You are on page 1of 8

NAMA : PJKA HUSNA BT MAT ISA

NO MATRIKS : PBN1/2020 (K)-0008

KURSUS : PUBLIC HEALTH NURSING MAC /2020

LATIHAN STD / HIV / AIDS

1. Menerangkan definisi HIV/AIDS/STD


 HIV - Human Immunodeficiency Virus
Dikelaskan sebagai retrovirus kerana keupayaan menukarkan Ribonucliec Acid (RNA) kepada
deoxyribonucleic Acid (DNA) dengan bantuan enzim Transkriptase songsang (Reverse
Transkription).Melemahkan dan memusnahkan sistem pertahanan badan.
Menjadinya punca kepada AIDS

 AIDS : Acquired immune deficiency syndrome.


Merupakan peringkat akhir,dimana sistem daya tahan tubuh melawan penyakit lumpuh .Pesakit
mula menunjukan gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu .

• STD - (Sexually Transmitted Diseases)


Sekumpulan penyakit berjangkit melalui hubungan seks (secara basiknya).Boleh juga disebarkan
melalui sentuhan (direct contact) kepada cairan badan yang lain seperti air liur, darah dan lain-
lain
2. Menyatakan prevalence/incidence HIV/AIDS/STD
 Di Malaysia, kes HIV yang pertama di laporkan pada tahun 1986. Sehingga akhir 2013, jumlah
kes pesakit yang mengidap HIV adalah sebanyak 85,332 kes dengan jumlah kes kumulatif HIV
yang dikesan adalah sebanyak 101,672 dan jumlah kematian sebanyak 16,340 kes. Jangkitan HIV
boleh berlaku kepada sebarang peringkat umur. Walau bagaimanapun, wabak ini lebih ketara
berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 30 hingga 49 tahun. Golongan ini dikatakan
aktif dicemari oleh virus HIV. Sehingga akhir tahun 2013 didapati pola jangkitan HIV telah
berubah dimana cara penularannya dari faktor risiko penagihan dadah secara suntikan kepada
faktor risiko melalui hubungan seksual. Di dapati cara penularan HIV melalui faktor risiko
hubungan seksual menyumbang sebanyak 78.5% (69.8% heteroseksual & 30.8%
homoseksual/biseksual). Kadar penularan melalui faktor risiko penagihan dadah secara suntikan
semakin menurun,  menyumbang hanya 21.5% semenjak Program Pengurangan Kemudaratan
(2006) & Pertukaran Jarum (2008) – Harm Reduction & NSEP. Kadar penularan melalui faktor
risiko transmisi vertikal daripada ibu yang telah dijangkiti oleh virus HIV kepada anak juga dapat
dikurangkan iaitu menyumbang sebanyak 1.5% sahaja semenjak program saringan HIV untuk ibu
– ibu mengandung (PMTCT) mula dijalankan pada tahun 1998.
• STI - 20 orang remaja dijangkiti setiap tahun.33.3% dari kes baru terdiri belia berusia < 25 tahun.
Jangkitan sifilis dan HIV paling tinggi dikesan dikalangan belia berusia 15 – 30 tahun.
Di Malaysia terdapat 13 kes HIV baru setiap hari (Berita Harian Mei 1999).

3. Menyatakan agen penyebab HIV/AIDS/STD


 HIV - Human Immunodeficiency Virus  (HIV) – sejenis retrovirus yang ditemui pada tahun
1980an. Jangkitan ini menyebabkan kelemahan sistem daya tahan melawan penyakit dan
akhirnya musnah sama sekali, juga boleh mengakibatkan barah.
 AIDS - AIDS disebabkan oleh human immunodeficiency virus (HIV). HIV yang masuk ke dalam
tubuh akan menghancurkan sel CD4. Sel CD4 adalah sebahagian dari sel darah putih yang
melawan infeksi. Semakin sedikit sel CD4 dalam tubuh, maka semakin lemah system imunity
badan seseorang.
STI
1) Bakteria ( menyebabkan penyakit):
• Penyakit gonorrhea
• Limfogranuloma venereum
• Penyakit chlamydia
• Penyakit chancroid
• Penyakit Sifilis
2) Fungus / kulat ( menyebabkan penyakit)
• Jangkitan candidiasis (kulat)
• Jangkitan urethritis tidak spesifik
3)Virus (menyebabkan penyakit):
• Herpes
• HIV / AIDS
• Ketuat Kemaluan
• Hepatitis B dan Hepatitis C

