You are on page 1of 29

GCI1022: Minggu ke-8

Dunia hari ini menyaksikan kemunculan kuasa baru dalam


ekonomi baru iaitu China dan India. Sejauh mana kewajaran
tindakan kerajaan negara memperkukuhkan hubungan
dengan China pada hari ini dan kesannya terhadap ekonomi
negara.

Disampaikan oleh:
Nur Alia Suraya Binti Mohd Hafiz
Disediakan untuk:
Mimi Badrishah Binti Shaharudin
Woi Min Xuan
Dr. Mani Rajan a/l Ellappan
Isi Kandungan
Bil Tajuk
1. Kemunculan Kuasa Baru Ekonomi Dunia
2. Kemunculan Kuasa Ekonomi Baru Dunia China
3. Kemunculan Kuasa Ekonomi Baru Dunia India
4. Kewajaran Tindakan Malaysia Memperkukuhkan
Hubungan Dengan China
5. Kesan Pengukuhan Hubungan Kerajaan Malaysia
dengan China Pada Hari Ini Terhadap Ekonomi
Negara
China is a BRIC country. BRIC
country means Brazil, Russia,
India and China. This
emerging economy really is
helping the revival of the
world economy.
- Michael Anti
Kemunculan Kuasa Baru
Ekonomi Dunia.
 Perkembangan ekonomi semasa menunjukkan
bahawa terdapat beberapa buah negara yang kini
muncul sebagai kuasa baru dalam bidang ekonomi
dunia.
 Antara negara berkenaan tutorial ini adalah China
dan India.
 Kemunculan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
semasa dan turut memberikan kesan kepada
ekonomi negara kita.
Bendera China
Peta China
Kemunculan kuasa ekonomi
baru dunia China

