You are on page 1of 3

Draf Teks Ucapan Pegawai Kesihatan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Terima Kasih Pengerusi Majlis,

 Yang Berhormat/Yang Berusaha.....


 Yang Berusaha Pengerusi Combi Negeri....
 Yang Berusaha Pengerusi Combi Kg
 Yang Berusaha Pengerusi JKKK Kg
 Ketua Kampung Kg
 Yang Berusaha Pegawai Promosi Kesihatan PKK Tuaran....
 Ajk penganjur dan semua penduduk Kg .... yang hadir pada pagi yang indah ini.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Ahli Jawatan kuasa
Komuniti Program COMBI Kg.... khususnya dan penduduk Kg .... amnya, Kerana telah Berjaya
melaksanakan program COMBI di kg ini. Tanpa Usaha sama dan kerjasama yang gigih,program ini
tidak mudah dicapai.

Penyakit Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebarkan oleh jangkitan virus denggi
yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara Penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk Aedes
orang yang berpenyakit virus denggikepada orang yang sihat.

Pemantauan KKM menunjukkan dari Januari hingga pertengahan Ogos 2022, sejumlah
42,084 kes telah dilaporkan diseluruh Negeri di Malaysia berbanding 19,423 kes dilaporkan bagi
tempoh yang sama tahun Ogos 2021. Terdapat 116.7% peningkatan kes di Seluruh negeri Di
Malaysia.

Setakat ini, Jumlah keseluruhan kematian akibat Denggi adalah sebanyak 24 orang pada tahun ini
berbanding 13 orang yang dilaporkan pada tahun 2021.

Bagi Negeri Sabah, jumlah kes denggi sebanyak 4,138 kes dilaporkan sehingga September 2022
berbanding 1215 kes pada tahun 2021 (Meningkat sebanyak 241%) dengan Kes kematian.

Bagi Daerah Kota Belud, Setakat ini kes yang dilaporkan adalah sebanyak 46 kes sehingga epid week
38 (2022) berbanding 27 kes dilaporkan pada minggu epid yang sama PADA 2021 Perkara ini
menunjukkan Terdapat 70.4% peningkatan kes Denggi berlaku di Daerah Kota Belud.
Memandangkan berlaku peningkatan kes Demam Denggi bagi negerI Sabah, KKM memandang
serius untuk menangani kes demam denggi dan pelbagai pendekatan telah diambil.

Program COMBI adalah salah satu program yang disarankan oleh KKM.

COMBI ialah singkatan bagi “COMmunication for Beharvioural Impact”


(KomunikasiUntukPerubahanTingkahlaku) iaitu satu program menggunakan pendekatan komunikas
iuntuk mengubah tingkah laku manusia.

Konsep telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh
beberapa buah Negara dalam mencegah dan mengawal penyakit Tuberkulosis (TB),Kusta dan
Filariasis.

Di Malaysia,pendekatan ini digunakan bagi mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi.

Dua tingkahlaku yang diamalkan oleh program COMBI:

- Periksa dalam dan luar rumah setiap hujung minggu dan hapuskan tempat
Tempat pembiakan nyamuk Aedes.
- Dapatkan rawatan segera di hospital/Klinik kesihatan sekiranya demam dan mempunyai
tanda-tanda demam Denggi

Faedah kepada Komuniti:

- Meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan cara hidup Sihat


- Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu
- Menjadikan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan sihat
- Hubungan inter agensi dan masyarakatakan bertambah berat.

Harapan saya semoga program ini akan terus berjalan memandangkan ianya satu usaha yang murni

Bukan saja mengeratkan perpaduan disamping itu kebersihan dan persekitaran kita juga terjaga.

Apabila kita berada dalam persekitaran yang bersih secara tidak langsung kesihatan kita terjamin.

Bersamalah kita membenteras denggi kerana denggi boleh membunuh. Luangkan 10 minit sehari
untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sekian terimakasih.

You might also like