You are on page 1of 12

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

72500 JUASSEH
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PENGURUSAN PERNIAGAAN
PROGRAM /
DBF 1153 : PRINSIP PERAKAUNAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL SEMESTER 1 DIPLOMA


NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
2.0 PREPARING CASH BOOK
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

2.1 DEFINE CASH BOOK


NO. DAN PENYATAAN
2.2 PURPOSE OF PREPARING CASH BOOK
AKTIVITI KERJA /
2.3 PREPARE THE COLUMNAR CASH BOOK
WORK ACTIVITIES NO.
2.4 IDENTIFY THE MODE OF RECEIPTS AND PAYMENTS
AND STATEMENT
2.5 RECOGNISE AND NAME THE RELATED DOCUMENTS

NO. KOD / CODE NO. KSKV-C02/P(1/10)

1
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

TAJUK / TITLE:

MENYEDIAKAN BUKU TUNAI

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan konsep buku tunai. Dapat
mengenal pasti dokumen dan menentukan maklumat yang perlu dicatatkan dalam buku
tunai.

PENERANGAN / INFORMATION :

Buku tunai juga dikenali sebagai buku lejar. Ianya merupakan gabungan akaun tunai dan
akaun bank. Oleh itu, apabila buku tunai dibuka, akaun tunai dan akaun bank tidak perlu
disediakan lagi. Semua urus niaga yang telah dimasukkan ke dalam Buku Tunai tidak
perlu dicatatkan lagi ke dalam mana-mana jurnal yang lain.

1. TUJUAN MENYEDIAKAN BUKU TUNAI

Untuk merekod semua urus niaga tunai termasuk penerimaan dan pembayaran yang
dibuat dengan menggunakan tunai atau cek.

2. MENYEDIAKAN BUKU TUNAI

 Debit: Penerimaan tunai (lajur tunai) atau cek (lajur bank)


 Kredit: Pembayaran tunai (lajur tunai) atau cek (lajur bank)

a) Jika jumlah bahagian debit melebihi jumlah bahagian kredit (penerimaan melebihi
pembayaran), bermaksud peniaga masih mempunyai baki wang di tangan (lajur
tunai) atau dalam bank (lajur bank) untuk digunakan pada bulan akan datang.

b) Buku tunai direkodkan mengikut urutan tarikh.

2
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

c) Buku tunai mengandungi tiga lajur, iaitu lajur diskaun, tunai dan bank.

Debit lajur tunai Semua penerimaan wang tunai


Debit lajur bank Semua penerimaan yang dibankkan
Debit lajur diskaun Semua diskaun diberi
Kredit lajur tunai Semua pembayaran dengan wang tunai
Kredit lajur bank Semua pembayaran dengan cek
Kredit lajur diskaun Semua diskaun diterima

d) Lajur tunai dan bank perlu diimbangkan pada akhir suatu tempoh.

e) Lajur diskaun tidak perlu diimbangkan tetapi dijumlahkan sahaja dan jumlah
diskaun ini akan diposkan ke lejar dalam Akaun Diskaun berkenaan.

Tarikh Butir Fol Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Fol Diskaun Tunai Bank

Diskaun tunai

 Diskaun tunai merupakan potongan harga yang diberikan kepada penghutang seperti yang
tercatat dalam invois.
 Tujuan – Diberikan adalah untuk menggalakkan penghutang membayar hutangnya dengan
kadar segera.
 Syarat pembayaran 5% 10 hari, bermaksud jika penghutang membayar dalam tempoh 10
hari, penghutang akan diberikan diskaun tunai sebanyak 5% daripada jumlah yang perlu
dibayar. Contohnya, jumlah yang perlu dibayar oleh Warna Foto seperti yang tercatat dalam
invois ialah RM2000 bertarikh 10 Januari 2005. Syarat pembayaran dalam invois ialah 10%
10 hari. Ini bermakna jika Warna Foto membayar hutangnya dalam tempoh 10 hari daripada
tarikh invois berkenaan, Warna Foto akan diberikan 10% diskaun. Sekiranya dalam tempoh
tersebut Warna Foto membayar RM1000,
 potongan sebanyak RM100 (RM1000x10/100) layak diterima.

