You are on page 1of 62

BAB 1

PENGENALAN

Bab ini akan mengulas mengenai latar belakang kajian termasuk pengenalan, tujuan, objektif,

definisi operasi dan juga kepentingan kajian ini.

1.1 Pengenalan

Analisis kandungan merupakan kaedah empirikal untuk menganalisis perkara yang

bermakna. "Suatu perkara, data yang mengandungi manifestasi fizikal mengandungi maksud

lain kepada populasi manusia tertentu" (Krippendorff, 2012). Menurut Beck dan Manuel

(2008: 309) pula, analisis kandungan adalah kaedah penyelidikan untuk "menentukan,

mengukur, dan menganalisis kedua-dua bahan dan makna teks". Akhbar sering menjadi

tumpuan para pengkaji untuk mengkaji analisis kandungan kerana akhbar memberi kesan

terhadap kesedaran awam. Saluran atas talian menjadi kaedah yang semakin popular untuk

penyebaran berita. Selain itu, berdasarkan sejarah kewartawanan, akhbar-akhbar telah

didapati mempunyai pengaruh besar terhadap dalam kandungannya (McCombs, Holbert,

Kiousis, & Wanta, 2011; Pew Research Centre, 2010). Dalam setiap akhbar terdapat pelbagai

jenis berita misalnya sukan, perniagaan, politik dan sebagaiya. Sehubungan dengan itu,

akhbar juga memaparkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan untuk memaklumkan kepada

orang ramai mengenai bahaya sesuatu penyakit sama ada penyakit berjangkit mahupun

penyakit yang tidak berjangkit. Perkembangan teknologi hari ini boleh digunakan untuk

membantu menyampaikan maklumat mengenai penyakit ini untuk mendorong orang ramai

mengambil tindakan bagi mengurangkan kes-kes penyakit.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit berpunca

daripada virus dari kumpulan yang disebut sebagai ‘Enterovirus’ daripada keluarga

‘Pincornoviridae’ (Podin et al., 2006). Penyakit ini biasanya menyerang bayi dan kanak-

1
kanak. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun adalah kumpulan yang sering mendapat

jangkitan HFMD. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah jangkitan virus biasa

yang gejala klinikal utamanya termasuklah demam, ulser mulut dan ruam pada tangan dan

kaki (Onozuka & Hashizume, 2011). Penyakit ini boleh berjangkit atau menular melalui

lendir, air liur dan najis orang yang dijangkiti. Penyakit menyerang kanak-kanak di bawah

umur 3 tahun dan menyebabkan risiko kematian yang tinggi. Selain itu, peyakitini juga tidak

mempuyai perbezaan jangkitan mengikut jantina. Penyakit ini boleh berjangkit atau menular

melalui lendir, air liur dan najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini menyebabkan risiko

kematian yang tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan untuk kematian. Tiada

perbezaan jangkitan mengikut jantina. Kajian di Taiwan mendapati faktor lain yang dikaitkan

dengan jangkitan EV71 ialah kontak dengan pesakit HFMD, amalan kebersihan yang tidak

baik, menghadiri pusat jagaan atau pusat bimbingan kanak-kanak serta bilangan kanak-kanak

yang tinggi dalam sesuatu keluarga dan tinggal di kawasan luar bandar (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2006).

Wabak penyakit HFMD tidak diketahui di Malaysia sehingga pada tahun 1998,

penyakit ini bermula di Sarawak pada tahun 1997. Wabak HFMD telah melibatkan jumlah

kes sebanyak 2628 kes dan 31 kematian dengan 29 dari kematian tersebut disahkan

disebabkan oleh Enterovirus 71. Di Sarawak, peningkatan kes HFMD yang melibatkan

jangkitan EV71 berlaku setiap 3 tahun manakala di negeri lain, peningkatan bilangan kes

adalah sedikit dan biasanya hanya melibatkan sebuah premis sahaja pada satu-satu masa.

Bilangan kes HFMD telah mula meningkat semenjak akhir bulan Januari 2006. Bilangan kes

terus meningkatkan walaupun aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk promosi kesihatan

di pusat-pusat jagaan dan bimbingan kanak-kanak telah dipertingkatkan pada peringkat awal

penularan HFMD. Pada tahun 2006, 95% daripada kanak-kanak dilaporkan menghidap

HFMD merupakan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang mengalami wabak HFMD.

2
Daripada jumlah tersebut juga, hampir 80% dari mereka berumur di bawah umur 7 tahun.

Sejak 1 Janurai 2006 sehingga 8 Ogos 2006, seramai 12 kes kematian diseabkan oleh HFMD

dan melibatkan kanak-kanak berumur dalam lingkungan 8 bulan ke 62 bulan (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2006)

Penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit yang membawa kepada

kematian kedua tertinggi di dunia yang menyumbang kepada 8.8 juta kematian pada tahun

2015. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hanya

8.9 peratus kematian sahaja direkodkan pada 20 tahun lalu berbanding 13.6 peratus yang

direkodkan pada 2016 disebabkan oleh kanser (Asmaini, 2018). Berdasarkan statistik

Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2016 pula, kanser merupakan punca kematian ketiga

tertinggi di hospital kerajaan di negara ini. Setiap tahun, kanser paru-paru, perut, hati, usus

dan payudara adalah antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian. Kematian

akibat kanser dijangka akan terus meningkat sehingga 13.1 juta kematian pada 2030. Kanser

terjadi akibat pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Kanser menjadi bahaya apabila sel

tersebut mengganggu fungsi normal pada badan dan ia ditampilkan melalui gejala-gejala

tertentu. Sel barah lebih merbahaya kerana ia boleh merebak dari tempat ia mula terjadi ke

organ atau bahagian badan yang lain secara sistemik (melalui saluran darah atau limfa) dan

boleh melumpuhkan fungsi organ yang lain sehingga menyebabkan kematian. Kebiasaannya,

gejala-gejala ini hanya kelihatan apabila kanser telah berada di peringkat yang teruk

(Kementerian Kesihatan, 2016).

Berkenaan dengan isi-isu penyakit berkenaan, akhbar menjadi salah satu medium untuk

memberi maklumat kepada orang ramai. Perkembangan teknologi hari ini boleh digunakan

untuk membantu menyampaikan maklumat mengenai penyakit ini. Persoalannya timbul

mengenai bagaimana dan adakah media mampu memberi amaran kepada orang ramai tentang

risiko penyakit sehingga mencetuskan langkah-langkah untuk mencegah penyakit berkenaan.

3
Punca ini dapat dielakkan jika individu mempunyai pengetahuan yang mencukupi

terutamanya berhubung pencegahan penyakit dan faktor risikonya. Kebanyakan daripada

individu sedar tentang keburukan amalan gaya hidup mereka, tetapi mereka tidak mengambil

langkah yang proaktif untuk memperbaiki amalan tersebut. Dengan itu langkah pertama

penjagaan kesihatan dan menghindiri penyakit adalah melalui input maklumat yang akan

mencetuskan pengetahuan bagi membawa perubahan dalam sikap serta gaya hidup individu

(Bandura, 2001). Semenza, Ploubidis, dan George (2011) telah meninjau pengaruh persepsi

risiko dan persepsi keterukan melalui penggunaan Health Belief Model (Hochbaum, 1958)

sebagai kerangka teori untuk menilai langkah pengurangan kesan rumah hijau. Health Belief

Model (Hochbaum, 1958) merupakan salah satu model yang digunakan secara meluas untuk

dijadikan asas bagi meramalkan tindakan kesihatan pencegahan; termasuk persepsi penyakit

individu, persepsi tindakan pencegahan individu, dan perubahan faktor-faktor sosial,

demografi, dan struktur pencirian program.

1.2 Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis kandungan (content analysis) artikel

akhbar atas talian mengenai penyakit HFMD dan kanser.

Objektif kajian ini ialah:

i. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko dalam

artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser.

ii. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan berkenaan dengan

keterukan HFMD dan penyakit kanser.

4
iii. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan yang merujuk kepada tindakan yang

diambil terhadap HFMD dan penyakit kanser.

iv. Untuk membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan

penyakit HFMD dan kanser.

1.3 Definisi Operasi

1.3.1 Analisis Kandungan

Menurut Hayes dan Krippendorff (2007) analisis kandungan merujuk kepada tafsiran

sistematik perkara tekstual, visual, atau yang boleh didengar, seperti editorial akhbar, berita

televisyen, iklan, ucapan awam dan lain-lain unit analisis lisan atau non-verbal.

