You are on page 1of 5

SEMESTER SEMESTER 2 SES 2/2023

I
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/ KURSUS DBF 2123 ETIKA PERNIAGAAN

KOMPETENSI 6.0 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (C3)

HASIL CLO3 Mencadangkan penyelesaian kepada isu yang berkaitan tadbir urus dan
PEMBELAJARA tanggungjawab sosial korporat yang terdapat di sesebuah organisasi (C3, PLO3)
N

TARIKH HANTAR MASA


PERATUS
KESELURUHAN 30% MARKAH PENUH

MAKLUMAT TUGASAN BERTULIS


CALON
NAMA

MUKA: 01
ANGKA GILIRAN
DARIPADA 04

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

…………………………………
(SAIFUL BIN YAHYA)
PENSYARAH DBF2123

1
ARAHAN KEPADA CALON

1. Portfolio ini dilaksanakan secara berkumpulan (5 orang setiap kumpulan).

2. Portfolio anda hendaklah ditaip dengan menggunakan tulisan Arial saiz fon 11, langkau baris
1.5”

3. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang
lain sebagai kerja sendiri.

4. Laporan bertulis ini menyumbang sehingga 30% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan
akan dinilai berdasarkan kepada RUBRIK TUGASAN.

5. Penilaian tugasan bertulis berpandukan kepada rubrik. Atribut yang dinilai adalah “Komunikasi
Bertulis”.

6. Portfolio yang disediakan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 1200 patah perkataan.

7. Portfolio ini hendaklah dicetak menggunakan kertas A4 putih tanpa cetakan depan belakang dan
mempunyai muka hadapan yang lengkap mengikut format.

A. TUGASAN BERTULIS

Pelajar diberikan dengan satu artikel atau kajian kes yang berkaitan dengan isu-isu semasa
tentang urus tadbir dan tanggungjawab sosial korporat.

Berpandukan artikel tersebut, pelajar perlu mengenal pasti masalah atau isu dan
mencadangkan penyelesaian atau penambahbaikan terhadap isu tersebut.

Setiap ahli kumpulan perlu mengupas masalah atau isu dan memberi pendapat atau
cadangan penyelesaian terhadap isu secara bertulis.

Laporan yang disediakan dalam anggaran 1200 patah perkataan

B. FORMAT LAPORAN

Laporan yang dibuat boleh meliputi perkara-perkara berikut:

i. Pengenalan
ii. Isu atau masalah
iii. Langkah penyelesaian
vi. Cadangan penambahbaikan
v. Penutup

2
vii. Rujukan

13/05/2020 11:44 AM
Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan
pengarang.

Oleh :
Dr. Shifa Mohd Nor

Ekonomi negara sedikit sebanyak terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang berpunca daripada pandemik COVID-19. Jabatan Statistik Malaysia (DOSM)
yang menjalankan kajian ke atas syarikat perniagaan di Malaysia mendapati 67.8 peratus
perniagaan itu menyatakan mereka hilang punca pendapatan. Cabaran utama yang dihadapi
adalah untuk membayar gaji pekerja (76.6 peratus), tiada urusan perniagaan daripada
pelanggan (65.5 peratus) dan tanggungjawab membayar sewa premis (61.4 peratus). Majoriti
syarikat perniagaan yang terkesan dengan krisis ini menjangkakan tempoh lebih kurang 6
bulan atau lebih untuk memulihkan kembali perniagaan mereka.

Menariknya, laporan daripada DOSM menunjukkan 12.3 peratus daripada syarikat


perniagaan ini telah menjalankan perniagaan dalam talian. Ini menunjukkan sambutan
ekonomi digital di Malaysia masih di peringkat yang rendah. Ekonomi digital merupakan satu
langkah yang baik untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara namun kita tidak
boleh hanya bergantung dengan subsidi daripada kerajaan. Bagi membantu meringankan
bebanan ini, tanggungjawab sosial korporat (CSR) amat penting untuk melengkapi insentif
yang diberikan oleh kerajaan. Slogan “#kita jaga kita” yang dilaungkan dalam media sosial
ketika tempoh PKP ini amat relevan dengan aspirasi tanggungjawab sosial korporat.

