You are on page 1of 45

TUGASAN BERKUMPULAN

TEMA: PENGALAMAN HARIAN: MENJALIN KESEPADUAN DAN MELAHIRKAN


KEHARMONIAN

TAJUK: MEDIA SOSIAL SERING MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM

KOD KURSUS: UQU 10202

NAMA KURSUS: HUBUNGAN ETNIK

FAKULTI: KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR

NAMA PELAJAR: 1) MUHAMMAD ALFIE BIN MAHRAN (CF180037)


2)MUHAMMAD ALI BIN ROZAIDIN (DF170194)
3)MUHAMMAD ARIF BIN MAZLAN (AF180192)
4)MUHAMMAD HAZIQ BIN YUSOF (AF180167)
5)NUR FATIN AMIRA BINTI ZIANAL (AF180150)
6)NURUL FARHANA BINTI RAHMAT (AF180049)
7)NURSYAMIMI BINTI HAMZAH (AF180199)
8)SITI NUR AWANIS BINTI YUSOFF (AF180110)

SEKSYEN: 8

TAHUN PENGAJIAN: 1

NAMA PENSYARAH: EN MOHD NIZAM BIN ATTAN

TARIKH HANTAR: 4 /12/2018

MARKAH
TUGASAN
Nama : Muhammad Alfie Bin Mahran

No IC : 950911-13-5221

Tarikh Lahir : Hospital Umum Sarawak

No Matrik : CF180037

No Telefon : 0109732014

Email : alfiemahran@gmail.com

Alamat Tetap: 77, Taman Rahmat, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak

Idola: Messi
NAMA : MUHAMMAD ALI BIN ROZAIDIN

NO MATRIK: DF170194

NO TEL: 01993793799

FAKULTI: FKAAS

NAMA PA: DR FAIZAL BIN PAKIR

NO TEL PA: 013 7598012


Nama: Muhammad Arif Bin Mazlan

No Matrik: Af180192

No Tel :019-379379

No Tel Kawan: 019-3513907

Fakulti: Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar

Nama PA : DR. Siti Radziah Bt Abdullah


Nama: Muhammad Haziq bin Yusof

No Matrik: Af180167

No Tel :01137438268

No Tel Kawan: 01131751127

Fakulti: Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar

Nama PA : Prof. Madya Dr. Mohamad Yusri bin Aman


NAMA:NUR FATIN AMIRA BINTI ZIANAL

NOMBOR MATRIK: AF180150

NOMBOR TELEFON: 010-5556532

NOMBOR TELEFON SAHABAT: 019-7350507

FAKULTI : FKAAS

NAMA PA : DR. SITI NAZAHIYAH BINTI RAHMAT

NOMBOR TELEFON PA : 016-7775016


Nama : Nurul Farhana Binti Rahmat

No Matrik : AF180049

No.Tel : 016-4790973

No.Tel sahabat karib : 019-6995928

Fakulti : Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar

Nama PA : DR Ahmad Zurisman

No.Tel : 010-2221516
Nama : Nursyamimi Binti Hamzah.

No. Matrik : AF180199.

Fakulti : Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar.

No. Tel : 0136352451.

No. Tel kawan : 019 - 7522847

Nama PA : En. Nik Mohd Zaini Bin Nik Soh


Nama: Siti Nur Awanis binti Yusoff

No Matrik: Af180110

No Tel :0196522847

No Tel Kawan: 0197552847

Fakulti: Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar

Nama PA : Dr.Ahmad Zurisman


Abstrak

Negara Malaysia merupakan negara yang aman dan harmoni dari segi kehidupan di
antara rakyat-rakyatnya meskipun mereka terdiri daripada agama dan bangsa yang berlainan.
Salah satu Keharmonian yang dapat dibina pada hari ini adalah berdasarkan kesatuan
perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Perpaduan adalah teras kepada
kejayaan sesebuah negara dan ia juga merupakan penyatuan dan darjah serta jenis perpaduan
yang dipamerkan oleh sebuah masyarakat. Ia juga merujuk kepada semua hubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Perpaduan kaum pula merujuk kepada masyarakat yang sentiasa
bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu membentuk negara maju, aman dan
makmur. Tetapi tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebelakangan ini perpaduan yang terbina
sedikit goyah hanya disebabkan oleh beberapa inivdidu yang tidak mempunyai . Tujuan kajian
ini adalah untuk mengkaji pandangan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada kaum yang
berbeza-beza tentang kepentingan untuk setiap masyarakat itu memahami kaum yang lain dari
segi aspek yang berbeza. Kajian ini dilakukan ke atas masyarakat sekitar dan pelajar-pelajar
dari Universiti Hussein Onn Malaysia(UTHM). Hasil kajian menunjukkan sifat perkauman
yang masih menjadi benteng di antara rakyat Malaysia. Dimana hal ini boleh dikatakan
memberi impak negatif kehidupan dan masyarakat sendiri selain memberi impak kepada
pembangunan dan kemajuan negara.
Pendahuluan

