You are on page 1of 5

Kepelbagaian Jenis Latihan Dalam Perkhidmatan dan

Peningkatan Profesionalisme Guru Berdasarkan Kelayakan


Akademik
Sub-Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru)

Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, Ahmad Zabidi b Abdul Razak


SMK Katholik, Petaling Jaya
Universiti Malaya
sugumarie@gmail.com, zabidi@um.edu.my

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memainkan peranan ke arah pembentukan modal insan
melihat jenis latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan yang berkualiti.
di sekolah dan mengkaji perbezaan dalam peningkatan
profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Sejak dua dekad yang lalu, pembangunan
Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di profesionalisme guru dikembangkan dengan konsep guru
daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi berkesan (Guskey, 1995). Kini konsep guru berkesan
responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis telah digandingkan dengan sekolah berkesan
secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS
menghasilkan konsep pembangunan profesionalisme
versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah
statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus serta guru yang merangkumi pembangunan sekolah bersama
statistik inferensi iaitu ujian ANOVA Sehala. Kajian guru-guru. Terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan
membuktikan bahawa banyak latihan dalam terdapat kaitan yang tinggi antara pembelajaran
perkhidmatan dijalan dalam bentuk kuliah dan wujud profesional yang matang dan kejayaan penambahbaikan,
perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru perubahan, mewujudkan organisasi pembelajaran yang
berdasarkan kelayakan akademik. Maka pihak berkesan (Ahmad Zabidi,2002).
pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang bagi
mempelbagaikan jenis latihan dalam perkhidmatan supaya 2. PERNYATAAN MASALAH
bersesuaian dengan keperluan guru. Pihak Kementerian
pula boleh menambahkan peluang untuk sambung belajar Latihan diperlukan apabila terdapat jurang di antara
kepada guru-guru. Diharapkan kajian ini menjadi kompetensi, kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan dimiliki oleh guru dengan apa yang dijangkakan daripada
sebagai platform untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Jurang tersebut dapat dirapatkan melalui latihan
mereka. dalam perkhidmatan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
Kata kunci - kesesuaian; latihan dalam perkhidmatan; 6, Tahun 2005). Latihan dapat menambahbaik
profesionalisme keguruan pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku guru-guru
berkaitan tugas mereka (Sparks.D & Horsely, 1989). Di
Malaysia, guru-guru diberikan latihan dalam
perkhidmatan yang mencukupi bilangannya iaitu tujuh
1. PENDAHULUAN kali setahun berasaskan sekolah (Mesyuarat Profesional
Kementerian Pelajaran Malaysia bilangan 7/2007).
Banyak negara melabur dalam pendidikan guru dalam
usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan mereka Namun demikian, terdapat ruang bagi
(Darling Hammond, 2010). Negara-negara yang penambahbaikan dalam latihan dalam perkhidmatan agar
mencapai kedudukan yang tertinggi dalam pentaksiran meningkatkan profesionalisme guru memandangkan
antarabangsa seperti PISA (Programme for International laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Student Assessment) memfokuskan dalam meningkatkan (muka surat 28) menunjukkan bahawa guru-guru hanya
kepakaran guru sama ada melalui pendidikan guru berjaya menyampaikan 50% pengajarannya secara
mahupun latihan dalam perkhidmatan. Seiring dengan berkesan. Antara puncanya ialah bentuk latihan dalam
globalisasi yang telah memberikan impak yang signifikan perkhidmatan yang pasif seperti kuliah dan syarahan.
dalam segala aspek negara terutamanya pendidikan dan Senario ini menunjukkan latihan dalam perkhidmatan
ekonomi, kerajaan Malaysia telah menggariskan Pelan yang diperolehi oleh guru-guru di Malaysia kurang
Pembangunan Pendidikan (2013-2025) untuk berperanan dalam menambahbaik keupayaan guru dalam
meningkatkan kualiti generasi kita pada masa depan. tugas mereka terutamanya pengajaran.
Kualiti sistem pendidikan yang dimiliki negara kita

