You are on page 1of 18

Semua tip dalam modul ini merupakan soalan-soalan ramalan semata-mata.

Murid-murid hendaklah cuba


menjawab semua soalan yang disediakan sebagai persediaan untuk menempuh BAHASA MELAYU SPM
KSSM 2021. Baik INTI mahupun Pusat Tuisyen Skorminda tidak bertanggungjawab atas ketidaktepatan tip-
tip. Gunakan tip-tip sebagai rujukan dan panduan.

Sponsored by:

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


KERTAS 1 (1103/1) Dua jam

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]
Gambar rajah dan keratan berita di bawah ini memaparkan konsep kejiranan.
Huraikan pendapat anda tentang amalan hidup bermasyarakat membawa berkat.
Panjangnya huraian hendaklah 150 hingga 200 patah perkataan.

ALOR SETAR – Usaha memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia perlu
bermula dari kawasan kediaman yang rata-ratanya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu
Melayu, Cina dan India.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Changlun, Dato’ Ramlan berkata, beliau
percaya bahawa perpaduan itu boleh disuburkan melalui rasa kasih sayang yang tinggi dalam
komuniti setempat.

Dato’ Ramlan berkata, aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan
hubungan sesama kaum yang akhirnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Sumber: Sinar Harian Online,


03 September 2021

Bahagian B

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


[70 markah]
[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya 350
hingga 500 patah perkataan.

1 Pesta Kaamatan mampu menjadi asas kepada rakyat di negeri ini untuk terus bersatu padu
dan seterusnya sebagai model perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pesta
bersempena dengan perayaan pesta menuai itu juga dilihat satu wadah penting untuk
memupuk semangat kerjasama untuk membawa negeri ini ke tahap pembangunan yang
lebih tinggi. Pesta kaamatan yang membawa mesej kedamaian dan keamanan perlu
dijadikan asas untuk rakyat terus bersatu padu serta memperkasakan semangat perpaduan
yang terjalin khususnya di negeri Sabah yang sentiasa menjadi model perpaduan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sumber: Astro Awani, 30 Mei 2021

Keratan berita di atas menyatakan bahawa perpaduan dapat dikentalkan dengan wujudnya
pelbagai pesta yang membabitkan rakyat yang berbilang kaum. Di samping itu, integrasi
nasional memainkan peranan yang mustahak dalam soal menyejahterakan negara.

Bincangkan langkah-langkah pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang


bcrbilang kaum.

2 Kehidupan masyarakat pada ketika ini yang terlalu sibuk mungkin antara faktor orang
dewasa di negara ini tidak mengambil jumlah buah dan sayur yang mencukupi dalam
hidangan setiap hari. Masyarakat lebih cenderung memilih makanan segera yang cepat,
mudah, dan sedap kerana sibuk dengan tugas harian. Mereka mungkin tidak biasa makan
sayur dan buah setiap hari kerana bukan amalan keluarga mereka, selain tidak memiliki
kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai kepentingan sayur dan buah yang
mampu mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan.
Sumber: Berita Harian, 22 Ogos 2020

Petikan berita di atas menyatakan bahawa pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan


dapat menjamin kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik. Tetapi malangnya, masyarakat
dewasa ini mengabaikan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan,
dan sebagai akibatnya timbul masalah kesihatan.

Sebagai pakar pemakanan, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada warga
sekolah tentang kepentingan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet.

3 Tanpa guru siapalah saya! Saya banyak belajar daripada susah payah guru-guru yang
mengajar saya tanpa jemu. Sejak di sekolah rendah hingga sekolah menengah, merekalah
pendamping yang sentiasa memerhati, mengajar, membimbing dan memastikan pelajar
menjadi lebih pandai pada akhir musim persekolahan. Guru yang baik ini mendidik,
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
sentiasa mengasuh serta memberikan galakan supaya pelajar sentiasa berusaha mencari
ilmu. Salah seorang daripada mereka menasihati saya, “banyakkan membaca sebab ilmu
itu diperoleh daripada pembacaan”. Sebaris ayat ini menjadikan saya memilih hobi
membaca, menulis dan menjadikan saya editor majalah ini.
Sumber: Editor Wadah Siswa.

