You are on page 1of 14

SEMESTER 1 2023/2024

FAKULTI:
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN (FPTT)

SUBJEK:
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
(BLHW 1762)

TAJUK:
IDEOLOGI BANDAR HIJAU DAN KESESUAIANNYA DALAM
INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA NO. MATRIK
1 HASWIN A/L SUDESKUMAR B062310718
2 TAN SIEW CHIEN B062310064
3 GAN MIN ER B062310137
4 MUHAMMAD FAHMI BIN MEKAN B062310214
5. NG XIN RU B062310482
6. WENDY WONG ROU LIN B062310604
7. KAVITHA A/P CHANDRAN B062310665

PENSYARAH:
DR NOR AZILAH AHMAD
AHLI KUMPULAN
Ahli Nama Bahagian Markah
Topik/ 30%
Mukasurat

HASWIN A/L SUDESKUMAR


B062310718@student.utem.edu.my

TAN SIEW CHIEN


B062310064@student.utem.edu.my

GAN MIN ER
B062310137@student.utem.edu.my
NG XIN RU
B062310482@student.utem.edu.my

WENDY WONG ROU LIN


B062310604@student.utem.edu.my

MUHAMMAD FAHMI BIN MEKAN


B062310214@students.utem.edu.my

KAVITHA A/P CHANDRAN


b062310665@student.utem.edu.my

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
IDEOLOGI BANDAR HIJAU DAN KESESUAIANNYA DALAM
INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Haswin A/l Sudeskumar


hasw0696@gmail.com

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN (FPTT)

Kertas konsep ini membincangkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ideologi bandar hijau dan
relevansinya dalam pembangunan sektor pelancongan negara. Penyebaran maklumat dan kesedaran mengenai
prinsip-prinsip serta manfaat ideologi bandar hijau dijadikan tumpuan utama. Kajian ini turut menggalakkan
perbincangan dan pemahaman lebih mendalam mengenai konsep bandar hijau di kalangan pelbagai pihak, dengan
harapan mencapai pemahaman yang holistik terhadap kepentingan ideologi ini. Penelitian mengenai faktor-faktor
utama pembangunan bandar hijau dalam konteks pelancongan menjadi aspek penting dalam kajian ini. Faktor-faktor
kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan ideologi bandar hijau dalam sektor pelancongan dikaji dengan
teliti. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti punca-punca dan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam
penyelarasan ideologi bandar hijau dengan industri pelancongan negara. Pemahaman kesesuaian dan keberkesanan
ideologi bandar hijau dalam mendorong pembangunan industri pelancongan menjadi tumpuan kajian seterusnya.
Penilaian impak ideologi ini melibatkan tinjauan kesan positif dan negatif, khususnya berkaitan dengan daya tarikan
pelancongan dan kelestarian alam sekitar. Langkah terakhir merangkumi merancang inisiatif dan langkah-langkah
konkrit untuk mengintegrasikan ideologi bandar hijau dalam pelan pembangunan pelancongan negara. Inisiatif ini
diarahkan dengan mengambil kira faktor-faktor kelestarian dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek
pelancongan. Kertas konsep ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi pembuat dasar, pelancong, dan pemangku
kepentingan dalam memastikan perkembangan pelancongan yang lestari dan selaras dengan prinsip-prinsip bandar
hijau.

Kata Kunci: Ideologi Bandar Hijau, Kesedaran Masyarakat, Pembangunan Pelancongan, Kelestarian Alam, Integrasi
Strategik.

PENGENALAN
Industri pelancongan merupakan sektor yang sangat penting dan banyak mempengaruhi
keadaan ekonomi negara Malaysia. Menurut kamus dewan edisi keempat, pelancongan berasal
daripada perkataan lancong atau melancong yang membawa maksud orang yang melancong atau
melawat sambil melihat-lihat menurut kamus pelajar. Dalam bahasa Inggeris , pelancongan
diertikan sebagai tourism manakala melancong diertikan sebagai travel atau tour. Berdasarkan
World Tourism Organization mendefinisikan bahawa perkataan “pelancongan” merangkumi semua
perjalanan yang mengambil masa lebih dari 24 jam sama ada untuk tujuan rekreasi , berniaga,
kesihatan dan sebagainya. Pada era ini, pelancongan telah menjadi suatu pelaburan yang boleh
membawa pertumbuhan dalam keadaan ekonomi negara Malaysia serta industri-industri lain seperti
industri pengangkutan, industri penghotelan, industri pembuatan kraf tangan dan lain-lain.
Pelancongan juga merupakan satu agenda kerajaan kerana pelancongan sangat berpotensi dalam
bidang social, alam sekitar dan ekonomi.