Di Malaysia, pelbagai hubungan etnik dirasai oleh penduduk kampung ataupun bandar.
Terdapat pelbagai agama dan bangsa yang penuh dengan penduduk di sesuatu tempat ataupun
kawasan. Setiap manusia harus memiliki sifat hubungan etnik di dalam diri untuk mengekalkan
perpaduan dan keharmonian. Kepelbagaian jenis makanan etnik yang terdapat di Malaysia
ialah salah satu contoh rakyat Malaysia dapat memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan
antara manusia. Nasi lemak antara contoh makanan kaum melayu yang boleh dirasai oleh
pelbagai kaum di Malaysia. Dengan terdapat pelbagai jenis makanan di Malaysia,jenis
makanan tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan tetapi boleh berkaitan
dengan acara keraian keagamaan. Selain itu, kesepaduan dalam hubungan etnik boleh menerusi
bidang kesenian ketika proses penghasilan bentuk seni itu di jalankan. Keperluan ini amat di
perlukan rakyat untuk merasai jenis kesenian seperti lagu, filem, lakonan dan sebagainya yang
amat berbeza dari kehidupan nyata. Sebagai contoh yang ternyata hubungan etnik ini wujud di
kalangan rakyat Malaysia dengan melihat pelukis dari kaum cina iaitu Chuah Thean Teng yang
melukis karyanya dengan corak batik. Subjek utama dalam lukisannya ialah kehidupan di
perkampungan melayu. Chuah Thean Teng telah dijulukan sebagai “bapa lukisan batik moden
Malaysia”. Sam Karuna juga menggunakan corak batik dalam lukisan yang dilukisnya dalam
bentuk medium. Memperkenalkan teknik “dyetic” sebagai suatu teknik yang terhasil daripada
proses penyatuan antara teknik tradisional dengan teknik baharu yang beliau cipta.

Sam Karuna juga menggunakan corak batik dalam lukisan yang dilukisnya dalam
bentuk medium. Memperkenalkan teknik “dyetic” sebagai suatu teknik yang terhasil daripada
proses penyatuan antara teknik tradisional dengan teknik baharu yang beliau cipta. Media dan
kesepaduan social membentukan ketelusan dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang betul
seperti yang diucapkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Masyarakat lebih terpengaruh dan memberi tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima
atau perkara yang disebar oleh seseorang di media social atau laman sesawang. Media
berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi
perantaraan.

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Rakyat Malaysia sering menggunakan
bahasa melayu untuk berhubung dan menajadikan bahasa melayu sebagai bahasa bertutur
sehingga mereka fasih dengan bahasa melayu. Keadaan yang saling berhubungan antara
individu dengan individu dan kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka
memang tidak dapat dielakkan. Hal ini boleh dijadikan dorongan pada masa akan datang untuk
menjadikan Malaysia sebagai tempat yang harmoni dan aman. Hubungan baik yang terjalin
antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang budaya, agama dan bahasa berlaku
tanpa paksaan atau minda yang berfikiran perkauman. Pengalaman harian yang terhasil
daripada hubungan tersebut berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang luas
seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media.
Masalah kajian

Menurut kajian di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati


bahawa masyarakat pada hari ini tidak lagi menunjukkan ciri-ciri perkauman yang kental dalam
beberapa aspek dalam kehidupan mereka. Ini menunjukkan bahawa sikap masyarakat pada hari
ini seperti yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia itu mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis
terhadap semua kaum di Malaysia.

Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik seterusnya dapat
mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa
majoriti menyatakan bahawa keadaan ekonomi akan semakin baik jika perpaduan terjalin
antara masyarakat di Malaysia.

Melalui keraian keagamaan seperti majlis perkahwinan etnik melayu dan jamuan hari
raya turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa masyarakat
Malaysia masih lagi peka dan bertimbangrasa dalam kepercayaan berkaitan dengan acara
keagamaan atau kepercayaan bangsa lain.

Nasi lemak adalah contoh makanan yang dapat mengeratkan perpaduan kaum ini
kerana makanan ini sudah diterima oleh lapisan masyarakat di Malaysia . Nasi lemak
dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini ianya dijadikan hidangan tengah
hari danbmalam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di
hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari
ayam,rendang -ayam dan daging, sambal -sotong atau ikan bilis, ayam goreng dan parugoreng.

Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi
ataupun sebagai snek. Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga
digemari oleh semua kaum di Malaysia kerana keunikannya yang tersendiri.

Bagi orang Cina pula kebanyakkan makanan mereka berasaskan daripada bahan soya
seperti tauhu , kicap. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya
berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain.

Akhir sekali,kita perlulah bersyukur kerena hidup di dalam Negara Malaysia yang aman
damai dan kaya dengan keindahan alam semula jadi ditambah pula dengan keunikan latar
belakang masyarakatnya yang berbilang kaum.
Oleh itu sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum perlulah
diselesaikan dengan cara yang baik agar peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi. setiap
warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan lagi perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan
penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.
OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai .Objektif utama adalah untuk

i. mengenali dan mempelajari mengenai pelbagai cara dalam menjalinkan kesepaduan


antara kaum dan mengenali budaya setiap kaum tanpa mengira latar belakang
mereka.
ii. untuk mengkaji dan menyiasat pandangan masyarakat tentang kepentingan
memahami sensitiviti masyarakat berbilang kaum dalam pelbagai aspek.
iii. memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan individu terhadap
komuniti yang ada di persekitaran.
iv. menjadi warganegara yang bertolak ansur dan berfikiran rasional dalam
menyelesaikan masalah perkauman .
v. mendidik masyarakat agar tidak hidup secara berpuak-puak di dalam suatu
penempatan .
vi. mengnalpasti bagaimana pendekatan yang baik dari pelbagai pihak dalam mencapai
kesepaduan kaum.
vii. mempelajari dengan lebih mendalam tentang apa yang dimaksudkan sebagai
kesepaduan kaum
SKOP KAJIAN

Kajian projek ini mengambil pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan pelajar
sekolah menengah sebagai analisis kajian masalah.