Keratan editor menyatakan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan anak murid. Guru yang berdedikasi dan komited menjamin masa hadapan anak-
anak murid yang cemerlang dan gemilang.

Sempena Hari Guru yang bertemakan 1 Aspirasi 1 Agenda, salah satu aktiviti yang
diadakan ialah pertandingan menulis rencana tentang peranan guru dalam pelahiran
generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik. Tulis rencana anda selengkapnya.

4 Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Thye, berkata bahawa statistik tangkapan pelajar dalam jenayah indeks pada 2017
merekodkan seramai 1,722 orang pelajar ditahan manakala 2018 pula 1, 286 orang pelajar
ditahan. Menurutnya, bagi kategori jenayah kekerasan pada 2017, seramai 611 orang
pelajar ditahan berbanding dengan 471 orang pada 2018 dan bagi kategori jenayah harta
benda pula pada 2017 seramai 1,111 ditahan berbanding dengan 815 orang pelajar pada
tahun sebelumnya. “Jika ingin dibandingkan dengan jumlah keseluruhan lebih 5 juta orang
pelajar seluruh Malaysia memang jumlah yang kecil, namun jenayah tidak sepatutnya
membabitkan kalangan pelajar.
Sumber: Berita Harian,
1 November 2019

Petikan berita menyatakan bahawa kesalahan jenayah dalam kalangan remaja terutamanya
pelajar di negara ini masih berada pada tahap yang membimbangkan dan usaha pencegahan
perlu dipergiat supaya perkara itu dapat ditangani sewajarnya.

Bincangkan langkah-langkah proaktif yang perlu diambil oleh semua pihak untuk
memastikan remaja tidak tercebur ke dalam kancah jenayah.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

KERTAS 2 (1103/2) Dua jam tiga puluh minit

1 Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.
2 Jawab semua soalan.
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]
1 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata adjektif dan dua
kata penguat. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap kata yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

Penjagaan sistem penghadaman amat sangat mustahak bagi mengelakkan masalah


pencernaan, selain mengukuhkan sistem imun badan. Di samping memainkan dua
peranan utama, iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan
toksin dan alergen. Sistem penghadaman yang digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan
mempunyai sistem saraf berautonomi, yakni sistem saraf enterik yang memiliki lebih
banyak neurotransmitter berbanding dengan otak.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sistem Pencernaan Mempengaruhi Kesihatan’
oleh Kamarulzaman Pirdauz
Majalah MyHealth, Januari 2019

[8 markah]

2 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, nyatakan pola ayat bagi setiap
ayat dalam petikan sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama
+ Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Pokok senduduk yang merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang banyak
mengandungi khasiat perubatan. Biasanya, orang kampung ke kawasan tanah lapang
atau terbiar untuk memungutnya. Daun dan pucuk secara tradisinya penawar cirit-birit.
Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk mujarab dalam pencegahan parut-
parut luka. Sakit gigi dapat dilegakan dengan air rebusan akarnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Senduduk: Pokok Herba Seribu Khasiat’
oleh Dinsman Mat Desa
Majalah Kosmik, Februari 2018

[5 markah]

3 Petikan di bawah ini mengandungi lima kesalahan bahasa manakala dalam petikan 2
terdapat tujuh kesalahan bahasa Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