1
Selain itu, latihan dalam perkhidmatan disediakan individu dan kecemerlangan organisasi –
secara umum bagi semua guru tanpa mengambilkira tahap (m/s 2)
akademik yang berbeza. Beberapa langkah mengatasi
perlu diambil segera memandangkan lebih 60% guru pada Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-
hari ini akan mengajar untuk 20 tahun yang akan datang 2025), konsep latihan dalam perkhidmatan ialah suatu
(Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025). proses penambahbaikan dalam pengetahuan yang
dimiliki, kemahiran dan kompetensi guru-guru sebagai
Tambahan lagi, menurut Burnham dan Sullivan kunci proses penambahbaikan sekolah. Malah ia
(2010) terdapat masalah dalam mempelbagaikan bentuk menggariskan hanya guru-guru yang berkualiti tinggi dan
latihan dalam perkhidmatan seperti tempoh masa yang berpencapaian tinggi dalam peperiksaan awam akan
lama dan pembiayaan yang tinggi. Persoalannya, adakah mengisi sistem pendidikan negara kita. Maka kerajaan
bentuk latihan yang diberi berkesan dalam menyumbang mempromosikan pembangunan profesionalisme secara
ke arah peningkatan profesionalisme guru? Adakah berterusan (CPD) bagi guru-guru yang sedia ada sebagai
perbezaan akademik guru-guru meningkatkan satu langkah menambahkan kualiti dan kelayakan
profesionalisme guru-guru? Kajian ini adalah sesuatu mereka. Ia adalah sebagai salah satu usaha bagi mencapai
yang harus dilakukan bagi mengatasi masalah ini dengan anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-
segera dalam usaha membangunkan profesionalisme 2025 (KPM,2012 a)
guru.
Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012 pula
3. TUJUAN KAJIAN menerangkan bahawa latihan dalam perkhidmatan
merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat melaksanakan pembangunan profesional secara
kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan yang berterusan di sekolah. Ia dianggap sebagai alat
dijalankan di sekolah dan mengkaji perbezaan dalam penambahbaikan kualiti guru sepanjang masa. Guru-guru
peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan diberi latihan ataupun kursus mengenai pengetahuan,
akademik. kemahiran baru agar dapat meningkatkan keupayaan guru
4. OBJEKTIF KAJIAN tersebut untuk mengajar dengan lebih berkesan. Ini
kerana guru yang berkompetensi dapat meningkatkan
1. Melihat kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan kualiti pembelajaran murid (KPM,2012 b).
yang dijalankan di sekolah; dan
7. KEPELBAGAIAN LATIHAN DALAM
2. Mengkaji perbezaan dalam peningkatan PERKHIDMATAN
profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik.
Menurut KPM, 2005, latihan dalam perkhidmatan
5. SOALAN KAJIAN terbahagi kepada tiga bahagian berdasarkan jangka masa
latihan tersebut. Iaitu:
1. Apakah jenis latihan dalam perkhidmatan yang
dijalankan di sekolah-sekolah? 1. “Kursus Jangka Panjang” ialah kursus sepenuh masa
2.Adakah terdapat perbezaan peningkatan yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar
profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik? termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti
akademik;
6. KONSEP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
2. “Kursus Jangka Pendek” ialah kursus sepenuh masa
Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel
Malaysia menggariskan maksud latihan dalam yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar
perkhidmatan sebagai: (Rujukan: KPM/Pekeliling termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005) akademik;
Proses pemindahan ilmu pengetahuan 3. “Kursus Jangka Sederhana” ialah kursus sepenuh masa
secara kemas, berdisiplin, bertujuan yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi
menambah pengetahuan dan kemahiran dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan
untuk memenuhi keperluan dan tuntutan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.
semasa dalam organisasi. Ini dicapai
melalui sebarang bentuk pembelajaran Berdasarkan KPM, 2005 (muka surat 2), terdapat
seperti kursus, latihan semasa bekerja pelbagai bentuk program latihan dalam perkhidmatan
dan program mentoring / coaching atau bagi meningkatkan profesionalisme keguruan seperti
yang seumpama dengannya yang bengkel, seminar, lawatan sambil belajar dan sebagainya.
menyumbang kepada pembangunan Menurut Kementerian Pendidikan juga kursus, bengkel,
taklimat profesional, seminar, sesi input (in-house) dan
2
hari profesional juga dianggap sebagai latihan dalam pasaran faktor bahawa sumber manusia tersebut memiliki
