You are on page 1of 8

NAMA: MUHAMMAD AQUA NAFIS BIN MOHD NASIR

NO MATRIKS: D20211099995

SUBJEK: BMK3053 KETERAMPILAN MENULIS

KUMPULAN: KUMPULAN G

NAMA PENSYARAH: DR MOHD RA'IN BIN SHAARI


KETERAMPILAN MENULIS

TAJUK: ADAKAH PENGAPLIKASIAN ENVIROMENTAL, CORPORATE, SOCIAL

GOVERNANCE(ESG) DALAM KALANGAN SYARIKAT DAN INDUSTRI BOLEH

MENYUMBANG KEPADA SIFAR KARBON 2050?

Selari dengan pengumuman kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara

karbon sifar bersih ataupun “net zero emissions” menjelang tahun 2050 terdapat

pelbagai inisiatif yang telah diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Malaysia dikenali

sebagai negara yang komited dalam memelihara alam sekitar contohnya bermula

pada Persidangan Copenhagen Denmark (COP 15) iaitu berkenaan mengurangkan

pelepasan emisi karbon dan yang terbaru ialah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)

iaitu meneruskan inisiatif hijau dengan memberi penekanan kepada dimensi

kemampanan alam sekitar yang merangkumi tenaga boleh diperbaharui, teknologi

hijau, dan mitigasi perubahan iklim. Malaysia berusaha sedaya upaya untuk mencapai

pelepasan sifar bersih untuk memastikan udara di Malaysia berada pada keadaan

yang sihat. Akan tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pelepasan sifar bersih ini?

Secara umumnya, pelepasan sifar bersih ini bermaksud pengimbangan

pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca (GHG). Hasrat kerajaan ini selari dengan

Matlamat Pembangunan Mampan ataupun Sustainable Development Goals (SDG)

iaitu SDG 13 berkaitan Perubahan Iklim yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. Iklim dunia dilihat berada pada keadaan yang membimbangkan iaitu

diunjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang tahun 2030,

dianggarkan 700 juta orang akan menghadapi risiko perpindahan akibat kemarau dan

suhu global juga telah meningkat 1.1ºC. Melalui beberapa siri perjanjian untuk

menangani isu alam sekitar iaitu terkini Perjanjian Paris 2015 turut menyatakan bagi
mengehadkan pemanasan kepada 1.5° Celsius di atas paras pra-perindustrian dan

mesti menurun sebanyak 43 peratus menjelang 2030 dan kepada sifar bersih

menjelang 2050.

Senario semasa kualiti udara di Malaysia dilihat berada pada keadaan yang

agak membimbangkan. Menurut Pengiraan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang

dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2019 menunjukkan bacaan IPU

266. Pengiraan IPU ini berdasarkan system Pollution Standard Index (PSI) yang

diterima pakai di peringkat antarabangsa oleh United States Environmental Protection

Agency. Malah, Malaysia pernah berada di kedudukan teratas dalam senarai negara

dengan pencemaran udara tertinggi dunia. Bukan itu sahaja, merujuk kepada

kenyataan akhbar Crea Greenpace bertajuk Keadaan Kualiti Udara di Malaysia

“Kesan pencemaraan udara ke atas kesihatan dan ekonomi” bertarikh 8 Jun 2022

menyatakan bahawa dianggarkan 32,000 kematian yang boleh dielakkan berlaku di

Malaysia setiap tahun akibat pencemaran udara. Angka yang agak besar ini

memberikan satu gambaran bahawa pencemaran udara di Malaysia berada dalam

keadaan yang merisaukan. Malaysia turut merekodkan kadar pelepasan karbon per

kapita lebih tinggi dengan purata 7.2 tan berbanding negara pengeluar gas karbon

dioksida terbesar di dunia iaitu China yang merekodkan 7 tan.