Pengaruh media sosial ke atas masyarakat dewasa ini tidak dapat dinafikan.
Penggunaan Facebook, Instagram, Twitter, Telegram dan WhatsApp, misalnya,
semakin meluas dan memungkinkan penyebaran maklumat secara mudahnya. Jika
digunakan dengan cara yang betul, media sosial memanfaatkan semua orang dan
menjadi sebaliknya jika disalahgunakan. Apa sahaja yang dikongsikan dengan umum
menerusi medium itu pasti akan mudah tersebar dan memberikan kesan baik yang
positif mahupun yang negatif. Jadi, para pengguna-pengguna seharusnya bijak
menggunakan media sosial dan peka terhadap apa-apa perkongsian.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Tak Perlu Berkongsi Kisah Peribadi dalam Media Sosial’
oleh: Wawann Mohammad
Sinar Harian, 5 September 2020

Petikan 2
YAN: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan pendakwaan
yang mengatakan banjir melibatkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di
kawasan kaki Gunung Jerai di Yan dan Kuala Muda pada Rabu adalah disebabkan oleh
aktiviti pembalakkan.
Beliau berkata, kejadian banjir itu sebaliknya berpunca daripada fenomena kepala
air dari kawasan puncak Gunung Jerai.
Beliau menegaskan bahawa musibat banjir berakibat dari hujan lebat yang
berterusan di kawasan Gunung Jerai, dan air yang mengalir kencang menuruni ke kaki
gunung melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi, dan Sungai Puteri Mandi.”
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Banjir Bukan Berpunca daripada Aktiviti Pembalakan
oleh: Abd Hadi Che Awang
Astro Awani, 19 Ogos 2021

[12 markah]
4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari
pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka
Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah
ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

5 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Agar keharmonian hidup terjamin, undang-undang negara mestilah kita hormati.


Kendatipun berada di Malaysia Timur mahupun Semenanjung Malaysia, undang-
undang mestilah kita patuhi. Bagi mereka yang mendatangi atau berhijrah ke negara
kita pula, terutamanya warga asing, mereka mestilah menyesuaikan diri dengan cara
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
kehidupan masyarakat tempatan. Bagi menyejahterakan nusa dan bangsa, kita
mestilah bersatu padu untuk mempertahankannya. Andai kata ada pihak-pihak
tertentu yang mempolitikkan isu-isu semasa ataupun membangkitkan isu sensitif,
perpaduan rakyat negara kita akan hancur luluh dan sampai bila-bila pun kita tidak
akan dapat mengembalikan perpaduan yang sedang kita kecapi.

[4 markah]

Bahagian B: Pemahaman
[35 markah]
[Masa yang dicadangkan: 60 minit]
Soalan 6 – Petikan Umum

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Benar, zaman remaja ialah era peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa dan banyak
perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif serta emosi berlaku dalam tempoh ini.
Tidak mustahil pada usia ini, remaja sering dikaitkan dengan jiwa yang cenderung untuk
memberontak.
Apatah lagi, alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada
banyak tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor
pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain
itu, remaja juga “terperangkap” dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang
perhatian keluarga, dan tahap keyakinan diri yang menurun.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius
dan mengganggu kehidupan, penawar yang mujarab perlu ditemukan, yakni perlu ditangani
dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui,
lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Jiwa Remaja Senantiasa Memberontak’
Majalah Remaja, 27 Julai 2019
Bahan 2
Setiap insan yang bernyawa pasti mengalami tekanan dalam soal mengharungi
kehidupan di muka bumi ini. Tekanan merupakan cabaran yang perlu didepani semua orang,
sama ada orang dewasa, remaja, kanak-kanak ataupun bayi. Hanya yang membezakan
tekanan yang dialami bagi setiap peringkat umur ialah tahap tekanan atau punca berlakunya
tekanan.
Dalam era globalisasi yang serba pantas dan moden, pembangunan serta pemesatan
teknologi, mendatangkan pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat.
Hasil daripada perkembangan kemajuan, berlaku banyak perubahan dari segi gaya dan
matlamat hidup. Sikap saling berlumba menimbulkan pelbagai kesan psikologi kepada setiap
lapisan masyarakat, terutamanya remaja.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami
tekanan. Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh proses transisi
kehidupan mereka. Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah pelajar yang menunjukkan
kecemerlangan akademik pada peringkat sekolah, tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian
yang baik apabila berada di sekolah menengah atau kolej. Persaingan yang sengit dalam usaha
mengejar kecemerlangan akademik memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam
usaha merealisasikan wawasan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menguruskan Tekanan Emosi’
Dewan Siswa, April 2016

