You are on page 1of 18

TUGASAN / ASSIGNMENT (70%)

SEMESTER SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER 2019

KOD SUBJEK : MPU3222

TAJUK SUBJEK : ACADEMIC WRITING / PENULISAN


AKADEMIK
PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA / BACHELOR
DEGREE

NAMA PELAJAR : SITI ATIQAH BINTI MOHD SIDIN

NOMBOR MATRIK : A30109190004

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION – TEACHING


ISLAMIC STUDIES FOR PRIMARY SCHOOL
(BEDTISPS)
FASILITATOR : SITI UMAIRAH ALI HAMDAN
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN : ASIA E UNIVERSITY (BEAUFORT)


BAHAGIAN A (TUGASAN 1: PENULISAN PERENGGAN)

TOPIK 1: Punca-punca kemurungan di kalangan pelajar di sekolah.

Kemurungan merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di


sekolah. Antara faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar ialah bebanan
kerja yang terpaksa dihadapi di sekolah, masalah komunikasi dengan rakan sebaya, prestasi
akademik yang rendah dan juga menghadapi penganiyaan, sama ada fizikal, mental atau
seksual. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, ianya boleh memberi
kesan terhadap kesihatan fizikal dan berpotensi menyebabkan pelajar yang menghadapi
kemurungan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

TOPIK 2: Perbezaan di antara penulisan akademik dan penulisan blog.

Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat di antara penulisan akademik dan
penulisan blog. Salah satu perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis penulisan ini ialah
format penulisan. Bagi penulisan akademik, rujukan atau ‘citation’ merupakan perkara yang
paling penting bagi menguatkan kesahan penulisan tersebut. Manakala penulisan blog pula
tidak mengambil berat terhadap rujukan, walaupun terdapat penulis blog yang menyediakan
rujukan bagi penulisan blog mereka. Oleh kerana itu, penulisan akademik menjadi sumber
yang lebih dipercayai berbanding penulisan blog disebabkan oleh sumber-sumber yang
disediakan bagi penulisan ini.

TOPIK 3: Jenis-jenis permainan untuk kanak-kanak yang terdapat di pasaran

Terdapat pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak yang terdapat di pasaran. Antara
permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini ialah permainan
elektronik mobil, atau ‘mobile electronic games’ melalui telefon bimbit. Kebanyakan
permainan-permainan ini mudah didapati secara online dan boleh dimuat turun secara
percuma, dan mereka mudah mendapatkan permainan ini melalui akses internet. Permainan ini
boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus mereka serta

1
kemahiran mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif, tetapi terdapat juga risiko dari
penggunaan permainan elektronik yang tidak terkawal dan tidak dipantau. Oleh kerana itu, ibu
bapa memainkan peranan yang penting bagi memantau aktiviti anak-anak mereka ketika
bermain permainan elektronik melalui telefon bimbit.

2
BAHAGIAN B (TUGASAN 1)

PENGENALAN

Pendidikan di sekolah merupakan antara fasa terpenting yang memberi impak besar
kepada kehidupan pelajar. Oleh kerana itu, sistem pendidikan di sekolah amatlah penting bagi
memastikan pelajar dapat menerima pendidikan yang berkualiti di sekolah. Kemerosotan
kualiti sistem pendidikan dapat memberi impak yang negatif terhadap pencapaian pelajar.

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi,
politik, dan sosial (Mior Khairul Azrin, 2011). Pendidikan dapat menyeimbangkan sosio-
ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik yang dapat mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994). Oleh kerana itu, bagi
memastikan pencapaian pelajar yang bermutu dapat dicapai, penekanan terhadap kualiti sistem
pendidikan amatlah dititik beratkan.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa


laporan yang menyatakan bahawa kualiti sistem pendidikan di sekolah rendah dan sekolah
menengah semakin merosot. Hal ini dapat dilihat dari dapatan Halimaton (2017), yang mana
beliau menyatakan bahawa minat pelajar terhadap STEM (Science, Technology, Engineering
and Mathematics) semakin merosot, dengan salah satu punca yang dapat dikesan ialah
metodologi pengajaran yang tidak berkesan. Terdapat juga faktor-faktor lain yang
menyumbang terhadap kemerosotan kualiti sistem pembelajaran, dan melalui faktor-faktor ini,
jalan penyelesaian dapat diambil bagi memastikan kualiti sistem pendidikan dapat
dipertingkatkan.