Terdapat 2 kaedah kajian yang di lakukan :

Edaran borang soal selidik (google form)

Temu bual pelajar sekolah menengah


1. Metodologi kajian
1.1. Pendahuluan kajian
Pendahuluan kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai media
sosial sering memecah belahkan perpaduan kaum di negara kita. Berdasarkan
tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai rekabentuk
kajian, respondan kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara
penganalisaan data.

1.2. Reka bentuk kajian


Kajian ini adalah berbentuk etnografi. Bentuk kajian ini dipilih kerana
pengkaji mudah mengumpul maklumat serta dapat menumpukan lebih
perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan responden
seramai 50 orang, pengkaji akan melihat sejauh mana responden memahami
kepentingan kesepaduan kaum. Soalan soal selidik diberikan untuk
mendapatkan pencapaian prestasi responden tentang tajuk yang dikaji.
Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 4 minggu di kawasan
universiti yang terdiri dari kalangan pelajar yang berbilang kaum. Keputusan
kajian akan dianalisa.

1.3. Sampel kajian


Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan
perempuan yang berada di kawasan universiti. Kesemua sampel dipilih secara
rawak yang dianggap memahami kepentingan perpaduan kaum kerana mereka
lebih nampak secara meluas tentang permasalahan kaum yang berlaku di
dalam negara ini.
1.4. Instrumen kajian
Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan
satu set soalan yang mengandungi 22 soalan mengenai tajuk yang dikaji.
Soalan kajian ini akan digunakan untuk melihat sejauh mana kefahaman
respondan terhadap kepentingan kesepaduan kaum dalam negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia.
Signifikan kajian
Kepentingan kajian

Kajian ini dilaksana diharap dapat membantu semua golongan yang berkaitan tentang
menjalin kesepaduan dan melahirkan perpaduan antara semua pihak khususnya dalam aspek
kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Kajian ini berpontesi untuk
menyelesaikan kajian kami dalam kajian dalam mangkaji penipuan berita palsu yang telah
melonggarkan kepercayaan dan kefahaman dalam semua etnik dengan menfocuskan kepada
beberapa aspek iaitu kesedaran, kemampuan dan kemahiran.Tindakan susulan yang sesuai
dapat dilaksanakan dengan tujuan untuk menigkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Hal ini penting kerana hampir semua kalangan masyarakat mempunyai tanggapan sesuatu
baik atau buruk terhadap semua etnik. Kefahaman dalam kalangan masyarakat dalam hal
kajian ini pastinya serba sedikit dapat membantu semua etnik dalam usaha memupuk
kesepaduan dan melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama, melalui kajian ini seluruh pihak yang terlibat dapat memberi
pandangan dan candangan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah berlaku di Malaysia
kini. Ini bertujuan supaya seluruh masyarakat dapat menerapkan ilmu kesedaran prepaduan
ini seiringan dengan arus teknologi masa kini agar dapat memastikan Negara dalam keadaan
kemakmuran dan keharmonian. Setersnya, setiap masyarakat dapat memainkan peranan
untuk meningkatkan perpaduan antara etnik agar tidak berbecah belah serba sedikit dapat
memajukan Negara.

Kebelakangan ini, perkataan ‘viral’ atau tular bukan sesuatu yang asing. Budaya viral
berlelusa, terutama di laman social terkenal seperti Facebook,Whatsapp,Instagram dan
Youtube. Masyarakat kini seakan bersaing membuat tular sesuatu perkara, seolah-olah ia
kemenangan dibanggakan. Apabila menyentuh mengenai viral, sudah pasti pemikiran kita
lebih kepada perkara negatif sehingga lupa budaya viral juga ada kebaikannya.

Kebaikan budaya viral antaranya adalah tujuan pemasaran bagi perniagaan sesuatu
produk. Pada zaman teknologi serba canggih ini, penggunaan khidmat jurujual semakin
berkurang. Pengusaha atau peniaga lebih memilih laman social sebagai medium untuk
mempromosikan produk. Ada peniaga memuat naikkan gambar dan video produk untuk
menyakinkan pengguna mengenai barangan dari segi kualiti, harga dan sebagainya. Impak
positif yang didapati disini bahawa media sosial memainkan peranan yang penting sebab
tidak semua masyarakat membaca akhbar. Jadi ini dapat meningkatkan keberkesanan media
sosial dalam kalangan masyarakat.

Selain menjimatkan kos, kaedah ini juga menjimatkan tenaga dan masa. Contohnya,
di laman Instagram, kita dapat lihat ramai peniaga mengiklankan barangan seperti baju, topi,
produk kecantikan dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan bagi
pengguna laman sosial. Masyarakat sekarang lebih menggunakan media sosial untuk mencari
pendapatan tambahan dengan menjadi dropship ataupun agent sesuatu produk.