 Terdapat 2 jenis diskaun tunai:


i. Diskaun diberi – iaitu potongan nilai invois yang diberikan oleh peniaga kepada
penghutangnya. Cara catatannya seperti dalam contoh Buku Tunai pada muka surat
30. Diskaun telah diberikan oleh Pustaka Budiman kepada Stor Orkid.
ii. Diskaun diterima – iaitu potongan nilai invois yang diterima oleh peniaga daripada
pemiutangnya. Daripada contoh Buku Tunai pada muka surat 30, Pustaka Budiman
telah membayar kepada D’uniq Stationary (M) Sdn. Bhd melebihi daripada tempoh
dalam syarat pembayaran seperti yang tercatat dalam invois Dokumen 3. Oleh itu,
Pustaka Budiman tidak layak menerima potongan harga daripada D’uniq Stationery
(M) Sdn. Bhd. Sekiranya Pustaka Budiman memperoleh potongan harga berkenaan,
diskaun akan dicatatkan dalam lajur diskaun diterima dalam Buku Tunai.
3
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

 Sekiranya berlaku cek tak laku, diskaun yang telah diberikan akan ditarik balik. Cara untuk
mencatatkan diskaun ditarik balik tidak akan ditunjukkan dalam Buku Tunai seperti yang
berlaku pada pembayaran yang dibuat oleh Stor Orkid. Ini akan diselaraskan dalam jurnal
am serta Akaun Diskaun Diberi dan Akaun Penghutang.

Perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai

Bil. Diskaun Niaga Diskaun Tunai


1. Diberi kepada pembeli semasa membeli Diberi kepada pembeli semasa membuat
barang. pembayaran.
2. Menggalakkan pembelian barang secara Menggalakkan pembayaran dibuat
pukal. dengan segera.
3. Ditolak daripada harga dalam senarai Ditolak daripada jumlah yang perlu
harga atau katalog. dibayar.

Catatan kontra

 Catatan pemindahan wang tunai dari pejabat ke bank atau dari bank ke pejabat.
 Melibatkan catatan dalam lajur tunai dan lajur buku tunai yang sama iaitu satu akaun
didebitkan dan satu lagi dikreditkan.
 Dua keadaan:
1. Pindahan wang tunai dari pejabat ke bank
 Dokumen perniagaan – Borang Wang Masuk
 Dt lajur bank, Kt lajur tunai
2. Pindahan wang tunai dari bank ke pejabat
 Dokumen perniagaan – keratan cek
 Dt lajur tunai, Kt lajur bank

3. MENGENAL PASTI JENIS-JENIS BUKU TUNAI

4
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

Buku tunai sebagai jurnal

1. Jurnal penerimaan tunai


 Merekod semua penerimaan tunai dan cek oleh perniagaan.
 Sama seperti bahagian debit Buku Tunai
 Format:

Jurnal Penerimaan Tunai

Tarikh Butir No. Akaun Folio Bank Diskaun Penghutan Jualan Lain-
Resit Dikredit (Dt) Diberi (Dt) g (Kt) (Kt) lain
Akaun
(Kt)

2. Jurnal pembayaran tunai

 Merekod segala pembayaran oleh perniagaan


 Sama seperti bahagian kredit Buku Tunai
 Format:

Jurnal Pembayaran Tunai

Tarikh Butir No. Akaun Folio Bank Diskaun Pemiutang Belian Lain-
cek didebit (Kt) dterima (Dt) (Dt) lain
(Kt) akaun
(Dt)

Buku Tunai Runcit (sistem panjar)

Kegunaan Buku Tunai Runcit

 Merupakan satu jurnal khas untuk merekodkan pembayaran yang kerap dan amaun yang
kecil dengan menggunakan tunai sahaja kerana:
i. Mengelakkan daripada merekod belanja-belanja kecil yang kerap berlaku.
ii. Mengurangkan kerja-kerja pengeposan.
iii. Memudahkan pembahagian kerja.
 Setiap catatan yang direkodkan perlu disokong dengan baucar pembayaran.
 Perbelanjaan akan dikelompokkan mengikut belanja yang kerap berlaku dan direkodkan
dalam lajur analisis bayaran.
 Sistem panjar bermakna kerani akaun akan memberikan sejumlah wang yang mencukupi
kepada juruwang runcit untuk menampung kekurangan wang runcit yang telah digunakan.

