You are on page 1of 4

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/304379447

PRIHATIN TERHADAP ALAM SEKITAR

Article · June 2015

CITATIONS READS
0 5,572

1 author:

Asmahany Ramely
Universiti Utara Malaysia
13 PUBLICATIONS 19 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Asmahany Ramely on 24 June 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Prihatin terhadap alam sekitar.
Selari dengan seruan masyarakat dunia, Malaysia seharusnya tidak patut ketinggalan dalam misi
melestarikan alam sekitar melalui amalan hijau. Hakikatnya, terdapat Pengusaha-pengusaha sektor
perkhidmatan seperti perlancongan, hotel dan restoran yang telah menyahut seruan amalan hijau,
namun perlaksanaan nya tidak menyeluruh kepada sektor pengurusan acara. Syarikat pengurusan
acara di Malaysia kini seolah –olah tidak sedar akan kesan negatif sektor acara kepada alam sekitar.

Tidak dinafikan bahawa, sektor pengurusan acara dan pelancongan amnya adalah merupakan
antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Negara Malaysia. Contohnya pada tahun 2012,
sumbangan industri pengurusan acara kepada Malaysia berjumlah RM294 Million dan di jangka
kan pada tahun 2017, sumbangan ini akan meningkat kepada RM342 Million dengan jangkaan
seramai 33,260 pengunjung acara akan hadir ke Malaysia.

Secara amnya, perkembangan sektor pengurusan acara di Malaysia di dorong oleh kestabilan
ekonomi dan politik serta adanya sumber-sumber tarikan seperti kepelbagaian budaya yang
mampu menarik minat delegasi luar untuk datang ke Malaysia. Namun, tidak dapat di nafikan
juga, perkembangan sektor acara ini di pacu oleh penubuhan Malaysian Convenion & Exhibiton
Bureau (MyCEB). MyCEB yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini nampaknya telah menyumbang
kepada perkembangan industri pelancongan selari dengan matlamat penubuhan iaitu untuk
mengetengahkan syarikat pengurusan acara tempatan ke arena antarabangsa serta membantu
pengusaha acara tempatan mendapat tender bagi menguruskan acara.

Melihat kepada perkembangan industri pengurusan acara yang semakin pesat, kita tidak haruslah
leka dengan kesan negatif di bawa oleh sektor ini. Telah di buktikan oleh kajian-kajian dari luar
negara bahawa acara-acara yang berprestij dan berperingkat mega event @ major event telah
memberikan impak negatif kepada persekitaran. Antara impak yang telah dikenal pasti ialah
pencemaran udara akibat penggunaan pengangkutan sebelum, semasa dan selepas acara;
pencemaran bunyi; kesesakan lalu lintas; pencemaran alam sekitar khususnya setelah acara tamat,
serta yang paling ketara ialah kemusnahan hutan untuk di bangunkan kemudahan –kemudahan
yang di perlukan untuk menjayakan acara. Contohnya, untuk acara sukan, kita memerlukan sebuah

1
stadium yang besar, untuk membina stadium, justeru kawasan yang luas diperlukan, natijahnya,
hutan dan bukit di tarah tanpa rasa bersalah.

Begitu juga dengan desakan untuk membina hotel-hotel sebagai tempat menginap .Natijahnya,
terjadilah tanah runtuh dan banjir lumpur seperti yang terjadi di Cameron Highland bulan Oktober
yang lalu.
Melihat kepada impak negative daripada aktiviti pengnjura acara ini, badan –badan dunia seperti
Profesiosnal Convention Management Association ,Canada East; The Icarus foundation; Live
Earth; Denver 2008 Convention Host Committee Greening Initiative serta beberapa lagi badan
dunia yang lain telah mengluarkan satu garis panduan khas unutk pengurusan acara hijau yang
mana ianya harus di ikut oeh penganjur acara di Negara mereka.

