You are on page 1of 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN SEKSYEN 32 SHAH ALAM

TAJUK PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI KAMPUNG JALAN KEBUN SEKSYEN 32 , SHAH ALAM , SELANGOR

NAMA : PUTERI AISYAH IZZATI BINTI AIRIS SHAHRIN TINGKATAN : 2 MAWA KAD PENGENALAN : 980922106124 NAMA PENTAKSIR ENCIK ISHAK

Senarai Kandungan .

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan .

Saya menghadapi banyak cabaran ketika melaksanakan kajian ini dengan baik . Namun demikian , saya dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna . Ianya atas bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak secara langsung atau tidak langsung .

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En . Ishak , guru Geografi tingkatan 2 Mawa , Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin , Klang . Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya .

Terima kasih juga kepada ibu saya iaitu Puan Junaidah binti Kamin dan ayah saya iaitu Encik Airis Shahrin binti Ab. Rahman yang sentiasa memberikan dorongan dan galakan kepada saya sepanjang kajian ini laksanakan . Ibu dan ayah jugalah yang membawa saya ke Pasar Malam Kampung Jalan Kebun untuk menemu bual dengan peniaga di situ .

Akhir sekali , tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada 20 responden yang telah sudi meluangkan masa dan menjawab soalan yang telah diajukan .

Pendahuluan .

Saya telah memilih tugasan 2 iaitu perniagaan runcit di pasar malam bagi melengkapkan kajian saya untuk kerja kursus mata pelajaran Geografi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012 .

Bagi menyempurnakan kajian saya ini . saya telah memilih perniagaan runcit di pasar malam di mana ianya beroperasi Kampung Jalan Kebun . Pasar Malam ini beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula lebih kurang jam 4.30 petang hingga 9.30 malam . Kedudukannya terletak di tepi jalan berhampiran Lorong Haji Said . Petunjuk lain pasar malam ini adalah menghadap Kota Kemuning Golf Resort .

Saya memilih tajuk ini kerana pasar malam ini terletak berhampiran dengan rumah saya . Masa diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama 8 minggu . Setiap murid dikehendaki menulis laporan yang lengkap secara individu

Objektif Kajian .

Objektif kajian ini adalah untuk : 1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di Pasar Malam Kampung Jalan Kebun . 2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pasar Malam Kampung Jalan Kebun . 3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pasar Malam Kampung Jalan Kebun . 4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Malam Kampung Jalan Kebun . 5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Kampung Jalan Kebun . 6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat kerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Kampung Jalan Kebun .

Kawasan Kajian .

Saya telah memilih Kampung Jalan Kebun sebagai kawasan kajian . Kawasan ini terletak di Batu 7 , Seksyen 32 , Shah Alam , Selangor . Kampung Jalan Kebun terletak 8 km dari Bandar Klang dan 11 km dari Bandaraya Shah Alam . Perjalanan menaiki bas mengambil masa 20 minit dari Klang dengan tambang RM1.00 .

Pasar Malam di Kampung Jalan Kebun diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 4.30 petang hingga 10.00 malam . Pelbagai barang yang dijual seperti ikan , sayur-sayuran , baju dan lain-lain .

Kampung Jalan Kebun mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah beralun . Pekerjaan utama penduduknya ialah dalam sektor perniagaan dan sesetengahnya sebagai pekerja swasta dan kerajaan .

Peta Daerah , Klang , Selangor

Peta Lakaran

Kaedah Kajian

Antara kaedah yang saya gunakan dalam kajian ini ialah : 1) Pemerhatian . Saya telah membuat pemerhatian di Pasar Malam Kampung Jalan Kebun untuk maklumat tentang kajian yang dijalankan . 2) Temu bual . Seterusnya saya telah menemubual dengan beberapa orang penduduk untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pasar Malam ini . 3) Soal Selidik . Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 responden yang terdiri daripada peniaga Pasar Malam Kampung Jalan Kebun . 4) Rujukan Saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber Sekolah bagi mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian : Perniagaan runcit Pasar Malam . 5) Melayari Internet . Saya juga turut melayari internet atau laman web yang berkaitan tajuk untuk memperoleh maklumat dengan lebih terperinci .

Dapatan Kajian

8.1 : Konsep dan jenis perniagaan .

Runcit di Kampung Jalan Kebun .

Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat , perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniagaan menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri , ahli keluarga , isi rumah atau untuk di beri kepada individu lain seperti rakan dan jiran . Jenis perniagaan runcit yang terdapat di Kampung Jalan Kebun ialah pasar malam . Contohnya penjual makanan dan minuman , penjual ikan , sayur-sayuran dan lain-lain .

8.2 : Kepentingan Perniagaan runcit di Kampung Jalan Kebun .

a) Menyediakan Peluang Pekerjaan .

Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil Kampung Jalan Kebun . Contohnya peniaga sayur-sayuran dapat memberi pendapatan tambahan kepada peniaga di sini .

b) Meningkatkan Taraf Hidup .

Perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka .

c) Memudahkan penduduk tempatan membeli barang .

Perniagaan pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke tempat lain . Selain itu , perniagaan ini dapat menjimatkan masa dan kos penduduk .

d) Menyediakan barangan segar .

Perniagaan malam ini menjual barangan segar seperti sayur-sayuran dan buahbuahan dengan harga yang berpatutan .

e) Membolehkan penduduk memasarkan barang jualan .

Perniagaan malam ini meberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan , kerepek , hasil kraftangan dan lain-lain .

f) Unsur patriotisme .

Saya bersyukur tinggal di Kampung Jalan Kebun kerana mempunyai pasar malam yang banyak memberi kepentingan kepada penduduk .

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Kampung Jalan Kebun

a) Governam . Melalui temu bual dengan peniaga pasar malam di Kampung Jalan Kebun . Saya dapati kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan di sini .

b) Modal . Disamping itu , saya juga dapati peniaga disini tidak memrlukan modal yang besar melalui temubual , peniaga mengatakan kebanyakan mereka mengeluarkan modal antara RM200RM300 untuk berniaga .

c) Infrastruktur . Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik , tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik .

d) Pertambahan penduduk . http://www.smkpuchongutama1.com/geografi/contoh-jawapan-kerja-kursus-geografi-pmr2012

You might also like