You are on page 1of 3

Istilah Simpan Kira

1) Simpan Kira
a) Proses merekodkan urusniaga secara sistematik
2) Akaun
a) Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku
3) Sistem Catatan Bergu
a) Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun
yang sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang
kredit akaun kedua
4) Urusniaga
a) Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan
dan perkhidmatan
5) Format Akaun
a) Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan
6) Aset
a) Semua harta bagi perniagaan
7) Liabiliti
a) Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain
8) Ekuiti Pemilik
a) Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan
9) Modal
a) Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
10)
Ambilan
a) Pengambilan wang tunai daripada perniagaan
11)
Hasil
a) Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan
12)
Belanja
a) Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan
13)
Baki
a) Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya
diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya
diletakkan diawal bulan.
Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik

Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga


(butir), dan berapa amaunnya (jumlah)
Mempunyai rekod yang sistematik
Disimpan dengan selamat
Tujuan Menyimpan Rekod
Sebagai bukti berlaku urusniaga
Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga yang
telah dijalankan
Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan perniagaan
Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh
perniagaan
Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan

Jenis-Jenis Akaun
1. Akaun Tunai
1.1.Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai
2. Akaun Bank
2.1.Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit
3. Buku Tunai
3.1.Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu
4. Akaun Ambilan
4.1.Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan
5. Akaun Modal
5.1.Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan
ketika memulakan perniagaan
6. Akaun Aset
6.1.Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan.
6.2.Akaun aset termasuklah
6.2.1. Akaun premis
6.2.2. Akaun kenderaan
6.2.3. Akaun lekapan dan lengkapan
6.2.4. Akaun Alat pejabat
6.2.5. Akaun perabot
6.2.6. Akaun Hasil
6.2.6.1. Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan
7. Akaun Penghutang
7.1.Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan
8. Akaun Pemiutang
8.1.Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaan
Format Akaun
1.
2.
3.
4.

Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.


Akaun dibahagikan kepada dua ruang
Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan ruang Kredit (Kt).
Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:
Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku
Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku
Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku catatan
pertama agar mudah dikesan
Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga yang
dinyatakan

Sistem Catatan Bergu

Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod


urusniaga dalam dua akaun
Prinsip catatan bergu ialah
Suatu urusniaga dicatatkan dua kali

Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan


Tarikh dan jumlah mestilah sama
Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli
lima buah almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai.
Akaun Utama
Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama
Akaun Kedua
Urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula

Buku Tunai

Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank dalam
satu buku
Format Buku Tunai
Mengimbang dan menutup akaun
Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu
seperti suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun
Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal)
hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke dalam
kunci kira-kira
Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama

Peringatan:
1. Akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendaklah
diimbang dan mempunyai baki h/b dan baki b/b
2. Akaun Ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Kunci
Kira-kira
3. Akaun Aset (A. Tunai, A. Bank, A. Perabot, A. Kenderaan, A. Premis & A.
Lengkapan) hendaklan diimbang dan mempunyai baki h/b dan b/b
4. Akaun Jualan hendahlah ditutup dengan jumlah dipindahkan ke Akaun
Perdagangan
5. Akaun hasil yang lain (A. Komisen, Akaun Dividen, A. Faedah diterima & A.
Sewa diterima) hendalah ditutup dengan membawa jumlah ke Akaun Untung
Rugi
6. Akaun Belian hendaklah dipindahkan jumlahnya ke Akaun Perdagangan
7. Akaun Belanja yang lain (A. Sewa, A. Insuran, A. Iklan, A. Kadar Bayaran & A.
Belanja Am) hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Akaun
Untung Rugi

You might also like