You are on page 1of 2

10.

3  KESAN  HIV / AIDS

 Bilangan kes mereka yang dijangkiti HIV meningkat tahun demi tahun. 
 Golongan remaja dan dewasa dalam lingkungan umur 20-39 tahun adalah golongan yang
paling ramai dijangkiti HIV. 
 Peningkatan yang ketara dalam bilangan kes HIV yang dikesan bermula pada awal tahun
1990an. 
 Ini berikutan dengan peningkatan aktiviti saringan yang dijalankan di kalangan penagih dadah
di pusat pemulihan dan tahanan serta juga di kemudahan kesihatan.
10.3.1 Kenal pasti Kesan HIV/AIDS
(a)  Tanda-tanda dan Gejala
Secara amnya, pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

 Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya.


 Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan.
 Demam  yang  berpanjangan. Demam  ini  berlaku  sama  ada secara  berkala ataupun
berterusan.
 Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
 Jangkitan  herpes  zoster  yang  berulang-ulang. Herpes  zoster merupakan infeksi saraf oleh
virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit.
 Kandidiasis  di mulut  dan  tekak. Kandidiasis merupakan  sejenis penyakit yang disebabkan
oleh sejenis kulat (fungus).
 Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus
pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.
(b)  Ujian-ujian

 Ujian darah (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel).boleh
dijalankan memastikan sama ada kuman HIV wujud dalam tubuh seseorang.
 Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau swasta. 
 Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai antibodi akan
terhasil. Antibodi inilah yang dikesan di dalam ujian-ujian darah yang dijalankan.
(c) Keputusan Ujian HIV

 Ujian HIV dapat mengenal pasti kewujudan antibodi di dalam darah seawal 2 minggu selepas
jangkitan tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6 bulan untuk mengeluarkan antibodi
secukupnya. Purata masa yang diambil ialah 25 hari.
 Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di dalam
saluran darah seseorang dan dia adalah HIV positif. 
 Untuk mendapat penyakit AIDS ia mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.
 Rawatan menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati tetapi
pesakit tidak boleh sembuh sepenuhnya. 
 Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak diijangkiti HIV.
Walaubagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika anda berisiko tinggiuntuk
mendapat AIDS kerana ia mengambil masa begitu panjang untuk menghasilkan antibodi yang
mencukupi. 
 Sesiapa yang menerima keputusan HIV positif perlu mendapatkan kaunseling sebelum dan
selepas ujian ini untuk memahami keputusan ujian, membincangkan kaedah pencegahan dan pilihan
rawatan yang ada.
(d) Bilakah Seseorang itu Disahkan sebagai Pesakit AIDS?

 Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri di bawah:
 (i) Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS.
 (ii) Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS
 (iii) Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS
10.3.2  Isu-isu Berkaitan dengan HIV/AIDS
(a)  Kes-kes Jenayah Melibatkan Penagih Semakin Meningkat

 Kes  jenayah  melibatkan  penagih (kes-kes kecurian, rompakan, peras ugut, rogol dan yang
paling teruk ialah membunuh)
(b)  Penyalahgunaan Bahan

 Sering disalahgunakan pada masa kini adalah dadah.


perkongsian jarum dan alat suntikan antara penagih
(c)  Ramai Gadis Terlibat dalam Seks Secara Rambang

 melakukan  seks  secara  bertukar-tukar pasangan.


melakukan  seks  tanpa  menggunakan  kondom,
 kemungkinan dijangkiti  HIV  ia akan berjangkit kepada  bayinya  juga.

You might also like