You are on page 1of 5

(Ting.

2) Istilah Simpan Kira


Simpan Kira
Proses merekodkan urusniaga secara sistematik
Akaun
Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku
Sistem Catatan Bergu
Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun
yang sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang
kredit akaun kedua
Urusniaga
Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan
dan perkhidmatan
Format Akaun
Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan
Aset
Semua harta bagi perniagaan
Liabiliti
Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain
Ekuiti Pemilik
Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan
Modal
Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
Ambilan
Pengambilan wang tunai daripada perniagaan
Hasil
Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan
Belanja
Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan
Baki
Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia

biasanya diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia
biasanya diletakkan diawal bulan.
Jenis-Jenis Akaun
Akaun Tunai
Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai
Akaun Bank
Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit
Buku Tunai
Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu
Akaun Ambilan
Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan
Akaun Modal
Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan
ketika memulakan perniagaan
Akaun Aset
Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan.
Akaun aset termasuklah
o Akaun premis
o Akaun kenderaan
o Akaun lekapan dan lengkapan
o Akaun Alat pejabat
o Akaun perabot
Akaun Hasil
Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan
Akaun Penghutang
Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan
Akaun Pemiutang
Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaan

A. Format Akaun
o Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.
o Akaun dibahagikan kepada dua ruang
o

Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan
ruang Kredit (Kt).
o Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:
i.

Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga


berlaku

ii.

Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang


berlaku

iii.

Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan


bagi buku catatan pertama agar mudah dikesan

iv.

Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi


urusniaga yang dinyatakan

B. Sistem Catatan Bergu


o Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk
merekod urusniaga dalam dua akaun
o prinsip catatan bergu ialah
i.

Suatu urusniaga dicatatkan dua kali

ii.

Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan

iii.

Tarikh dan jumlah mestilah sama

Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise


membeli lima buah almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai.
Akaun Utama
Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama

Akaun Kedua
urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit
pula
C. Buku Tunai
o Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan
Akaun Bank dalam satu buku
o Format Buku Tunai
D. Mengimbang dan menutup akaun
o Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh
tertentu seperti suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun
o

o Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal)


hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
o Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke
dalam kunci kira-kira
o Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki
b/b
E. Peringatan:
o Akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal)
hendaklah diimbang dan mempunyai baki h/b dan baki b/b
o Akaun Ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke
Kunci Kira-kira
o Akaun Aset (A. Tunai, A. Bank, A. Perabot, A. Kenderaan, A. Premis
& A. Lekapan) hendaklan diimbang dan mempunyai baki h/b dan b/b
o Akaun Jualan hendahlah ditutup dengan jumlah dipindahkan ke
Akaun Perdagangan
o Akaun hasil yang lain (A. Komisen, Akaun Dividen, A. Faedah
diterima & A. Sewa diterima) hendalah ditutup dengan membawa
jumlah ke Akaun Untung Rugi

o Akaun Belian hendaklah dipindahkan jumlahnya ke Akaun


Perdagangan
o Alaun Belanja yang lain (A. Sewa, A. Insuran, A. Iklan, A. Kadar
Bayaran & A. Belanja Am) hendaklah ditutup dengan memindahkan
jumlah ke Akaun Untung Rugi

(http://www.freewebs.com/khbdua/simpankira.htm)

You might also like