1.3.2 Penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) berpunca daripada virus dari kumpulan

yang disebut sebagai ‘Enterovirus’ daripada keluarga ‘Pincornoviridae’ (Podin et al., 2006).

terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun adalah

kumpulan yang sering mendapat jangkitan HFMD. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

adalah jangkitan virus biasa yang gejala klinikal utamanya termasuklah demam, ulser mulut

dan ruam pada tangan dan kaki (Onozuka & Hashizume, 2011). Penyakit ini boleh berjangkit

atau menular melalui lendir, air liur dan najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini

menyebabkan risiko kematian yang tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan

untuk kematian.

1.3.3 Kanser

Hajmadi (2010) menyatakan bahawa kanser boleh ditakrifkan sebagai penyakit di

mana kumpulan sel-sel yang tidak normal tumbuh dengan tidak teratur dengan mengabaikan

5
peraturan biasa pembahagian sel, sel-sel normal selalunya tertakluk kepada isyarat yang

menentukan sama ada sel itu harus membahagikan, bergabung ke dalam sel mati yang lain.

Sel-sel kanser membangunkan tahap autonomi dari isyarat-isyarat ini, mengakibatkan

pertumbuhan dan percambahan yang tidak terkawal. Daripada percambahan ini

membolehkan terus dan menyebarkan serta boleh membawa maut. Sebenarnya, hampir 90%

kematian yang berkaitan dengan kanser adalah disebabkan oleh penyebaran tomour yang

disebut metastasis.

1.3.4 Health Belief Model (HBM)

Health Belief Model (HBM) yang dibangunkan pada tahun 1950, digunakan untuk

meramal apakah orang ramai dapat mencegah dan menyadari penyakit, dan dapat mengubah

tingkah laku bermasalah dan mendorong kesedaran kesihatan. Model ini menganggap

bahawa keputusan orang untuk mengambil bahagian dalam perubahan tingkah laku yang

berkaitan dengan kesihatan ditentukan melalui pemboleh ubah (Huang et al., 2016). Model

ini merangkumi konsep-konsep persepsi risiko dan keterukan yang mempengaruhi tindakan

yang perlu diambil terhadap sesuatu penyakit.

1.4.5 Risiko

(Huang et al., 2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada penilaian subjektif

tentang keadaan tertentu atau kemungkinan memperoleh penyakit.

1.4.6 Keterukan

Risiko merujuk kepada yang merujuk kepada merujuk kepada penilaian kesan

kesihatan sesebuah penyakit (Huang et al., 2016).

6
1.4.7 Tindakan

(Huang et al., 2016) tindakan menunjukkan rangsangan terhadap langkah-langkah

pencegahan, boleh menjadi luaran (komunikasi massa dan nasihat daripada pekerja penjagaan

kesihatan dan lain-lain) dan dalaman (seperti ketidakselesaan fizikal dan kemunculan gejala

penyakit).

1.4 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini akan memberikan pemahaman tentang bagaimana akhbar

menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai penyakit yang

serius dan berbahaya sama ada penyakit tersebut merupakan penyakit berjangkit mahupun

penyakit yang tidak berjangkit. Akhbar atas talian bertindak sebagai salah satu media yang

boleh digunakan untuk membantu menyampaikan mesej dengan berkesan terutamanya

mengenai mesej risiko penyakit. Pemilihan atau penggunaan perkataan yang susuai boleh

menyampaikan laporan berkaiatan dengan risiko orang ramai mendapat penyakit dan tahap

keterukan penyakit berkenaan seterusnya menyumbang kepada tindakan pencegahan.

Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis dan

menyampaikan mesej pada media untuk mendidik orang ramai, mewujudkan rasa takut

terhadap ancaman penyakit dan mendorong kepada tindakan pencegahan. Dalam bahagian

ini, penulis akhbar seharusnya dapat Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesedaran

orang ramai tentang risiko penyakit. Penggunaan perkataan yang betul seperti kata-kata yang

berunsyr kepada emosi, logik dan kredibiliti sumber harus diikatkan dengan maklumat

berkaitan risiko penyakit untuk menyampaikan mesej dengan lebih baik kerana terbukti

berkesan untuk mendorong ketakutan, mendidik masyarakat, dan untuk mendorong kepada

tingkah laku pencegahan.

7
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai sorotan kajian lepas yang dapat

dikaitkan dengan penelitian ini. Topik-topik kajian yang dibincangkan merangkumi analisis

kandungan dalam akhbar, kesedarak kesihatan awam dalam media, Health Belief Model

(HBM). Selain itu, pengkaji turut membincagkan kerangka kerja dan membuat rumusan.

2.1 Analisis Kandungan (akhbar)

Tasdemir dan Kus (2011) dalam kajian yang bertajuk the content analysis of the news

in the national papers concerning the renewed primary curriculum mengkaji tentang sejauh

mana berita dalam dalam akhbar kebangsaan memainkan peranan untuk memaklumkan

kepada orang ramai tentang kandungan utama kurikulum sekolah yang baru. Kajian ini

menyelidik cara akhbar kebangsaan berfungsi dengan membuat perbandingan dengan kajian-

kajian lepas. Berita mengenai kurikulum yang diperbaharui muncul di media kebangsaan

dalam tempoh antara tahun 2004 dan 2007 diperoleh melalui analisis dokumen dan

dibandingkan dengan kajian saintifik dari segi konsistensi. Kajian ini menggunakan 484

artikel dan lajur berita dari 14 akhbar yang dikelompokkan kepada 3 kategori melalui analisis

dokumen. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kadar tertinggi maklumat mengenai

kurikulum sekolah adalah pada tahun 2004 dan kadar tersebut semakin menurun pada tahun-

tahun berikutnya. Maklumat tentang kurikulum novel adalah pernyataan ringkas yang dibuat

oleh pegawai-pegawai dan menjadi tajuk-tajuk utama pada tahun-tahun awal; namun pada

8
tahun-tahun berikutnya maklumat seperti falsafah kurikulum, yang berpusatkan pelajar serta

butiran pengukuran dan penilaian pula yang menjadi tumpuan akhbar.

Patterson et al. (2016) telah membuat kajian yang bertajuk Content analysis of UK

newspaper and online news representations of women’s and men’s ‘binge’ drinking: a

challenge for communicating evidence-based messages about single-episodic drinking?. Di

United Kingdom, morbiditi dan kematian berkaitan alkohol dengan lelaki jauh lebih tinggi

berbanding wanita, walau bagaimanapun peningkatan penggunaan alkohol wanita juga

semakin meningkat. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti bagaimana

akhbar UK dan berita dalam talian membuat laporan dengan baik tentang kesan buruk akohol

berdasarkan bukti terhadap "pesta minum" wanita dan lelaki. Reka bentuk kajian ini ialah

analisis kandungan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu sebanyakk 308 artikel

yang diterbitkan dalam 7 surat khabar kebangsaan UK dan laman web BBC News antara 1

Januari 2012 dan 31 Disember 2013 dianalisis. Keputusan kajian menunjukkan artikel

berkaitan wanita dengan "pesta minum" lebih kerap dilaporkan berbanding lelaki dan budaya

minum wanita lebih banyak mendatangkan masalah. Lelaki lebih sering dicirikan sebagai

ganas atau tidak senonoh, sementara wanita dicirikan sebagai tidak terkawal, meletakkan diri

mereka dalam bahaya, merosakkan penampilan fizikal mereka dan membebankan lelaki.

Kajian ini turut menyatakan bahawa untuk menyelaraskan laporan dan memberi pendedahan

tentang bahaya minum arak dengan lebih baik berdasarkan bukti semasa, pegawai kesihatan

awam boleh bekerjasama dengan pihak media untuk mengubah cara media merangka 'pesta

minum' dengan lebih baik daripada spesifik mengikut kumpulan (golongan muda, wanita)

dan konteks (awam minum) kepada risiko kesihatan khususnya tingkah laku minum yang

memberi kesan kepada semua kumpulan tanpa mengira konteks.

Granner et al. (2009) menjalankan kajian terhadap analisis kandungan akhbar sebagai

sebahagian daripada penilaian projek penyelidikan partisipatif berasaskan komuniti untuk

9
memberi fokus meningkatkan aktiviti fizikal melalui dasar dan perubahan alam sekitar.

Bahan kajian ini ialah akhbar yang diterbitkan bermula Mei 2003 hingga Disember 2005.

Kajian ini memebri fokus kepada 2 daerah iaitu intervention dan comparison yang berkaitan

dengan aktiviti fizikal dan persekitaran hidup aktif (keselamatan, dasar, reka bentuk bandar,

pengangkutan dan sumber rekreasi). Sebanyak 2681 artikel daripada 1764 akhbar dianalisis.