3
FAKTOR KEMEROSOTAN KUALITI SISTEM PENDIDIKAN

Sepertimana yang telah dihuraikan oleh Mior Khairul Azrin (2011), terdapat pelbagai
isu dan masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Salah satu contoh faktor
yang diketengahkan dalam kajian beliau ialah sistem persekolahan pelbagai aliran. Sistem
persekolahan pelbagai aliran merupakan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian etnik di Malaysia yang berlaku
akibat polisi pemerintahan British yang bermula seawal kurun ke 15 sehingga kurun ke 19,
menyebabkan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu, yang homogenous telah menjadi
masyarakat pelbagai etnik (Hazri Jamil, 2010). Disebabkan oleh terdapatnya aliran yang
berbeza dalam sistem persekolahan di Malaysia, maka berlakunya pemisahan antara pelajar-
pelajar berbeza etnik ini disebabkan mereka memilih aliran yang bersesuaian dengan
penggunaan bahasa ibunda mereka (Azhar Wahid, 2017).

Selain dari itu, masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam
kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan dan
pencapaian pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (Awang Had Salleh, 1980).
Pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah adalah penting kerana pengisian ini
boleh memberi kesan, sama ada positif atau negatif, kepada pelajar-pelajar untuk membentuk
jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut
keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud
kelemahan-kelemahan dalam pengisian kurikulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif
kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan
bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa
daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Tambahan lagi, sistem pendidikan di Malaysia juga terlalu berorientasikan


peperiksaan. Ujian atau peperiksaan telah lama menjadi penanda aras bagi melihat pencapaian
pelajar, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Hart (1994), yang menekankan bahawa ujian

4
merupakan kayu pengukur untuk mentafsir dan merekod pembelajaran pelajar. Menurut
Nordin (2011), pengujian merupakan prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkah laku
seseorang terhadap pembelajarannya. Adalah boleh dikatakan bahawa peperiksaan merupakan
cara pentaksiran tradisional yang diamalkan untuk menguji pencapaian pelajar di negara kita.
Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar
dalam sistem pendidikan di Malaysia dalam tempoh lebih dari 50 tahun (Rohaya Talib, 2009).
Walaupun kaedah ini sudah diguna pakai di negara ini dalam tempoh yang lama, kaedah
peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana kaedah ini tidak memberi maklumat yang
lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi pelajar (Kalam, 2011).
Kaedah pentaksiran ini juga gagal untuk mengambil kira tentang pencapaian secara holistik
dan bagaimana pelajar berupaya untuk bekerja secara berkumpulan.

Bagi menangani masalah-masalah yang timbul dalam sistem pendidikan di Malaysia,


seperti mana yang telah dinyatakan, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi
menyelesaikan masalah-masalah berkenaan. Hal ini bagi memastikan sistem pendidikan di
Malaysia dapat diperbaiki, sekaligus dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar di
sekolah serta memperbaiki mutu pengetahuan pelajar-pelajar untuk melahirkan insan minda
kelas pertama di negara ini.

5
CARA-CARA MENYELESAIKAN MASALAH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan sistem pendidikan di Malaysia


ialah sistem persekolahan pelbagai aliran, pengisian kurikulum dan ko-kurikulum dalam
menentukan perkembangan pelajar serta sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan
peperiksaan. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
ialah memastikan memastikan tiadanya pemisahan antara pelajar pelbagai etnik. Hal ini dapat
dicapai dengan menyeragamkan sistem persekolahan yang tidak lagi menggunakan pelbagai
aliran, kerana aliran yang berbeza boleh menyumbang kepada pemisahan antara kaum. Omar
Mohd. Hashim (1999) berpendapat bahawa keseragaman kurikulum dapat membantu proses
menyatupadukan etnik dan juga mewujudkan keperibadian kebangsaan dalam kalangan
pelajar. Menurut Mior Khairul Azrin (2011), Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama mempunyai risiko untuk berkonflik, malah dalam kalangan bangsa yang sama, banyak
masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmonian negara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa
menjaga perhubungan kaum agar dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda
kelas pertama. Menurut Simon Fisher et al. (2000), konflik dalam masyarakat disebabkan oleh
polarisasi, ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompok yang berbeza.
Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduan negara ini sukar untuk dicapai secara
keseluruhan, di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai pemikiran dan persepsi yang
negatif terhadap kaum lain. Oleh yang demikian, percampuran antara etnik antara pelajar di
sekolah mampu menghapuskan jurang antara kaum, sekaligus mampu melahirkan masyarakat
yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang diselaraskan untuk semua etnik di
Malaysia.

