You are on page 1of 4

HIV & AIDS

Sunday, April 22, 2012

Punca-punca seseorang dijangkiti


penyakit AIDS

Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa


faktor.Beberapa laporan tentang penyakit ini ditemui dalam
kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah yang
menggunakan suntikan.Penerima darah dan pasangan seks atau
anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang
sama iaitu pendatang dari kepulauan Haiti,pesakit hemofilia(sejenis
penyakit keturunan yang semula jadi membunuh sel
darah).Hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang
yang dijangkiti penyakit ini turut menyebabkan ianya merebak
kepada orang lain.Beberapa agen mikrob telah ditemui dan
dianggap sebagai penyebab kepada penyakit ini.
Punca jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin
menular di antara lainnya ialah homoseksual,penggunaan dadah
yang menyuntik(IDU) iaitu secara pengkongsian,perlakuan
heterosekual,industri darah yang telah tercemar dengan penyakit ini
dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang iaitu seks
dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini
akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan
tersebut.Mereka hanya mementingkan kenikmatan semata-mata
tanpa menghiraukan kesan jangka panjang yang akan berlaku
terhadap mereka.

Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa


ialah kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan
kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Golongan yang
kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu
melakukan hubungan seks dengan ramai orang tanpa memikirkan
kesudahannya. Selain itu, mereka juga melakukan hubungan seks
dengan orang yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
Misalnya, kegiatan pelacuran dan homoseksual telahpun menjadi
gejala sosial yang tidak bermoral. Akibat daripada amalan-amalan
tersebut, penyakit AIDS dapat merebak secara meluas kerana virus
HIV akan dijangkiti melalui hubungan seks yang tidak terkawal. Jika
seseorang pembawa HIV, maka sesiapa yang melakukan hubungan
seks dengannya akan terdedah kepada bahaya HIV dan kadar
jangkitan terhadap penyakit tersebut adalah tinggi.

Selain itu, penyakit HIV boleh merebak melalui perkongsian


jarum suntikan yang sudah dicemar oleh darah pembawa HIV.
Kejadian tersebut berlaku terutama dalam kalangan penagih dadah
yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan baru
daripada pembekal dadah. Oleh hal yang demikian, mereka
terpaksa berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain. Jadi,
mereka mudah terdedah kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang
mengandungi HIV akan dipindahkan ke tubuh orang lain melalui
perkongsian jarum suntikan. Mereka hanya mementingkan
kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka
panjang yang akan berlaku terhadap mereka. Oleh itu, hampir 60
peratus daripada jumlah penjangkit AIDS atau pembawa virus HIV
terdiri daripada golongan penagih dadah.

Seterusnya, kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS


juga menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit AIDS.
Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang penyakit AIDS
supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan
pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk

mengetahui sama ada mereka ialah pembawa HIV yang


berkemungkinan besar akan menyebarkan virus tersebut melalui
hubungan seks rambang, pemindahan darah, ataupun melalui
penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita betapa pentingnya
bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit AIDS yang bukan
sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam
nyawa seseorang.

Posted by ....:::: Kai Qian =) ::::.... at 5:52 AM


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest

1 comment:
1.

Syaril AmirulApril 14, 2014 at 9:07 AM


Kalau tersentuh darah hiv boleh ke ia berjangkit..
Reply

Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)

12716
Blog Archive

2012 (5)
April (5)
Punca-punca seseorang dijangkiti penyakit AIDS
Video HIV
Kesan-kesan AIDS
Cara-cara utnuk mengelakkan diri daripada

menghida...

Apakah HIV dan AIDS?

Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

You might also like