Daerah intervention mempunyai lebih banyak artikel dalam topik yang dipilih khususnya,

topik yang berkaitan dengan keselamatan, dasar dan komuniti inisiatif, serta kemudahan jalan

raya dan rekreasi. Kemunculan artikel itu dinilai menggunakan skor indeks komposit. Artikel

dalam kategori kemudahan jalan raya dan rekreasi di daerah intervention mempunyai skor

yang lebih tinggi daripada purata daerah comparison. Kajian itu menunjukkan bahawa

analisis kandungan media boleh menjadi komponen yang bernilai dalam menilai komuniti.

Dalam kajian lain yang bertajuk a quantitative content analysis of UK newsprint

coverage of proposed legislation to prohibit smoking in private vehicles carrying children,

Granner et al. (2015) mengkaji tentang bagaimana surat khabar kebangsaan UK mewakili

undang-undang yang dikemukakan untuk larangan merokok di dalam kenderaan persendirian

yang membawa kanak-kanak. Kaedah kajian ini menggunakan analisis kuantitatif iaitu

analisis kandungan dari 422 artikel mengenai kanak-kanak dan asap rokok yang diterbitkan di

UK dan akhbar Scotland antara 1 Januari 2003 dan 16 Februari 2014. Pengkaji menggunakan

kerangka pengekodan dengan berdasarkan tema daripada data. Setiap artikel dikodkan

sebanyak dua kali. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan artikel yang relevan

mengalami peningkatan dan penurunan seiring dengan dasar undang-undang. Kanak-kanak

sering dicirikan sebagai mangsa asap rokok, dan asap rokok dikaitkan dengan pelbagai risiko

kesihatan. Artikel yang berkenaan dengan sokongan terhadap undang-undang asap rokok

dalam kenderaan persendirian yang membawa kanak-kanak lebih kerap dibincangkan

berbanding yang tidak menyokong. Representasi perundangan yang positif dengan melarang

10
merokok dalam kenderaan yang membawa kanak-kanak adalah menggalakkan penyokong

dasar, dan berpotensi menandakan penerimaan undang-undang awam.

Kajian seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Mahesar (2018) yang bertajuk

newspaper coverage of suicide: a content analysis of daily Kawish newspaper - an elite

sindhi newspaper of Pakistan. Kertas ini bertujuan untuk mengamati liputan mengenai isu

bunuh diri dalam akhbar daily Kawish. Teknik analisis kandungan digunakan dalam kajian

ini. Keputusan menunjukkan bahawa 38 item dari segi kekerapan dilaporkan oleh akhbar

pada bulan Jun. Item melakukan percubaan dan menghalang perbuatan bunuh diri yang

dilaporkan masing-masing adalah 13 dan 25. 21 cerita berita digambarkan wanita melakukan

perbuatan bunuh diri dan sementara 17 lelaki yang digambarkan melakukan perbuatan bunuh

diri. Memandangkan 17 item berita tidak mengenal pasti usia mereka yang membunuh diri,

14 berita yang digambarkan umur kurungan dari 21 hingga 40 tahun orang melakukan

perbuatan bunuh diri, dan sementara 7 item berita menghuraikan kurungan umur di bawah 20

tahun orang melakukan bunuh diri. Bagi penempatan, 21 item berita diletakkan di halaman

dalaman tidak termasuk showbiz dan editorial, 9 adalah diletakkan di halaman pertanian dan

perniagaan, dan 8 item ditempatkan di halaman kedua akhbar. 19 item berita menunjukkan

bahawa orang yang melakukan bunuh diri menggunakan kaedah menggantung dan 14

menunjukkan orang yang dilakukan bunuh diri dengan menggunakan teknik keracunan dan 5

dengan menggunakan teknik lain. Dari segi penyebab bunuh diri, 22 perkara berita

menerangkan konflik domestik, 8 yang tidak dikenali, 5 gangguan mental dan 3 perkara

menunjukkan yang lain isu-isu sebagai sebab di sebalik perbuatan bunuh diri. Semua item

berita dikesan tidak mempunyai imej tindakan bunuh diri. Akhbar berkenaan mestilah juga

meliputi berita pengumuman dan kempen kesedaran berita yang bersangkutan terhadap

fenomena ini juga.

11
2.2 Kesedaran Kesihatan Awam (media)

Kajian yang dijalankan oleh Krishnan dan Rahim (2014) adalah mengenai perancangan

komunikasi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji

faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perancangan komunikasi kesihatan untuk

mengubah amalan gaya hidup sihat. Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk

melihat hubungan antara beberapa faktor psikososial dan komunikasi yang berperanan untuk

membawa perubahan dalam gaya hidup individu iaitu membabitkan aktiviti fizikal dan

pemakanan sihat. Satu kerangka model kajian yang dibina berasaskan gabungan Health

Belief Model, Teori Tindakan Bersebab dan Teori Penglibatan Rendah telah digunakan.

Untuk mengumpul data, kaedah tinjauan telah digunakan dengan menemubual seramai 290

orang responden yang berumur di antara 18 hingga 82 tahun. Kajian telah dijalankan di

tujuah buah kawasan bandar dan luar bandar iaitu sekitar Kuala Lumpur iaitu Sentul, Jinjang

dan Bangsar, Selangor iaitu Batang Berjuntai, Sungai Buloh dan Bangi, Perak iaitu Slim

River, Tanjung Malim, dan Sitiawan dan Putra Jaya. Hasil kajian dibahagikan kepada dua

komponen utama iaitu saringan kesihatan asas dan pengaruh faktor psikososial serta

komunikasi terhadap amalan kesihatan yang melibatkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat.

Saringan kesihatan asas menunjukkan majoriti responden mempunyai petunjuk antropometri

yang tidak normal terutamanya jisim indeks tubuh dan kadar lemak badan yang berlebihan.

Berhubung amalan gaya hidup pula, majoriti responden berada dalam kategori yang aktif

(79%), manakala 76% responden tidak mengambil sayuran dan buah-buahan yang

secukupnya.

Zawahir et al. (2013) dalam kajian yang bertajuk effectiveness of antismoking media

messages and education among adolescents in Malaysia and Thailand: findings from the

international tobacco control Southeast Asia project mencari cara untuk menghalang remaja

daripada mengambil merokok adalah penting kerana mereka yang mula merokok pada usia

12
yang lebih awal lebih cenderung menjadi ketagih dan mengalami kesulitan yang lebih besar

untuk berhenti merokok. Artikel ini diperiksa sama ada mesej dan pendidikan antismoking

dapat membantu mengurangkan kerentanan merokok di kalangan remaja di dua negara Asia

Tenggara dan untuk meneroka kemungkinan pengaruh sederhana negara dan jantina. Kaedah:

Data datang dari Wave 1 dari Projek Kawalan Tembakau Antarabangsa Asia Tenggara

(ITCSEA) yang dijalankan di Malaysia (n = 1,008) dan Thailand (n = 1,000) di mana remaja

ditanya tentang menerima nasihat antismoking daripada jururawat atau doktor, yang diajar di

sekolah mengenai bahaya merokok, memerhatikan mesej antismoking, pengetahuan

mengenai kesan kesihatan merokok, kepercayaan tentang risiko kesihatan merokok,

keterukan merokok, dan maklumat demografi. Data dianalisis menggunakan ujian chisquare

dan model regresi logistik. Secara keseluruhannya, banyak lagi remaja Thai melaporkan

menerima nasihat daripada jururawat atau doktor mereka tentang bahaya merokok (p <.001),

tetapi tiada perbezaan negara yang diperhatikan untuk melaporkan pendidikan antismokrasi

di sekolah dan pendedahan kepada mesej antismoking. Analisis multivariate mendedahkan

bahawa hanya penyediaan pendidikan antismoking di sekolah-sekolah secara signifikan

dikaitkan dengan mengurangkan kerentanan terhadap merokok di kalangan wanita. Remaja

Malaysia (OR = 0.26). Pengetahuan yang lebih tinggi terhadap kemudaratan merokok dan

risiko kesihatan merokok yang lebih tinggi dikaitkan dengan penurunan kecenderungan

merokok di kalangan wanita Thai (OR = 0.52) dan remaja lelaki Malaysia (OR = 0.63).

Kajian ini mengemukakan bahawa mendidik remaja mengenai bahaya merokok di sekolah

nampaknya merupakan cara paling berkesan untuk mengurangkan kerentanan merokok

remaja di kedua-dua negara, walaupun strategi pencegahan yang berbeza mungkin diperlukan

untuk memastikan keberkesanan remaja lelaki dan wanita.

Ting dan Jerome (2017) dalam kajian yang bertajuk framing of disease risk messages

in airport banners bertujuan untuk mengkaji pemujukan dalam mesej berkaiatan risiko

13
penyakit melalui kain rentang di lapangan terbang yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia. Kain rentang untuk Zika, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, Penyakit

Virus Ebola, malaria, dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah telah dianalisis untuk

mengetahui: (1) mesej mengenai keparahan, kerentanan dan isyarat untuk tindakan yang

terdapat di spanduk lapangan terbang, dan ( 2) Rayuan terhadap logo, patah dan etos

digunakan untuk meyakinkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan kesihatan.

