You are on page 1of 3

BAB 4: MASAKAN

PERANCANGAN MENU
Menu ialah senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian. Perancangan menu ialah suatu rangka
pilihan menu yang dibuat berpandukan piramid makanan, tujuan dan beberapa faktor tertentu juga.
Faktor Penting Dalam Merancang Menu
Menu untuk setiap sajian adalah berbeza. Perbezaan sajian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti:
(a) tujuan sajian - sama ada untuk hidangan di majlis formal atau tidak formal;
(b) kegemaran - setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing;
(c) kepelbagaian - hidangan yang dimasak mempunyai variasi dari segi kaedah memasak, bahan
yang digunakan, tekstur, rasa, dan warna;
(d) kemudahan fizikal - kemudahan peralatan memasak yang digunakan dalam usaha
mempercepat dan memudahkan tugas memasak;
(e) keperluan - menu yang dipilih dapat memenuhi keperluan nutrien setiap individu berdasarkan
jantina, saiz tubuh, tahap kesihatan, umur, dan aktiviti yang dilakukan;
(f) sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang
dijadualkan;
(g) bilangan tetamu - kuantiti makanan yang disediakan cukup untuk menampung bilangan tetamu
yang ada bagi mengelakkan pembaziran;
(h) perbelanjaan - makanan yang disediakan haruslah mengikut perbelanjaan yang
diperuntukkan;
(i) sumber makanan - makanan yang mudah diperoleh, berkeadaan segar dan berkhasiat,
serta menjimatkan belanja..
PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN
Hidangan sepinggan lengkap.
Maksud hidangan Sepinggan Lengkap bermaksud hidangan seimbang yang mengandungi semua
nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien-nutrien yang dimaksudkan itu ialah karbohidrat,
lemak, protein, vitamin, dan garam mineral. Hidangan sepinggan lengkap ini dapat disediakan secara
peranggu meja atau secara berpek.
Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap ialah:
(a) mengandungi semua nutrien.
(b) dimakan dalam satu bekas.
(c) disediakan secara bergorang atau berkuah.
(d) sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan.
Mengenal Pasti Alatan dan Kelengkapan Dapur
Alatan Dapur
Alatan dapur terbahagi kepada tiga, iaitu alatan menyedia, alatan memasak, dan alatan menyaji.
Alatan-alatan ini mempunyai pelbagai fungsi, bergantung pada proses memasak yang dijalankan.

1
2
3
4
5
6
7

Alatan Menyedia
mangkuk adunan
mangkuk sup
jag penyukat
penapis
landas cincang
camca besar
camca sedang

1
2
3
4
5
6
7

Alatan Memasak
penunu
periuk
pengukus
loyang
kuali
periuk nasi elektrik
senduk

1
2
3
4
5
6
7

Alatan Menyaji
gelas
mangkuk telur
cawan dan piring
mangluk gula
garpu
mangkuk hidang
teko teh

8
9
10
11
12

camca teh
garpu
pisau
pisau roti
pinggan

8 sudip
9 senduk kayu
10petitin
11pan penggoreng
12cerek elektrik

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

teko kopi
pisau mentega
pinggan hidang
rak roti
jag susu
pisau meja
camca sedang
camca teh
bekas mentega
bekas jem
pinggan makan