perkhidmatan (KPM, Taklimat Perlaksanaan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang boleh
Memaksimumkan masa instruksional, 2012). diambil kerja oleh pasaran faktor. Maka peningkatan
dalam kelayakan akademik meningkatkan peluang
Latihan dalam perkhidmatan boleh dikendalikan peningkatan profesionalisme seseorang.
dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kandungan
dan objektif latihan dalam perkhidmatan tersebut. Maka Pendidikan di peringkat sarjana dan doktor
kebanyakan latihan dalam perkhidmatan diadakan dalam falsafah merupakan satu bentuk latihan jangka panjang
bentuk kursus-kursus jangka pendek seperti kuliah, yang ditawarkan kepada guru-guru (KPM, 2005). Maka
perbincangan, sumbangsaran, mengajar menggunakan ia juga menjadi satu unsur latihan yang ditujukan kepada
modul, tunjuk cara atau demonstrasi, tayangan video, guru-guru.
lawatan sambil belajar serta bentuk-bentuk lain yang
sesuai kerana ia disediakan atas kemampuan sekolah dari 9. KAEDAH KAJIAN
segi kemudahan fizikal dan kewangan yang terhad.
Pengkaji telah memilih enam buah sekolah dari daerah
Manakala di luar negara seperti Finland, Sweden Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
serta beberapa buah negara Asia seperti Singapura dan Pemilihan sekolah ini dibuat berdasarkan kriteria
Korea Selatan menggunakan bentuk mentor, coaching kepelbagaian jenis sekolah yang terdapat di daerah
dan lesson study yang aktif dijalankan (Darling tersebut. Antara kriteria sekolah yang dipilih ialah
Hammond, 2010). Kebanyakan latihan dalam sekolah cluster, bukan cluster, mubaligh, aliran lelaki,
perkhidmatan dijalankan secara kolaborasi dan kolegial aliran perempuan serta aliran campuran. Seramai 174
antara guru-guru semasa waktu bekerja. guru yang bukan pentadbir telah menjadi responden
dalam kajian ini.
8. PERBEZAAN PENINGKATAN
PROFESIONALISME GURU BERDASARKAN Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan
KELAYAKAN AKADEMIK soalselidik untuk mengumpul segala maklumat.
Soalselidik terdiri daripada dua bahagian utama.
Kelayakan akademik merujuk kepada usaha mendapatkan Bahagian I mendapatkan maklumat asas responden.
pendidikan pada tahap yang lebih tinggi daripada Manakala bahagian II mempunyai item-item yang
keperluan asas untuk menjadi seorang guru. Sejak tahun digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai
2010 semua guru di Malaysia disyaratkan untuk memiliki kepelbagaian latihan dalam perkhidmatan serta perbezaan
sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda sebagai peningkatan profesionalisme berdasarkan kelayakan
kelayakan asas untuk menjadi guru. Kementerian akademik. Ujian pekali Alpha-Cronbach bagi
Pendidikan juga memberi galakan kepada guru-guru mendapatkan indeks kebolehpercayaan mencatat nilai
untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka di alpha antara .811 hingga .934.
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dengan harapan ia
dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut (KPM, Berdasarkan kategori soalan kajian pula,
2012). kepelbagaian latihan dalam perkhidmatan mencatat .843
manakala aspek perbezaan peningkatan profesionalisme
Menurut teori modal insan, kelayakan akademik berdasarkan profesionalisme pula mencatat .931. Jelas
membezakan penguasaan pengetahuan dan peningkatan sekali bahawa instrumen kajian memiliki
dalam keupayaan untuk belajar. Ini kerana sebarang usaha kebolehpercayaan yang tinggi untuk ditadbirkan.
untuk mendapatkan pendidikan adalah merupakan satu Mengikut Mohd Majid Konting (1998), tiada satu
bentuk pelaburan yang dibuat dalam meningkatkan ketetapan tentang pekali yang menunjukkan
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk kebolehpercayaan yang tinggi, tetapi pada umumnya item
melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan. Maka yang mencatat indeks .60 ke atas dianggap mempunyai
dalam konteks ini, kelayakan akademik membezakan kebolehpercayaan untuk ditadbirkan. Semua item soal
peningkatan profesionalisme guru. selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0 bagi
Tambahan lagi, Laporan OECD (1997) mendapatkan data ujian statistik deskriptif bagi melihat
menunjukkan bahawa banyak negara OECD kepelbagaian latihan dalam perkhidmatan dan ujian
menumpukan pada peningkatan kelayakan akademik statistik inferensi ANOVA untuk melihat perbezaan
untuk memajukan ekonomi negara tersebut. Ini secara peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan
langsung menunjukkan bahawa kelayakan akademik akademik.
yang membawa kepada produktiviti modal insan yang
tinggi.