Keputusan menunjukkan bahawa sepanduk sangat bermaklumat mengenai kumpulan risiko,

gejala penyakit, dan tindakan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, logos mesej tidak boleh

menyatakan penyakit sebagai ancaman kesihatan awam kerana sekumpulan penumpang

penerbangan terhad yang dikenalpasti sebagai terdedah kepada penyakit dan gejala yang

ditunjukkan adalah ringan. Kajian menunjukkan bahawa kesedaran atau daya tarikan emosi

kurang dalam kain rentang lapangan terbang dan ini harus dipertimbangkan untuk

meningkatkan pemujukan atau rayuan komunikasi risiko penyakit.

2.3 Health Belief Model (HBM)

Mou dan Cohen (2014) dalam kajian yang bertajuk Trust, Risk Barriers and Health

Beliefs in Consumer Acceptance of Online Health Services mengkaji tentang kepercayaan,

halangan risiko dan penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan kesihatan dalam talian.

Kajian ini menggunakan kaedah kuatitatif dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan

eksperimen makmal dan juga borang soal selidik dengan mengaplikasikan Health Belief

Model (HBM) dan Extended Valence Framework untuk menjelaskan penerimaan pengguna

terhadap perkhidmatan kesihatan atas talian. Responden terdiri daripada pelajar universiti di

Afrika Selatan iaitu seramai 761 orang. Walau bagaimanapun, hanya 703 yang diambil

kerana data yang diberikan oleh 58 responden tidak sah. Hasil kajian menunjukkan bahawa

kepercayaan memberi kesan yang kuat terhadap penerimaan seseorang. Halangan risiko yang

14
juga mempunyai kesan yang signifikan terhadap penerimaan. Selain itu, pemboleh ubah

daripada Health Beliefs, iaitu risiko dan keterukan juga dianggap penting untuk penerimaan

pengguna. Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa 47.5% varians dengan niat

untuk menggunakan perkhidmatan maklumat kesihatan dalam talian. Keputusan telah

membantu kami mengenal pasti ciri penting HBM dan rangka kerja valensi yang

diperluaskan dalam penerimaan pengguna perkhidmatan maklumat dalam talian kesihatan

dan mempunyai implikasi penting untuk amalan.

Salari dan Filus (2016) dalam kajian yang bertajuk Using the Health Belief Model to

Explain Mothers’ and Fathers’ Intention to Participate in Universal Parenting Programs

mengkaji tentang faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan ibu bapa untuk mengambil

bahagian dalam program keibubapaan dan kesannya berdasarkan jantina. Kajian ini

melibatkan 15 buah sekolah rendah di Östersund dan Strömsund (dua daerah perbandaran

kecil di Sweden tengah). Kedua-dua ibu bapa iaitu ibu dan bapa semua kanak-kanak yang

layak iaitu kanak-kanak dalam kelas prasekolah dan gred satu hingga tiga telah dihubungi

melalui e-mel dan atau pos dan dijemput untuk mengambil bahagian dan diberi pilihan untuk

melengkapkan soal selidik dalam talian atau di atas kertas. Daripada 2340 ibu bapa yang

dihubungi, 795 hanya bersetuju untuk mengambil bahagian dan kemudiannya menyiapkan

kajian itu. Umur golongan ibu yang terlibat ialah 24 hingga 52 tahun dan golongan ayah

ialah 31 hingga 69 tahun. Ibu bapa diminta untuk menjawab satu set soal selidik untuk

menilai kesukaran emosi dan tingkah laku kanak-kanak dan mengaplikasikan Health Belief

Model mengenai tanggapan terhadap manfaat dan halangan program, tanggapan tentang

risiko dan keterukan dan tanggapan terhadap unsur keyakinan diri. Model hipotesis dinilai

menggunakan pemodelan persamaan struktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa, bagi

kedua-dua ibu dan bapa, tanggapan terhadap faedah program menyumbang kepada keinginan

yang lebih tinggi untuk menyertai program keibubapaan. Di samping itu, keinginan untuk

15
menyertai program dalam kalangan ibu ialah berdasarkan tanggapan terhadap halangan

manakala golongan ayah pula ialah berdasarkan keberkesanan diri. Daripada hasil kajian

juga, didapati tiada hubungan yang penting antara keinginan untuk menyertai program

dengan tanggapan terhadap risiko dan keterukan kanak-kanak. Analisis juga menunjukkan

bahawa bagi ibu bapa, masalah emosi dan tingkah anak memberi kesan tidak langsung ke

atas keinginan ibu bapa untuk menyertai program. Keseluruhannya, model yang dicadangkan

menjelaskan tentang 45% varians dalam niat orang tua untuk turut serta. Kajian ini memberi

pendekatan kepada ibu bapa untuk meningkatkan kadar penyertaan ibu dan bapa dalam

program keibubapaan pada masa akan datang.

Huang et al. (2016) dalam kajian yang bertajuk Structural factors affecting health

examination behavioral intention mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi niat

tingkah laku pemeriksaan kesihatan di kalangan orang ramai di Taiwan. Secara

keseluruhannya, 388 soal selidik yang berkesan dianalisis melalui analisis model struktur.

Kajian ini membincangkan mengenai: (1) keberkesanan Health Belief Model yang telah

diperluas untuk meramalkan niat tingkah laku pemeriksaan kesihatan; (2) mengkaji faktor

keyakinan diri terhadap keinginan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, diikuti dengan

pengetahuan kesihatan; (3) faktor keyakinan diri memengaruhi tanggapan faedah dan

tanggapan terhadap halangan; (4) hubungan antara pengetahuan kesihatan dan sokongan

sosial dengan keinginan yang mendorong kepada tindakan pemeriksaan kesihatan. Keputusan

menunjukkan bahawa HBM secara efektif dapat meningkatkan penerimaan dan penggunaan

perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di kalangan orang ramai, dengan itu memudahkan

diagnosis dan rawatan awal dan akhirnya mengurangkan kadar penyakit dan kematian.

Orji, Vassileva, dan Mandryk (2012) dalam kajian yang bertajuk towards an effective

health interventions design: an extension of the Health Belief Model yang memperluas the

Health Belief Model dengan memperkenalkan empat pembolehubah baru: (1) Identiti diri,

16
kepentingan yang dipertimbangkan, pertimbangan masa depan akibatnya, dan kebimbangan

untuk penampilan yang mungkin penentu tingkah laku yang sihat, (2) meneroka secara

mendalam hubungan dan interaksi antara pemboleh ubah HBM dan saiz kesannya, dan (3)

menguji kesahihan kedua-dua model lanjutan yang dicadangkan dan HBM asal mengenai

tingkah laku makan yang sihat. Akhirnya, membandingkan kapasiti ramalan model HBM asal

dan model lanjutan yang dibuat. Untuk mencapai matlamat kajian ini menjalankan kajian

kuantitatif terhadap 576 tingkah laku makan peserta. Data untuk kajian ini dikumpulkan

dalam tempoh satu tahun bermuladari Ogos 2011 hingga Ogos 2012. Soal selidik itu terdiri

daripada skala yang disahkan menilai penentu HBM - manfaat, penghalang, kerentanan,

keterukan, tindakan untuk bertindak, dan keberkesanan diri - menggunakan skala Likert 7-

mata. Pengkaji juga menilai penentu kesihatan lain seperti pertimbangan akibat masa depan,

identiti diri, keprihatinan terhadap penampilan dan kepentingan yang dianggap penting.

Untuk menganalisis data kami, pengkaji menggunakan analisis faktor dan Model Persamaan

Struktur Separa Least Square (PLS-SEM) untuk meneroka interaksi dan hubungan antara

penentu dan tingkah laku makan yang sihat. Akhirnya sekali, pengkaji membandingkan

kapasiti ramalan model HBM yang asal dan model lanjutan yang dibuat dan menyiasat kesan

pengantaraan. Keputusan menunjukkan bahawa tiga faktor penentu yang baru ditambah

adalah peramal yang lebih baik terhadap tingkah laku yang sihat. HBM yang diperluaskan

membawa kira-kira peningkatan 78% (dari 40% hingga 71%) dalam kapasiti ramalan

berbanding dengan model lama. Ini menunjukkan kesesuaian memperluas HBM untuk

digunakan dalam meramalkan tingkah laku yang sihat dan dalam memaklumkan reka bentuk

intervensi kesihatan. Hasil daripada kajian, kemungkinan hubungan antara penentu dalam

model membawa kepada penemuan yang menarik tentang beberapa hubungan media antara

penentu HBM.

