You are on page 1of 3

BUKU CATATAN PERTAMA

( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian )


a. Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit.
b. Semua urus niaga dicatatkan terlebih dahulu ke dalam Buku Catatan Pertama
sebelum dipindahkan ke dalam lejar dengan mengikut urutan tarikh urus niaga

JURNAL

Terbahagi dua iaitu;


Jurnal Am
Jurnal Khas (Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal
Pulangan Belian)

- Menunjukkan catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta
butir dan keterangan.
- Memudahkan membuat rujukan dan memberi panduan catatan pindahan ke lejar.
- Dapat mengesan kesilapan dengan cepat dan mengelakkan penipuan.
Jurnal Am
(Memo dan Invois : belian / jualan aset bukan semasa)
1. Catatan permulaan perniagaan
2. Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun
3. Membeli dan menjual aset bukan semasa secara kredit
4. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan
5. Membawa masuk modal tambahan
6. Catatan pelarasan
7. Membetulkan kesilapan
8. Merekodlan pembubaran perniagaan

Jurnal Khas
a. Jurnal Belian (invois asal & nota debit asal)

Belian barang niaga secara kredit daripada pembekal.

b. Jurnal Jualan (invois salinan dan nota debit salinan)

Jualan barang niaga secara kredit kepada penghutang.

c. Jurnal Pulangan Belian (nota kredit asal)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada pembekal.

d. Jurnal Pulangan Jualan (nota kredit salinan)

Merekodkan pulangan barang niaga daripada pelanggan.

BUKU TUNAI

Dikenali juga sebagai Buku Lejar

Gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank

Merekod semua urus niaga tunai termasuk penerimaan dan pembayaran secara cek.

Kebaikan Buku Tunai;


o

Catatan dalam lejar dapat dikurangkan.

Peniaga lebih mudah dalam mengawal tunai perniagaannya.

Mudah membuat rujukan bagi Akaun Tunai dan Akaun Bank.

Buku Tunai sebagai Jurnal


1. Jurnal Penerimaan Tunai
a. Merekod semua penerimaan tunai dan cek oleh perniagaan
b. Sama seperti bahagian debit Buku Tunai
2. Jurnal Pembayaran Tunai
a. Merekod segala pembayaran oleh perniagaan
b. Sama seperti bahagian kredit Buku Tunai

BUKU TUNAI RUNCIT


1. Kegunaan Buku Tunai Runcit;
a. membayar belanja yang kecil
b. membolehkan pembahagian tugas
c. mengelakkan daripada banyak catatan
2. Setiap bayaran tunai runcit mesti disokong dengan baucar tunai runcit tanpa
mengambil kira sama ada belanja disertakan dengan resit atau tidak.
3. Direkod berdasarkan sistem panjar.
4. Sistem panjar ketua juruwang akan memberikan sejumlah wang tertentu
untuk membiayai semua perbelanjaan runcit bagi satu tempoh tertentu dan
pada akhir tempoh, ketua juruwang akan membayar semula jumlah yang
dibelanjakan oleh juruwang runcit.
5. Tunai runcit akan bermula dengan jumlah dana yang sama setiap bulan

You might also like