Malah menurut teori “signalling” juga didapati


bahawa pendidikan adalah satu signal yang diberi kepada
3
10. DAPATAN KAJIAN Keputusan ujian Post Hoc Multiple Comparisons
pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
Dalam bahagian ini hasil dapatan kajian dibincangkan signifikan antara 3 kumpulan kelayakan akademik yang
dari kepelbagaian latihan dalam perkhidmatan dan berbeza iaitu Phd, Sarjana dan Sarjna Muda. Jadual
perbezaan peningkatan profesionalisme berdasarkan Homogeneous Subsets dan Means Plots jelas
kelayakan akademik. menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan Phd (4.89)
adalah lebih tinggi daripada min kumpulan lain. Iaitu
Kepelbagaian Latihan Dalam Perkhidmatan Sarjana (4.01) dan Sarjana Muda (3.62).
Pengkaji mengkategorikan latihan dalam perkhidmatan Hasil ujian ANOVA dan ujian perbezaan Post Hoc
yang ditawarkan kepada 6 kategori utama. Ia dipisahkan menunjukkan bahawa peningkatan profesionalisme bagi
berdasarkan kepada tinjauan literatur yang menyatakan tiga kumpulan guru yang berbeza kelayakan akademik.
jenis-jenis latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di
kebanyakan sekolah yang dikaji di Malaysia. 11. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Jenis-jenis latihan dalam perkhidmatan yang Kepelbagaian latihan dalam perkhidmatan
dijalankan di peringkat sekolah dikaji mengikut jumlah
kekerapan responden setuju bahawa jenis latihan tersebut Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati antara jenis
diadakan di sekolah responden. Maka kajian mendapati, latihan dalam perkhidmatan yang paling banyak
kaedah kuliah atau syarahan (28.94%) adalah yang paling dijalankan di peringkat sekolah ialah kaedah syarahan
banyak dijalankan di peringkat sekolah. Diikuti dengan atau kuliah. Selain itu, kajian juga menunjukkan pihak
kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (23.16%), tayangan pengurusan sekolah juga gemar menggunakan kaedah
video (17.89%), kaedah mengajar menggunakan modul latihan dengan membuat demonstrasi ataupun tunjuk
(17.36%), lawatan sambil belajar (10.52%) dan akhir cara.
sekali ialah lain-lain (2.1%) kaedah penyampaian latihan
dalam perkhidmatan. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan kaedah
tayangan video, mengajar menggunakan modul serta
Perbezaan Peningkatan Profesionalisme Berdasarkan lawatan sambil belajar merupakan antara pelbagai kaedah
Kelayakan Akademik latihan dalam perkhidmatan yang digunakan oleh pihak
sekolah.
Soalan kajian ini pengkaji melihat sama ada wujud
perbezaan antara kelayakan akademik para guru yang Dalam laporan OECD 2009, pelbagai bentuk
dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan di
akademik yang tertinggi terhadap peningkatan kebanyakan negara. Antaranya seminar, bengkel,
profesionalisme keguruan. ceramah dan sebagainya. Namun begitu, Guskey (2000)
berpendapat bahawa latihan dalam perkhidmatan yang
Jadual 1 dijalankan dalam kuliah yang berbentuk siri yang tidak
berkaitan antara satu sama lain tanpa ada bimbingan
Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Dalam Melihat susulan tidak berkesan dalam meningkatkan