17
2.4 Kerangka kerja

Untuk mengkaji bagaimana penyakit HFMD dan kanser menimbulkan ancaman di

artikel akhbar The New Staits Times, kajian ini menggunakan model mengenai persepsi

ancaman, yang terdapat dalam Health Belief Model Hochbaum (1958) (Orji, Vassileva, dan

Mandryk, 2012) dan seperti yang terdapat dalam Ting dan Jerome (2017) "Persepsi ancaman

adalah berasaskan pada dua kepercayaan: risiko yang dirasakan individu terhadap penyakit

dan yang dirasakan keterukan akibat penyakit untuk individu". Tambahan pula, (Orji,

Vassileva, dan Mandryk, 2012) juga mentakrifkan isyarat untuk bertindak sebagai strategi

peringatan dan cadangan untuk mendorong penonton melakukan tingkah laku sasaran.

Bermaksud, apabila seseorang itu menyedari bahawa mereka berisiko tinggi mendapat

penyakit, dan bahawa akibat penyakit pada kesihatan adalah teruk, maka mereka lebih

cenderung untuk menggesa tingkah laku pencegahan untuk meminimumkan risiko penyakit.

Untuk mendorong penonton mesej risiko kesihatan untuk mengambil tindakan, isyarat untuk

tindakan dimasukkan. Jenis maklumat (kata-kata yang digunakan) dalam akhbar mengenai

mesej HFMD dan kanser dianalisis menggunakan kerangka kerja persepsi ancaman ini untuk

mengodkan perkataan dan ayat yang mengandung maklumat risiko, keterukan dan juga

tindakan.

Risiko

Ancaman Tindakan

Keterukan

Rajah 1: Kerangka kerja berdasarkan Health Belief Model Hochbaum (1958) (Ting dan

Jerome, 2017)

18
Risiko, keterukan dan tindakan merupakan tiga ancaman persepsi di bawah keangka

kerja analisis berdasarkan Health Belief Model (Hochbaum, 1958). Tiada kajian terdahulu

yang menggunakan persepsi ancaman ini untuk menganalisis penyakit mesej risiko di akhbar.

Kajian lain menggunakan medium lain seperti dalam poster, televisyen dan sebagainya.

2.6 Ringkasan

Terdapat banyak kajian yang teah dilakukan berkaitan dengan kajian ini. Namun begitu,

terdapat kekurangan penyelidikan mengenai analisis kandungan artikel kesihatan yang

dijalankan di Malaysia. Tambahan pula, kajian tidak terdapat kajain yang membuat

perbandingan antara penyakit. Walau bagaimanapun, lebih banyak perhatian harus diberikan

untuk mengetahui bagaimana dan sejauh mana media memperngaruhi orang ramai mengenai

komunikasi risiko penyakit, sama ada dalam akhbar, poster atau risalah di mana pengkaji

tidak banyak menulis tentang akhbar. Oleh itu, kajian ini membawa satu lagi sudut kepada

kajian terhadap kesedaran kesihatan awam yang merupakan elemen dalam persepsi ancaman

untuk membantu merangka mesej risiko kesihatan dan memberikan maklumat risiko penyakit

yang lebih baik untuk orang awam untuk mengambil tindakan.

19
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini merangkumi

deskripsi reka bentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen, prosedur pengumpulan data,

prosedur analisis data, batasan kajian dan ringkasan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Menurut Chua (2006), pendekatan

kualitatif adalah kaedah penyelidikan yang lebih kepada mengkaji sesuatu fenomena atau

situasi dalam konteks sebenar atau semula jadi. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis

teks untuk mengenal pasti jenis maklumat berdasarkan perkataan yang digunakan mengikut

konsep berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan berkenaan penyakit. Analisis teks

digunakan untuk menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri maklumat yang disampaikan.

Analisis teks merujuk kepada kaedah penyelidik menggunakan kaedah untuk

menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri mesej yang dirakam atau visual. Menurut Gary,

Lawrence dan Carl (1999: 225), analisis teks untuk digunakan menggambarkan kandungan,

struktur, dan fungsi mesej yang terkandung dalam teks. Oleh itu, penyelidik akan

menggunakan analisis teks untuk meneliti mengenai isi kandungan melalui maklumat

20
berkaitan dengan risiko mendapat penyakit, keterukan dan tindakan yang terdapat dalam

artikel yang dikumpulkan dari akhbar dalam talian iaitu New Staits Times tentang penyakit

HFMD dan penyakit kanser.

3.2 Pemilihan Sampel

Bagi kriteria pemilihan sampel, akhbar atas talian yang dipilih merupakan salah satu

akhbar yang diterbitkan di Malaysia iaitu New Straits Times yang boleh didapati sama ada di

Semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak. Fokus utama sampel ialah berkaitan

dengan artikel mengenai penyakit HFMD dan penyakit kanser. Tujuan memilih dua jenis

penyakit yang berbeza ialah untuk melihat isi kandungan dan maklumat dalam kedua-dua

artikel penyakit berkenaan. Tambahan pula, kedua-dua jenis penyakit berkenaan berbeza.

Meskipun HFMD dan kanser merupakan penyakit yang berbahaya tetapi salah satu

daripadanya merupakan penyakit berjangkit iaitu penyakit HMFD manakala penyakit kanser

merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Oleh itu, pengkaji ingin meneliti sejauh mana isi

kandungan dan maklumat yang terdapat dalam artikel berkenaan mampu memberi kesan

kepada pembaca untuk mengambil langkah pencegahan.

3.3 Instrumen

Kajian ini menggunakan akhbar atas talian New Staits Times yang merupakan salah

satu akhbar yang diterbitkan di Malaysia. Kajian ini ialah berdasarkan kerangka kerja yang

digunakan untuk menganalisis jenis maklumat berdasarkan pekataan yang digunakan dalam

artikel ialah Health Belief Model (Hochbaum, 1952, dalam Ting & Jerome, 2017). Pengkaji

hanya memfokuskan kepada tiga jenis maklumat sahaja iaitu maklumat risiko, keterukan dan

tindakan. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis setiap artikel dan mengira setiap maklumat

yang berkaitan secara manual untuk mendapatkan data.

21
3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Data dikumpulkan melalui pengumpulan artikel daripada akhbar atas talian berkaitan

penyakit HFMD dan p kanser. Artikel dikumpul daripada akhbar atas talian New Straits

Times melalui web rasmi akhbar berkenaan iaitu https://www.nst.com.my/. Artikel mengenai

penyakit HFMD dan kanser dikumpul bermula 1 Jun sehingga 30 September 2018. Tempoh

yang panjang sangat penting bagi penyelidik untuk memperoleh jumlah artikel yang

diperlukan. Kata kunci digunakan ketika mengumpul artikel berdasarkan kata kunci yang

muncul dalam tajuk utama bagi kedua-dua jenis penyakit. Antara kata kunci yang digunakan

untuk mengumpul artikel berkaitan pengkaji iaitu Hand, Food and Mouth Disease (HFMD)

dan Cancer bertujuan untuk memudahkan pengumpulan artikel. Semua artikel yang berkaitan

dalam akhbar yang diperoleh kemudian dimuat turun dan dicetak. Artikel yang tidak

termasuk dalam kriteria pemilihan sampel misalalnya artikel yang diterbitkan selain daripada

tempoh yang diinginkan diasingkan untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan untuk

mengekalkan kesahan data.

3.5 Prosedur Analisis Data

Terdapat 51 artikel penyakit HMFD dan 18 artikel penyakit kanser. Kedua-dua artikel

penyakit yang diambil daripada akhbar atas talian New Starits Times menggunakan kaedah

analisis data yang sama berdasarkan kerangka kerja Health Belief Model oleh Hochbaum

(1958). Kajian ini mempunyai beberapa prosedur analisis data berdasarkan objektif kajian.

Untuk mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga berkaitan dengan isi kandungan

berdasarkan perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko, keterukan dan tindakan

dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser, kedua-dua artikel

22
penyakit berkenaan dianalisis dengan menggunakan Health Belief Model oleh Hochbaum

(1958).

Pengkaji menganalisis perkataan yang menunjukkan risiko, keterukan dan langkah-

langkah pencegahan. Ketiga-tiga perkara tersebut masing-masing ditandai dengan risiko

mendapat penyakit sebagai (Sus), keterukan sebagai (Sev) dan tindakan sebagai (Act). Selain

itu, tiga persepsi ancaman tersebut ditanda menggunakan pen yang berlainan warna iaitu

merah jambu untuk kemungkinan mendapat penyakit (Sus), biru untuk keterukan (Sev) dan

hitam untuk tindakan (Act).