Sebelum melihat kepada aspek-aspek pengurusan acara hijua, eloklah kita terlebih dahulu
memahami faedah-faedah daripada pengurusan acara hijau. Impak yang sangat signifikan apabila
melaksanakan pengurusan acara hijau tidak lain dan tidak bukan ialah dapat melestarikan alam
sekitar untuk kegunaan generasi akan datang. Seterusnya, acara hijau ini dapat menjimatkan kos
dalam jangka masa yang panjang. Contohnya, apabila penganjur mempraktikkan kitar semula,
penganjur tidak lagi perlu membeli name badge, dan plastic bag kerana ia akan di kitar semula
dari satu acara ke acara yang lain. Dari segi promosi pula, penganjur tidak lagi perlu mencetak
bahan brochure dan flyers kerana pengurusan acara hijau menggalakakan penganjur untuk
menggunakan internet sebagai medium untuk promosi. Antara faedah lain yang dirasakan sangat
signifikan ialah melalui amalan pengurusan acara hijau, imej positif syarikat penganjuran acara
akan lebih ketara kerana akan di kenali sebagai syarikat yang mementingkan kelestarian alam
sekiatr dan tidak hanya mengaut keuntungan semata-mata.

Sesungguhnya, faedah pengurusan acara hijau tidaklah hanya berpihak kepada pihak penganjur
semata-mata, namun ianya juga memeberi faedah kepada peserta-peserta acara hijau kerana ia
memberi peluang kepada peserta untuk turut sama melestarikan alam sekitar serta memberi
pengalaman dan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Antara
peranaan yang boleh dimainkan oleh peserta dalam usaha menyokong acara hijau terdiri daripada
beberapa beberapa aspek. Contohnya, dalam aspek pengurusan pengangkutan. Peserta sepatutnya
2
meminima kan penggunakan kenderaan kerana seperti yang kita sedia maklum karbon Monoksida
(co) yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor mencermarkan alam sekitar dan menjejaskan
kesihatan. Laporan dari WHO (1992) membuktikan bahawa 90% dari CO di udara di sebabkan
oleh kenderaan bermotor. Jadi, peserta boleh mengurangkan nya melalui berkongsi kenderaan atau
menggunakan pengangkutan awam sepanjang acara dijalankan.

Merujuk kepada panduan pengurusan acara hijau yang di keluarkan oleh badan –badan dunia
seperti yang disenaraikan di atas, terdapat beberapa komponen yang perlu di titikberatkan jika
sesebuah syarikat penganjur acara ingin melaksanakan pengurusan acara hijau. Pengurusan sisa
pepejal hasil dari aktiviti pengurusan acara; pengurusan tenaga; pengurusan sumber air;
pengurusan pengangkutan; dan pengurusan komunikasi hijau adalah merupakan 5 komponen
utama yang patut di ambil kira jika sesebuah syarikat penganjur acara ingin mentransformsikan
kaedah penganjuran acara yang biasa kepada penganjuran acara hijau. Untuk melayakkan
sesebuah acara di kenali sebagai acara hijau (green event), tidak menjadi suatu kewajipan kepada
syarikat penganjuran acara untuk mempraktiskan kelima-lima komponen yang disebut di atas
secara serentak, namun sebagai permulaan, cukuplah jika syarikat penganjur acara dapat
melaksankan sekurang-kurangnya dua daripada lima komponen tersebut.

Sebagai kesimpulannya, pengurusan acara hijau adalah merupakan alternatif baru bagi
melestarikan alam sekitar , bukan hanya demi kepentingan generasi masa kini, malah untuk
kepentignan generasi akan datang.Seharusnya, syarikat penganjuran acara seharusnya bangkit
bersama-sama dengan penghusaha sector perkhidmatan yang lain seperti pelancongan, hotel dan
restoran untuk sama –sama melestarikan alam sekitar melalui amalan hijau.

View publication stats

You might also like