Perbezaan Terhadap Profesionalisme Guru keberkesanan latihan dalam perkhidmatan.
Berdasarkan Kelayakan Akademik
Dapatan ini bertentangan dengan pandangan
Sumber Darjah Jumlah Min Nisba Sig. Fullan (1982) yang berpendapat bahawa latihan dalam
Perbezaan kebebasan Kuasa Dua Kuasa hF (p) perkhidmatan yang dijalankan dalam bentuk bengkel,
Dua
kuliah sehari tidak berkesan kerana topik perbincangan
Antara 2 7.79 3.90 8.501 .00
latihan dalam perkhidmatan dipilih oleh penceramah dan
kumpulan 1
Dalam 171 77.89 .46
bukannya mengikut keperluan guru-guru.
kumpulan
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang
Jumlah 173 85.68
mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentaksiran
antarabangsa seperti PISA dan TIMSS seperti Singapura,
*Aras kesignifikan pada .05 Finland melabur dalam pendidikan guru sebagai strategi
Berdasarkan ujian ANOVA dalam jadual 1, didapati untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka.
wujud perbezaan yang signifikan dalam peningkatan Bentuk latihan ini perlu dikaitkan dengan masa
profesionalisme berdasarkan kelayakan akademik para yang diperuntukkan bagi latihan tersebut. Menurut
guru (F=8.501, p<.05). Data yang dikumpul Darling Hammond (2010) mana-mana latihan yang
membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam diberikan kurang daripada 14 jam didapati tidak berkesan
peningkatan profesionalisme guru antara guru-guru yang dalam meningkatkan profesionalisme guru. Kebanyakan
mempunyai kelayakan akademik yang berbeza.
4
negara-negara berprestasi tinggi menjadikan konsep kewangan, cuti belajar, bantuan komputer dan
mentor dan menganugerahkan sijil dan kenaikan dalam sebagainya.
gaji. Ia menjadi faktor motivasi kepada guru-guru dalam
meningkatkan profesionalisme mereka. 12. KESIMPULAN

Secara rumusannya, di Malaysia kaedah latihan Kita berada di akhir gelombang pertama (2013-2015)
dalam perkhidmatan yang banyak digunakan di peringkat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Peningkatan
sekolah ialah kuliah, seminar, tayangan video, kualiti pengajaran dan pembelajaran dijalankan menerusi
demonstrasi dan bengkel. Pihak pengurusan latihan dalam peningkatan profesionalisme guru. Latihan dalam
perkhidmatan di peringkat sekolah mahupun kementerian perkhidmatan sebagai alat pembangunan profesionalisme
diharapkan agar dapat mempelbagaikan kaedah latihan guru perlu dipelbagaikan dan dinilai keberkesanannya
bersesuaian dengan keperluan latihan. Mereka juga dalm mencapai matlamatnya. Latihan dalam
disarankan agar memastikan kaedah latihan dalam perkhidmatan ini dibuat bagi meningkatkan keupayaan
perkhidmatan yang berkesan dipilih dalam usaha guru-guru agar bersedia menerima perubahan demi
mencapai tujuan dan matlamat latihan dalam penambahbaikan diri dari segi pengetahuan, kemahiran
perkhidmatan tersebut. dan keupayaan dalam pengamalan bilik darjah. Guru-
guru yang mengambil bahagian dalam kajian ini berharap
Perbezaan Peningkatan Profesionalisme Berdasarkan agar latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan lebih
Kelayakan Akademik sesuai dalam meningkatkan profesionalisme mereka.