Setelah itu, kesemua maklumat dalam artikel yang telah dikenal pasti dimasukkan ke

dalam jadual bagi memudahkan pengkaji melakukan analisis seterusnya. Maklumat tentang

risiko dalam artikel akhbar HFMD dan kanser bertujuan untuk memberi kesedaran kepada

orang awam berdasarkan peningkatan jumlah kes, wabak penyakit, punca penularan dan ayat

atau perkataan yang menunjukkan sesorang positif HFMD manakala risiko kanser pula

dikenal pasti melalui maklumat berkaitan punca dan statistik. Keterukan pula dapat dilihat

melalui maklumat yang diberikan berkaitan kematian, gejala dan mangsa yang masih

mendapat rawatan untuk penyakit HFMD manakala maklumat keterukan kanser dikenal pasti

melalui kematian dan gejala sahaja. Maklumat untuk tindakan pula merujuk kepada langkah-

langkah pencegahan berdasarkan cara untuk merawat atau mengubati penyakit berkenaan.

Untuk penyakit HFMD maklumat tindakan dilihat melalui tindakan yang dicadangkan untuk

ibu bapa, jabatan kesihatan, pihak sekolah, pusat asuhan, tadika, taska, agensi lain dan orang

awam. Untuk kanser pula, maklumat tindakan dikenal pasti melalui perubahan gaya hidup

dan perubatan. Peta konsep dan jadual dibuat untuk melaporkan hasil analisis yang

menunjukkan terdapat pelbagai maklumat berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan.

Jadual 1: Contoh jadual untuk semua jenis maklumat setiap artikel

23
Jenis maklumat
Risiko Keterukan Tindakan
Artikel
1
2
3
4
5

Analisis diteruskan dengan mengira jumlah maklumat berdasarkan objektif pertama

iaitu maklumat tentang risiko. Selain itu, pengkaji turut mengira min bagi maklumat

berkenaan. Setiap daripada jumlah tersebut dimasukkan ke dalam jadual.

Jadual 2: Contoh jadual jumlah maklumat

Penyakit Jumlah maklumat Min jumlah maklumat


tentang risiko/ setiap artikel
keterukan/tindakan
HFMD
Kanser
Jumlah

Seterusnya pengkaji menggambarkan maklumat risiko dengan menggunakan peta

konsep dan jadual mengikut penyakit. Untuk setiap maklumat, pengkaji akan membuat dua

peta konsep yang berlainan memandangkan HFMD dan kanser merupakan dua jenis penyakit

yang berbeza. Anlisis berdasarkan jadual 2 turut diaplikasikan untuk objektif kedua dan

ketiga berkaitan dengan maklumat keterukan dan tindakan.

Analisis seterusnya pula bertujuan untuk mencapai objektif yang keemapat iaitu

membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan penyakit

HFMD dan kanser. Pengkaji membuat perbandingan maklumat bagi kedua-dua penyakit di

dalam jadual. Perbandingan tersebut dibuat berdasarkan perkataan yang digunakan dan

jumlah maklumat.

24
Jadual 3: Contoh jadual perbandingan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Penyakit
HFMD Kanser
Maklumat
Risiko
Keterukan
Tindakan

Jadual 4: Contoh jadual perbezaan di antara artikel tentang penyakit HFMD dan

kanser

Min jumlah Min jumlah Min jumlah


Penyakit maklumat maklumat maklumat
berkaitan risiko
berkaitan berkaitan tindakan
keterukan
HFMD
Kanser

3.6 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada satu akhbar sahaja iaitu akhbar atas talian iaitu New

Starits Times. Kajian pada masa akan datang seharusnya mempertimbangkan akhbar-akhbar

lain atau memperluas lagi kajian dengan mengambil kira media selain daripada surat khabar

seperti risalah atau flyer. Selain itu, kajian ini juga terbatas dari segi tempoh pengumpulan

data iaitu bermula dari 1 Jun sehingga 30 September 2018 sahaja. Tambahan pula, kajian ini

hanya melibatkan pengkajian terhadap isi kandungan artikel akhbar sahaja iaitu maklumat

mengenai risiko, keterukan dan tindakan terhadap penyakit HFMD dan kanser tidak

mengambil kira tindak balas pembaca. Reaksi pembaca sama ada mereka takut atau mereka

tidak merasa terganggu oleh penyakit kanser atau HFMD selepas pembacaan juga harus

dipertimbangkan agar penyelidik mendapat pandangan yang lebih jelas dan alasan kukuh

tentang keseriusan penyakit yang disampaikan melalui akhbar.

25
BAB 4

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil kajian yang telah dilakukan berdasarkan

setiap objektif. Dalam bab ini, pengkaji akan mengenal kandungan artikel akhbar atas talian

mengenai penyakit HFMD dan kanser. Pengkaji akan memberi fokus kepada perkataan yang

digunakan untuk melaporkan risiko, keterukan dan tindakan yang diambil terhadap HFMD

dan penyakit kanser serta membuat membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam

artikel akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser. Hasil kajian ini diperolehi melalui 69

artikel dalam akhbar atas talian New Straits Times iaitu 51 HFMD dan 18 kanser. Hasil

kajian ini menyebabkan wujudnya beberapa perbincangan.

4.1 Jenis maklumat yang terdapat dalam artikel akhbar tentang HFMD dan kanser

Jenis maklumat yang difokuskan dalam kajian ini terdiri daripada tiga jenis maklumat

sahaja iaitu maklumat berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan. Penelitian jenis

maklumat tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana akhbar mampu memberi kesan

kepada pembaca agar pembaca berasa takut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk

mecegah sesuatu penyakit.

26
4.1.1 Maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD

dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada penilaian

subjektif tentang keadaan tertentu atau kemungkinan memperoleh penyakit. Dalam artikel

kedua-dua penyakit iaitu HFMD dan kanser terdapat maklumat tentang risiko. Pengkaji

menemui 82 maklumat risiko dalam artikel HFMD dan hanya 6 maklumat risiko dalam

artikel kanser. Penemuannya ini dapat dilihat pada jadual 5.

Jadual 5: Jumlah maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar HFMD dan kanser

Penyakit Jumlah maklumat Min jumlah maklumat

tentang risiko setiap artikel


HFMD (n=51) 82 1.6
Kanser (n=18) 6 0.3
Jumlah (N=69) 88

Jumlah 5 mengandungi maklumat tentang risiko mendapat penyakit yang terdapat

dalam artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 82 berbanding dengan jumlah

maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 6 memandangkan

jumlah artikel HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min

digunakan untuk membuat perandingan jumlah maklumat risiko yang terdapat dalam setiap

artikel. Min jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 1.6 sementara min

jumlah maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.3. sIni menunjukkan bahawa

maklumat risiko mendapat penyakit ialah satu hingga dua untuk untuk setiap artikel HFMD

manakala kebanyakan artikel kanser tidak mengandungi maklumat risiko. Daripada dapatan

tersebut, didapati artikel HFMD lebih memberi tumpuan risiko dan kemungkinan orang ramai

mendapat penyakit berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana, HFMD merupakan

penyakit berjangkit manakala kanser merupakan penyakit tidak berjangkit. Selain itu, dalam

27
tempoh pengumpulan artikel iaitu antara 1 Jun sehingga 30 September 2018 penyakit HFMD

sedang menular manakala penyakit kanser tidak mempunyai tempoh-tempoh tertentu untuk

merebak. Dalam akhbar The New Strait Times maklumat risiko terdapat dalam artikel yang

diterbitkan pada 15 Julai 2018 yang mengemukakan tentang jumlah kes "authorities have

detected 18 cases of HFMD among pre-schoolers at Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau in

Kampung Kiau, Kota Belut".

Memandangkan jenis maklumat berkaitan dengan risiko dalam artikel HFMD dan

kanser jauh berbeza, dapatan mengenai maklumat risiko digambarkan dengan menggunakan

dua peta konsep yang berlainan.

Jumlah
kes

Punca Maklumat Wabak


penularan berkaitan
risiko penyakit
HFMD

Positif
HFMD

Rajah 2: Peta konsep maklumat berkaitan risiko mendapat penyakit HFMD dalam

artikel akhbar New Straits Times

Rajah 2 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan risiko mendapat penyakit

melalui jumlah kes, wabak penyakit, positif HFMD dan punca penularan HFMD. Pertama,

pengumuman berkaitan jumlah kes penyakit termasuk jumlah mangsa yang dikemas kini.

Antara contoh maklumat berkaitan risiko melalui jumlah kes dalam artikel The New Straits

28
Times ialah pada artikel bertarikh bertarikh 27 Julai 2018 "of the total, 8,501 are children

below the age of 6; 568 are kids aged between 7 and 12; and 231 are youth above 12 years of

age" dan artikel yang diterbitkan pada 7 Ogos 2018 2018 "the highest incidence of 564 cases

was reported here, followed by Beaufort (393), Penampang (258) and Sandakan (221)".

