You are on page 1of 15

2005

1 Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.

o Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2020


o Tempoh perakaunannya berakhir setiap enam bulan

Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?


A 1 Mac 2020 hingga 1 Ogos 2020
B 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020
C 1 Mac 2020 hingga 1 September 2020
D 1 Mac 2020 hingga 30 September 2020

2 Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu
tempoh perakaunan?
A Konsep perakaunan
B Kitaran perakaunan
C Prinsip perakaunan
D Sistem perakaunan

3 Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2017 dengan harga RM35
000. Pada tahun 2020, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM54 000
selepas penilaian dibuat.
Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2020?
A RM19 000
B RM35 000
C RM54 000
D RM89 000

4 Aset Bukan Semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali…


A sukar ditukar menjadi tunai
B dimiliki bukan bertujuan untuk dijual
C boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek
D boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

5 Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?

I Gaji belum bayar


II Overdarf bank
III Insurans prabayar
IV Sewa belum terperoleh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1
2005

6 Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?


A Invois
B Baucer
C Nota Debit
D Penyata Akaun

7 Data 1 menunjukkan baki-baki dalam buku Perniagaan Kenaga pada 1 Julai 2019.

Butir RM
Premis 28 400
Pemborong Maju (Akaun Belum Bayar) 3 300
Bank 1 280

Antara berikut, manakah cara yang betul bagi merekod baki-baki itu di Jurnal Am?

A Tarikh Butir Debit Kredit


2019 RM RM
Julai 1 Premis 28 400
Bank 1 280
Pemborong Maju 3 300
Modal 26 380

B Tarikh Butir Debit Kredit


2019 RM RM
Julai 1 Pemborong Maju 3 300
Modal 26 380
Premis 28 400
Bank 1 280

C Tarikh Butir Debit Kredit


2019 RM RM
Julai 1 Premis 28 400
Bank 1 280
Pemborong Maju 3 300

D Tarikh Butir Debit Kredit


2019 RM RM
Julai 1 Premis 28 400
Pemborong Maju 3 300
Bank 1 280
Modal 26 380

8 Dokumen 1 ialah invois yang diperoleh daripada Kedai Perabot Sin Hong

SALINAN INVOIS No:3301

2
2005

Kedai Perabot Sin Hong


Taman Merdeka, MELAKA
Tarikh : 7 April 2018
Kepada:
Kedai Komputer Rosli
Batu Berendam,MELAKA

Kuantiti Butir Harga/unit Jumlah


1 Rak RM240.00 240.00
240.00
((RM:Dua ratus empat puluh sahaja)

Syarat : 5% 7 hari, 2% 14 hari, 30 hari


Serahan : Angkutan dibayar
K & k di k

Rosli sing
Penerima Pengurus

Namakan buku catatan pertama yang digunakan oleh Kedai Perabot Sin Hong untuk
merekod dokumen tersebut
A Jurnal Belian
B Jurnal Jualan
C Buku Tunai
D Jurnal Am

9 Dokumen di bawah di hantar oleh Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim kepada
pelanggannya.

SALINAN NOTA DEBIT No:2008

Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim


Setiawan, PERAK
Tarikh : 23 Mac 2018
Kepada:
Kedai Buku Sinar
Tapah,PERAK

NO
Keterangan Jumlah
INVOIS
A004 Harga 50 buah buku PA terkurang caj RM3 sebuah (50 x 150.00
RM3)
150.00
(RM:Satu ratus lima puluh sahaja)

rozim
Pengurus

3
2005

Namakan buku catatan pertama yang digunakan oleh Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim
untuk merekod dokumen tersebut

A Jurnal Belian
B Jurnal Jualan
C Jurnal Pulangan Jualan
D Jurnal Pulangan Belian
SPM 2005

10 Data di bawah diperoleh daripada Jurnal Pulangan Jualan sebuah perniagaan

Tarikh Butir Jumlah


2018 Julai 5 Perniagaan Amir 100
20 Perniagaan Udin 150
31 Z 250

Apakah Z?

A Akaun Jualan
B Akaun Pulangan Jualan
C Pelbagai Akaun Belum Terima
D Jumlah Jurnal Pulangan Jualan

1 Buku catatan pertama merupakan buku yang digunakan untuk merekod urus niaga
1 berdasarkan dokumen sumber yang berkenaan.

Pilih padanan yang betul.