 Perkembangan ekonomi China mula berkembang


berorientasikan pasaran bermula sekitar tahun 1978 di
bawah Parti Komunis China (CCP) yang diketuai oleh Deng
Xiaoping. Pada dekad pertama iaitu sekitar 1979-
1990, pembangunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
China adalah sekitar 9.6 peratus (Chow, 2004). Manakala
perkembangan ekonomi China terus meningkat kepada
10.4 peratus pada dekad yang kedua dan ketiga iaitu 1990
 2010 (Lin, 2011).Deng Xiaoping memberi penekanan
terhadap kepentingan ahli akademik dan saintis sosial
untuk membina pembaharuan terhadap ekonomi China
dengan polisi-polisi yang tidak melanggar kepentingan
strategi besar mereka (China’s Grand Strategy).
Reformasi ekonomi China telah membangunkan China
sebagai sebuah negara yang kuat (strong state) dengan
sektor perindustriannya yang mampan. Modernisasi
telah dilakukan terhadap empat sektor utama yang
menyumbang kepada perluasan ekonomi China, iaitu
agrikultur, perindustrian, sains dan teknologi, dan
pertahanan (Chow, 2004).
 China memberikan fokus terhadap pembangunan keempat-
empat industri tersebut kerana ianya merupakan
sumber pendapatan China dalam meraih pulangan ekonomi
yang seimbang. Kitaran ekonomi yang memberikan fokus
terhadap keempat-empat sektor tersebut telah
melonjakkan China sebagai pusat tumpuan perdagangan
daripada negara-negara lain untuk mendapatkan barangan
daripada sektor-sektor tersebut. Perkembangan ini juga
turut meningkatkan pelaburan asing langsung( foreign
direct investment) terhadap China serta menyebabkan
kadar pertumbuhan ekonomi negaranya semakin
berkembang pesat.
 Proses pemodernisasian berlaku apabila polisi pintu terbuka (open-
door policy) telah dilaksanakan kerana China mula sedar bahawa era
globalisasi memerlukan China untuk melonggarkan sedikit pintu
perdagangannya.
 Hal ini demikian kerana China mengamalkan
dasar pintu tertutup sebelum reformasi terhadap ekonominya dilakuk
an. Keadaan yang tersebut menyebabkan pergerakan ekonomi
domestik negara China berjalan dalam keadaan yang lembab.
Pergerakan ekonomi yang lembab menyebabkan kemampanan China
untuk mencapai strategi besar (Grand Strategy) menempuh jalan
kesulitan.
 Keadaan ini menyebabkan China telah menggerakkan reformasi
kebangkitan ekonomi sehingga mencapai Keluaran Dalam Negara
Kasar(GDP) kedua dalam dunia pada tahun 2012 selepas AS (Morrison,
2014).
Bendera India
Peta India
Kemunculan kuasa ekonomi baru
dunia India
 Perkembangan ekonomi India bermula pada tahun 1991 (Setelah
tamatnya perang dingin) dengan bermulanya pembaharuan
ekonomi dan pengurangan kawalan kerajaan terhadap
perdagangan dan pelaburan asing. Sehingga akhir 90-an, India
Berjaya menjadi kuasa baru ekonomi dunia.
 Sejak tahun 1991, India telah membuka pasaran secara
beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan pengurangan
kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing.
 Setelah tindakan tersebut diambil, didapati bahawa rizab
pertukaran asing telah meningkat daripada USD5.8 billion pada
Mac 1991 kepada USD247 billion pada Sept 2007, manakala
kekurangan belanjawan persekutuan dan negeri telah menurun.
 Dengan peningkatan KDNK sebanyak 9.4 peratus sepanjang tahun
2006 dan 2007, ekonomi India merupakan antara yang paling
berkembang pesat di dunia. KNDK India dari segi kadar
pertukaran AS iala USD1.103 trillion dan menjadikannya sebagai
ekonomi ke-12 terbesar di dunia.
 India diperkukuhkan dengan tenaga kerja sebanyak 509.3 juta
orang, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian. 28%
dalam bidang perkhidmatan dan 12% dalam bidang
perindustrian.
 Tanam-tanaman pertanian utama di india adalah termasuk beras,
gandum, kapas, tebu dan ubi kentang.
 Perindustrian utamanya adalah pembuatan kereta, simen dan
perkakas elektronik.
 Sumber alam semulajadi pula adalah termasuk arang, bijih besu
dan batu kapur.
KEWAJARAN TINDAKAN
MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN
HUBUNGAN DENGAN CHINA
Mengadakan lawatan ke China untuk
tingkatkan hubungan dua hala
 Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah mengadakan lawatan ke
China untuk tingkatkan hubungan dua hala.
 Ketika di China, Najib telah menandatangani sekurang-kurangnya 10
perjanjian dua hala dan memorandum persefahaman (MoU) dalam pelbagai
bidang, termasuk pelaburan China dalam projek infrastruktur di Malaysia
 Jumlah perdagangan dua hala antara China dan Malaysia telah mencapai
USD$100 bilion (RM412.35 bilion) dan China kekal sebagai rakan dagang
terbesar Malaysia sejak 10 tahun berturut-turut.
 Pelaburan langsung asing China dalam sektor perkilangan Malaysia meningkat
lebih daripada empat kali ganda sejak lima tahun yang lalu, sekali gus menjadi
sumber pelaburan asing terbesar dalam industri selama tiga tahun berturut-
turut.
 Saya berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia untuk
mengadakan lawatan ke China merupakan sesuatu tindakan yang
wajar serta patut dilakukan supaya Malaysia dapat mengekalkan
hubungan diplomatik dengan China. Perkara ini juga dapat
membantu kita untuk meningkatkan ekonomi negara dengan
mengadakan kerjasama dengan negara China.
 Pendapat saya juga dapat disokong dengan penubuhan Persatuan
Persahabatan Malaysia-China (PPMC) yang turut bertindak sebagai
jambatan yang menghubungkan permintaan dalam perdagangan
dan ekonomi, selain menguatkan hubungan antara belia kedua-
dua negara menerusi program pertukaran itu serta membantu
dalam usaha untuk mengeratkan hubungan diplomatik Malaysia
dan China.
Inisiatif Belt and Road
 Inisiatif Belt dan Road telah dibangkitkan oleh Presiden China, Xi JinPing pada tahun
2013 lagi. Maksud disebalik Belt ialah ia merujuk kepada laluan darat manakala Road
atau Maritime Road pula merujuk kepada laluan laut. Tujuan inisiatif ini dikemukakan
adalah untuk mengukuhkan perhubungan di antara benua Asia, Eropah dan Afrika
dalam menyeimbangkan serta membangunkan negara-negara di dalam benua yang
terlibat.
 Berikutan inisiatif tersebut, Malaysia merupakan negara yang terbaik untuk mencari
peluang pelaburan dan perniagaan jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.
 China dan Malaysia menyambung semula pembinaan sebuah projek kereta api “Belt
dan Road” di utara Malaysia pada hari Khamis, selepas penggantungan selama setahun
dan berikutan perjanjian yang berlaku untuk mengurangkan kosnya dengan hampir
satu pertiga kepada kira-kira USD 11 Billion.
 Pada Bulan April, Malaysia dan China yang merupakan rakan perdagangan yang rapat
bersetuju untuk meneruskan dengan Pautan Rel Pantai Timur (ECLR) dengan kos RM
44 billion ( USD 10.7 Billion), mengurangkannya daripada RM 65.5 Billion.
 Tindakan yang telah dilakukan ini merupakan sebuah
tindakan yang sangat bijak, kerana ia dapat mendatangkan
keuntungan kepada negara melalui pelaburan.
 Selain memiliki lokasi yang strategik, Malaysia juga
mendapat manfaat daripada infrastruktur pengangkutan dan
logistik yang kukuh dan mampu menarik lebih banyak
peluang perniagaan. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan negara ini dapat merai manfaat melalui Inisiatif
Belt dan Road.
Malaysia tingkatkan kerjasama dengan China
dalam bidang perniagaan

 Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, berkata China akan bekerjasama
dengan Malaysia untuk meningkatkan usaha sama dalam bidang berkenaan
selain memanfaatkan potensi kerjasama menerusi industri serta bentuk
perniagaan baharu seperti e-dagang, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi
tinggi.
 China juga mengalu-alukan lebih banyak produk Malaysia untuk bersaing di
pasaran China dan pada masa yang sama menggalakkan syarikat China yang
terbaik untuk melabur di Malaysia.
 China juga bersedia memberi ruang lebih banyak kepada syarikat Malaysia
untuk menerokai pasaran China dan menyatakan hasrat tersebut melalui Forum
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) ‘Pertukaran Tenaga Kerja dan Kerjasama
Ekonomi’ (People-to-People Exchange & Economic Cooperation).
 China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan
membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam
memanfaatkan sumber dan potensi rakyat,
 Dengan ini, tindakan Malaysia dalam meningkatkan kerjasama dengan China
merupakan suatu tindakan yang amat bijak bagi mengekalkan kepentingan
kedua-dua negara serta membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.
KESAN PENGUKUHAN HUBUNGAN
KERAJAAN MALAYSIA DENGAN
CHINA PADA HARI INI
TERHADAP EKONOMI NEGARA
1.Peningkatan eksport ke China
 Hal ini terjadi kerana negara kita mengimport barang dari China
dalam jumlah yang besar dan kita banyak bergantung kepada
produk teknologi dari China juga. Maka, berlakulah imbangan
pembayaran apabila berlakunya keseimbangan eksport dan import
antara Malaysia dengan China
2.Pelaburan dari China meningkat
 Hubungan yang akrab antara Malaysia dengan China memberikan
peluang kepada kerajaan kita untuk menarik lebih banyak pelabur
daripada pelbagai syarikat China dengan mengetengahkan
kelebihan semula jadi dan menerangkan strategiknya Malaysia
sebagai lokasi pelaburan.
3. Membantu memperbaiki ketidaktentuan
ekonomi Malaysia
 Disebabkan nilai ringgit menurun pada
November 2018, permintaan produk
komoditi dan petrokimia yang tinggi dari
China menyokong pertumbuhan eksport
dalam beberapa bulan ini.
Sekian, Terima
Kasih!

You might also like