4. Menyatakan punca-punca HIV/AIDS/STD


 HIV / AIDS

Penularan HIV terjadi melalui agen darah, sperma, atau cairan vagina dari seseorang yang dijangkiti
masuk ke dalam tubuh orang lain melalui :

 Hubungan seks - Melakukan hubungan seks yang tidak selamat seperti seks rambang,tidak
menggunakan kondom adalah salah satu punca penyebaran HIV/AIDS.
 Perkongsian Jarum. Pesakit HIV /AIDS antaranya IVDU berkongsi jarum dgn individu lain adalah
salah satu punca penyebaran jangkitan melalui blood stream.
 Transfusi darah. Darah yang tercemar dengan virus hiv dr donor masuk ke dalam badan individu
lain dengan medium blood transfusion adalah salah satu punca penyebaran berlaku.
 Mother to Fetus Transfussion sewaktu antenatal, kelahiran dan penyusuan susu ibu.
5. .Menyatakan cara transmisi/rebakan HIV/AIDS/STD

-Virus ini merebak melalui:-


i. sentuhan langsung dari cairan badan seperti air liur,darah air mani dan lain-lain kepada
manusia terutama terkena pada bahagian badan terbuka seperti luka atau calar.
ii.Permindahan darah atau organ-Risiko dalam setiap permindahan darah dan organ.
iii.Hubungan seks-hubungan seks rambang, berbilang pasangan, penyakit kelamin
memdedahkan risiko kepada HIV.
ix.ibu kepada bayi-Risiko jangkitan tinggi semasa dalam kandungan,semasa kelahiran dan
semasa menyusukan anak.
x.Pekerjaan-Pekerja kesihatan berisiko dijangkiti semasa memberi bantuan kesihatan kepada
pengidap penyakit.
xi.Penagih dadah-berkongsi jarum suntikan.

6. Menyatakan inkubasi /masa meram HIV/AIDS


i. window period -jangkamasa virus memasuki badan hingga pembentukan antibodi,
jangkasam iaitu 3-6 minggu atau sehingga 6 bulan, pesakit berupaya memindahkan
jangkitan sekiranay mengamalkan tingkahlaku berisiko, ujian ELISA yang dilakukan
adalah negetif.
ii. Peringkat primer ( Acute Seroconversion)
-peringkat yang menunjukan tanda-tanda dan gejala seperti selsema, kelenjar
membengkak, ruam pada badan, demam berpanjangan, hilang selera makan, hilang
berat badan, berpeluh waktu malam, sakit kepala dan letih lesu berpanjangan.
iii. Peringkat HIV Asymptomatik ( Tempoh Pengeraman)
iv. -Tempoh dimana virus memasuki badan tetapi tidak aktif ( tidak menimbulkan kesan
ketara) kepada pesakit.Jangkamasa 5-15 tahun atau lebih sebelum menunjukan tanda
dan gejala yang teruk.
v. Peringkat AIDS
-Peringkat akhir HIV , pertahan badan sangat lemah dan hamper lumpuh, menunjukan
gejala demam berpanjangan swlama 3 bulan, kehilangan berat badan lebih 10% dari
berat asal, cirit berpanjangan,pneumonia,tb,candidia dll.