Ini dapat dibuktikan dengan anak muda kini mempunyai perniagaan dalam
talian(igshop). Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak 75% anak muda kini telah
melayari media sosial dan 35% daripadanya mempunyai perniagaan dalam talian iaitu igshop.
Iklan yang dibuat di media sosial lebih menarik perhatian pengguna dalam dan luar negara.
Penyebaran maklumat yang pantas, memudahkan masyarakat mengetahui tentang peluang
pekerjaan seperti dropship dan agent produk. Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar
pengangguran disebabkan faktor kurang terdedah hebahan peluang pekerjaan.Hal ini
dirancakkan lagi dengan pengiklanan di televisyen dan akhbar. Dengan cara ini dapat
menambahkan bilangan anak muda yang menceburi bidang ini. Bukan sahaja anak muda
malah orang dewasa iaitu para ibubapa juga terlibat dengan perniagaan atas talian ini.
Impak positif kedua ialah mudah menyebarkan maklumat.Sebagai contoh, di waktu dulu
ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini
dengan kecanggihan teknologi , kad kahwin boleh dihantar melalui aplikasi media sosial seperti Whatsapp,
Facebook, Instagram dan sebagainya. Dengan cara ini rakan yang sudah lama tidak dihubungi dapat
ditemukan dalam pelbagai majlis. Selain itu, perkongsian maklumat dapat dalam masa yang singkat dan
cepat. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untukmengetahui berita terkini.
Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta dalam bidang perubatan, teknologi dan
sebagainya juga dapat disebarkan. Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak
kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul.

Bagi pelajar sekolah mahupun pelajar universiti, penyebaran maklumat ini amat penting. Ini
disebabkan maklumat ini dapat digunakan dalam kehidupan pelajar tersebut. Sebagai contoh, nota kuliah yang
diberikan oleh guru/pensyarah dapat dibaca sebelum kelas bermula dan membuatkan pelajar itu lebih bersedia
mengenai tajuk tersebut. Menurut Dr.Rosman bin Abdullah, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia,
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional menyatakan bahawa pelajar lebih bersedia apabila membaca nota
kuliah lebih awal. Ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tajuk dan membuatkan pelajar lebih
berfikir luar kotak mengenai tajuk.

Selain itu, penyebaran maklumat semasa juga dapat disebarkan melalui media sosial.
Contohnya isu banjir,tanah runtuh ,tsunami dan sebagainya dapat disebarkan. Berita di dalam
Malaysia dan juga isu antarabangsa juga tersebar luas di media sosial. Analisinya dapat
dibuktikan mangsa banjir di Lipis Kuantan kekal 46 orang daripada 13 keluarga pada pagi 12
November 2018. Analisis kedua ialah mangsa banjir di Kuala Lumpur iaitu kereta
ditenggelami air akibat banjir kilat pada 11 November 2018. Analisis mengenai isu
antarabangsa pula iaitu gemba bumi di Aceh 5.4 SR pada 16 Oktober 2018.

Ini dapat membuktikan media sosial adalah penyebaran maklumat terbesar di dunia
amnya dan Malaysia khususnya.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Prof Dr Ahmad Ilyas
Muhammad menyatakan jabatan ini berperanan untuk memantau dan mengeluarkan amaran
berkaitan cuaca dan bencana alam sekitar. Jadi jabatan ini memainkan peranan penting dalam
memberitahu masyarakat Malaysia mengenai bencana alam sekitar.

Kesimpulan isi kedua ini, memberikan impak positif kepada masyarakat dalam
mencari maklumat dan penyebaran maklumat yang cepat dan padat. Cara ini telah dijadikan
media utama untuk memajukan bidang teknologi di Malaysia.
Perayaan juga merupakan impak positif media sosial. Secara amnya, bangsa melayu menyambut Hari
Raya Aidilfitri, bangsa India menyambut Deepavali dan bangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina dan lain-
lain. Perayaan besar ini disambut pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Hari Raya merupakan perayaan
masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan
ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang
hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib
dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut
dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu
datang berkunjung untuk bertemu saudara mara dan sebagainya.

Manakala bangsa Cina, meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-
besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.Pada malam Tahun Baru semua ahli
keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk
mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung,
tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada
mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah
perayaan Chap Goh Meh.

Bagi bangsa India pula perayaan Deepavali ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali
bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh
badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.

Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka


berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak
kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang
Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika
perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan. Semua rakyat negara ini
menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan
pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan
masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu
perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia
terutama pelancong asing.Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung
kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh
kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada
negara.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara


ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang
dinikmati bersama-sama. Ketiga-tiga ini merupakan antara impak utama media sosial amat
penting bagi masyarakat kerana memberikan lebih impak positif berbanding negatif. Ini
menujukkan pelbagai kebaikan diperoleh daripada media sosial sendiri. Jadi media sosial ini
media sosial dapat mempengaruhi masyarakat kearah yang lebih positif.
ISU KAJIAN SEMASA MENGENAI MEDIA SOSIAL MEMECAH BELAHKAN
PERPADUAN ANTARA KAUM

Apakah langkah efektif yang perlu diambil untuk membanteras penularan berita palsu ini?