Dokumen sumber Buku Catatan Pertama


A Nota debit (salinan) Jurnal belian
B Invois (salinan) Jurnal jualan
C Invois (asal) Jurnal Pulangan belian
D Nota kredit (salinan) Jurnal Pulangan Jualan

12 Dokumen di bawah ialah memo daripada seorang pengurus kepada kerani akaunnya.

MEMO
Tarikh : 28 September 2019
Kepada:
Kerani Akaun

Sila rekodkan ambilan inventori alat tulis (pen kilometrico) RM1 200 untuk
dipromosikan.
Mona
(Pengurus)

4
2005

Catatan di Jurnal Am yang perlu dibuat oleh kerani ini ialah


Debit Kredit
A Ambilan Belian
B Alat tulis Inventori
C Promosi Belian
D Promosi Inventori

13 Data 3 diperoleh daripada Buku Tunai Perniagaan Aizat sepanjang bulan Januari 2020.

Tarik Tarik
Butir Dis Tunai Bank Butir Dis Tunai Bank
h h
2020 RM RM RM 2020 RM RM RM
Jan 1 Baki b/b 500 800 Jan 6 Perabot 860
10 Jualan 230 12 Belian 145
17 Lili Bhd 24 600 20 Swee Lan 10 310
24 Jualan 430 27 Utiliti 85
30 Gaji 350

Apakah baki tunai dan baki bank pada 31 Januari 2020?


Tunai Bank
A (RM930) (RM120)
B RM930 RM120
C (RM930) RM120
D RM930 (RM120)

14 Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?


A Tunai di tangan dibankkan
B Tunai daripada jualan inventori dibankkan
C Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi
D Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan

15 Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?

I Tambang
II Gaji kerani
III Komputer pejabat
IV Ubah mencuci pejabat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5
2005

16 Data 4 menunjukkan catatan dalam Jurnal Am Kedai Jam Weng Seng.

Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
2020 RM RM
Jan 20 Ambilan 450
Belian 450
(Ambilan sebuah jam tangan
untuk kegunaan sendiri)

Apakah catatan yang perlu direkodkan ke dalam lejar pada tarikh tersebut?

A Akaun Ambilan
Ambilan 450

Akaun Belian
Belian 450

B Akaun Ambilan
Ambilan 450

6
2005

Akaun Belian
Belian 450

C Akaun Ambilan
Belian 450

Akaun Belian
Ambilan 450

D Akaun Ambilan
Belian 450

Akaun Belian
Ambilan 450

17 Jadual berkaitan dengan Akaun Nyata dan Akaun Nominal sebuah perniagaan

Akaun Nyata Akaun Nominal


I Perabot Diskaun diberi
II Bank Alatan
III Jualan Gaji
IV Kenderaan Belian

Pilih pengelasan yang betul.


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang lejar?

I Akaun modal dan akaun ambilan direkodkan ke dalam lejar am


II Lejar subsidiary terdiri daripada lejar jualan dan lejar belian
III Lejar belian digunakan untuk merekod semua akaun belum bayar
IV Lejar Akaun Belum Bayar dikenali juga sebagai lejar jualan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

1 Berikut ialah Akaun Kawalan Belum Terima bagi Kedai Buku Klasik.
9
Akaun Kawalan Belum Terima
Tarikh Butir Jumlah Tarikh Butir Jumlah
2020 Mac 1 Baki b/b 2 910 2020 Mac 8 Bank 9 420
31 M 10 780 10 Pulangan masuk 480
31 Baki h/b 3 790
13 960 13 690

7
2005

Namakan M
A Jualan
B Kontra
C Hutang lapuk
D Diskaun diberi

20 Antara berikut, yang manakah kesilapan catatan dalam Imbangan Duga?

Butir Debit(RM) Kredit (RM)


I Kenderaan 30 000
II Angkutan masuk 50
III Pulangan belian 250
IV Diskaun diterima 450

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Kedai Kasut Berklip menerima tunai RM500 daripada seorang pelanggan yang hutangnya
telah dihapuskan.
Antara berikut yang manakah bergu bagi transaksi itu?

A Akaun Tunai
Akaun Belum Terima 500

Akaun Belum Terima


Tunai 500

B Akaun Tunai
Akaun Belum Terima 500

Akaun Belum Terima


Tunai 500

C Akaun Tunai
Hutang lapuk pulih 500

Akaun Hutang Lapuk Pulih


Tunai 500

8
2005

D Akaun Tunai
Hutang lapuk pulih 500

Akaun Hutang Lapuk Pulih


Tunai 500

22 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Azam pada 31 Disember 2019.