7. Menyatakan manifestasi klinikal HIV/AIDS/STD

-Terlalu lemah dan letih lesu


-penurunan berat badan yang mendadak
-demam panas yang kerap
-peluh malam
-kelenjar limfa membengkak
-ruam kulit
-ulser pada mukosa
-citit birit yang kronik
-batuk kronik
-hilang ingatan
8. Menyatakan penyelidikan diagnostic HIV/AIDS/STD
i.Ujian saringan
- Rapid Test dan ELISA/EIA - Mengesan antibodi terhadap virus
ii.Ujian Pengesahan
- PA, WESTERN BLOT, PCR -Mengesan antibodi terhadap virus

9. Menyatakan pengurusan masalah klien yang berkait dengan HIV/AIDS/STD


i. Penilaian faktor risiko
-Mengetahui pesakit samada seorangan yang berisiko atau pengidap yang akan
disahkan memlalui ujian makmal bagi memudahkan kaunseling dilakukan,
ii. Kaunseling
-kaunseling melalui aspek-aspek perhubngan dengan pasangan,cara jangkitan dan
rebakan HIV, mengamalkan cara hidup sihat, perkahwinan dan zuriat.
iii. Ujian makmal
Menjalankan 3 ujian makmal:-
-Ujian Dignosa HIV iaitu ELISA dan PA untuk pengesanan antibody
-Ujian Penilaian Asas iaitu FBC,ESR,LFT,RP,VDRL/THPA,CD4,CXR bagi tujuan asas dan
pemantauan penyakit pengidap HIV
-Ujian Menentukan Tahap Keterukan iaitu CD4/CD8 Count dan Viral Load, CD 4 perlu
lebih tinggi dari viral load untuk pesakit bertahab hidup lebih lama.
iv. Notifikasi kes
Kes HIV/AIDS/STD perlu di notifikasi mengunakan borang yang disediakan kepada
Pejabat Kesihatan Daerah di bawah Unit Kawalan Penyakit Berjangkit bagi mereka
penjalankan penyiasatan kontak.
v. Pemeriksaan klinikal
-permeriksaan dilakukan merangkumi biodata pesakit, sejarah perubatan pesakit dan
pemeriksaan fizikal dilakukan sebagai baseline untuk mengesan keterukan penyakit.
vi. Rawatan dan rawatan susulan
-rawatan dari segi kaunseling bagin yang mengalami tekanan emosi akan melibatkan
pakar psikiatri jika perlu.
-rawatan HIV mengikut kesakitan contohnya penyakit kulit dermatitis dan penyakit
mulut oral thrush
-rawatan ubatan – ubatan Antiretrovirus (ARV), ubatan ARV hanya diberikan kepada
mereka yang disahkan HIV Positif yang mempunyai gejala dan sel CD4 kurang
500sel/mm3 atau Viral Load lebih 30000 copies/ml.
vii. Pemberitahuan pasangan /pengesanan kontak/saringan HIV kepada kontak
-menurut polisi KKM pemeberitahuan pasangan hendaklah dilakukan dalam tempoh
segera,24 jam oleh pesakit.untuk mencegah transmisi secepat mungkin jika pesakit
enggan pemberitahuan pasangan boleh dilakukan oleh anggota kesihatan melalui
pengesanan kontak.
viii. Rujukan ke hospital
-pesakit HIV positif perlu dirujuk kepada klinik pakar sekiranya disyaki mengidap AIDS,
mebgalami tanda dan gejala yang luar biassa, bilangan CD4 kurang
200sel/mm3,berkemampuan untuk memulakan ARV dan Kes paediatrik
ix. Rujukan kepada agensi berkaitan
-melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institusi Keagamaan, Badan Bukan Kerajaan
dan lain -lain agensi untuk bekerjasama bantuan dan sokongan pada pesakit.
x. Lawatan ke rumah
-di lakukan bagi tujan pengesanan kontek, penyiasatan kes, memberi Pendidikan
kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarga berkaitan dengan pencegahan, perawatan
kes dirumah dan mengesan kes cicir rawatan dan tindaksusul.

10. Mengenalpasti masalah kejururawatan bagi klien HIV/AIDS/STD

-Terdapat banyak masalah kejururawatan bagi klien HIV/AIDS/STD antaranya adalah :-

A) Gangguan keyakinan diri berkaitan dengan pandangan masyarakat

objektif : Mengembalikan tahap keyakinan diri klien

intervensi :-

1. Ases keadaan am klien seperti gelisah, cara komunikasi tidak flelsible dan tidak teratur.
Rasional : - Supaya plan dan langkah seterusnya dapat dirancang dengan lebih teratur dan sistematik.

