You are on page 1of 16

KOLEJ VOKALSIONAL JUASSEH

72500 JUASSEH,
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD DAN NAMA PROGRAM /
DBF 1153 PRINSIP PERAKAUNAN
PROGRAM CODE & NAME
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

TAHAP / LEVEL SEMESTER 1, TAHUN 1 DIPLOMA

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
5.0 LEJAR
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
5.1 DEFINISI LEJAR
5.2 JENIS BUKU LEJAR
NO. DAN PENYATAAN
5.2.1 KENAP PASTI JENIS LEJAR
AKTIVITI KERJA /
5.2.2 PEREKODAN URUS NIAGA KE DALAM LEJAR
WORK ACTIVITIES NO. AND
5.2.3 PEMINDAHAN CATATAN JURNAL KE LEJAR
STATEMENT
5.2.4 PENGIMBANGAN LEJAR
5.3 PENGERTIAN SISTEM CATATAN BERGU

1
DBF 1153 Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

BAB 5 LEJAR

5.1 DEFINISI

1. Lejar didefinisikan sebagai buku akaun utama untuk merekodkan semua urus niaga
perniagaan.
2. Dalam lejar terdapat pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga yang
berlaku berdasarkan dokumen perniagaan dan pernyataan urus niaga.
3. Akaun merupakan satu ringkasan urus niaga perniagaan yang tepat dan sistematik.
4. Akaun disediakan dalam bentuk “T”.
5. Bahagian kiri dikenal sebagai debit dan bahagian kanan dikenal sebagai kredit.
6. Format akaun adalah seperti yang berikut.

2
DBF 1153 Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

7. Dalam lejar, akaun-akaun boleh dikelaskan kepada dua kategori yang utama, iaitu:
a) Akaun perorangan – akaun untuk merekodkan urus niaga dengan individu atau firma
b) Akaun bukan perorangan – akaun untuk merekodkan urus niaga yang bukan atas nama
sebarang pihak

Jenis-jenis Akaun

5.2 JENIS BUKU LEJAR


5.2.1 KENAL PASTI JENIS LEJAR

1. Secara umumnya, lejar terbahagi kepada dua jenis, iaitu:


a) Lejar Am
b) Lejar Khas (Subsidiari)

LEJAR AM

1. Lejar Am merupakan lejar yang digunakan untuk merekodkan semua akaun kecuali
penghutang dan pemiutang.
2. Lejar Am juga digunakan untuk merekodkan penghutang aset dan pemiutang aset.

LEJAR KHAS ATAU LEJAR SUBSIDIARI

1. Lejar Khas merupakan lejar yang mencatatkan semua urus niaga barang niaga secara kredit.
2. Lejar Khas terdiri daripada
a) Lejar Penghutang
b) Lejar Pemiutang

3. Ciri-ciri Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang

3
DBF 1153 Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Lejar Penghutang Lejar Pemiutang


Digunakan untuk merekodkan urus niaga Digunakan untuk merekodkan urus niaga
jualan barang niaga secara kredit. belian barang niaga secara kredit.
Terdiri daripada akaun-akaun penghutang Terdiri daripada akaun-akaun pemiutang
barang niaga. barang niaga.
Dikenal sebagai Lejar Jualan. Dikenal sebagai Lejar Belian.

5.2.2 PEREKODAN URUS NIAGA KE DALAM LEJAR

Contoh 1

Mei 1 Memulakan perniagaan dengan modal tunai di bank RM40,000.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Bank Kt Aset


RM Bertambah
Mei 1 Modal 40,000 (Dt)

Dt Akaun Modal Kt Ekuiti Pemilik


RM Bertambah
Mei 1 Bank 40,000 (Kt)

Contoh 2

Mei 2 Beli perabot pejabat RM3,400 secara tunai.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Perabot Kt Aset


RM Bertambah
Mei 2 Tunai 3,400 (Dt)

Dt Akaun Tunai Kt Aset


RM Berkurang
Mei 2 Perabot 3,400 (Kt)

Contoh 3

Mei 8 Beli stok secara kredit RM12,000.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Belian Kt Belanja


RM Bertambah
Mei 8 Pemiutang 12,000 (Dt)

Dt Akaun Pemiutang Kt Liabiliti


RM Bertambah
Mei 8 Belian 12,000 (Kt)