Selain itu, tumpuan terhadap ko-kurikulum juga boleh membantu menyelesaikan


masalah sistem pendidikan di negara ini, khususnya dengan menekankan pembangunan
kemahiran generik dalam kokurikulum. Ensiklopedia Global (2001) mendefinisikan generik
sebagai sesuatu yang umum atau ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu golongan.
Kemahiran generik boleh dimaksudkan sebagai ciri-ciri umum atau khusus yang dimiliki oleh
pekerja atau bakal pekerja. Kearns (2001) menerangkan kemahiran generik digunakan dalam

6
pelbagai jenis pekerjaan. Kemahiran tersebut bukan sahaja merangkumi key competencies atau
key skills tetapi melebihi daripada itu, iaitu termasuk kognitif, personal dan kemahiran
interpersonal yang berkaitan dengan pekerjaan. Pelajar-pelajar di sekolah tidak hanya
mempelajari ilmu pengetahuan semata-mata, malah mereka boleh mempelajari kemahiran-
kemahiran yang boleh membantu mereka pada masa akan datang. Minda pelajar tidak akan
berkembang sekiranya mereka hanya fokus terhadap ilmu pengetahuan sahaja, dan dengan
mempelajari kemahiran generik melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah, pelajar-
pelajar berminda kelas pertama dapat dilahirkan. Menurut Rohanida Abdul Manaf dan Mohd
Sofian Omar Fauzee (2002), aktiviti ko-kurikulum dapat memberikan latihan awal dari segi
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Kepimpinan dapat dilatih
melalui aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan. Che Aziz Jaafar dan Aminuddin
Yusof (2002) dan Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002) pula menyatakan kegiatan
kokurikulum merupakan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran sosial, bercampur
gaul, berhubung mesra, personaliti positif, kepimpinan, kemasyarakatan dan sifat
bertanggungjawab dan akhirnya dapat membentuk pelajar yang mahir dalam perhubungan
awam (interpersonal). Oleh itu, dengan memberi penekanan yang serius dalam ko-kurikulum
di sekolah, maka masalah yang dapat dilihat dalam sistem pendidikan juga dapat diselesaikan.

Bagi masalah berkaitan dengan sistem pendidikan yang terlalu berfokuskan


peperiksaan, kurikulum dan pentaksiran mestilah diselaraskan dengan tanda aras antarabangsa
bagi memastikan pelajar di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk berjaya pada abad ke 21 dan seterusnya, seiring dengan semangat untuk
pembelajaran sepanjang hayat. Selain pembelajaran akademik, kurikulum perlu juga memberi
tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan dari segi kesenian dan sukan untuk
pembangunan murid secara holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini
amatlah penting kerana pentaksiran tidak seharusnya hanya terhad untuk menguji domain
kognitif semata-mata tetapi turut juga fokus kepada domain-domain lain seperti afektif dan
psikomotor untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek
dan sosial. Walau bagaimanapun, peperiksaan awam yang bercorak sumatif tidak sepatutnya
berimpak negatif terhadap pelajar kerana teknik pentaksiran tradisional juga mempunyai
kelebihan yang mana keputusan yang boleh diperolehi dari teknik pentaksiran ini lebih