2. Ases tahap kebimbangan klien


Rasional :- sebagai baseline /asas supaya langkah awal dapat dilakukan dan rujukan kepada pegawai
kaunseling bagi memberi meningkatkan keyakinan diri pesakit.

3. Galakkan klien berkongsi masalah dengan jururawat.


Rasional :- supaya klien tidak rasa terpinggir ,mewujudkan rappor yang baik dengan jururawat dan
pesakit dapat membina keyakinan diri yg baik ketika berhdapan dengan masyarakat kelak,

4. Galakan ahli keluarga memberi sokongan emosi kepada klien

Rasional ;- Supaya klien tidak rasa tersisih dan menjadikan kehidupan sehariannya lebih mudah dan
senang dalam menyesuaikan diri di samping masyarkat.

B)klien cicir temujanji

C)berpindah dan tiada alamat yang tepat

Klien yang berpindah atau tidak memberi alamat yang lengkap akan menyebabkan rawatan tidak dapat
di teruskan dengan sempurna.
d)potensi mendapat infeksi berkaitan dengan jangkitan penyakit

Kurang daya tahan penyakit atau kurang imuniti badan akan mendedahkan pesakit mendapat jangkitan.

e)keengganan untuk menerima rawatan berkaitan dengan kurangnya pengetahuan dalam penyakit ini.

f)gangguan pernafasan berkaitan dengan pneumocyctic pneumonia

g)gangguan imej diri berkaitan dengan stigma masyarakat

h)gangguan emosi berkaitan dengan penerimaan dan progress penyakit

i)gangguan gastrointestinal

j)gangguan hematologi

k)komplikasi renal

l)gangguan system endokrine

m)gangguan fungsi kardiak seperti congestive heart failure

11. Menerangkan kaedah pencegahan dan langkah pengawalan HIV/AIDS/STD

i. ujian saringan HIVNotifikasi HIV/AIDS


-perlu untuk pengesanan awal, rawatan dan pencegahan supaya penularan jangkitan daoat
dikurangkan.
ii. Notifikasi HIV /AIDS/Kematian
-Notis jangkitan HIV adalah secara nominal seperti dalam pindaan Akta 342 pada 1999 iaitu
beserta nama dan alamat menggunakan borang notis Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit (Borang Notis) 1993 dan Borang Penyiasatan Kes HIV/AIDS/Kematian
(HIV/AIDS-97)
iii. Pemberitahuan pasangan
-Orang yang dijangkiti diwajibkan memberitahu pasangan mereka dalam amsa 24 jam setelah
mengetahui status HIV mereka. Pegawai Kesihatan boleh memberitahu pasangan mereka jika
pesakit gagal memberitahui.
iv. Pengesanan kontak
-Pengesanan kontak perlu dilakukan dengan segera untuk membendung jangkitan
v. Penjagaan perubatan dan khidmat kaunseling
-Penjagaan dan kaunseling adalah penting untuk pencegahan penyakit.kes akan dikendalikan
oleh anggoto kesihatan primer dan sekiranya mempunyai tanda-tanda AIDS pesakit akan di
kendalikan oleh pihak hospital.
vi. Rawatan pesakit
-Ubat ubatan ARVri seperti ART di beri secara percuma oleh KKM manakala ubatan ARV terapi
kombinasi yang lain ditanggung olaeh pesakit sendiri. Kerana kos nya yang mahal.
vii. Post Exposure Prophylaxis (PEP)
-untuk anggota kesihatan yang mungkin terdedah dengan virus HIV semasa bertugas hendaklah
diberi pilihan untuk menerima terapi kombinasi PEP secara percuma
viii. Standard Precaution
-anggota kesihatan perlu mengamalkan standard precautions semasa mengendalikan pesakit
HIV/AIDS
ix. Pendidikan kesihatan
-Pendekatan agama dan kemanusian serta nilai nilai murni deterapkan di dalam aktiviti
Pendidikan kesihatan bagi mencegah dan mengawal HIV.
x. Ujian HIV secara sukarela
-Perkhidmatan yang diberi secara percuma di klinik atas permintaan pesakit sendiri bagi
mengalakan individu berisiko menjalani saringan.

You might also like