Terdapat pelbagai inisiatif dirangka untuk mengurangkan masalah pencemaran

udara di Malaysia antaranya ialah Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan

Rendah Karbon Negara yakni dibawah strategi ini Malaysia menyasarkan untuk

mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus hutan. Pelan Adaptasi Kebangsaan

juga dibangunkan untuk meningkatkan ketahanan impak jangka panjang perubahan

iklim dan menggalakkan transformasi bandar di Malaysia ke arah pembangunan

rendah karbon. Beberapa buah bandar rendah karbon mula diperkenalkan untuk
mencapai perbandaran hijau. Contohnya, ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan Putrajaya. Ia menjadi peneraju kepada bandar rendah berkarbon yang

lestari, dengan matlamat mengurangkan emisi pelepasan gas rumah hijau sebanyak

60 peratus menjelang 2025. Malah, kerajaan turut memperkenalkan ESG kepada

syarikat-syarikat industri untuk bersama-sama membantu kerajaan mencapai hasrat

sifar karbon menjelang tahun 2050.

Persoalannya, adakah pengimplentasian ESG terhadap syarikat dan industri di

Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah pencemaran udara serta

menyumbang kepada Sifar Karbon 2050?. Pertama sekali ialah kita perlu memahami

terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan ESG? ESG ataupun

Environmental Social Governance merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai

kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan

operasi mereka. Elemen Environmental sesebuah syarikat akan dinilai dengan

penggunaan tenaga, penghasilan sisa, tahap pencemaran, penggunaan sumber dan

kebajikan haiwan. Bagi memastikan perlaksanaanya efisien dan efektif, syarikat yang

tidak mengikuti dan melanggar syarat tanggungjawab terhadap alam sekitar akan

dikenakan penalti dan denda. Bagi elemen Social, hubungan antara sesebuah

syarikat dengan syarikat lain dan komuniti setempat. Faktor sosial mengambil kira

kepelbagaian, hak manusia dan juga perlindungan pengguna. Manakala bagi elemen

Governance pula ialah urus tadbir syarikat dan ianya melibatkan pelaburan dan

industri.

Syarikat dan Industri merupakan antara pihak yang memainkan peranan dalam

memastikan usaha mencapai Malaysia Sifar Karbon 2050 realistik untuk dicapai.

Merujuk kepada Kertas Konsultasi Awam: Penerapan Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan

Tadbir Urus (ESG) dalam Pelaburan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia menjelaskan bahawa Kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif

kemampanan dalam Bajet 2022, termasuk penubuhan Pasaran Karbon Secara

Sukarela (Voluntary Carbon Market - VCM) oleh Bursa Malaysia, pemberian padanan

untuk menggalakkan Perusahaan Kecil dan Sederhana menggunakan bahan mentah

yang mampan dan tenaga boleh diperbaharui melalui Kemudahan Peralihan Rendah

Karbon Bank Negara Malaysia, dan terbitan Sukuk Kelestarian bernilai RM10 bilion.

Bukan itu sahaja, syarikat kerajaan juga digesa supaya memperkenalkan KPI projek

berkaitan teknologi hijau dan iklim. Sudah tentu ianya akan mendorong kepada

perkembangan alam sekitar yang mampan dan lestari. Malah, syarikat-syarikat

swasta turut memainkan peranan dalam perlaksanaan ESG. Antaranya ialah Syarikat

Grab yang turut mempunyai anak syarikat di Malaysia mengeluarkan Laporan ESG

Syarikat pada tahun 2021 menunjukkan bahawa syarikat mereka berjaya menanam

hampir 42,000 pokok dan lebih 2,300 tan gas pelepasan rumah hijau dapat diimbangi.

Usaha ini menggambarkan keseriusan syarikat dalam memastikan hasrat sifar karbon

2050 dapat dicapai. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat Malaysia turut menunjukkan

prestasi baik berbanding negara Asean yang lain dalam Indeks Pemimpin ESG MSCI

All Country Index (ACWI). Dalam Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTI), sembilan

syarikat Malaysia komited terhadap sasaran pengurangan pelepasan berasaskan

sains iklim. Inisiatif yang diambil oleh syarikat di Malaysia menunjukkan keseriusan

mereka membantu kerajaan mencapai hasrat Sifar Karbon 2050.

