You are on page 1of 5

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

Sejarah kesusasteraan melayu terbahagi kepada dua iaitu: Kesusasteraan melayu sebelum Islam. Kesusaateraan melayu sesudah Islam. KESUSASTERAAN MELAYU SEBELUM ISLAM R.O.Winstedt menyatakan pendapatnya mengenai sejarah kesusasteraan melayu klasik, iaitu: Literature strictly came into being with the art of writing, but long before letters were shaped, there existed the material of literature, words spoken in verse to wake emotion by beauty of sounds and words spoken in prose to appeal to reason by beauty of sense. (Winstedt, 1969:1) Pendapat beliau itu menepati konsep kesusasteraan iaitu pengertian kepada istilah sastera yang hanya menjadi matang dan sempurna setelah wujudnya bentuk lisan dan tulisan. Seperti yang diakui sejarah, bahawa tradisi tulisan hanya wujud dalam kesusasteraan Melayu sesudah hadirnya Islam dalam budaya Melayu. Sudah sewajarnya, sastera yang wujud ialah bentuk tulisan. Besar kemungkinan bahawa bentuk sastera yang terawal adalah puisi. Menurut pengkaji-pengkaji sastera sejagat, bentuk puisi mendahului bentuk prosa. (Drew, 1972) Dalam puisi Melayu tradisional, genre-genre

terawal yang sedikit sekali menyerlahkan campur tangan asing ialah pantun, peribahasa, teka-teki, talibun dan mantera. (Harun, 1989) Mantera dipercayai mendahului bentuk-bentuk puisi yang lain. Dalam bentuk prosa pula, andaian ialah kepada genre sastera rakyat yang mengandungi cerita-cerita yang sederhana berupa memorat dan fantastik. Dihubungkan dengan makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang. Mitos yang menghubungkan kewujudan manusia dan alam sekitar dengan kuasa yang lebih besar dan misteri. Prototaip kepada genre hikayat seperti yang dilihat dalam beberapa cerita yang digolongkan di sini sebagai lipur lara. Kebanyakan cerita dalam genre tersebut dan juga bentuk-bentuk puisi yang berkembang dalam tempoh itu menunjukkan sifat-sifat tempatan yang bersih daripada pengaruh-pengaruh asing. Apa yang berlaku selepasnya adalah hasil daripada proses transmisinya yang cukup panjang di samping tokok tambah dan kesialapan yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang terkemudian. Misalnya, Winstedt dan Sturrock telah melakukan kesilapan yang cukup besar dan mengelirukan melalui usaha-usahanya membukukan hasil-hasil sastera lisan, seperti: Awang Sulung Merah Muda kepada Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Malim Deman kepada Hikayat Malim Deman. Kekeliruan yang timbul ialah kerana istilah hikayat merujuk kepada bentuk tulisan dan hanya dikenali sesudah kedatangan Islam. Kajian-kajian terkemudian yang dilakukan

oleh para sarjana yang mendapatkan ceritacerita daripada para penutur, semuanya menyebutkan cerita, contohnya:

Cerita Pak Pandir Cerita Lebai Malang Cerita Awang Punggung Tajam, atau; Terus saja menyebutkan nama pelakunya, contohnya:

Bongsu Pinang Peribut Seladang Cantik Asal Usul Bukit Kaplu Kata cerita memang tepat dan wajar kerana sesuai dengan tradisi yang sama yang berkembang di daerah Melayu yang lebih awal iaitu, Minangkabau melalui tradisi kaba yang juga bermakna cerita, contohnya: Kaba Anggun nan Tungga Magek Jabang Kaba Cinduo Mato Kaba Si Umbut Muda Kerana itu, pengekalan identiti yang asal dengan menyebutnya sebagai cerita akan dapat mengelakkan beberapa kekeliruan yang menjadi kontroversi kepada pengkaji-pengkaji yang terkemudian. Kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap khazanah lisan ini membuktikan sebahagian besar daripadanya adalah tradisi tempatan yang terdapat secara umum dalam daerah Nusantara. Hal ini membuktikan cerita-cerita itu tidak berasal

dari luar, khususnya India, seperti yang dikemukakan oleh Winstedt, Crawfurd, Wilkinson dan lain-lain. PERKEMBANGAN MELALUI HUBUNGAN DENGAN BUDAYA INDIA Di Palembang, terdapat pusat-pusat pengajian agama Buddha dan kegiatan-kegiatan menulis dan menyalin karya-karya sastera seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing, yang datang ke palembang pada tahun 671 Masihi. Pada masa tersebut, perkembangan kesusasteraan berlaku dalam kedua-dua bahasa, Sanskrit, dan Melayu Purba. Sementara itu di Jawa Tengah, bahasa Jawa Kuno berkembang bersama bahasa Sanskrit dan diabadikan melalui tulisan-tulisan dalam bidang sastera dan bidang-bidang lain. Keadaan yang sama turut berlaku dalam kerajaankerajaan selepasnya, iaitu Kediri, Singasari dan Majapahit. Para sejarawan sastera membahagikan tahaptahap kesusasteraan Hindu-Jawa itu kepada empat tahap, iaitu: 1)Zaman Mataram (abad ke-9-19) 2)Zaman Kediri (abad ke-11-12) 3)Zaman Majapahit Awal (abad ke-14) 4)Zaman Majapahit Akhir (abad ke-14-16) Hasil-hasil penulisannya pula didapati dalam bentuk prosa(gencaran) dan bentuk puisi(tembang). Tembang Jawa Kuno dikenali sebagai kakawin, sementara tembang Jawa Tengahan dikenali sebagai kidung Kebanyakan hasil sastera dari zaman-zaman itu terdapat dalam bentuk kakawin. Pengaruh kesusasteraan Hindu-Jawa ini sangat luas dan dapat dilihat dari segi jumlah dan kepelbagaian karya yang sebahagian besarnya masih didapati atau diketahui umum.

Poerbatjaraka, sarjana Jawa yang terkenal ini membahagikan warisan sastera Jawa Kuno kepada lima bahagian, iaitu: 1.Kitab-kitab Jawa Kuno golongan tua seperti Kitab Chandra Kiranadan Kitab Ramayana. 2.Karya-karya kesusasteraan Jawa Kuno dalam bentuk kakawin seperti Kakawin Krishnayana dan Kakawin Bomakawya. 3.Hasil-hasil karya Jawa Kuno yang dalam golongan baru seperti Kakawin Sutasoma danKakawin Kunjarakarna. 4.Karya-karya yang tertulis dalam bahasa Jawa Tengahan seperti Tantu Pangelaran danC alon Arang. 5.Dalam bentuk tembang atau puisi Jawa Tengahan seperti Kakawin Dewa Ruci danSudamala. Pada zaman ini juga telah wujud perkembangan tradisi tulisan. Karya-karya terjemahan atau penyesuaian epik-epik India dan yang dikarang sendiri oleh para pujangga Jawa telah tertulis dalam huruf Pallava dan kemudian aksara Jawa Kuno atau Kawi.

You might also like