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud penawar yang mujarab. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan punca tekanan
emosi dalam kalangan remaja.
[3 markah]

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


(iii) Masalah tekanan emosi dalam kalangan remaja tidak harus dipandang ringan oleh pihak
ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana tekanan emosi mendatangkan dampak
negatif kepada kehidupan mereka.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh remaja jika tidak
bijak menangani tekanan emosi.
[3 markah]

(iv) Baru-baru ini, anda mendapati bahawa rakan sekelas anda diselubungi kemurungan,
kehampaan dan tekanan emosi. Sebagai rakan yang prihatin, anda telah cuba membantu
menangani masalahnya itu, tetapi malangnya tidak berjaya.

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang harus diambil oleh rakan anda sebelum
kudis menjadi tokak?
[4 markah]

Soalan 7 – Petikan Sastera


Baca semua bahan di bawah dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2

Pantun Lapan Kerat Aku Membaca Lagi


Aku mendongak lagi
Lengkang-lengkung apa dipaku, Membaca langit
Paku jatuh patah dua, Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Menjadi riuh orang didarat, Dahan dan ranting terkulai
Anak Cik Itam jatuh jalar; Daun-daun berguguran
Bumi kandungan nenek moyangku, Helai demi helai
Kerana lalai rosak binasa, Di lantai tanah airku yang makmur.
Kebudayaan Timur dinodai Barat, Aku membaca langit
Bahasa ibunda hina terbiar. Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Diselenggarakan oleh Meratapi luka nasib bangsa.
Harun Mat Piah
antologi Dirgahayu Bahasaku, Aku mendongak lagi
Dewan Bahasa dan Pustaka Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah.
Razali Mohd. Yussof
Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


Bahan 3
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa
ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran
dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak
tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru
dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya fahami. Ada yang menggunakan
pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya
jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang
telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri antologi Jaket Kulit Kijang dart Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud berasa jelik dan aib.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, apakah nasib malang yang dialami bahasa Melayu di tanah
tumpah darah yang tercinta ini?
[4 markah]

(iii) Antara kempen kesedaran bahasa yang pernah dijalankan oleh kerajaan termasuklah
‘Minggu Bahasa Kebangsaan’, ‘Bulan Bahasa Kebangsaan’, ‘Gerakan Cintailah Bahasa
Kita’ dan ‘Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta. Tetapi malangnya, keleluasaan
penggunaan bahasa rojak, slanga dan loghat yang direka-reka dalam kalangan masyarakat
tidak dapat dinafikan.

Pada pendapat anda, mengapakah pencemaran bahasa Melayu masih berleluasa dalam
kalangan masyarakat kita?
[3 markah]

(iv) Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah menganjurkan pelbagai kempen kesedaran
bahasa peringkat sekolah sebagai aktiviti tahunan untuk memartabatkan bahasa Melayu
dalam kalangan murid. Selain itu, persatuan tersebut juga telah mengambil insiatif untuk
mengundang Munsyi Dewan dan pakar bahasa untuk memberikan ceramah tentang
kepentingan bahasa Melayu standard. Namun demikian, usaha-usaha murni tersebut
kurang berjaya untuk meningkatkan prestasi bahasa dalam kalangan murid, apatah lagi
rata-rata murid bersikap acuh tak acuh.

Selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, bagaimanakah anda dapat memainkan


peranan untuk menangani masalah tersebut.
[4 markah]

Soalan 8 – Novel
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“…. Macam anak William yang pandai berkata-kata tentang sesuatu yang ada di depan
matanya, tapi tak dapat melihat di sebaliknya.”
Aku mendengar keluhan datuk.
“Anak muda zaman sekarang memang tak pandai menjaga hati orang tua. Apa pendapat
kamu? Adakah William suka akan tindakan yang telah dilakukan oleh anak-anaknya?
Apakah yang budak Danel tu cakap?”
“Pemakanan tambahan efektif, latihan senaman intensif, tuk,” jawabku.
Datuk merengus, rasa tidak senang hati terpancar jelas pada wajahnya.
“Sepatutnya, dia jangan masuk campur dengan pilihan ayahnya. Kamu tahu kan,
William tak suka ke hospital. Dia tak suka berjumpa dengan doktor, dia tak suka menelan
ubat-ubatan kerana dia percaya akan atuk,” kata datuk.

Dipetik danpada novel Jendela Menghadap Jalan


karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan jurang perbezaan antara generasi tua dengan generasi muda.


[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat
dijadikan teladan kepada pembaca.
[6 markah]

Bahagian B: Rumusan

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Soalan 9 – Rumusan
Bahan 1 – Petikan

Baca petikan dan teliti grafik serta gambar yang disertakan di bawah ini. Kemudian, buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendin tanpa mengubah maksud asal petikan dan grafik serta gambar.
Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain
kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malaysia telah
memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara menjadi destinasi
pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk
bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di
Malaysia.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke
negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan
pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel,
kereta api elektrik, teksi, bas dan seumpamanya. Pada masa yang sama, kemudahan beli-belah
yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat
berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-
barang yang terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan.

Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan
industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan
hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi
tumpuan para pelancong yang mencintai keindahan alam semula jadi. Di samping itu, pantai-
pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri
pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan negara yang memiliki masyarakat majmuk.
Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya
meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia.

Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi. Industri ini


masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Malaysia Dunia Pelancongan’
oleh Sofea Suhaimi,
Dewan Siswa, Oktober 2015

Bahan 2 – Grafik dan Gambar

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SKEMA JAWABAN

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad


Tema: Kejiranan

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


Isu: Amalan hidup bermasyarakat membawa berkat
Fokus: Kepentingan/kebaikan/kelebihan/kemanfaatan
Format: Tiada
Kepanjangan: 150 – 200 patah perkataan

Cadangan isi:
1 - mengeratkan keakraban
2 - mengukuhkan perpaduan
3 - menjamin keharmonian dan kesejahteraan

Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka


Soalan 1
Tema: Perpaduan
Fokus: Langkah-langkah pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
Format: Tiada/Umum
Kepanjangan: 350 – 500 patah perkataan

Cadangan isi:
1 - meraikan pelbagai perayaan kaum bersama-sama
2 - mengadakan aktiviti riadah dan sukan
3 - mengadakan aktiviti-altiviti kemasyarakatan

Soalan 2
Tema: Pemakanan
Isu: Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
Fokus: Kepentingan
Format: Ceramah
- kata alu-aluan
- kata sapaan
- ucapan terima kasih
Kepanjangan: 350 – 500 patah perkataan

Cadangan isi:
1 - mengurangkan risiko penyakit
2 - mencegah sembelit
3 - menurunkan berat badan

Soalan 3
Tema: Guru
Fokus: Peranan/Tanggungjawab/Kewajiban
Format: Rencana
- Tajuk rencana
- Nama pengarang
Kepanjangan: 350 – 500 patah perkataan

Cadangan isi:
1 - memberikan pendidikan secara formal atau bersistem kepada pelajar
2 - menjadi suri teladan kepada anak-anak didik
3 - membentuk jati diri/sahsiah anak-anak murid

Soalan 4
Tema: Jenayah
Isu: Keterlibatan remaja dalam jenayah
Fokus: Langkah-langkah mencegah remaja daripada keterlibatan dalam jenayah
Format: Tiada/Umum
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
Kepanjangan: 350 – 500 patah perkataan