(A)Penyebaran berita palsu di laman media sosial yang berkait dengan perkauman di Malaysia.

isu-isu perkauman di Malaysia adalah isu-isu yang sensitif di Malaysia. Ini kerana Malaysia
mempunyai kaum yang berbilang-bilang bangsa dan agama. Penyebaran berita palsu yang
berkait dengan isu perkauman di mana-mana laman media sosial adalah salah satu faktor yang
boleh menyebabkan perpecahan kaum. Contohnya ?

Patriot: Berita palsu penggalak kebencian dan isu perkauman


written by M.Daim 26 February 2018

Kuala Lumpur, 26 Feb – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menyelar tindakan oleh
seorang blogger, Raja Petra Kamarudin pada beberapa hari yang lalu. Raja Petra Kamarudin
yang turut dikenali sebagai RPK telah mendakwa penglibatan Robert Kuok dan James Kuok
yang menyalurkan dana kepada beberapa parti komponen Pakatan Harapan.

Presiden PATRIOT, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Mohamed Arshad Raji, mengulangi semula
teguran dari persatuan tersebut kepada semua pihak dari mana-mana blok parti politik,
termasuk ahli politik, individu berkepentingan serta ahli cybertrooper menjauhi aktiviti politik
yang tidak sihat seperti menyebarkan kebencian dan menghasut.

Presiden PATRIOT bertegas bahawa persatuan tersebut menentang sekeras-kerasnya


penyebaran berita palsu.

Beliau turut mendakwa bahawa berlakunya tindakan sesetengah ahli politik yang
menggunakan berita palsu adalah tidak wajar kerana ianya satu tindakan yang menggalakkan
kebencian dan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada ahli politik, beliau turut
menyatakan terdapat golongan cybertrooper yang bertindak mengitar semula dan menyebar
berita palsu demi kepentingan wang.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, Dato’ Arshad Raji telah menyatakan
tindakan RPK yang menyebar berita palsu sebagai satu tindakan yang jahat dan tidak
berprinsip. Malah, pihak PATRIOT menindas Raja Petra Kamarudin bahawa beliau hanya
berani bertindak sedemikian rupa kerana bersembunyi di Britain tetapi tidak ketika berada di
tanah air.

Mengakhiri kenyataan media, Dato’ Arshad Raji sekali lagi menyeru semua ahli politik di
tanah air untuk berpolitik secara sihat dan berhemah disamping memberikan fokus kepada isu-
isu yang berkait rapat dengan rakyat. Beliau turut meminta ahli-ahli politik untuk menolak
politik kebencian yang boleh membawa padah.

Dato’ Arshad Raji menambah, selepas Pilihan Raya Umum ke-14, semua pihak perlu berusaha
untuk menyatukan semula perpaduan rakyat Malaysia. Pada hemat beliau yang disiarkan dalam
kenyataan media tersebut, perpaduan merupakan benteng terakhir kepada sesebuah negara
terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa yang dihadapi pada peringkat global.
Perkara-perkara seperti di atas adalah salah satu contoh yang memberi kesan kepada
perpecahan perpaduan antara kaum. Jika keadaan ini berterusan malaysia kemungkinan akan
mengalami keadaan yang sama seperti peristiwa 13 mei. di mana rusuhan kaum telah berlaku
di antara kaum cina , india dan melayu yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan
harta benda . untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, rakyat malaysia perlulah
saling bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain.Untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara kaum-kaum di malaysia, rakyat malaysia sendiri perlulah mengambil
inisiatif atau langkah bagi mencapai perpaduan tersebut.

(B)Menggunakan media sosial sebagai medium perantaraan untuk berbalah

Berdasarkan gambar-gambar di atas, ini menunjukkan rakyat malaysia masih


mengamalkan sikap tidak menghormati antara satu sama lain dan sikap tidak bertolak ansur
antara satu sama lain . Tingkah laku seperti ini tidak seharusnya ada di dalam diri rakyat
malaysia kerana malaysia dipandang sebagai sebuah negara yang harmoni , aman dan makmur
meskipun malaysia mempunyai berbilang-bilang bangsa. Sebagai rakyat malaysia, kita
perlulah menghargai pengorbanan dan jasa tokoh-tokoh negara yang telah berjaya membentuk
malaysia dengan menyatukan kaum cina, india , melayu serta bangsa lain di dalam satu negara.
Mereka juga telah berusaha mencari jalan untuk menyatu padukan rakyat malaysia agar rakyat
malaysia boleh hidup dalam sebuah negara yang harmoni. Contoh tokoh-tokoh tersebut adalah
Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan Tunku Abdul Rahman.

C) Faktor Politik

Politik adalah proses pembentukan dan pembahagian kuasa dalam masyarakat dimana
wujudnya proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara. Mengikut kajian yang dibuat
oleh Institusi Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM. Faktor politik
adalah salah satu faktor yang boleh menjadi punca ketegangan di antara kaum selain daripada
perbezaan agama, bangsa dan mobilti sosial. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Profesor Dr.
Mansor Mohamad Noor. Isu ini semakin dipertikaikan lagi apabila pada setiap kempen pilihan
raya, setiap parti-pati politik menggunakan medium pengucapan yang berunsur kebencian
terhadap parti-parti lain yang turut bertanding. Parti-parti seperti ini yang tidak mementingkan
perpaduan antara kaum akan menyebabkan kepada perpecahan dan kebencian antara kaum. Ini
disebabkan oleh setiap parti politik mempunyai agenda tersirat yang berbeza-beza. Manifesto
yang diadakan tidak salah di undang-undang tetapi mesej yang disampaikan perlulah
berdasarkan semua aspek yang membawa kearah perpaduan. Sebagai ahli politik yang bijak,
ahli politik tidak sepatutnya menyentuh isu sensitif yang membabitkan hal agama atau bangsa
hanya semata-mata untuk mengumpul undi.