Selain itu , Mengikut kamus dewan edisi keempat, maksud “bandar” ialah tempat atau
pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Manakala
maksud “hijau” ialah warna seperti warna daun atau rumput. Oleh itu, “Bandar Hijau” ditafsirkan
sebagai sebuah bandar yang dirancang dengan prinsip bandar mampan, mempunyai program-
program dan inisiatif-inisiatif bagi memelihara alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi dengan
tujuan untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar. Isu-isu alam sekitar
sering menjadi topik yang hangat dibincang dalam masyarakat Malaysia. Dengan mempunyat alam
sekitar yang sihat, barulah rakyat -rakyat mempunyai kehidupan yang baik dan cemerlang. Bandar
hijau adalah penting dalam mencipta sebuah bandar yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan serta
flora dan fauna, dengan bandar hijau, rakyat Malaysia boleh menggalakkan hubungan semula
dengan alam semular jadi, serta menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mengunjungi
negara tercinta kita, Malaysia untuk lebih memahami konsep bandar hijau. Bandar hijau juga boleh
mengurangkan perlepasan karbon dari pelbagai aktiviti manusia serta meminimumkan impak
negatif kepada alam sekitar daripada aktiviti manusia itu. Pihak kerajaan juga banyak memberikan
perhatian dalam bandar hijau dengan menganjurkan Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya untuk
memulakan tindakan mengadakan bandar hijau.

“ Ideologi Bandar Hijau Dan Kesesuaian Dalam Industri Pelancongan Negara” telah
menjadi isu yang banyak dibincangkan dan telah menjadi trend yang terbaru dalam memperbaikkan
industri pelancongan Malaysia. Bandar hijau amat sesuai dipraktiskan dalam dasar-dasar
membangunkan dan memajukan industri pelancongan negara Malaysia . Malaysia merupakan
negara yang mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan semula jadi, serta
bersejarah seperti A Famosa, Tasik Kenyir, Taman Negara Kuala Koh di Kelantan dan lain-lain.
Ideologi bandar hijau ini berpotensi besar dalam memajukan dan mempercepatkan pembangunan
negara Malaysia terutamanya dalam industri pelancongan. Sebagai contohnya, dengan program
Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya, Green City Action Plan(GCAP) telah dilaksanakan
sepanjang tahun 2021 hingga 2025 di Kangar Kulim, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh , Manjung,
Teluk Intan, Seremban, Labuan, Pulau Pinang dan Seberang untuk mencipta peluang pelaburan
hijau. Tempat-tempat ini juga merupakan tempat pelancongan yang hangat, sering dikunjungi oleh
pelancong dari luar negara, tidak mustahil ianya boleh menarik perhatian lebih ramai pelancong
untuk menjadikan negara Malaysia sebuah pusat pelancongan yang harus dikunjungi. Hal ini
mestilah akan menjadi pendorong untuk memajukan industri pelancongan Malaysia dan secara
langsung memajukan sektor ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Ideologi Bandar hijau memainkan peranan yang penting dalam Industri Pelancongan
Negara. Dengan pelaksanaan ideologi bandar hijau di Malaysia, tidak hanya boleh memajukan
sektor pelancongan , juga memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan untuk
meningkatkan taraf sosial dan kehidupan mereka. Rakyat tempatan boleh mempromosikan barang
serta kraf tangan mereka kepada pelancong dan secara langsung meningkatkan pendapatan mereka.
Barang-barang tradisional di Malaysia juga boleh dipromosikan kepada pelancong asing serta
memperkenalkan di peringat antarabangsa. Oleh itu, tidak dapat dinafikan, kesesuaian ideologi
bandar hijau adalah tinggi dalam aspek industri pelancongan negara, hal ini tidak hanya boleh
menyumbang kepada peningkatan sektor ekonomi negara dan juga memperkenalkan Malaysia
kepada peringkat global dengan meningkatkan imej dalam pandangan orang asing.

DEFINISI

TUJUAN KERTAS KONSEP

Tujuan kertas konsep ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis faktor-faktor utama yang
mempengaruhi pembangunan bandar hijau dalam konteks pelancongan, menilai impak ideologi
bandar hijau terhadap industri pelancongan, dan merancang langkah-langkah integrasi ideologi
bandar hijau dalam pembangunan pelancongan negara. Kertas ini bertujuan memberikan pandangan
mendalam mengenai bagaimana ideologi bandar hijau dapat diterapkan secara berkesan dalam
konteks pelancongan, mengambil kira kesan positifnya terhadap industri pelancongan, dan
merancang langkah-langkah strategik untuk memastikan kelestarian dan keberlanjutan dalam
perkembangan sektor pelancongan negara.