3
Tanggungjawab sosial korporat

Lazimnya, kita mengaitkan tanggungjawab sosial korporat dengan amalan kebajikan di mana
syarikat menyediakan sedikit dana bagi meringankan bebanan masyarakat atau memulihara
alam sekitar. Walaupun secara teorinya CSR bersifat sukarela, namun bagi menggalakkan
amalan tanggungjawab sosial korporat dalam sektor swasta, kerajaan menawarkan
pengecualian cukai bagi yang melaksanakannya. Konsep CSR bermula pada 1950-an
dengan tujuan melaksanakan tanggungjawab setiap perniagaan terhadap masyarakat telah
melalui pelbagai evolusi. Kini, CSR bukanlah sekadar satu aktiviti sukarela untuk
pembangunan masyarakat, tetapi ianya telah dijadikan sebagai satu strategi dalam
perniagaan. Amalan tanggungjawab sosial korporat dilihat sebagai satu penciptaan nilai yang
penting untuk menjadikan sebuah perniagaan itu mempunyai daya saing dan mengikut
aspirasi pembangunan mampan.
Tanggungjawab sosial korporat terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat sampingan,
taktikal dan strategik. Peringkat sampingan ini merupakan peringkat yang paling minimum di
mana syarikat melaksanakan CSR sebagai aktiviti sampingan atau pematuhan untuk
menonjolkan imej yang baik dan diterima oleh masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan
adalah berbentuk kebajikan dan lazimnya ianya tidak berterusan.

Peringkat taktikal pula adalah peringkat pertengahan dimana syarikat melaksanakan


tanggungjawab sosial dengan matlamat mendapat pulangan keuntungan dalam jangka masa
yang panjang. Aktiviti yang dilaksanakan pula adalah terancang dan berterusan namun
sedikit sahaja pelaporan yang dibuat. Kedua-dua peringkat ini kurang memberi impak sosial
yang besar kepada masyarakat.

Peringkat terakhir pula merupakan peringkat strategik, dimana syarikat mengadaptasikan


tanggungjawab sosial sebagai satu strategi perniagaan. Ia dijadikan sebagai satu nilai
tambah kepada syarikat dan setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah terancang, berterusan
dan mempunyai pelaporan yang telus dengan objektif untuk memenuhi tuntutan
pembangunan mampan. Di peringkat ini, tanggungjawab sosial merupakan satu budaya
korporat.

Tanggungjawab sosial digital

Dalam situasi yang dihadapi sekarang, tanggungjawab sosial korporat harus dilihat dari
pandangan strategik. Sektor swasta wajar diberikan pertimbangan untuk melaksanakan
inovasi dalam tanggungjawab sosial untuk pembangunan ekonomi digital yang dilihat sebagai
satu peluang untuk membantu sektor swasta dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
kembali pulih. Justeru itu, tanggungjawab sosial digital atau dikenali dengan digital social
responsibility (DSR) merupakan satu langkah yang penting untuk memperkasakan agenda
ekonomi digital.

Tanggungjawab sosial digital merupakan inovasi daripada tanggungjawab sosial korporat


yang asal di mana ia memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam kesemua inisiatif
ekonomi dan sosial yang dilaksanakan. Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk pembangunan
ekonomi digital, pemerkasaan literasi digital kepada masyarakat amatlah penting. Agenda ini
dapat dijayakan dengan bantuan sosial dalam bentuk biasiswa atau geran perniagaan untuk
menyediakan latihan ilmu digital kepada masyarakat khususnya peniaga dan usahawan.

Ekonomi digital merupakan satu kebiasaan baharu yang perlu diterima oleh segenap lapisan
masyarakat kerana ia mampu menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan mengurangkan
risiko jangkitan COVID-19. Terdapat pelbagai manfaat ekonomi digital, antaranya adalah

4
ekonomi yang efektif, tadbir urus yang cekap dan telus serta urusan perniagaan tanpa kontak
dan tanpa sempadan.

Sinergi bersama

Sinergi antara pelbagai sektor merupakan jalan terbaik untuk menjayakan tanggungjawab
sosial digital ini. Sebagai contoh, sektor swasta membuat sumbangan sosial strategik dengan
kerjasama daripada agensi-agensi yang dapat menyediakan latihan dan ilmu perniagaan
digital sebagai satu persiapan awal kepada peniaga dan usahawan. Selain daripada
persediaan latihan digital, sumbangan sosial juga boleh berbentuk penyediaan barangan
teknologi digital seperti telefon pintar, tablet atau komputer.

Kemudahan untuk capaian internet yang laju juga amat penting, untuk permulaan ini,
cadangan untuk memberikan sedikit dana bulanan bayaran kemudahan internet dapat
meringkan bebanan peniaga dan ushawan bagi kelangsungan perniagaan masing-masing.
Tidak ketinggalan juga untuk mendidik masyarakat umum yang merupakan pihak
berkepentingan, untuk bersedia dan yakin menggunakan kemudahan perniagaan dalam
talian dengan lebih meluas.

Kesan daripada inisiatif ini adalah dapat meningkatkan penggunaan perniagaan dalam talian.
Oleh yang demikian, untuk mengatasi krisis ini, semuanya perlu kembali semula kepada
sikap tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap pihak.

--BERNAMA

Dr. Shifa Mohd Nor adalah Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan
Akauntabiliti (GRACe), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak
menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)

SUMBER RUJUKAN
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1841035

You might also like