You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan 2
Latar Belakang China 3
Faktor-Faktor China Sebagai Kuasa Ekonomi Baru 4-5
Latar Belakang India 6
Faktor-Faktor India Sebagai Kuasa Ekonomi Baru 7-8
Implikasi Kemunculan Kuasa Baru 9
Rumusan 10
Rujukan 11
Lampiran 12-16

Muka Surat 1
Pengenalan

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2005), ekonomi bermaksud sistem pengendalian
sumber kekayaan seperti kewangan, perindustrian, perdagangan dan lain-lain sesebuah
negara.Ekonomi ialah tunjang pembangunan bagi sesebuah negara.Ekonomi menentukan
kemajuan dan keruntuhan sesebuah negara dan juga menjadi signifikan. Menjelang abad ke-
21, kawasan Eropah, terutamanya Eropah mengalami masalah kemerosotan ekonomi. Pada
masa yang sama juga, muncul kuasa ekonomi baru.Kuasa ekonomi baru dikenali sebagai suatu
keadaan yang merujuk kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber-sumber produktif
yang mencukupi untuk menghasilkan dan menyediakan barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi permintaan pasaran yang tidak terhad dan besar.

Perkembangan kedua-dua ekonomi ini menjadikan masing-masing yakin untuk


membantu ekonomi dunia yang semakin merosot.Perkembangan ini juga menjadi kunci
pertumbuhan ekonomi global.Keadaan ini juga membimbangkan Amerika Syarikat yang
menjadi orang pertama dalam ekonomi dunia sekarang.Komoditi import dan eksport kenderaan
oleh Amerika Syarikat dalam sebilangan yang banyak pada tahun 2007, telah menyebabkan
ekonominya berkembang pada tahun 2008, dengan jumlah perdaganganya menambah ke $696
billion.Contoh pengeluaran lain yang mendatangkan keuntungan kepada Amerika Syarikat ialah
tenaga elektrik, nuklear, gas asli cecair, sulfur, fosfat, garam, tanaman jagung, dan kacang
soya. Walaubagaimanapun, perkembangan Amerika Syarikat berpegang pada tempat pertama,
namun negara China dan India dijangka akan mengancam kedudukan Amerika Syarikat.
Persoalanya, apakah faktor yang menyebabkan perkembangan drastik ekonomi negara China
dan India.

Muka Surat 2
 Latar belakang Negara China

Negara China juga dikenali sebagai Rakyat Republik China(RRC) yang merupakan sebuah
Negara Asia Timur yang mempunyai ramai penduduk di dunia iaitu 1.3 juta orang (satu perlima
manusia di bumi).Di negara China, mereka mengamalkan sistem satu perintah dalam sistem
pentadbiran mereka tersendiri. Sistem ini dibawah kuasa di beberapa wilayah penting seperti 22
wilayah(provinsi), lima kawasan berautonomi( terutamanya Hong Kong dan Makau) dan empat
perbandaran pentadbiran langsung( Beijing, Tianjin, Shanghai, Chongging). Selain itu, Beijing
merupakan ibu negara Rakyat Republik China(RRC).Stategi atau kedudukan RRC merangkumi
seluas 9.6 juta kilometer persegi. Keluasan ini boleh dijelaskan dengan keistimewaanya iaitu
dari segi keluasan seluruh dunia Rakyat Republik China merupakan negara ketiga terbesar di
dunia.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China )

Selain itu, Rakyat Republik China kini kini berdepan dengan beberapa masalah lain
seperti kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal, jurang pendapatan
yang makin besar antara penduduk Bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam
sekitar.Tambahan pula, negara ini juga menghadapi masalah dengan kes pencabulan hak asasi
manusia oleh kerajaan-kerajaan negara lain.

Rencana utama: Dasar anak tunggal

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China

Muka Surat 3
 Faktor-faktor China sebagai kuasa ekonomi baru

Negara China pada awalnya yang terkenal dan terkaya dengan sumber alam menyebabkan
penduduk luar bandar untuk menjalankan kegiatan pertanian secara luas dan
menyeluruh.Kesan yang baik yang terdapat dalam kegiatan ini ialah, kegiatan pertanian ini
menolong kehidupan penduduk luar bandar untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan.Selain
itu, ‘The Great Wall of China‘ ialah salah satu keajaiban dunia. ‘The Great Wall of China’ juga
digelar sebagai “mutiara di bumbung dunia”.Setiap bulan pelancong yang mengunjungi tempat
ini sering mengalami peningkatan secara mendadak.Peningkatan ini mendorong negara China
untuk ekonominya.Dalam hal ini, pelancongan menjadi pemangkin tunjang untuk
perkembangan ekonomi negara China.

