You are on page 1of 9

TOKOH YANG BERKORBAN DEMI

NEGARA

PALANIAPPAN PANDIARAJAN
&
DANIEL CHIN ZHAO HUAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ

BIODATA
Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat,Alor Setar,Kedah
Pengajian :
-Sekolah Melayu,Alor Setar
-Government English School
-Sekolah Debsurin,Bangkok
-Penang Free School
-St. Catherine College
-Universiti Cambridge (1920)
-mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan sejarah Universiti Cambridge (1925)
-menamatkan pengajian di Inns of Court
-mendapat kelayakan undang-undang
Jawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah (26 Ogos 1951)

Laluan Kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya
persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO
dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya
yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan
Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu
bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk
menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakamanperakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang
kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri ()


Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan
raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya
kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan
persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina
sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP
pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya.
Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar
kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di
Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan Tunku
yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Sebagai Perdana Menteri ()


Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi
untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk
"memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada
Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura
menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina
Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan
yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin
UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah
jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Sebagai Perdana Menteri (3/3)


Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.
Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

PENUTUP
Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya
berbangga terhadap pencapaian negara kita
walaupun bertangisan air mata demi negara
yang tercinta .kita juga harusnya berbangga
terhadap pemimpin-pemimpin negara yang
berani dan tabah untuk menghadapi apa jua
halangan.

SEKIAN TERIMA KASIH


MALAYSIA
BOLEH !

You might also like