Berdasarkan akhbar dari Berita Harian online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,
Tan Sri Joseph Kurup pernah berkata bahawa negara Malaysia merupakan negara yang akan
mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai dan membina perpaduan dan jika isu
perkauman dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kemungkinan besar untuk
perpecahan dan perbalahan kaum berlaku adalah tinggi. Jika dilihat kembali, peristiwa 13 Mei
adalah satu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran oleh semua rakyat Malaysia dari
pelbagai jenis golongan.

Sebagai kesimpulannya , rakyat Malaysia perlu sentiasa menjaga dan menghargai


perpaduan. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk atau
masyarakat yang berbilang kaum. Rakyat Malaysia sendiri perlu sentiasa hormat-menghormati
antara satu sama lain untuk mengurangkan jurang perbezaan. Perbezaan jugalah yang
menyebabkan Malaysia antara salah sebuah negara yang unik di dunia. Hal ini disebabkan
Malaysia bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum malah Malaysia juga
mempunyai 9 orang raja yang memerintah negara secara bergilir-gilir. Jika dibandingkan
dengan negara lain, kebanyakan daripada negara berasal daripada bangsa dan etnik yang sama.
Selain itu, bagi mengekalkan kehidupan yang harmoni ini, rakyat Malaysia juga perlu tidak
bersikap rasis. Rasisme adalah satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang
mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri. Ini tidak dapat dinafikan bahawa
bangsa dan kaum di Malaysia mempunyai adat dan kebudayaan yang berbeza-beza.
Persefahaman di antara satu sama lain memainkan peranan untuk seseorang itu memahami
adat dan budaya setiap kaum agar kita dapat menghormati setiap perlakuan dan percakapan
ketika berada di dalam satu majlis yang sama dengan kaum yang lain. Oleh itu, perpaduan
adalah teras kehidupan yang harmoni dan yang akan membawa Malaysia ke arah kemajuan.
Analisis data

Bahagian A: Demografi (latar belakang responden)

1)Nama: …………………………………………………………………………………….

2)Umur:…………

3)Jantina:

LELAKI PEREMPUAN

4)Bangsa:………………………….
5)Agama:………………………….

6)Negeri Kelahiran:…………………..

7) Kampung belah ayah:……………………………..

8) Kampung belah ibu:……………………………….

9)Fakulti:

FKEE
FKMP
FKAAS
FPTV
FPTP
FKMP

10) Kursus:………………………………………………………..

Bahagian B:

Tema: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Perpaduan

Tandakan X pada ruang yang disediakan.

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Setuju

4. Sangat setuju
N SOALAN 1 2 3 4
O
1 Adakah anda mengenali semua kaum yang terdapat Malaysia?
2 Bolehkah Malaysia di anggap negara yang aman walaupun
terdapat pelbagai kaum di Malaysia?
3 Adakah anda tahu adat resam kaum selain daripada kaum kamu
sendiri?
4 Masih adakah rakyat Malaysia yang bersikap racist sehingga
menggugat keamanan negara?
5 Adakah kamu bersetuju,jika semua kaum bersatu dan saling
berkerjasama negara Malaysia akan lebih makmur?
6 Jika berlaku pergaduhan antara kaum ,adakah kamu hanya
memerhati tanpa melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya?
7 Pada pendapat kamu, adakah pelajar Universiti Tun Hussien Onn
masih lagi hidup di dalam sebuah kelompak kaum tertentu?
8 Adakah kamu akan bertolak ansur satu sama lain, menghormat
agama , Bahasa, budaya dan seumpamanya yang berlainan kaum
dengan kamu?
9 Adakah di Malaysia masih terdapat lagi jurang antara kaum?
10 Sebagai pelajar adakah anda bergaul dengan pelajar yang
berlainan dengan kaum anda?
11 Adakah anda bersetuju bahawa kita tidak sewajarnya
mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan kerana
mengkhuwatirkan bahawa budaya kita akan pupus?
12 Adakah anda bersetuju bahawa perbezaan dan kepelbagaian kaum
di negara kita dapat menarik pelancong asing?
13 Kepelbagaiaan budaya dan adat resam dapat di jadikan tarikan
pelancong?
14 Adakah pihak kerajaan mengadakan banyak aktiviti bagi
mengeratkan lagi perkauman di Malaysia?
15 Adakah masyarakat dapat hidup dalam satu kelompok yang
mempunyai pelbagai etnik?
16 Adakah anda mengambil tahu isu-isu semasa perkauman yang
berlaku di Malaysia?
17 Pada pendapat anda, pada era kini semakin kurang rakyat yang
bersikap racist?
18 Adakah Malaysia semakin dapat diterajui dengan lebih
cemerlang jika isu-isu perkauman dapat di atasi?
19 Masih ada lagikah rakyat yang mendang remeh terhadap isu
perkauman?
20 Adakah anda bersetuju, melalui sukan kita dapat mengeratkan
lagi hubungan kepelbagaiaan kaum?
21 Adakah anda bersetuju, bahawa perkauman boleh berpecah-belah
melalui media social?
22 Menyambut perayaan yang berlainan budaya dapat memeriahkan
lagi suasana dan mengeratkan lagi hungan antara semua etnik.