Cadangan isi:
1 Ibu bapa – membina rumah tangga yang bahagia
2 Masyarakat – menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa
3 Sekolah – memberikan pendidikan yang holistik

Kertas 2 | Bahagian A: Aplikasi dan Sistem Bahasa


Soalan 1: Morfologi
Kata adjektif: (i) mustahak
- Tidak dapat dinafikan, gaya hidup sihat mustahak dalam penjagaan
kesihatan.
(ii) utama
- Faktor utama yang menyumbang kepada kemusnahan hutan belantara
ialah aktiviti pembalakan haram.

Kata penguat: (i) amat


- Diabetes merupakan penyakit yang amat serius kerana mengundang
penderitaan.
(ii) sangat
- Pemandangan kampung nelayan di Pantai Remis sangat indah pada
waktu senja.

Soalan 2: Sintaksis
(i) FN + FN (iii) FN + FN (v) FN + FK
(ii) FN + FS (iv) FN + FA

Soalan 3: Penyuntingan
Petikan 1
Petikan 1 Petikan 2
(i) ke atas – terhadap (i) pendakwaan – dakwaan
(ii) secara – dengan (ii) beberapa kampung – beberapa buah
(iii) memanfaatkan – bermanfaat kepada kampung
(iv) Apa sahaja – apa-apa sahaja (iii) adalah disebabkan – disebabkan
(v) para pengguna-pengguna – para pengguna (iv) pembalakkan – pembalakan
(v) dari – daripada
(vi) kencang – deras
(vii) menuruni ke – menuruni
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
(i) Seterusnya, Laksamana memakai pakaian askar upahan.
(ii) Kemudian, Laksamana pun berjalan.
(iii) Pada malam itu suasana menjadi kelam-kabut dan hujan pula turun renyai-renyai.
(iv) Selepas itu, Kertala Sari berjalan masuk ke dalam kota.
(v) Laksamana sedang tidur di tengah-tengah pasar itu.
(vi) Laksamana mendengar bunyi tapak kaki Kertala Sari yang kuat.
(vii) Laksamana menyedari kedatangan Kertala Sari.

(viii) Kertala Sari berjalan-jalan ke tengah-tengah pasar itu.


(ix) Kemudian, kaki Kertala Sari tertendang badan Laksamana.

Soalan 5: Peribahasa
(i) Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung/ di mana ranting patah, di situ air disauk

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


(ii) Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak
(iii) Tekur sesangkak; pecah satu, pecah semua

Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman


Soalan 1: Petikan Umum
(i) - cara mengatasi/menangani yang berkesan

(ii) Persamaan punca tekanan emosi dalam kalangan remaja:


- proses transisi kehidupan/peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
Perbezaan punca tekanan emosi dalam kalangan remaja:
Bahan 1:
- faktor pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja
- “terperangkap” dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
- masalah kurang perhatian keluarga
- tahap keyakinan diri yang menurun
(Pilih mana-mana 1 isi)
Bahan 2:
- sikap saling berlumba
- persaingan yang sengit dalam usaha mengejar kecemerlangan akademik
(Pilih mana-mana 1 isi)

(iii) Kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh remaja jika tidak bijak menangani tekanan emosi:
- mudah panik sehingga menyebabkan kemurungan
- tidak dapat menumpukan perhatian sehingga menjejaskan prestasi akademik
- tidak dapat menerima kegagalan sehingga tergamak untuk membunuh diri
- menagih dadah untuk meredakan tekanan mental
(Pilih mana-mana 3 isi)

(iv) Tindakan yang harus diambil oleh rakan anda sebelum kudis menjadi tokak:
- berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk mendapatkan kaunseling
- berterus terang memberitahu ibu bapa agar dapat mencari penawar
- beriadah/berekreasi untuk menenteramkan fikiran
- bermeditasi/bertafakur untuk menenangkan fikiran
- berdoa dan bertawakal agar mendapat hidayah dan taufik daripada Tuhan
(Pilih mana-mana 4 isi)