Contoh 4
4
DBF 1153 Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Mei 10 Terima komisen secara tunai RM240.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Tunai Kt Aset


RM Bertambah
Mei 10 Komisen 240 (Dt)

Dt Akaun Komisen Kt Hasil


RM Bertambah
Mei 10 Tunai 240 (Kt)

Contoh 5

Mei 12 Bayar pemiutang dengan cek RM8,700.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Pemiutang Kt Liabiliti


RM Berkurang
Mei 12 Bank 8,700 (Dt)

Dt Akaun Bank Kt Aset


RM Berkurang
Mei 12 Pemiutang 8,700 (Kt)

Contoh 6

Mei 14 Bayar sewa kedai RM500 dengan cek.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Sewa Kt Belanja


RM Bertambah
Mei 14 Bank 500 (Dt)

Dt Akaun Bank Kt Aset


RM Berkurang
Mei 14 Sewa 500 (Kt)

Contoh 7

Mei 15 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi RM300.

Perekodan ke dalam Lejar

Dt Akaun Ambilan Kt Ekuiti Pemilik


RM Berkurang
Mei 15 Tunai 300 (Dt)

Dt Akaun Tunai Kt Aset


RM Berkurang
Mei 15 Ambilan 300 (Kt)

Contoh 8
5
DBF 1153 Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Mei 20 Pulangkan barang rosak kepada pembekal RM200.

Perekodan ke dalam Lejar.

Dt Akaun Pemiutang Kt Liabiliti


RM Berkurang
Mei 20 Pulangan Belian 200 (Dt)

Dt Akaun Pulangan Belian Kt Belanja


RM Berkurang
Mei 20 Pemiutang 200 (Kt)

Contoh 9

Urus niaga yang berikut diambil daripada buku Kedai Aziah pada bulan Jun 2017.

2017
Jun 1 Baki Buku Tunai
Tunai RM 1,800
Bank RM 12,600
2 Jualan secara kredit kepada Encik Zam RM1,200.
3 Belian barang niaga dengan cek RM2,400.
5 Terima cek daripada Encik Zam bernilai RM1,000. Diskaun diberi RM200.
7 Belian barang niaga secara kredit daripada Pembekal Poon RM3,500.
8 Cek Encik Zam bernilai RM1,000 yang bertarikh 5 Jun didapati tak laku.
11 Jualan tunai sebanyak RM860 dan dibankkan.
18 Bayar bil telefon RM120 secara tunai.
25 Bayar Pembekal Poon dengan cek RM3,150. Diskaun diterima RM350.
28 Terima komisen RM260 secara tunai.

Rekodkan urus niaga di atas ke dalam lejar yang berkaitan.

Lejar Am
Buku Tunai
Tarikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank
Diberi Diterima
2017 RM RM RM 2017 RM RM RM
Jun 1 Baki b/b 1800 12600 Jun 3 Belian 2400
5 Encik Zam 200 1,000 8 Encik Zam 1,000
11 Jualan 860 18 Kadar Bayaran 120
28 Komisen 260 25 Pembekal Poon 350 3,150

6
DBF 1153 Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16
Dt Akaun Jualan Kt
2017 RM
Jun 2 Encik Zam 1,200
11 Bank 860

Dt Akaun Belian Kt
2017 RM
Jun 3 Bank 2,400
7 Pembekal Poon 3,500

Dt Akaun Kadar Bayaran Kt


2017 RM
Jun 18 Tunai 120

Dt Akaun Komisen Kt
2017 RM
Jun 28 Tunai 260

Dt Akaun Diskaun Diberi Kt


2017 RM 2017
Jun 30 Pelbagai Penghutang 200 Jun 30 Encik Zam 200
(Diskaun diberi dibatalkan)

Dt Akaun Komisen Kt
2017 RM
Jun 30 Pelbagai Pemiutang 350

Dt Encik Zam Kt
2017 RM 2017
Jun 2 Jualan 1,200 Jun 5 Bank 1,000
8 Bank (Cek tak laku) 1,000 Diskaun Diberi 2,000
Diskaun (Dibatalkan) 200

Dt Pembekal Poon Kt
2017 RM 2017
Jun 25 Bank 3,150 Jun 7 Belian 3,500
Diskaun Diterima 350

7
DBF 1153 Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

5.2.3 PEMINDAHAN CATATAN JURNAL KE LEJAR (POSTING)

Contoh 10

Jurnal Am di bawah ini diambil daripada Perniagaan Karena.

