You are on page 1of 3

6.

0Rumusan

6.1.1 Pengenalan
Tema kerja kursus ini adalah ekonomi berfokus kepada pelancongan yang bertajuk
“Aktiviti pelancongan menyumbang kepada peningkatan ekonomi di Batu Caves,
Selangor″. Objektif kajian kerja kursus ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-
aktiviti pelancongan yang menjadi tarikan di Batu Caves dan mengkaji kesan-kesan
aktiviti pelancongan terhadap ekonomi di Batu Caves.

Bahagian A
6.1.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden
Seramai 30 orang responden terdiri daripada penduduk dan pelancong di Batu Caves
terlibat dengan kajian ini. Seramai 25 orang responden lelaki dan 5 orang responden
perempuan. Dapatan kajian menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini
dibahagikan kepada empat peringkat umur. Peringkat umur responden yang menjawab
borang soal selidik antara 19 tahun hingga 30 tahun seramai 7 orang , peringkat umur
responden yang menjawab borang soal selidik antara 31 tahun hingga 40 tahun
seramai 9 orang dan responden yang menjawab borang soal selidik berumur 41 tahun
hingga 50 tahun seramai 10 orang serta responden yang menjawab borang soal selidik
berumur 50 tahun ke atas seramai 4 orang. Dapatan kajian menunjukkan status
perkahwinan responden yang terlibat dengan kajian ini. seramai 17 orang responden
yang berkahwin dan 13 orang responden berstatus bujang. Dapatan kajian juga
menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini mengikut perkerjaan iaitu
seramai 19 orang responden berkerja sendiri , 7 orang responden berkerja makan gaji
dan 4 orang responden tiada perkerjaan serta 0 orang responden mempunyai lain-lain
perkerjaan.

Bahagian B
6.1.3 Bahagian B : Aktiviti-aktiviti pelancongan yang menjadi tarikan pelancong
di Batu Caves
Pernyataan item berkaitan aktiviti-aktiviti yang menjadi tarikan di Batu Caves ialah
memberi makanan kepada haiwan, jualan cenderamata, Memanjat tembok(Wall
30
climbing) di Extreme Park Gua Damai, jualan makanan dan pakaian tradisi kaum
India dan meneroka Gua Gelap serta jualan pelbagai jenis Bunga.

Hasil dapatan kajian menunjukkan aktiviti pelancongan yang menjadi tarikan


pelancong di Batu Caves yang tertinggi dipilih oleh responden ialah memberi
makanan kepada haiwan, manakala aktiviti tarikan yang paling kurang dipilih oleh
responden ialah jualan makanan dan pakaian tradisi kaum India.

Kesimpulannya, Aktiviti-aktiviti pelancongan yang menjadi tarikan pelancong di Batu


Caves yang paling banyak dipersetujui oleh responden ialah memberi makanan
kepada haiwan iaitu seramai 19 orang responden (63%) dan aktiviti-aktiviti
pelancongan yang menjadi tarikan pelancong di Batu Caves yang paling sedikit
dipersetujui oleh responden ialah jualan makanan dan pakaian tradisi kaum India iaitu
4 orang responden (13%).

Bahagian C
6.1.4 Bahagian C : Mengkaji kesan-kesan aktiviti pelancongan terhadap
ekonomi di Batu Caves
Pernyataan item berkaitan kesan-kesan aktiviti pelancongan terhadap ekonomi di Batu
Caves ialah memajukan Industri Kecil dan Serderhana, membuka peluang
pekerjaan ,meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tempatan kepada pelancong
dan persaingan harga barang serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Hasil dapatan kajian menunjukkan kesan-kesan aktiviti pelancongan terhadap


ekonomi di Batu Caves yang tertinggi dipersetujui oleh responden ialah membuka
peluang pekerjaan iaitu seramai 18 responden (60%). Kedua tertinggi ialah
memajukan Industri Kecil dan Serderhana dan persaingan harga barang iaitu seramai
16 orang responden bersamaan dengan 54% masing-masing. Ketiga tertinggi ialah
meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tempatan kepada pelancong iaitu
seramai 13 orang responden bersamaan dengan 43%. Manakala meningkatkan taraf

32
hidup penduduk setempat memperoleh keputusan seramai 6 orang responden
bersamaan dengan 20%.

Kesimpulannya, dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji bertemakan ekonomi


yang berfokus kepada perlancongan yang menunjukkan kesan-kesan aktiviti
pelancongan terhadap ekonomi di Batu Caves yang paling tinggi dipersetujui ialah
membuka peluang pekerjaan iaitu seramai 18 responden atau 60%. Manakala kesan-
kesan aktiviti pelancongan yang paling rendah dipersetujui ialah meningkatkan taraf
hidup penduduk setempat iaitu memperoleh 6 orang responden atau 20%.
6.2 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian kerja kursus dijalankan oleh pengkaji bertemakan ekonomi
yang berfokus kepada pelancongan. Tajuk kajian ialah aktiviti pelancongan
menyumbang kepada peningkatan ekonomi di Batu Caves, Selangor. Objektif kajian
ialah mengenal pasti aktiviti-aktiviti pelancongan yang menjadi tarikan di Batu Caves
dan mengkaji kesan-kesan aktiviti pelancongan terhadap ekonomi di Batu Caves.
Pengkaji akan dapat mengetahui lebih mendalam tentang aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di Batu Caves dan pelancong-pelancong juga dapat meningkatkan
pengetahuan berkaitan sosial dan budaya penduduk setempat. Oleh itu pengkaji boleh
memperkenalkan Batu Caves kepada rakan-rakan atau orang yang sekeliling untuk
datang ke Batu Caves supaya ekonomi Batu Caves dapat dikembangkan. Selain itu,
pengkaji dapat memgumpulkan maklumat untuk membuat tinjauan pendapat bagi
menambahbaikan aktiviti-aktiviti pelancongan berasaskan maklumat ini.

31

You might also like