SOALAN NO 4.

Masih adakah rakyat Malaysia yang bersikap racist sehingga menggugat keamanan negara?
100 Orang respondent pelajar UTHM

8, 8%

20, 20% Sangat tidak setuju


42, 42%
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

30, 30%

SOALAN NO 7.

Pada pendapat kamu, adakah pelajar Universiti Tun Hussien Onn masih lagi hidup di dalam
sebuah kelompak kaum tertentu?
100 ORANG RESPONDENT PELAJAR UTHM
Sangat tidak setuju, 2

Tidak setuju, 17

Sangat setuju, 48

Setuju, 33

SOALAN NO 9.

Adakah di Malaysia masih terdapat lagi jurang antara kaum?


100 Orang respondent pelajar UTHM

SANGAT TIDAK SETUJU


TIDAK SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU

SOALAN NO 10.
Sebagai pelajar adakah anda bergaul dengan pelajar yang berlainan dengan kaum anda?

100 Orang respondent pelajar UTHM

SANGAT SETUJU 48

SETUJU 26

TIDAK SETUJU 21

SANGAT TIDAK
5
SETUJU

0 10 20 30 40 50 60

100 Orang respondent pelajar UTHM

SOALAN NO 16.

Adakah anda mengambil tahu isu-isu semasa perkauman yang berlaku di Malaysia?
100 Orang respondent pelajar UTHM
60

50

40

30

20

10

0
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

100 Orang respondent pelajar UTHM

SOALAN NO 21.

Adakah anda bersetuju, bahawa perkauman boleh berpecah-belah melalui media social?
100 Orang respondent pelajar UTHM
80

70

60

50

40

30

20

10

0
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

100 Orang respondent pelajar UTHM

SOALAN NO 22.
Menyambut perayaan yang berlainan budaya dapat memeriahkan lagi suasana dan
mengeratkan lagi hungan antara semua etnik.

100 Orang respondent pelajar UTHM

SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

TEMU BUAL: : Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Perpaduan


Pada 3.11.2018 , saya telah bertemua bual dengan dua orang pelajar daripada Sekolah
Menegah Kebangsaan Puchong Permai, Selangor. Disekolah mereka dikenali sebagai Izzah
dan Syaza.Nama penuh Izzah ialah Nur Izzah binti Yusoff.I zzah tinggal di Apartmen Seri
yang berhadapan dengan sekolahnya.Manakala nama penuh sahabatnya ialah Siti Nur Syaza
binti Ahmad.Mereka berdua akan menghadapi Sijil Penilaiaan Menengah pada 13.11.2018 .
Izzah dan Syaza mengkongsikan serba sedikit kehidupan bermasyarakat di sekolahnya
mahupun di kawasan perumahannya.

Disekolah mereka, pelajar terdiri daripada pelbagai kaum.Antaranya melyu, cina,


india, Punjabi dan sebagainya.Izzah mengatakan bahawa kebiasaannya sekolah menengah
kebangsaan memang akan mempunyai pelajar daripada pelbagai kaum. Oleh yang demikian,
tidak menjadi perkara luar biasa bahawa pelajar sekolahnya mempunyai pelajar daripada
pelbgai kaum. Izzah dan Syaza mengambil aliran sains tulen sewaktu berada di tingkatan 4.
Di dalam kelas, tidak dinafikan bahawa terdapat lebih banyak kaum cina berbanding dengan
kaum melayu. Terdapat juga segelintir kaum india di dalam kelas tersebut. Sepanjang proses
pembelajaran di tingkatan 4 dan5 sudah acap kali mereka berkumpulan dengan pelajar yang
berlainan bangsa. Syaza mengatakan bahawa dia selesa sahaja bekerja kumpulan dengan
mereka. Walaupun terdapat had dalam cara kami berkomunikasi, tidak salahnya saya
menggunakan Bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahsa pengantaraan kami. Ini lah
masanya saya cuba mempraktikan Bahasa kedua saya agar lebih fasih dan lebih lancar. Tidak
semestinya kita duduk di Malaysia kita wajib menggunakan Bahasa Melayu semata. Kita
tidak sewajarnya berfikiran kolot seperti katak di bawah tempurung. Syaza juga berkata
bahawa dia dapat banyak belajar benda baharu Bersama-sama dengan pelajar yang berlainan
kaum. Perbezaan antara mereka bukannya membuatkan jurang semakin tinggi malahan
membuat dia semakin banyak menimba sesuatu benda yang baharu.

Izzah juga tidak menafikan bahawa dia juga dapat menimba banyak perkara baharu
dan menarik. Misalnya, pada musim perayaan kawan kelasnya yang berlainan bangsa
menjemputnya dating ke rumah untuk meraikan Bersama-sama. Pada Izzah itu sesuatu
pengalaman yang tidak akan dilupai. Hal ini kerana keluarganya sememangnya turun
temurun kaum melayu hanya menyambut perayaannya dan adatnya. Melalui kawannya yang
berlainan kaum, Izzah dapat mengetahui bagaiman perayaan kaum India dan Cina. Ternyata
memang berbeza sekali dan agak unik.
Melalui temu bual ini di dapati masyarakat di sekitar kawasan Puchong Permai telah
berjaya menjalin kesepaduan dan melahirkan perpaduan. Hal ini kerana kawasan tersebut
penduduknya semua tinggal di tempat yang aman damai.