7
objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Hal ini dapat dilihat daripada ujian sumatif yang
seragam dan mempunyai standard yang tertentu dan tersendiri (Noor Azreen dan Sulaiman,
2013). Terdapat perubahan yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang secara dasarnya dapat mengubah pengiktirafan
keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata dan mengurangkan tekanan kepada
pelajar, ibu bapa dan guru bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan khususnya
(Mazlini dan Noorfazelawati, 2014). Oleh kerana itu, sistem peperiksaan awam hanya perlu
ditambahbaik dan diperhalusi agar tidak terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata, dan
peperiksaan awam tidak seharusnya dimansuhkan kerana masyarakat di Malaysia lebih lazim
dan biasa dengan kaedah pentaksiran tradisional sejak zaman selepas merdeka lagi. Pelajar
seharusnya dinilai dengan mencapai kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan
amalan nilai murni serta sikap yang terpuji (Noraini, 2005) dan tidak hanya berlandaskan
kepada peperiksaan semata-mata.

8
RUMUSAN

Sistem pendidikan merupakan elemen yang sangat penting bagi memastikan


pembangunan masyarakat dari segi ekonomik, politik dan sosial. Dan sejak tahun 1990, sektor
pendidikan di Malaysia sudah berkembang pesat dalam meningkatkan kualiti dalam
pendidikan. Namun begitu, masih banyak perkara yang harus dilaksanakan bagi memastikan
sistem pendidikan negara dapat dilonjakkan ke tahap yang setara dengan negara maju dan
bertaraf dunia (Daliyanie, 2011). Perubahan dalam sektor pendidikan juga menjadi intipati
penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan
merupakan peneraju pembentukan masyarakat. Melalui perubahan-perubahan ini, sistem
persekolahan bagi masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum dapat diseragamkan
dan penilaian terhadap pencapaian pelajar di sekolah dapat diperincikan dan diperhalusi.
Sebagai kesimpulannya, bagi memastikan berkesannya perubahan dalam sistem pendidikan,
kerajaan dan masyarakat seharusnya memainkan peranan masing-masing agar implementasi
perubahan dalam sistem pendidikan dapat dijayakan.

9
BAHAGIAN B (TUGASAN 2)

Filem memainkan peranan yang penting sebagai sumber hiburan dan inspirasi. Filem
telah lama menjadi sebahagian dari kehidupan kita, sama seperti muzik dan pelbagai lagi
bentuk seni yang lain. Di dalam era serba moden ini, kemajuan dalam industri perfileman
membantu pelbagai syarikat produksi untuk mendapat keuntungan yang tinggi dari filem-filem
yang meraih kutipan yang tinggi. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai pihak yang
beranggap bahawa terdapat penurunan kualiti filem pada masa kini berbanding dengan filem-
filem yang dihasilkan dahulu.

Pada pendapat saya, kualiti filem pada masa kini adalah lebih baik berbanding dengan
filem-filem yang terdahulu. Berbanding industri perfileman masa dulu, produksi filem pada
masa kini banyak dibantu oleh kecanggihan teknologi masa kini seperti penggunaan CGI,
ataupun computer-generated imagery. CGI merupakan aplikasi grafik komputer yang
menghasilkan kesan visual dalam filem, rancangan televisyen, iklan televisyen, simulasi dan
media cetak. Penggunaan CGI membolehkan pengarah produksi untuk menghasilkan imej
yang biasanya tidak dapat diperolehi melalui kesan khas tradisional. Melalui penghasilan
grafik melalui komputer, pengarah produksi tidak lagi perlu bersusah payah untuk
menggunakan kesan khas tradisional yang boleh memakan masa dan juga berpotensi
berbahaya terhadap mereka yang terlibat dalam produksi filem seperti pelakon dan juga kru
filem.

Selain itu, melalui kecanggihan teknologi masa kini, kualiti visual dalam filem juga
dapat dipertingkatkan. Jika dibandingkan dengan filem lama yang dihasilkan sebelum adanya
kamera berkualiti pada masa kini, kualiti filem pada masa kini adalah lebih baik, yang mana
penonton sendiri boleh merasa pengalaman seperti berada dalam filem tersebut, seperti mana
yang boleh dilihat dalam penggunaan kesan 3 dimensi ataupun 3D dalam penayangan filem.
Kualiti audio juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan penghasilan filem
yang berkualiti tinggi, dan dengan adanya kemajuan teknologi dalam perakaman audio dan

10
visual, maka kenyataan bahawa filem masa kini lebih baik berbanding dengan filem pada masa
dahulu tidak dapat disangkal lagi.