2019 RM
Januari 1 Inventori alat tulis 20
Disember 31 Inventori alat tulis 60

Sepanjang tahun 2019, Kedai Azam telah membeli alat tulis berjumlah RM250
Antara berikut cara yang manakah betul bagi merekodkan belanja alat tulis ke dalam Akaun
untung Rugi

A Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019


Alat tulis 60

B Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019


Alat tulis 210

C Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019


Alat tulis 250

D Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019


Alat tulis 330

23 Data 5 diperoleh daripada Imbangan Duga Hansoon Sdn.Bhd. pada 31 Disember 2019.

Debit (RM) Kredit (RM)


Akaun Belum Terima 20 000
Hutang lapuk 300

Perniagaan Hansoon Sdn. Bhd. Telah mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak
6% atas Akaun Belum Terima.
Berapakah peruntukan hutang ragu pada 31 Disember 2019?
A RM1 218
B RM1 200
C RM1 182
D RM900

24 Berikut merupakan situasi dalam Perniagaan Encik Daud.


Encik Daud menggaji dua orang kerani, seorang ditugaskan untuk merekod Buku Tunai
dan seorang lagi untuk mengendalikan tunai.
Apakah tujuan Encik Daud berbuat demikian?
A Mengelak berlaku pembaziran

9
2005

B Mengelak penyalahgunaan tunai


C Memastikan tunai tidak dipegang terlalu banyak
D Memastikan perniagaan mempunyai tunai mencukupi

25 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Pewangi Enterprise.

Buku Tunai (Ruangan Bank)


2020 RM
Jan 5 Angkutan (No. Cek 11011) 272

Penyata Bank (petikan)


Tarikh Butir No. Cek Debit Kredit Baki
2020 RM RM RM
Jan 10 Cek 11011 222

Jumlah angkutan telah tersalah catat dalam Buku Tunai.


Apakah catatan yang perlu dilakukan dalam Buku Tunai untuk membetulkan kesilapan
itu?
A Debit RM50
B Kredit RM50
C Debit RM222
D Kredit RM222

26 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perkongsian Radzi dan Khalid pada 31
Disember 2019.

RM
Untung bersih 4 000
Faedah atas ambilan 60
Faedah atas modal 1 500

Untung atau rugi perkongsian dibahagi sama rata antara 2 orang pekongsi tersebut.
Kirakan bahagian untung setiap pekongsi itu.
A RM1 220
B RM1 280
C RM2 560
D RM2 720

27 Jumlah aset sebuah perkongsian ialah RM38 000 dan jumlah liabilitinya ialah RM4
200. Dalam proses pembubaran, semua aset direalis sebanyak RM32 000. Belanja
realisasi berjumlah RM500.
Berapakah rugi realisasi?

10
2005

A RM5 500
B RM6 500
C RM10 200
D RM10 700

28 Encik Rahim mengambilalih kenderaan bernilai RM16 000 apabila perkongsiannya


dibubarkan. Tentukan catatan Jurnal Am yang betul bagi merekod pengambialihan
tersebut.

A Debit(RM) Kredit(RM)
Kenderaan 16 000
Realisasi 16 000

B Debit(RM) Kredit(RM)
Realisasi 16 000
Kenderaan 16 000

C Debit(RM) Kredit(RM)
Realisasi 16 000
Modal Rahim 16 000

D Debit(RM) Kredit(RM)
Modal Rahim 16 000
Realisasi 16 000

29 Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang Syarikat Awam Berhad?

I Saham disenaraikan di bursa saham


II Saham diterbitkan kepada orang ramai
III Saham tidak boleh dipindah milik dengan bebas
IV Bilangan pemegang saham antara seorang hingga 50 orang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Jaya Berhad

3 000 000 unit 5% Syer Keutamaan RM2.00 sesyer


1 500 000 unit Syer Biasa RM1.00 sesyer

Berapakah modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi Syarikat Jaya Berhad ini?

11
2005

A RM7 500 000


B RM6 000 000
C RM1 500 000
D RM300 000

31 Apakah yang dimaksudkan dengan dividen interim?


A Pembayaran dividen dibuat sebelum tempoh perakaunan berakhir
B Pembayaran dividen dibuat selepas tempoh perakaunan berakhir
C Diisytiharkan selepas keuntungan sebenar diketahui
D Dividen yang dibayar kepada pemegang syer biasa

32 Maklumat berikut berkaitan dengan syer yang dibeli oleh Puan Marina.

Pada 28 Januari 2019, Puan Marina telah membeli 15 000 unit 6% Syer
Keutamaan RM2 sesyer. Pada 31 Julai 2019, lembaga pengarah telah
memutuskan untuk membayar dividen interim 6% syer keutamaan bagi
tempoh enam bulan pertama.