Kedua-dua contoh berkenaan masing-masing mengemukakan kes HFMD mengikut peringkat

umur dan kes mengikut kawasan.

Maklumat risiko yang kedua dalam artikel HFMD ditandai dengan wabak penyakit.

Maklumat tersebut diperoleh dalam artikel yang diterbitkan pada 16 Ogos 2018 berkaitan

klasifikasi wabak HFMD iaitu "He said HFMD cases are classified as an ‘outbreak’ if there

are two or more cases on the premises during the HFMD incubation period". Selain itu,

maklumat risiko daripada wabak juga dapat dilihat melalui artikel yang bertarikh 2 Ogos

2018 menyatakan Malaysia dilanda wabak HFMD "As many know, Malaysia is experiencing

the HFMD outbreak".

Ketiga ialah maklumat risiko berdasarkan laporan berkaitan pengesanan atau positif

HFMD. Dalam artikel The New Straits Times bertarikh 15 Julai 2018 ada mengemukakan

tentang pemeriksaan yang dijalankan mendapati beberapa orang positif HFMD "Futher

screening revealed 11 other people, including six pre-schoolers (also from SK Kiau) and five

members of family were positive for the disease". Contoh lain misalnya artikel yang

diterbitkan pada 23 Julai 2018 yang mengesan HFMD HFMD "We have detected 42 pre-

school and 116 primary school students here with the disease so far this month".

Keempat, maklumat risiko penyakit HFMD dikenal pasti dengan penularan HFMD

melalui medium. Punca penularan HFMD bukan sahaja memberi fokus kepada penularan

daripada virus yang membawa kepada penyakit tersebut tetapi juga melibatkan penularan lain

melalui kawasan taman permainan yang kotor, sentuhan, kanak-kanak yang dijangkiti HFMD

29
bercampur dan bermain dengan kanak-kanak lain atau penularan di tempat-tempat awam dan

pusat membeli belah misalnya sentuhan pada bangku, troli dan permainan daripada kanak-

kanak yang dijangkiti HFMD. Sebagai contoh, dalam akhbar The New Straits Times

bertarikh 12 Julai 2018 yang menyatakan penularan HFMD melalui virus "HFMD is a

contagious caused by viruses in particular Coxsackie A16 and Enterovirus 71 (EV71) which

spread through contact with saliva, blister fluid or feaces" dan maklumat risiko yang

dilaporkan melalui penularan melalui medium lain iaitu pada artikel 24 Julai 2018 yang

mengemukakan "The other was issued after the checks by the department found that trolley,

toys and benches were contaminated and could be for the spread of the disease".

Daripada artikel penyakit HFMD, dapat disimpulakan bahawa maklumat risiko dapat

diperoleh daripada laporan berkaitan dengan jumlah kes, wabak penyakit, positif HFMD dan

punca penularan.

Merokok (kanser
paru-paru)
Punca
kanser
Gaya hidup kurang
sihat (kanser
kolorektal)

Tekanan
Maklumat
berkaitan
Statistik risiko

Rajah 3: Peta konsep maklumat berkaitan risiko mendapat penyakit kanser dalam

artikel akhbar New Straits Times

30
Seterusnya, Rajah 3 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan risiko mendapat

penyakit kanser melalui statistik dan punca penyakit. Dalam artikel penyakit kanser, kedua-

dua maklumat tersebut dinyatakan secara spesifik mengikut jenis kanser. Antara jenis kanser

yang ditekankan ialah kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Namun begitu, terdapat juga

artikel yang membuat laporan dan memaparkan maklumat risiko secara umum. Sehubungan

dengan itu, jenis maklumat berkaitan dengan risiko yang pertama dalam artikel kanser

ditekankan melalui statistik. Misalnya dalam artikel The New Straits Times bertarikh 27 Jun

2018 menyatakan statistik kanser kolorektal di Malaysia "Colorectal cancer (CRC) is the

most common of cancer types among men and the second most common among women in

Malaysia at the prevalence of 13.2 per cent, as reported in the Malaysian National Cancer

Rigister Report (2007-2011)".

Kedua, maklumat tentang risiko penyakit kanser yang digambarkan melalui punca yang

dilaporkan dalam akhbar. Punca yang dinyatakan dapat dibahagikan mengikut jenis kanser

dan punca yang dinyatakan secara umum. Contoh artikel yang memberikan laporan

berkenaan dengan punca yang lebih spesifik kepada jenis kanser tertentu misalnya dalam

laporan The New Straits Times bertarikh 3 Julai 2018 memberi tumpuan kepada kanser paru-

paru "Smoking is by far the leading risk factor for lung cancer and the main cause for 80 per

cent of lung cancer death" dan artikel pada 27 Jun 2018 yang menyatakan punca kepada

kanser kolorektal "He said some of the main causes in the rise of the disease was due to the

unhealthy Malaysian lifestyle". Meskipun dalam petikan tersebut tidak menyatakan

berkenaan dengan kanser kolorektal namun artikel tersebut melaporkan tentang kanser

kolorektal. Hal ini dikuatkan lagi melalui tajuk artikel berkenaan iaitu Colorectal cancer:

most common cancer in men.

Terakhir ialah punca yang dinyatakan secara umum untuk menggambarkan maklumat

risiko dalam artikel HFMD. Contohnya, dalam artikel bertarikh 13 Ogos 2018 yang

31
menyatakan bahawa tekanan merupakan salah satu punca kanser "Oxidative demage or stress

is generally considered as the underlying cause of chronic disease such as ageing, cancer,

diabetes, cell loss and neuro degenerative disease (NDs)". Maklumat risiko dalam artikel

penyakit kanser sangat terhad dan hanya dapat diperoleh melalui laporan berkaitan statistik

dan punca kanser sahaja.

Sebagai kesimpulan berkaitan dengan maklumat risiko, artikel berita atas talian The

New Straits Times lebih banyak memberi tumpuan mengenai risiko atau kemungkinan orang

ramai mendapat penyakit HMFD berbanding dengan penyakit kanser. Selain itu, maklumat

risiko dalam artikel penyakit HFMD berbeza dengan maklumat risiko dalam artikel kanser

kerana HFMD memberi maklumat risiko secara umum memandangkan HFMD tidak

terbahagi kepada beberapa kategori sebaliknya artikel penyakit kanser hanya memberi

maklumat berkaitan risiko secara umum dan spesifik mengikut jenis kanser yang ditekankan.

Maklumat mengenai risiko mendapat penyakit HFMD boleh diperoleh melalui beberapa

fokus seperti jumlah kes, wabak penyakit, positif HFMD dan punca penularan HFMD

manakala maklumat risiko penyakit kanser pula boleh diperoleh melalui statistik dan punca

kanser sahaja. Berdasarkan maklumat mengenai risiko mendapat penyakit HFMD dan kanser

dalam artikel akhbar The New Straits Times, ianya dapat menakutkan pihak pembaca

seterusnya mendorong mereka untuk mengambil langkah bagi mengurangkan risiko atau

kemungkinan untuk mendapat penyakit HFMD dan kanser.

4.1.2 Maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit

HFMD dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada merujuk

kepada penilaian kesan kesihatan sesebuah penyakit. Dalam artikel kedua-dua penyakit iaitu

32
HFMD dan kanser terdapat maklumat tentang keterukan. Pengkaji menemui 28 maklumat

keterukan dalam artikel HFMD dan hanya 3 maklumat keterukan dalam artikel kanser.

Penemuannya ini dapat dilihat pada jadual 6.

Jadual 6: Jumlah maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar HFMD dan

kanser

Penyakit Jumlah maklumat tentang Min jumlah maklumat

keterukan setiap artikel


HFMD (n=51) 28 0.5
Kanser (n=18) 3 0.2
Jumlah (N=69) 31

Jadual 6 menunjukkan jumlah maklumat tentang keterukan penyakit yang terdapat

dalam artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 28 berbanding dengan jumlah

maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar penyakit kanser iaitu 3. Min juga

digunakan untuk membuat perbandingan jumlah maklumat keterukan yang terdapat dalam

setiap artikel. Min jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 0.5 sementara

min jumlah maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.2. Hal ini menunjukkan

bahawa setengah daripada artikel HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan

manakala dalam artikel kanser kebanyakan artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan.

Daripada hasil tersebut, didapati HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap

keterukan penyakit berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan

sebagai penyakit yang lebih teruk berbanding dengan kanser. Dalam akhbar The New Strait

Times maklumat keterukan terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 24 Julai 2018 yang

mengemukakan tentang gejala HFMD "early symptoms include fever, rashes or blister on the

palms and feet, and ulser in the mouth and tongue and sore throat ".