Di samping itu, kerajaan China dari awalnya mempunyai aliran modal yang besar
supaya dapat menampung keperluan dan kehidupan penduduk ramai di China. Dengan ini,
sektor perindustrian dan perkilangan negara China mula berkembang pesat dan menyebabkan
pendapatan hasil yang lumayan kepada negara China.Buktinya perkataan ‘Made in China’
sering kita dapat dilihat pada hampir semua barang di pasaraya. Ciri-ciri produknya seperti
kecil, mudah, murah,canggih dan kegunaan industri menunjukan produk China menembusi
pasaran seluruh dunia.Taman perindustrian seperti Taman Sains Zhongguancun, Zon
Pembangunan Ekonomi Yongle, dan Zon Peristrian Lapangan Terbang Tianzhu turut
menyokong perkembangan ekonomi di negara China.(Donald W.Fryer Ph.d, 1978, Asia
Tenggara yang Sedang Membangun).

Seterusnya, negara China yang kaya dengan tenaga kerja yang ramai,
menyebabkannya untuk mengeluarkan produk yang berlebihan dan berkualiti tepat pada masa
yang ditetapkan.Ini dapat dibuktikan dengan populasi negara China iaitu 1.3 juta orang
penduduk dan juga dengan banyak syarikat yang ditubuhkan untuk memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk tersebut. Satu perbandingan yang menunjukan bahawa di negara China,
buruhnya dibayar hanya 50 sen sejam iaitu sama dengan $ 1 manakala di Amerika Syarikat,
buruhnya dibayar sebanyak $8.50 sejam untuk bekerja.Ini jelas menunjukan bahawa buruh di
China harus bekerja keras untuk menyara diri dan keluarga.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China ).

Muka Surat 4
Selain itu, perdagangan asing dipandang dan dianggap sebagai alat pertumbuhan
ekonomi utama China.Dengan ini, wujudnya Zon ekonomi Khas pertamanya di Shenzhen.
Dalam ini, peraturan pelaburan pelabur diloggarkan supaya ramai pelabur asing akan melabur
dan akan tertarik dengan pelaburan industri di China.Bukan itu sahaja,malah China juga
menyediakan kemudahan infrastruktur dan menetapkan syarat pelaburan yang baik supaya
pelabur sentiasa mengunjugi dan melabur di China.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China).

Faktor pemangkin yang akhirnya ialah hubungan diplomatik yang terjalin antara China
dengan negara-negara lain dalam perdagangan.Negara China yang sangat aktif dalam bidang
perdagangan, menjalankan aktiviti eksport dan import ke negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat, Malaysia, Jepun, dan Indonesia. Negara China barjaya berdagang ke negara-negara
lain kerana ciri-ciri dan keadaan ekonomi di negara masing-masing.Sebagai contohnya, produk
China lebih digemari oleh penduduk Amerika Syarikat berbanding dengan produk negara
mereka sendiri kerana harga barang China yang murah.Perkara ini juga disokong oleh
penduduk China yang lebih membeli produk mereka sendiri berbanding produk Amerika
Syarikat yang lebih mahal harganya sehingga mereka tidak mampu membayarnya.

Muka Surat 5
Latar Belakang India

India merupakan sebuah negara yang mempunyai lebih 1.2 billion penduduk dan paling
berdemokrasi di dunia. India dikelilingi oleh Laut India, di bahagian barat daya dikelilingi oleh
lautan Arab, dan teluk Bengal di tenggara. Di Lautan Hindi, India dikelilingi oleh Sri Lanka dan
Malvides.Tambahan pula, Andaman dan Nicobar Islands yang merupakan bahagian daripada
India bahagi sempadan maritim dengan Thailand dan Indonesia.Empat agama yang terutama
dan tertua di dunia ialah Hinduism, Buddhism, Jainism and Sikhism berlahir di sini.Manakala
Judaism, Zoroastrianism, Christianity, and Islam tiba pada millennium pertama dan juga
membentuk pelbagai budaya.Di samping itu, negara India mencapai kemerdekaan pada tahun
1947 (Donald W.Fryer Ph.d, 1978, Asia Tenggara yang Sedang Membangun).Kemerdekaan ini
dicapai melalui perjuangan seorang pejuang kemerdekaan iaitu Mahatma Gandhi.Beliau
memperjuangkan kemerdekaan negaranya melalui non-violent resistance yang dikenali sebagai
menuju kearah kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Ekonomi India merupakan sepuluh yang terbesar di dunia dan tiga yang terbesar
dengan purchasing power parity (PPP).Seterusnya pada tahun 1991, ekonomi mereka
bergantung kepada pasaran yang menjadikan ekonomi India sebagai cepat berkembang.
Dengan ini India dipandang sebagai negara baru perindustrian. Bagaimanapun, India bersedia
menghadapi masalah seperti kemiskinan, kerosakan akhlak, pemakanan tak seimbang,
kesihatan yang tidak mencukupi, dan keganasan.Negara India mempunyai kekuatan tentera
tiga yang terbesar di dunia.India merupakan kerajaan republic yang mengikut sistem
berparlimen dengan mempunyai 29 negeri dan 7
UnionTeriitories(http://www.utusan.com)Negara India merupakan pluralistic, multilingual anda
multi-ethnic society.

