You are on page 1of 18

BPP

2033:EVENT
ARRANGEMEN
T ASSISTANCE
P E N Y E D I A A N K E RTA S
KERJA
Merupakan komunikasi bertulis. Meyakinkan sesuatu pihak
tentang idea yang hendak disampaikan. Selain itu, kertas kerja
juga boleh dibentangkan. Boleh dikemukakan untuk urusan-
urusan seperti perancangan program dan permohonan barangan.

DEFINISI
KERTAS
KERJA
JENIS-JENIS KERTAS KERJA
1) Program Homeroom
2) Penganjuran Pertandingan
3) Program Lawatan
FUNGSI PENULISAN KERTAS
KERJA
Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak tertentu.
ELEMEN UTAMA KERTAS KERJA
Terdapat 10 elemen utama dalam penulisan kertas kerja. Namun format penulisan kertas kerja adalah berbeza-beza mengikut organisasi.

1) Tajuk

2) Tujuan

3) Latar Belakang

4) Objektif

5) Butiran/Maklumat Aktiviti

6) Penyertaan Kumpulan/ Sasaran

7) Atur cara/ Jadual Program

8) Kewangan

9) Penutup

10) Maklumat Kelulusan


1.0 TAJUK
Jelas dan mengambarkan matlamat/objektif program.

Contohnya:

1. Kertas Kerja Lawatan ke Muzium Negara

2. Kertas Kerja Ekspidisi Gua Niah


2.0 TUJUAN
Jelaskan kenapa kertas kerja disediakan;
Kelulusan/makluman/perbincangan dan lain2.

Untuk siapa dikemukakan.


3.0 LATAR BELAKANG
Penerangan tentang program yang berkaitan.

Contohnya:

1. Program Kebajikan

2. Program Akademik

3. Program Sukan
4.0 OBJEKTIF
Nyatakan objektif atau matlamat yang hendak dicapai.

Dinyatakan mengikut keutamaan.

Contohnya:

1. Menyedarkan pelajar tentang kepentingan penjagaan hutan.

2. Memberi pendedahan kepada pekerja syarikat terhadap akauntabiliti.


5.0 BUTIRAN/MAKLUMAT
PROGRAM/AKTIVITI
CONTOHNYA:

1. Tarikh cadangan/Hari

2. Masa

3. Tempat

4. Kerjasama/ bantuan daripada mana-mana pihak.


6.0 PENYERTAAN
KUMPULAN/SASARAN
Nyatakan kumpulan sasar, contohnya:

1. Pelajar

2. Kakitangan

3. Remaja

4. Guru
7.0 ATURCARA/ JADUAL
PROGRAM
Nyatakan tentatif program yang terperinci (acara perasmian dan penutup) termasuk nama perasmi.
8.0 KEWANGAN
CONTOHNYA:

1. Anggaran Perbelanjaan

2. Cadangan perbelanjaan keseluruhan program


9.0 PENUTUP
Ayat dan kata-kata harapan kepada pihak berkenaan supaya kertas kerja diterima.

Contoh:

Sesungguhnya menjadi harapan pihak kami agar dipertimbangkan dan diberi kelulusan bagi
pelaksanaan program ini. Semoga dengan terlaksananya aktiviti ini akan dapat memberikan pengalaman
baharu kepada pelajar dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
10.0 MAKLUMAT KELULUSAN
oMelibatkan mana-mana pihak yang berkenaan dalam memberi komen, pandangan dan sokongan.

i. Disediakan oleh – Pihak yang menyediakan kertas kerja untuk mengadakan program.

ii. Disokong oleh – Pihak/ketua yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program. Contohnya;
Penasihat Kelab atau Persatuan, Ketua Jabatan.

iii. Diluluskan oleh – Pihak yang memberikan kelulusan terhadap program atau aktiviti. Contohnya,
Pengetua atau Pengarah.
LAMPIRAN
oPerkara-perkara yang boleh disertakan sebagai lampiran.

1. Jawatankuasa Pelaksana/ Penganjur

•Carta Organisasi

•Struktur Organisasi (Dilengkapi dengan nama penuh, no. pelajar, kelas dan jawatan)

2. Senarai Nama Peserta Yang Lengkap

You might also like