You are on page 1of 8

PENGENALAN

Menurut majalah The Economist (2011), China bakal bangkit sebagai sebuah
hab ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2018. Kebangkitan China sebagai
kuasa besar ekonomi dunia menjadi topik yang hangat diperbualkan masa kini.
Perkembangan mengkagumkan ekonomi China menggamit tumpuan para penganalisa
ekonomi dan mendominasi perbicaraan dagangan antarabangsa. Kebangkitan China ini
bermula sejak pembaharuan dasar perdagangan iaitu dengan mengamalkan dasar
buka pintu (open-door) bermula pada tahun 1978. Prestasi ekonominya berjaya
meningkat sebanyak sepuluh peratus setiap tahun semenjak tahun 1990 yang
menunjukkan kemenjadian dasar buka pintu yang diamalkan. China adalah sebuah
negara membangun dalam proses membuat peralihan kepada ekonomi pasaran.
Namun ia telah muncul sebagai kuasa utama dalam ekonomi dunia dan semakin
menyerlah sebagai sebuah negara maju yang menyumbang 20% daripada penduduk
dunia iaitu lebih daripada empat kali saiz Amerika Syarikat dan hampir tiga kali ganda
daripada Kesatuan Eropah. Saiz dan integrasi China dengan ekonomi dunia telah
menyumbang kepada ketidaktentuan persekitaran inflasi global, mata wang telah
menjadi subjek perdebatan, perdagangan telah menimbulkan kebimbangan untuk
pekerja dan firma di kedua-dua negara maju dan membangun, permintaan untuk
tenaga telah membawa kepada persaingan dan konflik, ia telah menyaingi Amerika
Syarikat, United Kingdom dan negara-negara membangun sebagai destinasi pelaburan
langsung asing dan kesan-kesan dari pelaburannya di luar negara telah mula dirasai di
seluruh dunia. Hasilnya, China telah menjana pertumbuhan dalam ekonomi global yang
telah membuat kejayaan besar bagi kebajikan negara-negara lain.
Tatkala ekonomi China semakin meningkat naik dengan pesat, ekonomi Amerika
Syarikat dilihat semakin kurang memberangsangkan berikutan kadar hutang negara itu
yang melepasi had AS$16.7 trilion mengakibatkan kerajaan lumpuh. Situasi ini dilihat
boleh mengancam dan memudahkan lagi pesaing terdekat Amerika Syarikat iaitu China
untuk mengatasi kedudukan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia. Menurut laporan
Wall Street Journal, ekonomi China mencatatkan pertumbuhan 7.6 peratus tahun ini
dan dianggap sangat memberangsangkan walaupun momentum sedikit menurun pada
akhir tahun. Sekiranya pertumbuhan ini terus konsisten, tidak mustahil China mampu

memintas Amerika dan menjadi kuasa ekonomi dunia yang baharu. Demi mengelakkan
perkara ini berlaku, Amerika telah mengadakan satu perjanjian bersama Kesatuan
Eropah (EU) untuk menyekat kemaraan China namun setakat ini belum dilihat dapat
memberi kesan yang positif. Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR)
dalam kaji selidik yang dilakukannya seolah-olah memberi keyakinan kepada Amerika
bahawa China tidak akan dapat memintas sekurang-kurangnya sebelum tahun 2028
sekali lagi selepas kali pertama pada tahun 1890. Krisis ekonomi terbesar Amerika
Syarikat adalah pada tahun 2007 dan 2008 sejak 1930-an terus menambah kekusutan
bagai menyimbah minyak ke bara apabila hutang negara tersebut melepasi had dan
beberapa agensi gergasi yang menjadi keangkuhan Amerika seperti Citibank dan
Lehman Brothers belum pulih dengan sepenuhnya. Momentum peningkatan ekonomi
Amerika Syarikat semakin perlahann dengan Konflik kewangan AS dengan sendirinya
memperlahankan momentum peningkatan ekonomi AS. Apabila keadaan ini berlaku,
kesan secara langsung turut dirasakan oleh Asia terutama yang menjadi pemain besar
dalam ekonomi Amerika. Negara yang menjadi pengeksport besar kepada Amerika
terpaksa memperlahankan momentum dagang mereka. China dan Jepun menyumbang
empat puluh tiga peratus atau lebih dalam Amerika Syarikat dan jika terdapat situasi
yang tidak diingini berlaku seperti pembekuan, China dan Jepun bakal mengalami
kesan yang lebih teruk berbanding negara-negara Asia yang lain. Walaupun krisis di AS
memberi kesan kepada ekonomi China, dengan pertumbuhan yang dicatatkan itu China
dilihat belum berada dalam zon risiko malah mempunyai kemampuan untuk bergerak
selari dengan Amerika sebagai kuasa utama ekonomi dunia. Tahun 2014 adalah ujian
getir bagi Amerika Syarikat dan momentum yang baik bagi China untuk terus
mencatatkan pertumbuhan yang melepasi sasaran. Sekiranya kuasa ekonomi terlepas
ke tangan China selepas 2028, keadaan geopolitik global juga dijangka turut berubah.
AS tidak mampu untuk terus menjadi kuasa besar dunia dengan kekuatan pertahanan
tetapi lemah penguasaan ekonomi. Pada masa ini China boleh dianggap sebagai
penyelamat Amerika Syarikat dan pelaburannya di perbendaharaan Amerika adalah
senjata yang mematahkan kebongkakan Amerika Syarikat dalam peta politik dunia.

FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN EKONOMI CHINA


Sejak pembaharuan dasar kepada dasar buka pintu pada tahun 1978, potensi
ekonominya

meningkat

sebanyak

sepuluh

peratus

setiap

tahun.

Proses

pemodernisasian berlaku apabila polisi pintu terbuka (open-door policy) telah


dilaksanakan kerana China mula sedar bahawa era globalisasi memerlukan China
untuk melonggarkan sedikit pintu perdagangannya. Hal ini demikian kerana China
mengamalkan dasar pintu tertutup sebelum reformasi terhadap ekonominya dilakukan.
Keadaan yang tersebut menyebabkan pergerakan ekonomi domestik negara China
berjalan

dalam

keadaan

yang

lembab.

Pergerakan

ekonomi

yang

lembab

menyebabkan kemampanan China untuk mencapai strategi besar (Grand Strategy)


menempuh jalan kesulitan. Keadaan ini menyebabkan China telah menggerakan
reformasi kebangkitan ekonomi sehingga mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar
(GDP) kedua dalam dunia pada tahun 2012 selepas AS (Morrison, 2014).
Penstrukturan semula ekonomi China dengan melakukan perubahan dasar dalam
pelbagai aspek seperti penswastaan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana,
pengurusan perusahaan besar oleh birokrat kerajaan, membuka pasaran modal asing
(foreign capital market) secara beransur-ansur dan dalam masa yang sama
membataskan (restricted) pergerakan pasaran asing ke dalam negara merangsang
pertumbuhan ekonomi China ke arah yang lebih produktif. Perkara ini turut diakui oleh
Acemoglu dan Robinson (2012) dalam Why Nations Fails bahawa insentif terhadap
pasaran agrikultur (agriculture) dan industri serta diikuti oleh pelaburan asing
menjadikan ekonomi China bertumbuh dengan lajunya. Suntikan terhadap industri
ekstraktif menjadikan pasaran ekonomi China semakin mara ke pasaran antarabangsa.
Hal ini menjadikan pergerakan ekonomi China terus dinamik untuk bersaing di peringkat
global dengan negara-negara lain yang sedang membangun. Permintaan tinggi China
terhadap pelbagai sumber komoditi dan barangan pengguna dilihat akan terus menjana
petumbuhan ekonomi global di tahun-tahun mendatang. Harga tinggi pelbagai komoditi
termasuk minyak dan peningkatan luarbiasa dagangan antarabangsa China dengan
rakan-rakan dagangannya menjadi bukti kepada kebangkitan ekonominya. Faktor ini
dijangka terus menjadi antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan dagangan
global.