Penerimaan Tarikh Butir Fol No. Pembayaran Analisis Bayaran


(Dt) Baucer (Kt)
Alat Tambang Pos Pelbagai
tulis
RM RM RM RM RM RM

5
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

4. DOKUMEN PERNIAGAAN DAN FUNGSINYA

Bil. Jenis dokumen perniagaan Fungsi

1. Pesanan belian Membuat pesanan barang

2. Bil tunai asal Belian barang secara tunai

3. Salinan bil tunai Jualan barang secara tunai

4. Keratan cek Mencatatkan maklumat bayaran

5. Resit asal Sebagai bukti bayaran wang

6. Salinan resit Sebagai bukti penerimaan wang

7. Slip daftar tunai asal Sebagai pengesahan belian tunai

8. Salinan slip daftar tunai Sebagai pengesahan jualan tunai

9. Baucar bayaran Merekod bayaran tunai / cek

10. Penyata gaji Menyatakan maklumat pendapatan dan


potongan gaji bulanan

11. Slip pindahan wang Menunjukkan pindahan wang daripada


akaun bank pembayar kepada penerima

12. Borang wang masuk Sebagai bukti deposit ke dalam akaun bank

13. Borang wang keluar Sebagai bukti mengeluarkan wang daripada


akaun bank

14. Makluman debit Dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan


akaun telah didebitkan

15. Makluman kredit Dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan


akaun telah dikreditkan

16. Memo Merekod ambilan barang / wang oleh pemilik


dan juga kemasukan wang / aset oleh
pemilik ke dalam perniagaan

17. Bil bayaran Merekod penggunaan perkhidmatan seperti


air, elektrik dan telefon serta bayarannya.

18. Folio pelanggan Penyata yang menunjukkan maklumat sewa


bilik hotel, caj perkhidmatan dan lain-lain.

19. Nota serahan Sebagai pengesahan penerimaan barang

20. Invois salinan Jualan barang secara kredit

21. Invois asal Belian barang secara kredit

22. Nota debit asal / salinan Menambahkan nilai invois


6
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

23. Nota kredit asal / salinan Mengurangkan nilai invois

Jenis dokumen Urus niaga Buku Catatan Pertama

Surat tanya  Dihantar oleh pembeli kepada Tiada


penjual untuk mendapatkan
maklumat barang-barang yang
hendak dibeli.

 Maklumat yang diperlukan:


Harga barang, cara
pembekalan, diskaun dan cara
pembayaran.

Sebut harga  Dihantar oleh penjual kepada Tiada


pembeli sebagai jawapan
kepada surat tanya.

 Maklumat yang diberi: Harga


barang yang hendak dibeli,
syarat penghantaran dan
pembayaran.

Katalog  Penjual hantar bersama dengan Tiada


sebut harga.

 Senarai harga bagi semua


barang yang dibekalkan oleh
penjual.

Nota pesanan  Dihantar oleh pembeli kepada Tiada


atau pesanan penjual yang mengandungi
belian maklumat tentang barang yang
hendak dibeli.

 Maklumat yang perlu ada: jenis


barang, jenama, kuantiti, harga,
syarat serahan, syarat
pembayaran dan kadar diskaun.

Nota serahan  Dihantar oleh penjual kepada Tiada


pembeli bersama-sama dengan
barang.

 Membolehkan pembeli
menyemak barang-barang yang
dihantar dan sebagai perakuan
bahawa barang-barang telah

7
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

dihantar dengan selamat.

 Jenis barang dan kuantiti sahaja


disenaraikan. Harga barang
tidak dinyatakan.

Penyata akaun  Dihantar oleh penjual kepada Tiada


pembeli.

 Nota makluman dan peringatan


kepada penghutang yang
dihantar setiap akhir bulan.

 Maklumat terdiri daripada baki


hutang pada awal bulan, jumlah
jualan, pulangan, bayaran dan
baki hutang akhir bulan yang
perlu dijelaskan.

Invois  Dihantar oleh penjual kepada Belian barang niaga kredit:


pembeli apabila penjual
membenarkan pembeli membeli Invois asal – Jurnal Belian
barang niaga atau aset secara Invois salinan – Jurnal Jualan
kredit.

 Maklumat yang ada: nama dan


alamat pembeli dan penjual, Belian aset kredit – Jurnal
tarikh urus niaga, nombor Am
invois, kuantiti dan harga,
jumlah belian, syarat serahan
dan bayaran dan K.& K. Di K.