Soalan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana Rujukan


kelayakan akademik mempengaruhi peningkatan
profesionalisme guru. Kajian data menunjukkan bahawa [1] Ahmad Zabidi.,(2002). Persepsi guru terhadap ciri-ciri
wujud perbezaan yang signifikan dalam peningkatan sekolah berkesan: satu kajian di beberapa buah sekolah
agama menengah di Selangor.tesis.MEdM. Universit i
profesionalisme guru-guru berdasarkan kelayakan
Malaya (tidak diterbitkan)
akademik para guru. Maka dapat dibuktikan bahawa [2] Burnham,J.W,Sullivan,F.,(2010). Leadership and
setiap kumpulan guru berbeza peningkatan professional development in schools.(Hamidah Bab
profesionalismenya bergantung kepada kelayakan Trans) United Kingdom:Pearson.
akademik mereka. [3] Dafou, E.,(2009). Qualifications and skills: the
organizational perspective. Journal of Education and
Ini selari dengan pendapat Dafou (2009) yang Work. Vol.22,No.2,91-104
menyatakan bahawa kelayakan akademik menjadi faktor [4] Darling Hammond, (2010). How high-achieving countries
asas yang menunjukkan kebolehpasaran pekerja baru develop great teachers. Stanford Center for Opportunity
yang tidak mempunyai pengalaman bekerja. Kelayakan Policy for Education.
akademik semakin tinggi membezakan suitability dan [5] Fullan, M., (1982). The new meaning of eduvational
accpetability terhadap pekerjaan yang dipohon. Majikan change, New York: Teacher College Press.
[6] Guskey, T. , (1995). Professional development in education:
juga memberikan keutamaan kepada calon pekerja yang
In search of the optimal mix. In T. R. Guskey & M.
mempunyai kelayakan yang tinggi. Manakala latihan Huberman (Eds.), Professional development in education:
yang diberi sepanjang pekerjaan mereka menambahkan New paradigms and practices (pp. 114-131). New York:
kemahiran substantif pekerja-pekerjanya (Dafou, 2009). Teachers College Press.
[7] Guskey, T. R., (2000). Evaluating professional
Kelayakan akademik yang tinggi perbezaan dari development. Thounsand Oaks: Corwin Press.
segi pengetahuan, amalan professional dan cara [8] KPM, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005
pemikiran guru-guru dalam pengajaran mereka (Dafou, [9] KPM, Mesyuarat Professional KPM Bil. 7/2007 bertarikh
2009). Kementerian Pendidikan dicadangkan agar 21 November 2007
membuka peluang yang banyak kepada guru-guru untuk [10] KPM 2012a, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025,
melanjutkan latihan dalam perkhidmatan jangka panjang Sept 2012
iaitu melebihi setahun. Maka, guru-guru yang mempunyai [11] KPM 2012 b, Dasa r Pendidikan Kebangsaan 2012
kelayakan akademik yang tinggi dapat menjadi guru-guru [12] Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP
yang lebih profesional. [13] Sparks.D, & Horsley (1989). Five models of staff
development for teachers, Journal of Staff Development,
Secara rumusannya, Kementerian Pendidikan
10, 4.
juga boleh menambahkan program-program
pensiswazahan guru-guru ke peringkat sarjana dan
kedoktoran agar guru-guru negara kita dapat
meningkatkan profesionalismenya. Pihak-pihak
berkepentingan dalam sektor pendidikan boleh
memainkan peranan dengan memberikan bantuan kepada
guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran dari segi
5

You might also like