Syarikat kewangan juga tidak ketinggalan dalam menyahut seruan kerajaan

untuk mencapai sifar karbon 2050 seperti CIMB Bank. CIMB Bank tersenarai

menduduki tempat keempat dari segi prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus

(ESG) daripada 155 bank paling berpengaruh di seluruh dunia. Malah, syarikat

kewangan itu turut menduduki tempat ketujuh daripada 400 institusi kewangan (FI) di
seluruh dunia termasuk syarikat insurans, pemilik aset dan pengurus aset. Antara

perkara yang dilakukan oleh CIMB Bank ialah pengurangan pelepasan untuk dua

sektor iaitu perlombongan arang batu haba dan simen.

Akan tetapi, wujud beberapa pandangan adakah syarikat industri ini boleh

mengimplementasikan ESG ini dengan sebaiknya dan secara konsisten? Menurut

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyatakan

bahawa negara Malaysia mungkin memerlukan masa yang lebih lama berbanding

yang diunjurkan memandangkan pematuhan konsep ESG dianggap rumit untuk

difahami. Beliau berpandangan ia masih merupakan konsep yang agak baharu tetapi

mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas perniagaan dan pelaburan kerana kita

tahu, menumpukan semata-mata kepada keuntungan mungkin tidak membawa

banyak kebaikan kepada masyarakat kerana kesan luaran negatif akan ditanggung

oleh seluruh negara.

Ini kerana ESG akan memaksa syarikat untuk melihat kembali strategi korporat jangka

panjang mereka, yang bukan sahaja untuk meraih keuntungan yang besar tetapi juga

memastikan perniagaan yang membawa keuntungan. Bukan itu sahaja, cabaran

dilihat adalah daripada aspek kos dan kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana,

Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi di Kajian Perniagan Universiti Sunway

menyatakan bahawa sesetengah industri dan syarikat mungkin berdepan kos tinggi

menjalankan perniagaan sekiranya mereka mengamalkan amalan terbaik ESG,

manfaat jangka panjang dijangka mengatasi kos memandangkan peralihan global

kepada pembangunan mampan.


Malah, sekiranya syarikat dan industri ini lambat dalam menerapkan prinsip

berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka akan

berhadapan dengan risiko kehilangan akses modal. Syarikat yang lebih kecil dengan

sumber dan kapasiti yang terhad menghadapi cabaran semasa menilai,

mendedahkan dan melaporkan mengenai data ESG yang mendalam serta isu

kemampanan. Kepakaran teknologi juga merupakan masalah lain yang perlu untuk

dihadapi kerana untuk melakukan amalan alam sekitar selaras dengan prinsip ESG,

teknologi mesra alam turut diberikan penekanan kerana ianya membantu

mengurangkan pelepasan emisi karbon.

Kesimpulannya, pada pendapat penulis beranggapan bahawa syarikat dan

industri boleh memainkan peranan serta menyumbang kepada hasrat kerajaan

berkenaan pengimbangan pelepasan karbon melalui inisatif ESG. Walaupun

berhadapan dengan cabaran terutamanya daripada aspek syarikat dan industri, ianya

perlu ditangani segera supaya inisiatif ESG ini dapat dijalankan dengan baik.

Diharapkan bahawa kerajaan boleh memperluaskan lagi inisiatif menjelang tahun

2050 terutamanya dalam kalangan pemain industri memandangkan mereka

merupakan pemegang taruh yang berpengaruh di Malaysia. Semoga Malaysia

mampu mencapai Sifar Karbon 2050 demi negara yang lebih lestari dan mesra alam

sekitar.
LAMPIRAN

You might also like