You are on page 1of 6

Unit Penyakit Berjangkit (CDC)

 Pengenalan
 Fungsi Unit
 Carta Organisasi
Pengenalan
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit berperanan menjalankan pemantauan terhadap
program pencegahan dan kawalan penyakit yang berjangkit di bawah Unit CDC, Unit Tibi &
Kusta dan Unit HIV & STI. Unit-unit yang terlibat di bawah Cawangan Penyakit Berjangkit
adalah:-
i. Unit Penyakit Berjangkit
ii. Unit Tibi dan Kusta
iii. Unit HIV/ AIDS
Objektif Umum
 

 Pengawasan, pemantauan semua kes yang perlu dilaporkan dalam tempoh 24 jam di
bawah Akta Penyakit Berjangkit 1988.
 Menjalankan langkah pencegahan bagi penyakit keutamaan supaya tidak menjadi
masalah kesihatan awam dan seterusnya menjadi wabak.
 Memberi pendidikan kepada masyarakat berhubungkait penyakit berjangkit dalam
aspek:-
o Kawalan
o Pencegahan
o Rawatan
o Penglibatan Masyarakat
o Kepentingan Dalam Kesihatan Awam

Unit Penyakit Berjangkit (CDC)

 Pengenalan
 Fungsi Unit
 Carta Organisasi
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit berperanan menjalankan pemantauan terhadap program
pencegahan dan kawalan penyakit yang berjangkit di bawah Unit CDC, Unit Tibi & Kusta dan
Unit HIV & STI. Antara fungsinya ialah memantau:-
•    Program Penyakit Bawaan Makanan  ( FWBD)
-    Memantau data kejadian penyakit di daerah melalui sistem enotis
-    Mengesan wabak dan pastikan siasatan dan kawalan di daerah berjalan lancar
-    Mendapatkan reten wabak dan menghantar  ke KKM
-    Menganalisa data kejadian penyakit  FWBD
-    Menjalankan odit program FWBD,zoonosis dan VPD  di daerah secara  berkala
•    Program Penyakit Zoonosis
-    Koodinasi dan berkongsi data berkaitan dengan Jabatan Veterina
-    Memantau data kejadian penyakit di daerah melalui sistem enotis
-    Mengesan wabak dan pastikan siasatan dan kawalan di daerah berjalan lancar
-    Mendapatkan reten wabak dan menghantar  ke KKM
-    Menganalisa data kejadian penyakit  zoonosis
-    Merancang pelan tindakan program berdasarkan pencapaian tahunan
•    Program Penyakit Berkaitan  Vaksin ( VPD)
-    Koodinasi dan berkongsi data liputan Imunisasi  dengan  Cawangan  
-    Pembanguna Kesihatan Keluarga.
-    Memantau data kejadian penyakit di daerah melalui sistem enotis
-    Mengesan wabak dan pastikan siasatan dan kawalan di daerah berjalan lancar
-    Mendapatkan reten wabak dan menghantar  ke KKM
-    Menganalisa data kejadian penyakit  VPD
•    Program Rawatan dan Kawalan Tibi
-    Menjalankan lawatan audit ke daerah secara  berkala
-    Memantau  hasil rawatan Tibi di daerah melalui sistem myTIBI
-    Merancang Pelan Tindakan Program berdasarkan pencapaian tahunan
-    Kolaborasi dengan Non Goverment Organisation (NGO) berkaitan
•    Program Rawatan  dan Kawalan Kusta
-    Menjalankan lawatan audit ke daerah secara  berkala
-    Memantau  kes  Kusta di daerah melalui  sistem myKUSTA
-    Merancang  Pelan Tindakan  Program berdasarkan pencapaian tahunan
-    Kolaborasi dengan Non Goverment Organisation (NGO) berkaitan
•    Rawatan HIV/ AIDS  (HAART)
-    Memantau rawatan HIV/AIDS di daerah melalui reten berkala
-    Menyediakan keperluan  rawatan termasuk ubatan, reagen dan`test kit’
-    Menganalisa keberkesanan program  rawatan HIV  di peringkat negeri
-    Bekerjasama dengan  NGO
 