Soalan 2: Petikan Sastera


(i) Maksud berasa jelik dan aib:
- berasa hina dan malu

(ii) Nasib malang yang dialami bahasa Melayu di tanah tumpah darah yang tercinta ini:
- terpinggir di bumi sendiri
- diketepikan oleh semua pihak
- bertutur dalam bahasa Melayu rojak

(iii) Sebab-sebab pencemaran bahasa Melayu masih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita:
- terhakisnya semangat patriotik sehingga meminggirkan bahan kebangsaan yang merupakan
bahasa rasmi
- pengaruh bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris, sehingga tergamak untuk mencemarkan
bahasa Melayu
- keleluasaan bahasa Melayu rojak dalam media sosial yang dianggap satu trend komunikasi
masyarakat moden

(iv) Cara-cara menangani masalah:

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.


- mengadakan forum memartabatkan bahasa Melayu peringkat sekolah yang panelnya terdiri
daripada pakar dan pencinta bahasa Melayu
- mengadakan pertandingan kebahasaan seperti pidato, perbahasan, sayembara dan
penggubahan sajak untuk menyemaikan rasa cinta akan bahasa kebangsaan
- menganjurkan kempen ‘Mari Belajar Bahasa Melayu’ untuk mencelikkan mata warga sekolah
tentang kepentingan bahasa Melayu standard
- mengadakan program murid celik bahasa Melayu sebagai aktiviti tahunan agar mahir dalam
penggunaan bahasa Melayu baku

Kertas 2 | Bahagian C: Novel


Soalan [i] – Petikan novel
Jurang perbezaan antara generasi tua dengan generasi muda:
Generasi muda:
- pandai berkata-kata tentang sesuatu yang ada di depan mata, tetapi tidak dapat melihat di sebaliknya
- tidak pandai menjaga hati orang tua
- mengutamakan pemakanan tambahan efektif dan senaman intensif
Generasi tua:
- tidak suka ke hospital
- tidak suka berjumpa dengan doktor
- tidak suka menelan ubat-ubatan
- menggemari perubatan tradisional

Soalan [ii] – Kajian novel


Novel Jendela Menghadap Jalan
(i) Peristiwa: Peristiwa Lili membantu Che Jah menangani masalah keganasan rumah tangga yang
dialaminya. Lili meminta bantuan daripada Puan Hamimah, pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga Che Jah yang berantakan akibat
kerenah sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

Ulasan (sebab): Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca supaya mengamalkan
sikap saling membantu orang yang ditimpa musibah.

(ii) Peristiwa: Peristiwa Danel menyelamatkan Lili yang diculik. Danel telah berusaha
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq dan disembunyikan di sebuah pondok
usang di hujung kampung.

Ulasan (sebab): Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca kerana menggambarkan
sikap membantu rakan yang dalam kesusahan.

Soalan 9 – Rumusan
Pendahuluan
- Rumusan membincangkan faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan
sumbangannya.

Fokus 1: Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan


Bahan 1:
P1 - rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu
P2 - kemudahan pengangkutan yang semakin maju
P3 - kemudahan beli-belah yang disediakan
P4 - Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun
P5 - Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik
P6 - pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar
#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.
P7 - wujudnya keunikan budaya di negara kita

Bahan 2:
P8 - konsep ekopelancongan – inap desa

Fokus 2: Sumbangan sektor pelancongan


Bahan 2:
P1 - menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara
P2 - merancakkan sektor perhotelan

Kesimpulan:
- Kesimpulannya, sektor pelancongan hendaklah dimajukan agar dapat meningatkan sosioekonomi
rakyat.

- TAMAT -

#SPMSureSkor Powered by TIPSEXAM.com.

You might also like