OBJEKTIF KAJIAN

a. Mengenalpasti factor-faktor utama pembangunan bandar hijau dalam konteks pelancongan.


b. Menilai impak ideologi bandar hijau terhadap industri pelancongan.
c. Merancang langkah-langkah untuk mengintegrasikan ideologi bandar hijau dalam
pembangunan pelancongan negara.

KAJIAN LITERATURE

a. Mengenalpasti faktor-faktor utama pembangunan bandar hijau dalam konteks pelancongan.

Faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan ideologi bandar hijau dalam
sektor pelancongan mungkin termasuk sokongan komuniti tempatan, integrasi infrastruktur
lestari, pengurusan sumber alam yang bijak, dan promosi ekopelancongan. Selain itu, penting
juga untuk memastikan penyelarasan dengan undang-undang alam sekitar dan pelibatan
pemangku kepentingan untuk memupuk kelestarian dan keharmonian dalam pelaksanaan
ideologi tersebut.

Penyelarasan ideologi bandar hijau dengan industri pelancongan negara mungkin dihadapi
oleh beberapa punca dan halangan. Antara punca-punca tersebut termasuk pertentangan
kepentingan antara pemeliharaan alam dan keuntungan ekonomi, kurangnya kesedaran
masyarakat terhadap kelestarian alam, dan cabaran dalam pelaksanaan dasar-dasar yang
menyokong bandar hijau.
Halangan-halangan juga boleh melibatkan isu-isu perancangan bandar yang tidak mesra alam,
ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam, serta kesan negatif
terhadap budaya tempatan. Keseluruhan, pemangkinan pertumbuhan ekonomi menerusi
pelancongan sambil memelihara alam adalah cabaran kompleks yang memerlukan
keseimbangan yang teliti dalam perancangan dan pelaksanaan.

b. Menilai impak ideologi bandar hijau terhadap industri pelancongan.

Ideologi bandar hijau dalam menggerakkan pembangunan industri pelancongan dapat


memiliki kesesuaian dan keberkesanan tertentu.Kelebihannya termasuk penekanan kepada
kelestarian alam sekitar dan penataan bandar yang mesra alam, yang dapat meningkatkan daya
tarikan pelancongan. Ini boleh memberikan pengalaman unik kepada pelancong dan
menyumbang kepada pemeliharaan sumber alam.

Namun, terdapat juga risiko negatif seperti potensi pemusnahan habitat semula jadi akibat
pembangunan, serta peningkatan kesesakan lalu lintas dan pencemaran. Oleh itu, perancangan
yang teliti dan pelaksanaan yang bersepadu perlu diutamakan untuk menjaga keseimbangan
antara pertumbuhan industri pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

c. Merancang langkah-langkah untuk mengintegrasikan ideologi bandar hijau dalam


pembangunan pelancongan negara.

Dalam merancang dan melaksanakan pelan pembangunan pelancongan negara, integrasi


ideologi bandar hijau memerlukan pendekatan holistik yang mengambil kira faktor-faktor
kelestarian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Analisis Keperluan dan Sumber Semula Jadi:


 Melakukan analisis menyeluruh untuk menentukan keperluan pelancongan dan
sumber semula jadi yang perlu dipertahankan. Projek pelancongan harus memastikan
kelestarian kawasan alam sekitar.
2. Penyelarasan dengan Prinsip Bandar Hijau:
 Memastikan pelan pembangunan pelancongan selaras dengan prinsip-prinsip bandar
hijau seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan sisa secara
efisien.

3. Penyertaaan Komuniti dan Pemangku Kepentingan:


 Melibatkan komuniti tempatan dan pemangku kepentingan dalam perancangan dan
pelaksanaan projek untuk memastikan sokongan dan pemahaman yang lebih baik.

4. Pengurusan Penggunaan Tanah yang Bijak:


 Memastikan penggunaan tanah yang bijak untuk mengelakkan pembangunan yang
merosakkan alam sekitar dan mengekalkan kawasan hijau.

5. Pengoptimuman Pengangkutan Awam:


 Meningkatkan pengangkutan awam untuk mengurangkan penggunaan kenderaan
peribadi dan kesan negatifnya terhadap alam sekitar.