KESAN-KESAN KEBANGKITAN EKONOMI CHINA


Pertamanya, kebangkitan ekonomi China banyak menimbulkan kegusaran kepada
kuasa ekonomi besar dunia terutamanya Amerika Syarikat. Amerika dalam usaha untuk
mengekang kebangkitan atau ancaman daripada China telah menemukan satu strategi
yang dinamakan sebagai Returning to Asia kemudiannya menjadi pivot to Asia. Pivot to
Asia merupakan satu strategi Amerika untuk memastikan polisi-polisi Amerika di Asia
berjalan lancar selain memastikan bahawa Amerika Syarikat merupakan kuasa
pengimbang di Asia (Dong and Chengzhi, 2013: 2)
Selain itu, kebangkitan ekonomi China sedikit sebanyak meyakinkan dan member
aspirasi kepada negara-negara ASEAN seperti Malaysia sendiri untuk terus
membangun dari segi ekonomi. Strategi China menguatkan pengaruhnya terhadap
ASEAN melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) sebagai
sebuah kerjasama ekonomi komprehensif dilihat semakin memberi tekanan hebat
terhadap AS untuk mengukuhkan hegemoninya di rantau Asia dengan dasar
pengimbangan semula yang dibawanya (Universal Access to Competitiveness and
Trade, n.d.: 7)
Ramai orang melihat China sebagai satu ancaman dengan alasan, banyak syarikatsyarikat asing berpindah daripada beroperasi di negara ini. Untuk bersaing dengan
China merupakan sesuatu yang mungkin agak ketara dan jauh untuk dicapai
sedangkan Malaysia masih belum mapu bersaing dengan negara-negara jiran yang
terdekat seperti Indonesian dan Thailand. Rakyat Malaysi yang rata-rata berpelajaran
boleh sebaliknya menumpukan tenaga dan pemikiran ke arah bidang yang lebih kreatif
dan berpendapatan tinggi. Bagi esetengah orang, dengan kebangkitan luar biasa ini,
China akan bertindak menelan negara jirannya dari segi politik mahupun ketenteraan.
Melihat kepada sejarah, China adalah sebuah negara yang tidak menjadi ancaman dari
segi politik mahupun ketenteraan. Ini dapat dibuktikan dengan pelayaran Laksamana
Cheng Ho dari China ke Afrika dengan delegasi beribu buah kapal, tidak menyerang
mana-mana negara malah pelayaran ini menjadi simbol jalinan hubungan mesra antara
China dan negara-negara lain di dunia.
Pada pendapat saya, saya melihat kebangkitan China ini bukan sebagai ancaman,
malah sebagai sebuah peluang besar yang dapat digarap oleh usahawan Melayu.

Melalui perjanjian ACFTA (ASEAN-China Free Trade Agreement) yang dimetrai oleh
anggota ASEAN dan China, usahawan ASEAN dan China hampir sepenuhnya bebas
untuk mengimport atau mengeksport produk masing-masing. Pasaran China yang
besar adalah syurga pemasaran bagi usahawan yang ingin menerokainya. Usahawan
kita perlu bijak mengambil peluang dengan mewujudkan produk yang kreatif yang
memenuhi kehendak pasaran di China. Memahami budaya setempat sesebuah negara
sebelum menerokainya adalah satu aspek yang penting. Kerajaan juga boleh
memainkan peranan dengan menyertai pameran-pameran perniagaan di China dan
menghantar delegasi-delegasi untuk bekerjasama dengan persatuan peniaga tempatan
di China.
Peluang seterusnya bagi usahawan Melayu adalah melalui pasaran Halal. China kini
sedang membangunkan Kashgar sebuah bandar di wilayah Xinjiang yang didiami oleh
majoriti orang Islam menjadi sebuah bandar mega. Projek yang mendapat jolokan New
Shenzhen, bakal menjadi sebuah pintu masuk ke pasaran Rusia dan negara-negara
bekas Soviet seperti Kazakstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Kita juga sedia
maklum bahawa pengiktirafan halal di negara kita diiktiraf di seluruh dunia Islam. Ini
adalah peluang besar bagi usahawan makanan dan kosmetik untuk menembusi
pasaran halal di China, Asia Tengah dan Rusia. Melalui peluang-peluang ini, dapat
dilihat bahawa kebangkitan China bukanlah satu ancaman buat kita usahawan di
Malaysia, malah ianya sebuah peluang yang perlu digarap. Kebangkitan China perlulah
dilihat sebagai sebuah enjin kepada perkembangan ekonomi negara kita.
Kerajaan Malaysia juga telah memperuntukkan RM218.3 juta di bawah Kajian
Pertengahan Rancangan Malaysia ke-9, peningkatan sebanyak 95% daripada
peruntukan asal Rancangan Malaysia Ke-9 sebanyak RM112 juta, untuk
pembangunan industri makanan halal.
Mohd Akbal Abdullah dan Dr Rafiuddin Afkari, Strategi Pengembangan
Usaha Kecil dan Menengah dalam Menghadapi Serangan ACPTA

