X
Pencarian X X X X X X X
Data
Menyediakan X X X X
Laporan
Penyediaan X X X X
Kerja Akhir
Pembentangan X X
Hasil Laporan
Mengemaskini X X X
Laporan

KERANGKA LAPORAN
RUJUKAN

Van Herreveld A. 2000s. Odor Regulation and the History of Odor Measurement in Europe.
Spain; OdourNet

Lei Shi. 2000s. Odor Pollution Control Regulation and Measurement in China. China; China
State Key Laboratory of Odor Pollution Control.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian Perumahan dan
Kementerian Tempatan. Mac 2013. Garis Panduan Pengurusan Sisa pepejal Pembinaan
di Tapak Bina. Malaysia.

You might also like