Muka Surat 6
Faktor-Faktor India Menjadi Ekonomi Kuasa Baru

Ekonomi India menjadi kuasa baru ekonomi dunia dengan strateginya yang teratur dan
sistematik.Untuk mencapai pertumbuhan ini, India telah menarik pelaburan besar yang
signifikan dari sumber domestik dan asing.Untuk menjayakan faktor ini, kerajaan India telah
mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pelabur yang datang melabur supaya mereka dapat
melabur dengan menggunakan keupayaan dan sumbernya yang produktif.Selain faktor strategi,
India juga memperluaskan kerjasama perdagangan dengan negara-negara ASEAN.Ini dapat
dilaksanakan dengan dasar India yang mempunyai dasar ‘Pandang ke Timur”.

Selain memperluaskan kerjasama perdagangan dan pelaburan serantau dengan


negara-negara ASEAN, India yang telah melaksanakan dasar `Pandang ke Timur'nya sendiri
dalam awal tahun-tahun 1990'an, telah juga menyatakan bahawa ia kini bersedia untuk
berkongsi kepakaran dalam teknologi maklumat (IT) dan bioteknologi yang telah menunjukkan
kemajuan yang menakjubkan. Menurut pandangan Dr. Mahathir Mohammad, 2003, Politik,
Demokrasi dan Asia Baru, sektor perubatan dan farmasi di India memang terkenal dan diiktiraf
sebagai di seantero dunia.Bidang ini merupakan bidang yang besar dan maju jika dibandingkan
dengan negara bidang lain.Sebagai buktinya, peralatan-peralatan merawat yang canggih serta
doctor yang terbaik terdapat di India.

Hospital-hospital di Delhi terkenal dengan pembedahan pintasan manakala Chennai


berperanan sebagai pusat perubatan dan institusi kanser di India.Oleh itu, perubatan di India
diiktiraf oleh seluruh dunia dan hal ini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi India.Selain
itu, rangkaian telekomunikasi di India mendapat kedudukan kertiga terbesar di dunia dan kedua
terbesar di antara negara-negara membangun seperti Taiwan, Malaysia dan
Indonesia.Pertumbuhan sektor perniagaan telekomunikasi di India dianggap sebagai satu
revolusi yang sangat besar kerana mampu menyumbang dalam ekonomi India jika dibanding
dengan masa dahulu. Peggunaan perkhidmatan 3G juga kian meningkatkan kadar
pertumbuhan dalam sektor ini.(http://www.utusan.com.my)

Muka Surat 7
Perfileman digelar sebagai ‘The Heart of India’. Ini kerana pusat fileman yang berjaya
dan terkenal sehingga hari ini seperti ‘Bollywood’ dan ‘Kollywood’ lahirnya di India.Nama
Bollywood sebenarnya diambil daripada nama Hollywood tetapi H ditukar menjadi B sempana
Bombay (Mumbai).Pada tahun 2003, industry filem India yang telah menghasilkan kira-kira 877
filem.Menurut Donald W. Fryer Ph.d, 1978, Asia Tenggara yang Sedang Membangun, kaji
selidik yang dilakukan oleh Ernst & Young, lebih 70% dari industri percaya bahawa peniagaan
filem dijangka akan tumbuh lebih dari 15% dalam lima tahun ke depan

Kerana adanya Hubungan Ekonomi Antarabangsa dengan India, India dianggap


sebagai kuasa ekonomi baru. Rakan daganganya ialah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah,
China dan Emiriah Arab Bersatu.Ini mendorong India dalam sektor ekonominya.Sebagai
contoh, India menjadi anggota Persatuan Asia Selatan untuk Kerjasama Kedaerahan, Teluk
Bengal Inisiatif, Lautan Lingkar Persatuan, Asia Pasifik Pejanjian Perdagangan Bebas Eropah
dan Afrika Selatan Kastam Kesatuan (SACU).Pada masa yang sama juga, Amerika Syarikat
banyak mengeksport peralatan makmal kesihatan, pesawat dan suku cadangnya, mesin-mesin
canggih,besi tua, dan peranti komputer ( Donald W. Fryer Ph.d, 1978, Asia Tenggara yang
Sedang Membangun).