Kelengkapan Dapur
Kelengkapan dapur diperlukan untuk melancarkan kerja-kerja memasak dan menyaji. Antara
kelengkapan dapur yang digunakan termasuklah kain dapur, alas meja, kad menu, dan gubahan
bunga.
Kain Dapur
Kain dapur terdiri daripada pelbagai jenis yang ditentukan mengikut fungsinya. Antaranya
termasuklah kain pengelap, kain maslin, kain pencuci, tuala tangan, sarung ketuhar, dan pengelap
lantai.
JENIS KAIN DAPUR
KEGUNAAN
Kain pengelap
Mengeringkan pinggan mangkuk, alatan kaca, kutleri dan
besen serta menutup makanan sebelum dimasak
Kain maslin
Menutup makanan sebelum dan selepas dimasak serta
menapis cecair
Kain pencuci
Mencuci pinggan mangkuk dan mengelap peralatan
Tuala tangan
Mengelap tangan basah
Sarung ketuhar
Mengangkat loyang atau bekas panas dari ketuhar atau
dapur
Pengelap lantai
Mengelap lantai
.
Alas Meja
Alas meja digunakan untuk menutup permukaan tempat menghidang sebelum menyajikan
makanan. Alas meja yang digunakan mestilah bersesuaian dengan hidangan.
Jenis hidangan
Warna alas meja
sarapan
terang dan garang
makan tengah hari
terang dan garang
minum petang,
putih atau berwarna yang dihiasi sulaman
atau renda
makan malam
putih atau berwarna lembut
Kad Menu
Kad menu ialah satu catatan senarai makanan yang telah dipilih untuk dimasak dan dihidangkan. Kad
menu biasanya terdapat di kedai-kedai makan atau di restoran untuk memudahkan pelanggan
membuat pilihan hidangan sebelum membuat pesanannya.
Gubahan Bunga
Gubahan bunga yang diletakkan di atas meja akan menjadikan hidangan lebih berseri. Ada beberapa
perkara yang harus diikuti supaya gubahan bunga yang dihasilkan kelihatan menarik semasa
membuatnya, iaitu:

pilih bunga yang harmoni dan sesuai dengan keadaan;


susun bunga yang berwarna terang di bahagian atas dan bunga yang berwarna gelap di bahagian
bawah;
atur bunga dengan ketinggian yang berbeza dan mengembang ke arah yang berlainan;
jika membuat gubahan bunga yang rendah, cucuk bunga yang berwarna gelap di bahagian tengah;
elak daripada menggunakan bunga yang terlalu harum atau terlalu banyak;
buat gubahan bunga yang rendah dan kecil untuk hidangan dulang.
ETIKA MAKAN
Pengertian Etika Makan
Etika makan didefinisikan sebagai suatu pelakuan yang beradab dan bersopan sewaktu makan.
Dengan mengamalkan etika makan, seseorang dapat mengelak daripada menyinggung perasaan
orang lain ketika menikmati hidangan.
Mengenal Pasti Adab dan Sopan Sewaktu Makan
Mengamalkan Etika Makan yang Sopan
Terapat beberapa etika makan yang perlu diikuti, antaranya termasuklah:
merapatkan kaki dan duduk dengan postur yang betul di meja makan;
memulakan makan setelah semua orang berada di meja;
mempersilakan orang yang lebih tua makan terlebih dahulu;
menggunakan kutleri dengan betul dan cermat;
menutup mulut ketika mengunyah makanan;
mengambil makanan yang dekat dahulu dan meminta orang lain menghulurkan makanan yang
jauh;
mengumpulkan sisa makanan di hujung pinggang;
meletakkan kutleri bersebelahan di atas piring setelah selesai makan;
tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan;
tidak meniup makanan yang panas;
tidak meletakkan siku di atas meja;
tidak menggunakan pisau untuk menyuap makanan;
tidak meninggalkan meja setelah selesai makan, kecualilah sesudah meminta kebenaran iika perlu
berbuat demikian.
Sekiranya anda menikmati hidangan Barat, etika makan yang berikut perlu diikuti.
meletakkan napkin di atas paha;
menggunakan sudu, garpu, atau pisau dengan senyap dan betul;
tidak menunjuk-nunjuk atau mengangkat tangan ketika memegang garpu atau pisau;
makan salad dan sayur-sayuran dengan menggunakan garpu bukannya camca;
merapatkan kutleri setelah selesai makan.
Etika makan bagi hidangan Cina adalah seperti yang berikut.
makan dengan penyepit, jika tidak pandai menggunakannya, mintalah sudu dan garpu;
menggunakan sudu hidang untuk mengambil makanan bukannya penyepit;
sekiranya anda mahu mengambil sos, letakkan sos di dalam pinggan sendiri bukannya
mencelupkan makanan di dalam mangkuk sos hidangan;
meletakkan penyepit pada tempatnya setelah selesai satu hidangan;
meletakkan tulang atau bahagian yang tidak dimakan di tepi piring.

You might also like