Jurnal Am
Tarikh Butir Fol. Debit Kredit
2018 RM RM
Mei 1 Tunai 2,400
Bank 14,500
Alatan Pejabat 11,800
Modal 28,700
28,700 28,700
(Memulakan perniagaan dengan aset dan
modal pada tarikh ini)

Mei 25 Alatan Pejabat 3,500


Kedai Wah 3,500
(Membeli alatan pejabat secara kredit)

Pindahkan catatan Jurnal Am yang berikut ke lejar.

Buku Tunai
Tarikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank
Diberi Diterima
2018 RM RM RM 2018 RM RM RM
Mei 1 Modal 2,400 14,500

Dt Akaun Alatan Pejabat Kt


2018 RM
Mei 1 Modal 11,800
25 Kedai Wah 3,500

Dt Kedai Wah Kt
2018 RM
Mei 25 Alatan Pejabat 3,500

Dt Akaun Modal Kt
2018 RM
Mei 1 Tunai 2,400
Bank 14,500
Alatan Pejabat 11,800

Contoh 11

8
DBF 1153 Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Jurnal Belian di bawah ini diambil daripada Perniagaan Rakesh.

Jurnal Belian
Tarikh Butir Fol. No. Invois Jumlah
2016 RM
Jan. 2 Perniagaan Masri 3,450.00
15 Pembekal Lim 5,390.00
31 Akaun Belian (Dt) 8,840.00

Pindahkan catatan dari Jurnal Belian di atas ke lejar yang berkaitan.

Penyelesaian:

Dt Pembekal Masri Kt
2016 RM
Jan 2 Belian 3,450

Dt Pembekal Lim Kt
2016 RM
Jan 15 Belian 5,390

Dt Akaun Belian Kt
2018 RM
Jan 31 Pelbagai Pemiutang 8,840

Contoh 12

Jurnal Jualan di bawah ini diambil daripada Perniagaan Rakesh.

Jurnal Jualan
Tarikh Butir Fol. No. Invois Jumlah
2016 RM
Jan 10 Kedai Munjit 2,650.00
19 Store 1,200.00
31 Akaun Jualan (Kt) 3,850.00

Pindahkan catatan dari Jurnal Jualan di atas ke lejar yang berkaitan.

Penyelesaian:

9
DBF 1153 Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16
Dt Kedai Munjit Kt
2016 RM
Jan 2 Jualan 2,650

Dt Stor Chee Kt
2016 RM
Jan 19 Jualan 1,200

Dt Akaun Jualan Kt
2018 RM
Jan 31 Pelbagai Penghutang 3,850

Contoh 13

Jurnal Pulangan Belian di bawah ini diambil daripada Perniagaan Rakesh.

Jurnal Pulangan Belian


Tarikh Butir Fol. No. Nota Kredit Jumlah
2016 RM
Jan. 4 Perniagaan Masri 230.00
17 Pembekal Lim 140.00
31 Akaun Pulangan Belian (Kt) 370.00

Pindahkan catatan dari Jurnal Pulangan Belian di atas ke lejar yang berkaitan.

Dt Perniagaan Masri Kt
2016 RM
Jan 4 Pulangan Belian 230

Dt Pembekal Lim Kt
2016 RM
Jan 17 Pulangan Belian 140

Dt Akaun Pulangan Belian Kt


2016 RM
Jan 31 Pelbagai Pemiutang 370

Contoh 14
10
DBF 1153 Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Jurnal Pulangan Jualan di bawah ini diambil daripada Perniagaan Rakesh.

Jurnal Pulangan Jualan


Tarikh Butir Fol. No. Nota Kredit Jumlah
2016 RM
Jan. 13 Kedai Munjit 120.00
21 Stor Chee 80.00
31 Akaun Pulangan Jualan (Dt) 200.00

Pindahkan catatan dari jurnal di atas ke lejar yang berkaitan.