Cadangan

Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan,pengkaji mencadangkan beberapa


cadangan yang lebih bernas untuk digunakan oleh para pengkaji lain.Anatara cadangan yang
telah difikirkan untuk penambah baikan perkara ini ialah,

a. Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia


sebagai alat komunikasi utama.

b. Menghormati serta mehami adat resam atau budaya suatu kaum di Malaysia supaya
tidak berlaku perselisihan faham.

c. Pihak berkuasa mengetatkan lagi pengawasan dalam media sosial supaya tidak
terdapat laman web yang menghina kaum-kaum di Malaysia.

d. Membentuk sikap prihatin antara kaum supaya mereka tidak merasa disishkan.

e. Menjaga kestabilan politik dengan tidak membuat rusuhan kaum supaya tidak berlaku
perpecahan kaum.

f. Mengadakan rumah terbuka 1Malaysia supaya mereka dapat merasai juadah yang
berbeza serta dapat mengeratkan silaturahim.

g. Mengadakan sukan secara terbuka dalam kawasan perumahan supaya dapat disertai
oleh pelbagai kaum serta memperkenalkan permainan tradisional kaum masing-
masing.
KESIMPULAN

Secara mafhumnya, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Perpaduan antara kaum amat penting dalam
merencanakan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju dalam era globalisasi yang
penuh mencabar ini. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan
mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak seperti mana setiap
masyarakat perlu memperlajari mengenali pelbagai cara untuk menjalinkan kesepaduan
antara kaum dengan saling menghormati adat-adat yang ada dalam setiap kaum,memupuk
rassa cinta dalam kalangan individu dan bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.

Perpaduan antara kaum banyak memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh
dan bangun sesebuah negara. Jika dilihat keseluruhannya tidak dapat dinafikan bahawa
kandungan dalam media massa banyak memberi maklumat berguna kepada masyarakat
dalam konteks perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan dimana ia mampu menjana
minda masyarakat yang cintai budaya sendiri dan juga berpotensi menggalakkan perpaduan,
mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada agama
masing-masing. Dalam konteks media baru memang jelas bahawa masyarakat memang bebas
menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun, kebebasan yang diperolehi
itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang betul. Setiap
individu perlulah mengambil berat tentang setiap perkara yang dilakukan dalam media massa
agar tidak berlakunya pergaduhan atau perpecahan antara kaum dengan mereka tidak
sewajarnya mengaitkan isu-isu sensitif seperti bab-bab agama, undang-undang Negara dan
sebagainya. Mereka perlu sedar bahawa perkara tersebut akan memberi impak yang besar
kepada ketenteraman Negara.

Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta
memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Jika dilihat dalam bidang
pendidikan, ia adalah merupakan salah satu bidang yang paling penting dan sesuai untuk
mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan menyatupadukan serta mengintegrasikan
pelbagai kaum dengan mendidik rasa kerjasama dalam kalangan kanak-kanak. Pihak sekolah
juga perlulah memberi pendedahan awal kepada pelajar pada usia muda agar tidak
berlakunnya berkara yang tidak diingini seperti mana adanya mata pelajaran teknologi
maklumat.mata pelajaran ini serba sedikit memberi impak yang positif dengan mengajar
pelajar-pelajar untuk mengunakan teknologi dengan sewajarnya. Selain itu, pihak yang
bertanggungjawab perlulah mewawarkan akan kebaikan dan keburukan tentang pengunaan
media massa kepada seluruh bangsa terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang mencari
haluan hidup masing-masing seperti membuat majlis ilmu tenatang pentingnya teknologi
pada masa sekarang, mewawarkan dalam akhbar, memperbanyakkan kempen sepertimana
yang ade pada masa kini. Hal ini akan serba sedikit memberi kesedaran kepada seluruh
golongan masyarakat akan mereka perlulah menjaga batas akan perbuatan, percakapan dan
perbuatan mereka kerana sekiranya mereka membuat sesuatu yang menjadi titik tumpu
pergaduhan, sudah tentunya mereka akan memburukkan image budaya dan agama masing-
masing serta image Negara ini.

Banyak usaha yang telah dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara etnik dalam
penggunaan teknologi terutamanya media social yang telah menghantui remaja kini oleh
semua pihak seperti akta penyalahgunaan komputer atau akta jenayah komputer. Dengan
adanya kata tersebut, semua golongan etnik semestinya menjaga setiap perbuatan dan
tidakkan agar tidak melanggar sebarang akta yang sedia ada. Sedar atau tidak sedar ini dapat
membanteras daripada mencetuskan isu-isu hangat sehingga dapat mencetus pergaduhan
antara kaum Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Semua etnik tanpa
mengira batas agama, budaya dan adat perlu manjaga batas dalam setip perkara agar tidak
akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Semua pihak perlulah belajar daripada sejarah agar
sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Oleh
itu, Semoga 61 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini.
Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni
oleh negara luar.
RUJUKAN

You might also like