•    Saringan HIV Ibu Hamil (eMTCT)
-    Memantau data reten e MTCT secara berkala
-    Memantau keberkesanan program saringan secara bulanan
-    Memastikan semua  ibu dan bayi yang dijangkiti HIV mendapat rawatan
•    Saringan Pra  Perkahwinan
-    Memantau data reten program ini secara berkala
-    Memastikan semua kes yang positif di beri rawatan HAART.
-    Bekerjasama dengan Jabatan Agama, Majlis  Agama Negeri dan JAKIM
•    Rawatan  Gantian Methadone
-    Memantau  dan menganalisa data reten program secara berkala
-    Bekerjasama dengan agensi lain seperti AADK, Polis dan Jabatan Penjara
-    Menganalisa keberkesanan program secara berkala
-    Menyedikan keperluan rawatan termasuk reagent dan ubatan
-    Menyediakan pelan tindakan berdasarkan pencapaian tahunan.
•    Program Orang Kena Pengawasan (OKP)
-    Memantau  aktiviti berkaitan HIV di daerah  untuk bekas penagih dalam komuniti
-    Kolaborasi aktiviti dengan  agensi lain termasuk AADK ,PEMADAM dan Polis

•    Program City Getting to Zero HIV (CTGO)


-    Menjadi urusetia Program yang mana program ini dipengerusikan  oleh Dato Bandar kuala 
Lumpur
-    Memantau  aktiviti setiap JKK kerja CTGO di daerah yang terlibat
-    Mendapatkan bantuan kewangan dari sektor HIV untuk aktiviti CTGO

•    Program Riben Merah


-    Memantau aktiviti program di daerah  yang melibatkan sekolah dan kolej secara berkala
-    Membuat pelan tindakan bedasarkan pencapaian tahunan.
======================

 Untuk mencegah kejadian penyakit berjangkit dari peringkat awal supaya tidak menjadi
masalah kepada kesihatan awam di negara ini dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya khasnya.
 Menjalankan siasatan sumber kejadian yang berlaku serta mengambil langkah awal bagi
mencegah berlakunya penularan penyakit dan menjadi wabak yang serius
 Memberi maklumat, rekod, analisa kejadian penyakit di daerah yang mudah merebak
kepada umum.
 Menjalankan pemantauan semua penyakit di daerah samada kejadian kes tempatan,
import dan kejadian penularan dari luar atau dalam daerah, negeri dan negara.
 Memberi kesedaran melalui pendidikan kesihatan.
Demam Denggi
57
Pengenalan

Apa itu demam denggi?

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes.
Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan Gejala

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?


Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

 Demam panas

 Sakit kepala

 Sakit tulang belakang

 Sakit sendi-sendi

 Loya dan muntah-muntah

 Sakit biji mata

 Ruam
Komplikasi

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?


Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa
maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

 Mudah lebam

 Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

 Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Rawatan

Apakah rawatan untuk demam denggi?


Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan
gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat
demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad
sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

>> Ujian Denggi
Pencegahan

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?


Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk


o Membuang bekas yang boleh menakung air

o Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup

o Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya


seminggu sekali
o Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

o Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti


o Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

o Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

o Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu
keluar rumah
o Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Dimanakah saya boleh mendapat ubat pembunuh jentik-jentik?

Ubat pembunuh jentik-jentik boleh didapati di kebanyakan pasaraya, hypermarket dan kedai menjual
racun serangga di seluruh Malaysia atau mendapatkannya dari Pejabat Kesihatan Daerah yang
berhampiran secara percuma.

Kumpulan sokongan

Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan. Laman web untuk maklumat
lanjutan : http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/dengue/index.htm
Semakan Akhir : 26 April 2012

Penulis : Dr. Fuad Hashim


  : Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad

Penyemak : Dr. Muhaini Othman

Rujukan

Portal Rasmi
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur &
Putrajaya
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur. Tel :+603-2268 7333 | Fax :+603-2268 7555

http://jknkl.moh.gov.my/unit-cdc

http://www.myhealth.gov.my/penyakit-berjangkit-3/

https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi

https://pusatkesihatan.uitm.edu.my/v3/index.php/en/current-news-activities/463-penyakit-tibi

You might also like