Dt Kedai Munjit Kt
2018 RM
Jan 13 Pulangan Jualan 120

Dt Pembekal Lim Kt
2016 RM
Jan 21 Pulangan Jualan 80

Dt Akaun Pulangan Jualan Kt


2016 RM
Jan 31 Pelbagai Penghutang 200

Contoh 15

11
DBF 1153 Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Jurnal Penerimaan Tunai yang berikut diambil daripada Perniagaan Vinesh

Jurnal Penerimaan Tunai


Tarikh Butir No. Folio Tunai Bank Diskaun Penghutang Jualan Lain-
Resit Diberi lain
Akaun
2017 RM RM RM RM RM RM
Mac 12 Jualan R1290 450 450
22 Kedai R1291 900 140 1040
Teoh
29 Sewa R1292 500 500
diterima
450 1400 140 1040 450 500

Pindahkan catatan dari Jurnal Penerimaan Tunai ke lejar yang berkaitan.

Penyelesaian
Lejar Am
Dt Akaun Diskaun Diberi Kt
2017 RM
Mac 31 Pelbagai Penghutang 140

Dt Akaun Tunai Kt
2017 RM
Mac 31 Pelbagai Penerimaan 450

Dt Akaun Bank Kt
2017 RM
Mac 31 Pelbagai Penerimaan 1,400

Dt Akaun Jualan Kt
2017 RM
Mac 31 Tunai 450

Dt Akaun Kawalan Penghutang Kt


2017
Mac 31 Bank 900
Diskaun Diberi 140

Dt Akaun Jualan Kt
2017 RM
Mac 29 Bank 500

Lejar Jualan
Dt Kedai Teoh Kt
2017
Mac 22 Bank 900
Diskaun Diberi 140
Contoh 16

12
DBF 1153 Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Jurnal Pembayaran Tunai yang berikut diambil daripada Perniagaan Thum.

Jurnal Pembayaran Tunai


Tarikh Butir No. Folio Tunai Bank Diskaun Pemiutang Belian Lain-
Resit Diterima lain
Akaun

2017 RM RM RM RM RM RM
Jun 2 Belian 105868 1340 1340
16 Pembekal 105869 1650 150 1800 500
Soo
23 Gaji 500
500 2990 150 1800 1340 500

Pindahkan catatan dari Jurnal Pembayaran Tunai ke lejar yang berkaitan.

Dt Akaun Diskaun Diterima Kt


2017 RM
Jun 30 Pelbagai Pemiutang 150

Dt Akaun Tunai Kt
2017 RM
Jun 30 Pelbagai Pembayaran 500

Dt Akaun Bank Kt
2017 RM
Jun 30 Pelbagai Pembayaran 2,990

Dt Akaun Belian Kt
2017 RM
Jun 30 Bank 1,340

Dt Akaun Kawalan Pemiutang Kt


2017 RM
Jun 30 Bank 1,650
Diskaun Diterima 150

Dt Akaun Gaji Kt
2017 RM
Jun 23 Tunai 500

Lejar Belian
Dt Pembekal Soo Kt
2017 RM
Jun 16 Bank 1,650
Diskaun Diterima 150

Pengimbangan Lejar

13
DBF 1153 Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

1. Pada akhir bulan atau akhir tahun perakaunan, semua akaun mesti diimbangkan atau
ditutup.
2. Mengimbang akaun bermaksud menjumlah kedua-dua belah debit dan kredit sesuatu
akaun untuk mencari selisih antara jumlah debit dengan jumlah kredit akaun tersebut.
3. Langkah-langkah pengimbangan lejar ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Langkah 1
Campur kedua-dua belah Dt Akaun Bank Kt
debit dan kredit. Jumlah RM RM
yang lebih besar ditulis di 2,000 300
bahagian jumlah kedua- 4,000 2,400
dua belah.
6,000 6,000

Langkah 2
Dt Akaun Bank Kt
RM RM Selisih antara
2,000 300 jumlah debit dan
4,000 2,400 kredit dikira dan
Baki h/b 3,300 ditulis baki h/b
6,000 6,000

Langkah 3
Dt Akaun Bank Kt
Bawa baki h/b ke bawah RM RM
dan di sebelah yang 2,000 300
bertentangan dengan 4,000 2,400
menulis baki b/b Baki h/b 3,300
6,000 6,000
Baki b/b 3,300