Sebagai kesimpulannya, filem pada masa kini adalah lebih baik dan lebih berkualiti
berbanding dengan filem pada masa dahulu, sekurang-kurangnya dari segi teknikal. Masih ada
kemungkinan filem pada masa dahulu lebih baik berbanding dengan filem masa kini dari sudut
penceritaan dan juga penstrukturan, tetapi kemajuan dalam kesan visual dan audio
membolehkan filem menjadi lebih dinikmati. Dan kerana kemajuan pesat dalam teknologi,
industri perfileman pada masa akan datang akan menjadi lebih baik lagi jika dibandingkan
dengan masa kini.

11
BAHAGIAN C

12
RUJUKAN

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Wahid. (2007). Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti
Terbuka Malaysia.

Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof. (2002). “Perlunya Kokurikulum Dalam Sistem
Pendidikan Sekolah.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan
Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Daliyanie. (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam Matematik


di peringkat sekolah menengah. Tesis sarjana muda, Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Ensiklopedia Global, Edisi Milinium, Jilid 18, Kamus A – K. (2001). Kuala Lumpur:
SmartGenie Corporation Sdn. Bhd.

Halimaton Hamdan. “Ke arah Memartabatkan Sains dan Teknologi Negara” (Kongres
Kebangsaan STEM, November 2017), Diakses daripada http://www.stem-
malaysia.com/uploads/1/0/5/7/105798971/stem_statistics_datuk_halimahton.pdf, pada
11 November 2019.

Hart, D. (1994). Authentic Assessment: a handbook for educators. Assessment Booksheft


Series. New York: Dale Seymour Publications.

13
Hazri Jamil. (2010). Historical overview of Malaysia's experience in enhancing equity and
quality of education: focusing on management and mediation of multiethnic issues.
Kertas kerja dibentangkan di ‘Africa-Asia Experience Sharing Seminar: Efforts
towards Improving the Quality of Education. Accra,’ Ghana. 19th – 21st January 2010.
Diakses daripada http://aadcice.hiroshimau.ac.jp/e/reseach/paper_no7-1.pdf, pada 11
November 2019.

Kalam Abu Adib. (2011). Peperiksaan vs. Pentaksiran. Diakses daripada


http://kalamabuadib.blogspot.com/2011/04/peperiksaan-vs-pentaksiran.html, pada 11
November 2019.

Kearns, P. (2001). Generic Skills for the New Economy. Kensington Park: National Centre for
Vocational Education Research (NCVER) Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013 – 2015. Diakses daripada
http://www/moe/gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary- BlueprintExecSummary-BM.pdf,
pada 11 November 2019.

Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mazlini Adnan dan Noorfazelawati Abd Kadir. (2014). Amalan pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Jurnal pendidikan
Sains dan Matematik Malaysia, Jilid 4, 59-69.

14
Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,
Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA: Jurnal
Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Jilid 4, 33-48.

Nordin Tahir. (2011). Pengujian, pengukuran dan penilaian. Diakses daripada


http://www.amaljaya.com/guru/wpcontent/uploads/2011/09/pengujian-pengukuran-
penilaian.pdf, pada 11 November 2019.

Noor Azreen bt Abd Aziz dan Sulaiman bin Yanim. (2013). Pentaksiran alternatif: menuju ke
arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Diakses daripada
http://www.academia.edu/1515904/Pentaksiran_Alternatif_Menuju_ke_Arah_Transfor
masi_Sistem_Pentaksiran_di_Malaysia

Noraini Idris. (2005). Peranan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan, Jilid 24, 117-132.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). “Kepentingan Kokurikulum
DalamSistem Pendidikan.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan
Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur:
UtusanPublications and Distributors Sdn. Bhd.

Rohaya Talib. (2009). Pembinaan Ujian Literasi Pentaksiran. Universiti Teknologi Malaysia.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah.

Simon Fisher et al. (2000). Mengelola Konflik: Ketrampilan & Strategi untuk Bertindak.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Terjemahan.

15
Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002). “Matlamat Dan Implikasi Kokurikulum Terhadap
Pelajar.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof
(2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

16

You might also like