Berapakah dividen interim Puan Marina?


A RM2 400
B RM1 800
C RM900
D RM600

33 Berikut ialah Akaun Yuran Kelab Kancil yang tidak lengkap.

Akaun Yuran
2019 RM 2019 RM
Jan 1 Yuran belum terima 100 Dis Tunai 8 200
31 Yuran belum terima 300

Berapakah yuran bagi tahun berakhir 31 Disember 2019?


A RM8 200
B RM8 400
C RM8 500
D RM8 600

34 Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan amalan rekod tak lengkap?

I Urusniaga dicatatkan dalam Buku Tunai sahaja


II Urusniaga dicatat menggunakan sistem catatan bergu
III Dokumen perniagaan tidak disimpan secara sistematik
IV Rekod Akaun belum Terima dicatat dalam Buku Catatan Harian sahaja

12
2005

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV

35 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Dee Mars.

RM
Modal pada 1 Mei 2019 50 000
Modal pada 30 April 2020 61 000
Modal tambahan 5 000
Ambilan 500

Berapakah untung bersih atau rugi bersih bagi tahun berakhir 30 April 2020?
A Untung bersih RM15 500
B Untung bersih RM6 500
C Rugi bersih RM15 500
D Rugi bersih RM6 500

36 Jadual dibawah menunjukkan untung bersih atau rugi bersih bagi tahun berakhir 30
April 2020.

Jumlah pengeluaran (unit) 0 5 000 10 000


Jumlah kos (RM) 5 000 10 000 15 000

Pernyataan berikut adalah benar tentang maklumat dalam jadual di atas kecuali…
A kos berubah seunit ialah RM1.50
B jumlah kos dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran
C jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah
D kos tetap pada setiap tingkat pengeluaran ialah RM5 000

37 Maklumat di bawah diperolehi daripada Kilang Abadi.

RM
Bahan langsung 6 500
Buruh langsung 4 500
Overhed 3 500
Kerja dalam proses awal 3 000
Kerja dalam proses akhir 2 000

13
2005

Berapakah kos pengeluaran?


A RM13 500
B RM14 500
C RM15 500
D RM17 500

38 Maklumat berikut ialah baki-baki buku Perniagaan Ehsan pada 31 Oktober 2019

RM
Kenderaan 15 000
Akaun Belum Terima 20 500
Akaun Belum Bayar 20 000
Overdraf bank 10 000
Inventori akhir 24 500

Berapakah nisbah semasa perniagaan itu pada tarikh tersebut?


A 1.50 : 1
B 2.0 : 1
C 2.75 : 1
D 3.50 : 1

39 Nisbah semasa Syarikat Perdana ialah 1 : 2 .


Pilih tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki tahap kecairan syarikat itu.

I Membuat pinjaman bank


II Menambahkan belian barang niaga
III Memanjangkan tempoh jualan kredit
IV Menjual sebahagian aset bukan semasa

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

40 Jadual di bawah diperoleh daripada Syarikat Bibi dan Syarikat Siti yang mengusahakan
industri batik.

Syarikat Bibi Syarikat Siti


Kadar pusing inventori 3 kali 6 kali

Antara berikut, manakah benar tentang pengurusan inventori kedua-dua syarikat

14
2005

tersebut?
A Jualan inventori Syarikat Siti kurang laris berbanding Syarikat Bibi
B Pengurusan inventori Syarikat Siti lebih efisien daripada Syarikat Bibi
C Syarikat Siti menanggung kos penyimpanan inventori lebih tinggi daripada
Syarikat Bibi
D Syarikat Bibi menukar inventori setiap 3 bulan sekali manakala Syarikat Siti
menukar inventori setiap 6 bulan sekali

1 B 11 B 21 D 31 A
2 B 12 C 22 B 32 C
3 B 13 D 23 B 33 B
4 C 14 A 24 B 34 C
5 B 15 B 25 A 35 B
6 B 16 C 26 B 36 A
7 A 17 B 27 B 37 C
8 B 18 A 28 D 38 A
9 B 19 A 29 A 39 B
10 B 20 C 30 A 40 B

15

You might also like