Rajah 5.1 Pengimbangan akaun

4. Sekiranya jumlah debit melebihi jumlah kredit, maka baki h/b terletak di sebelah kredit.
5. Baki h/b itu akan menjadi baki b/b pada awal bulan yang berikutnya dan terletak di sebelah
debit.
6. Akaun yang mempunyai baki b/b di sebelah debit dikatakan mempunyai baki debit.
7. Sebaliknya, jika jumlah kredit melebihi jumlah debit, maka baki h/b terletak di sebelah
debit.
8. Baki h/b itu akan menjadi baki b/b pada awal bulan yang berikutnya dan terletak di sebelah
kredit.
9. Akaun yang mempunyai baki b/b di sebelah kredit dikatakan mempunyai baki kredit.
10. Cara untuk mengimbang akaun-akaun yang mempunyai hanya satu catatan di sebelah
akaun adalah seperti yang berikut.

Dt Akaun Modal Kt
2017 RM 2017
Jun 30 Baki h/b 24,000 Jun 1 Bank 24,000
Jul. 1 Baki b/b 24,000

Dua garisan di bawah jumlah dilukis untuk menunjukkan proses pengimbangan akaun lejar telah selesai

5.3 PENGERTIAN SISTEM CATATAN BERGU

14
DBF 1153 Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

1. Sistem catatan bergu merupakan suatu sistem yang merekodkan setiap urus niaga
perniagaan secara sistematik.
2. Setiap urus niaga akan direkodkan dalam sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan
dengan amaun yang sama, iaitu satu akaun didebitkan, manakala satu akaun lagi
dikreditkan.
3. Setiap akaun pula mempunyai dua bahagian iaitu:
a) bahagian di sebelah kiri dikenal sebagai debit;
b) bahagian di sebelah kanan dikenal sebagai kredit.
4. Setiap akaun mestilah mempunyai nama tertentu seperti Akaun Bank, Akaun Modal,
Akaun Kenderaan, atau Akaun Insurans.
5. Format sebuah akaun adalah seperti yang berikut.

Nama Akaun

Debit Kredit

6. Langkah-langkah perekodan urus niaga ke dalam akaun lejar dengan tepat dan bersistem
ditunjukkan melalui rajah yang berikut.

Contoh 17

15
DBF 1153 Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO.
PRINCIPLES OF ACCOUNTING 16

Pada 2 Mac 2018, Kedai Amiera memulakan perniagaan dengan tunai di tangan RM20,000.
Penyelesaian
Langkah 1: Kenal pasti akaun-akaun yang terlibat
Akaun Tunai Akaun Modal
(Aset) (Ekuiti Pemilik)

Langkah 2: Kenal pasti kesan urus niaga


Akaun Tunai Akaun Modal
(Aset) (Ekuiti Pemilik)
Bertambah Berkurang

Langkah 3: Tentukan akaun didebitkan dan dikreditkan


Akaun Tunai Akaun Modal
(Aset) (Ekuiti Pemilik)
Bertambah Berkurang
Debit Kredit

Langkah 4: Rekodkan ke lejar


Dt Akaun Tunai Kt
2018 RM
Mac 2 Modal 20,000

Dt Akaun Modal Kt
2018 RM
Mac 2 Tunai 20,000

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Emmawati Misrun et al (2017). Principles of Accounting.Oxford Fajar.
2. Frank Wood (2004). Introduction to Accounting (12th Edition). Pearson Prentice Hall.
3. Frank Wood. (2005). Business Accounting 1. Pearson Educational Limited.
4. Mohd Nizal Haniff, Anuar Nawawi, Rodziah Abd Samad, & Intan Salwani Mohamed. (2018).
Fundamentals of Financial Accounting (2nd Edition). Oxford Fajar.
5. Morni Hayati Jaafar Sidik, Tuam, K.C., Lim, W.L., Lee, K.F., Kong, N.C.C., & Rahizah Abdul
Rahim. (2016). Financial Accounting 1 (2nd Edition). Oxford Fajar.
6. Tee, K.B. (2018). Ranger SPM Revisi Cepat: Prinsip Perakaunan. Johor Bahru: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd.
7. Wan Madznah Wan Ibrahim et al. (2014). Fundamentals of Business Accounting (2nd.
Edition). Oxford Fajar.
8. Zan ‘Asri Tasir, & Tan, S. L. (2017). Nexus Sukses SPM: Prinsip Perakaunan. Petaling Jaya,
Sasbadi Sdn Bhd.

16

You might also like