6. Penggunaan Teknologi Hijau:


 Mendorong penggunaan teknologi hijau dalam pembangunan infrastruktur dan
pengurusan pelancongan untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

7. Pengurusan Sisa dan Kitar Semula:


 Memastikan sistem pengurusan sisa yang efisien dan menyokong amalan kitar semula
untuk mengurangkan impak negatif terhadap persekitaran.

8. Pendidikan dan Kesedaran:


 Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran untuk menyedarkan penduduk
tempatan dan pelancong mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan
kelestarian.
9. Pemantauan dan Penilaian Berterusan:
 Menjalankan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek pelancongan untuk
memastikan pematuhan dengan prinsip bandar hijau dan kelestarian.

10. Kerjasama antara Agensi dan Sektor Swasta:


 Mewujudkan kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor swasta, dan pertubuhan
bukan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan pelancongan yang berteraskan
kelestarian.

Integrasi ideologi bandar hijau tidak hanya merangkumi aspek kelestarian alam sekitar tetapi juga
melibatkan kesedaran komuniti dan kerjasama pelbagai pihak untuk menjadikan pelancongan
sebagai sektor yang berkesan dan berkekalan.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi ialah sistem kaedah dan prinsip dalam suatu kegiatan atau disiplin. Dalam kajian
Ideologi Bandar Hijau untuk industri Pelancongan Negara, carian maklumat Internet adalah sumber
utama. Langkah pertama memastikan objektif kajian tercapai melalui maklumat sah. Tinjauan
literatur dan pemilihan sumber seperti majalah, jurnal, dan video dilakukan. Kredibiliti pengarang
dan proses pengekstrakan data dilakukan secara sistematik. Keseluruhannya, metodologi
memastikan kajian bersistematik untuk mencapai objektif.

Dalam menjalankan kajian mengenai Ideologi Bandar Hijau dan kesesuaiannya dalam
industri Pelancongan Negara, carian maklumat di Internet menjadi sumber utama penyelidikan.
Langkah awal adalah memastikan objektif kajian dapat dicapai melalui maklumat atau data yang
sah dan dipercayai. Ini melibatkan penggarisan matlamat dan hasil khusus yang diinginkan daripada
kajian. Tinjauan literatur, yang merangkumi ulasan maklumat dari jurnal dan buku, dilakukan
setelah objektif kajian ditetapkan untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada tentang subjek serta
mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas. Proses ini membantu menyempurnakan persoalan
kajian dan membuka perspektif baru dalam topik tersebut.
Seterusnya, pemilihan sumber merupakan aspek kritikal dalam metodologi penyelidikan.
Pengkaji telah memanfaatkan data sekunder, yang terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji
melalui pembacaan bahan bertulis seperti majalah, artikel jurnal, surat akhbar, laman sesawang, dan
risalah. Tambahan pula, bahan-bahan seperti video, surat, serta memo dalam pelbagai bentuk dan
jenis boleh digunakan sebagai maklumat sokongan. Keberkesanan data sekunder menjadi penting
untuk meneliti hasil dapatan kajian terdahulu, suatu usaha yang hanya boleh dilakukan oleh
pengkaji sendiri. Penggunaan strategi carian maklumat yang efektif dan berkesan, melibatkan
penggunaan enjin carian yang sesuai, menjadi pendekatan utama untuk mendapatkan maklumat
yang lebih relevan dan terperinci.

Di samping itu, langkah utama dalam metodologi ialah penilaian kredibiliti yang melibatkan
kajian kelayakan pengarang, sumber penerbitan, dan tarikh penerbitan untuk menilai kesahihan dan
kebolehpercayaan sumber Internet. Proses pengekstrakan data dijalankan secara sistematik bagi
mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Akhirnya, pengkaji memastikan bahawa teknik-teknik
kajian yang dipilih dapat menjamin kelancaran kajian dengan teratur dalam semua aspek semasa
menjalankan penyelidikan ini. Pendekatan ini memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan
maklumat yang digunakan dalam kajian, serta memastikan kesinambungan dan kefungsian dalam
pelaksanaan kajian secara menyeluruh.

HASIL KAJIAN

(related dgn pasal Malaysia denga nisi semasa)

(cari artikal sebab kena buat citation)


KESIMPULAN

RUJUKAN

Contoh Format Rujukan : Nama Penulis . Tahun. Tajuk buku. Tempat : Nama Penerbit .

Yusof, F., & Muhammad, Z. (2008). Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar lestari:

Suatu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia.

You might also like