Rumusan
Struktur pembentukan China yang semakin memuncak dalam arena political
antarabangsa memperlihatkan pertumbuhan kekuatan China menghadapi arus
globalisasi. Dengan kadar peningkatan ekonomi yang semakin meningkat, China dilihat
berupaya menjadi pesaing utama Amerika Syarikat dalam pelbagai aspek geopolitikal
dan hal ini sudah tentulah menjadi kebimbangan besar terhadap Amerika. Polisi pivot to
Asia tersebut dilihat kurang berkesan terhadap negara-negara ASEAN kerana kekuatan
hegemoni China di rantau Asia Pasifik cukup kuat sehingga negara-negara ASEAN
mula mengalihkan perhatian terhadap China untuk meningkatkan interaksi diplomatik
dan perdagangan. Kadar berterusan pertumbuhan ekonomi China adalah tidak dijamin
kerana ketidakstabilan ekonomi pasaran. Namun kejayaan yang luar biasa China
setakat ini telah membuat kesan ekonomi dirasai di seluruh dunia. Pertumbuhan
berterusan dan integrasi global China sudah pasti akan menjadi penting bagi ekonomi
dunia dan negara-negara perlu memberi tumpuan kepada daya saing China untuk
mendapat manfaat. Hubungan yang baik antara Malaysia dan China perlulah sentiasa
dikekalkan di samping Malaysia perlu menjadikan China sebagai role-model yang
sangat baik kerana pencapaian mereka dari segi ekonomi sangat memberi banyak
manfaat kepada pembangunan kerajaan dan rakyat khususnya.

RUJUKAN
Khalid, N. (2006). Pertumbuhan Ekonomi China: Kesannya Terhadap Perkembangan
Pelabuhan ASEAN. Institut Maritim Malaysia (MIMA).
Arora, V., & Vamvakidis, A. (2010). Chinas economic growth: International
Spillovers, IMF Working Paper, International Monetary Fund, pp. 1-23
Venables, A. J., & Yueh, L. (2006). The China effect. CentrePiece Autumn. Dipetik
daripada http://cep.lse.ac.uk/pubs/download/CP208.pdf
Yunhua, L., & Kui, NG, B. (2007). Impact of a rising chinese economy and ASEANs
response. Economic Growth Centre: Working Paper Series. Diambil daripada
http://egc.hss.ntu.edu.sg/research/workingpp/Documents/2007-03.pdf
Ku Seman, K.H. (2013, Disember 29). 2014 Kebangkitan China Kegusaran AS. Utusan
Malaysia. Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131229/re_08/2014-kebangkitanChina-kegusaran-AS#ixzz37DrUFI4m
Egberink, F., dan Putten F. P. (2011) ASEAN, Chinas rise and geopolitical stability in
Asia, The Hague: Netherlands Institute on International Relations Clingendael.

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PPISMP TESL
TESL
AMBILAN JUN 2014
SEMESTER 1
GCI 1022
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

TUGASAN 1
TOPIK: KEBANGKITAN CHINA SEBAGAI SATU ISYARAT BAHARU
TERHADAP PERKEMBANGAN EKONOMI DAN POLITIK DUNIA

NAMA PELAJAR

NUR ARDINI IZZATI BINTI ABD AZIZ

NO KAD PENGENALAN

950412035824

TARIKH HANTAR

20TH AUGUST 2014

NAMA PENSYARAH

PUAN NORAINI BINTI TAHIR

You might also like