Muka Surat 8
Implikasi Kemunculan Kuasa Baru

Melalui faktor-faktor kemunculan negara India dan Republik Rakyat China sebagai kuasa
ekonomi baru yang dibincangkan, terdapatlah beberapa implikasi yang mempengaruhi
perkembangan politik keselamatan dan ekonomi negara-negara di Asia.Pertamanya, dari segi
politik, pertumbuhan ekonomi dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara
negara.Contohnya, negara China menjalin hubungan diplomatik dengan negara yang
beranggota ASEAN.Dengan adanya hubungan ini, perselisihan faham dan kerenggangan
hubungan antara negara dapat dihapuskan. Hal ini dibuktikan dengan peristiwa lawatan
Perdana Menteri Malaysia untuk mengeratkan hubungan antara dua buah negara
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China )

Daripada pendapat Donald W. Fryer Ph.d, 1978, Asia Tenggara yang Sedang
Membangun, dari segi ekonomi pula, pertumbuhan ekonomi di China dan India akan
memberikan kesan positif kepada negara-negara Asia. Hal ini demikian, China dan India
banyak menjalinkan kerjasama ekonomi dengan negara Asia.China merupakan rakan dagang
keempat terbesar Malaysia sehingga mencecah RM 130 billion.Di India pula, negara ini
mementingkan taraf infrastruktur dalam mengembangkan ekonominya.Jika dilihat dari segi
keselamatan pula, negara China yang berpegang pada pembangunan terbuka mewujudkan
hubungan baik antara negara untuk memelihara suasana antarabangsa yang damai dan
menggalakkan keamanan serantau demi pembangunan negara.Pembangunan secara damai
dianggap sumbangan paling besar seperti China dalam isu kelamatan Asia dan India dalam
Gerakan Non-block. Menurut pandangan K.Ramanathan, 1989, Asas Sains Politik, dalam hal-
hal ini, kita boleh lihat bahawa negara China dan India memberi tumpuan untuk meningkatkan
kedaimaian hidup rakyat dan kemajuan negara

Muka Surat 9
Rumusan

Sebagai kesimpulan, kita dapat melihat bahawa betapa majunya ekonomi di India dan
China.Sistem ekonomi yang sistematik, aliran modal yang besar, sektor pelancongan yang
semakin maju, hubungan perdangangan dengan negara lain, keluasan tanah dan tenaga kerja
yang banyak serta sektor perindustrian dan perkilangan yang semakin berkembang menjadi
pemangkin kegemilangan ekonomi kedua-dua negara tersebut.Sebagai pemimpin negara, kita
haruslah mencontohi inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kedua-dua buah negara ini untuk
memajukan ekonomi negara.Sebagai contohnya, hubungan perdagangan yang dijalankan oleh
kedua-dua negara tersebut patut diambil untuk mewujudkan hubungan mesra antara negara
bagi kebaikan antara satu sama lain.Oleh itu, kita haruslah bersama-sama memelihara
kepentingan negara-negara yang membangun dan menggalakkan hubungan mesra
antarabangsa.

( Patah Perakataan 2122 )

Muka Surat 10
Rujukan

Donald W.Fryer. Ph.D , 1978, Asia tenggara yang sedang membangun , Dewan Bahasa
dan Pustaka, Selangor.

Dr. Mahatir Mohamad, 2003, Politik, Demokrasi dan Asia Baru, Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

K.Ramanathan, 1989, Asas Sains Politik, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Selangor Darul
Ehsan.

Michael P.Tidaro, 2011, Economic development, Pearson Education Limitied, England.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2004&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Muka Surat 11
Lampiran

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

Muka Surat 12
LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

Muka Surat 13
LAMPIRAN E

LAMPIRAN F

Muka Surat 14
LAMPIRAN G

LAMPIRAN H

Muka Surat 15
LAMPIRAN I

LAMPIRAN J

Muka Surat 16

You might also like