 Disediakan dalam 3 salinan.


Salinan asal dihantar kepada
pembeli dan salinan pendua
disimpan oleh penjual.

Nota kredit  Dihantar oleh penjual kepada Nota kredit asal – Jurnal
pembeli untuk memberitahu Pulangan Belian
pembeli bahawa hutangnya
akan dikurangkan (akaun
dikreditkan) Nota Kredit Salinan – Jurnal
 Dihantar disebabkan oleh: Pulangan Jualan

1. Terdapat pulangan
barang yang rosak,
salah jenama atau tidak
berkualiti.

2. Bayaran yang dikenakan


terlebih daripada harga
8
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

sepatutnya.

3. Terdapat pulangan
bekas kosong yng telah
dikenakan bayaran
dalam invois.

4. Jumlah hutang terlebih


kerana salah pengiraan.

5. Pembeli diberi elaun


atau komisen.

Nota debit (Invois  Dihantar oleh penjual kepada Nota debit asal – Jurnal
tambahan) pembeli apabila bayaran yang Belian
dikenakan dalam invois
terkurang. Nota debit salinan – Jurnal
Jualan
 Akaun pembeli akan didebitkan
untuk menambahkan harga
pada invois (hutang bertambah)

 Digunakan apabila:

1. Ada ketinggalan catatan


dalam invois (kos
angkutan)

2. Bayaran yang dikenakan


terkurang

3. Faedah dikenakan ke
atas bayaran lewat oleh
pembeli

4. Jumlah hutang terkurang


(kesilapan pengiraan)

5. Bayaran tambahan
(pertukaran barang)

Resit  Dikeluarkan oleh penjual Resit asal – Buku tunai (kt) /


apabila menerima bayaran Jurnal pembayaran tunai
daripada pembeli

9
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

 Bukti penerimaan dan Resit salinan – Buku tunai


pembayaran yang telah dibuat (Dt) / Jurnal penerimaan
tunai

Cek atau keratan  Cek digunakan untuk membuat Buku tunai (Kt) – Lajur bank
cek pembayaran

 Keratan cek digunakan sebagai


rujukan dan sumber rekod Buku tunai – catatan kontra

Baucar  Dokumen dalaman yang Buku tunai (Kt) / Jurnal


disediakan oleh peniaga untuk pembayaran tunai
merekodkan segala jenis
pembayaran

 Bukti pembayaran telah dibuat

Bil tunai / slip  Dikeluarkan oleh penjual Bil tunai asal – Buku Tunai
daftar tunai kepada pembeli bagi (Kt) / Jurnal Pembayaran
pembayaran untuk belian Tunai (Belian Tunai)
barang niaga dengan wang
tunai atau cek.

 Bukti bagi aset yang dibeli Bil Tunai Salinan – Buku


secara tunai atau perkhidmatan Tunai (Dt) / Jurnal
yang dibuat secara tunai penerimaan tunai (Jualan
tunai)

Makluman debit  Satu penyata yang dikeluarkan Buku tunai (Kt)


oleh pihak bank

 Memaklumkan akaun pemilik


telah didebitkan (dikurangkan)
dengan satu jumlah tertentu
berserta dengan sebab

Makluman kredit  Satu penyata yang dikeluarkan Buku tunai (Dt)


oleh pihak bank

 Memaklumkan akaun pemilik


telah dikreditkan (ditambahkan)
dengan satu jumlah tertentu
berserta dengan sebab

Memo  Digunakan untuk merekod Jurnal am


pengeluaran barang niaga atau
wang untuk kegunaan peribadi
atau kegunaan perniagaan atau
memasukkan modal tambahan

10
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

dalam perniagaan

Borang wang  Borang yang dikeluarkan oleh Buku tunai – catatan kontra
masuk / slip bank bank untuk merekod urus niaga
menyimpan atau mengeluarkan
wang oleh pelanggan

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Perakaunan Perniagaan Tingkatan 4 dan 5
Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur.

2. CikguSila{dot}com. I love Akaun, SPM.


11
DBF 1153 : PRINSIP Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PERAKAUNAN 12

Cerdik Publication Sdn Bhd, Shah Alam, 2015.

3. Prinsip Perakaunan SPM, Kuasai Melalui Diagram.


SAP PUBLICATIONS (M) SDN. BHD. , 2012.

12

You might also like