33
Maklumat berkaitan dengan keterukan dalam artikel HFMD dan kanser jauh berbeza.

Oleh sebab itu maklumat keterukan juga digambarkan mengikut dua peta konsep yang

berlainan.

Kematian

Maklumat
berkaitan
keterukan

Masih
Gejala
dirawat

Rajah 4: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan HFMD dalam artikel akhbar New

Straits Times

Keterukan penyakit HMFD boleh dilihat berdasarkan Rajah 4, didapati maklumat yang

berkaitan dengan keterukan ialah melalui laporan berkenaan dengan kematian, gejala dan

masih mendapatkan rawatan. Pertama, maklumat berkaitan keterukan melalui laporan

kematian terdapat dalam artikel The New Straits Times bertarikh 16 Ogos 2018 yang

menyatakan "One death was reported on July 28 in Sarawak, involving a 27-month-old child

from Mukah". Selain itu, laporan berkaitan kematian yang menggambarkan keterukan HFMD

juga terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 30 Julai 2018 mengemukakan "The medical

specialist has confirmed that the death was due to a lung infection caused by EV71

(Enterovirus 71)".

34
Kedua, dalam artikel akhbar berkenaan juga menggambarkan maklumat keterukan

melalui gejala atau tanda-tanda HFMD yang dimiliki oleh seseorang seperti dalam artikelnya

bertarikh 11 Julai 2018 menyatakan "The symptoms of infection include fever, rash

(maculopapular and vesicles) in the palms, feet and user in the mouth and tongue, as well as

symptoms and signs of upper respiratory tract infection (URTI)" dan tanda-tanda lain

misalnya terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 28 Julai 2018 yang menyatakan "Then

he contracted and he became weak and lethargic and lost his appetite as well. At night,

especially, he would cry and could not sleep ".

Maklumat keterukan yang ketiga pula terdapat dalam laporan berkaitan mangsa yang

masih mendapatkan rawatan atau dalam dalam pemerhatian. Sebagai contoh The New Starits

Times bertarikh 11 Julai 2018 menyatakan empat orang kanak-kanak masih dalam

pemerhatian "Four children are still under observation in the Penang Hospital and Seberang

Jaya Hospital." Sehubungan dengan itu, maklumat keterukan yang digambarkan melalui

mangsa yang masih mendapat rawatan pula terdapat dalam artikel pada 30 Julai 2018 "He

said 13 children infected with HFMD were still being treated at hospitals including private

hospitals and all of them, aged between 1 and 10 yeaars, were reported to be in stable

condition ."

35
Kanser paru-paru

terselamat

Sesak nafas, penurunan


berat badan keletihan
Maklumat (Kanser paru-paru)
berkaitan
keterukan Perubahan pada usus, najis
berdarah, sakit perut,
Gejala penurunan berat badan,
anemia dan halangan usus
(Kanser kolorektal)

Rajah 5: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan penyakit kanser dalam artikel

akhbar New Straits Times

Rajah 5 menunjukkan maklumat yang diperoleh dalam artikel akhbar berkaitan dengan

keterukan penyakit kanser. Maklumat berkaitan dengan keterukan penyakit kanser boleh

diperoleh daripada laporan berkaitan dengan kematian dan gejala sahaja. Dalam artikel

penyakit kanser, kedua-dua maklumat tersebut dinyatakan secara spesifik mengikut jenis

kanser. Mengulas mengenai maklumat berkaitan keterukan kanser paru-paru, yang pertama

melalui laporan pesakit yang terselamat ditemui di The New Straits Times bertarikh 3 Julai

2018 menyatakan "Unfortunately, lung cancer is one of the most aggressive cancers. Out of

1000 patients, only 10 to 15 patients survive for five years upon diagnosis".

Kedua ialah maklumat keterukan yang digambarkan melalui gejala penyakit kanser.

Namun begitu, gejala tersebut berbeza mengikut jenis kanser misalnya artikel berkaitan

kanser paru-paru bertarikh 3 Julai 2018 mengemukakan gejala "In addition, patients may

suffer from other symptoms including shortness of breath, unexplained weight loss and

36
fatigue" manakala maklumat tentang keterukan dilaporkan dalam akhbar berkaitan dengan

kanser kolorektal pula dalam artikel bertarikh 27 Jun 2018 menyatakan "The most common

symptoms of the disease are altered bowel habits (41.7 per cent) followed by blood in stool

(35.5 per cent), abdominal pain (31.5 per cent), weight loss (31.0 per cent), anaemia (9.8 per

cent) and intestinal obstruction (9.3 per cent)". Petikan berkenaan tidak menyebut tentang

kanser kolorektal namun ianya dapat dikaitkan melalui tajuk artikel colorectal cancer: most

common cancer in men. Meskipun kanser paru-paru terdapat dalam kedua-dua maklumat

berkaitan keterukan yang digambarkan dalam mangsa yang terselamat dan gejala namun,

kanser kolorektal dilihat lebih teruk kerana gejala bagi kanser kolorektal lebih parah

berbanding kanser paru-paru.

Sebagai rumusan berkaitan dengan maklumat keterukan penyakit, jumlah maklumat

berkaitan keterukan bagi kedua-dua penyakit hampir sama. Meskipun The New Straits Times

jumlah makumat keterukan dalam artikel HFMD lebih tinggi berbanding kanser namun

perbezaan tersebut tidak begitu banyak. Selain itu, maklumat keterukan dalam artikel

penyakit HFMD berbeza dengan maklumat keterukan dalam artikel kanser kerana HFMD

memberi maklumat keterukan secara umum memandangkan HFMD artikel penyakit kanser

memberi maklumat berkaitan tetapi secara spesifik mengikut jenis kanser yang ditekankan.

Berdasarkan maklumat keterukan tersebut ia menunjukkan tahap keseriusan dan sejauh mana

bahaya yang disebabkan oleh kedua-dua penyakit. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan

keterukan kadua-dua penyakit, HFMD menggambarkan keterukan melalui kematian, gejala

dan mangsa yang masih mendapatkan rawatan manakala kanser boleh diperoleh melalui

laporan mangsa yang terselamat dan juga gejala.

37
4.1.3 Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit

HFMD dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) tindakan menunjukkan rangsangan terhadap langkah-

langkah pencegahan, boleh menjadi luaran (komunikasi massa dan nasihat daripada pekerja

penjagaan kesihatan dan lain-lain) dan dalaman (seperti ketidakselesaan fizikal dan

kemunculan gejala penyakit). Dalam artikel kedua-dua penyakit iaitu HFMD dan kanser

terdapat maklumat tentang risiko. Pengkaji menemui 196 maklumat tindakan dalam artikel

HFMD dan hanya 20 maklumat tindakan dalam artikel kanser. Penemuan ini dapat dilihat

pada jadual 7.

Jadual 7: Jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD dan kanser

Penyakit Jumah maklumat tentang Min jumlah maklumat setiap


tindakan artikel
HFMD (n=51) 196 3.8
Kanser (n=18) 20 1.1

Jumlah (N=69) 216

Jadual 7 menunjukkan jumlah maklumat tentang tindakan yang terdapat dalam artikel

akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 196 berbanding dengan jumlah maklumat tentang

tindakan dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 20 memandangkan jumlah artikel

HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min digunakan untuk

membuat perbandingan jumlah maklumat tindakan yang terdapat dalam setiap artikel. Min

jumlah maklumat tentang tindakan untuk artikel HFMD ialah 3.8 sementara min jumlah

maklumat tentang tindakan untuk kanser pula adalah 1.1. Daripada hasil dapatan tersebut,

didapati maklumat berkaitan tindakan yang terdapat dalam artikel HFMD ialah tiga hingga

empat kali setiap artikel manakala artikel kanser pula ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini

38
demikin kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang berjangkit dan mudah merebak

sedangkan penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Hal ini mendorong

pelbagai pihak agar mengambil langkah pencegahan segera untuk mengelakkan penyakit

HFMD daripada terus berjangkit. Hal inilah yang mendorong lebih banyak cadangan untuk

merawat HFMD berbanding kanser. Namun begitu, pihak kerajaan hanya dapat menyediakan

perkhidmatan kesihatan serta memberi nasihat kepada orang ramai tetapi ibu bapa dan pihak

sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memandangkan maklumat tentang tindakan untuk penyakit HFMD dan kanser lebih

banyak berbanding maklumat yang sebelumnya, pengkaji menggunakan jadual menggantikan

peta konsep untuk menggambarakan maklumat tindakan.

Jadual 8: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD

No Pihak yang terlibat Tindakan


.
1 Ibu bapa  Mendapatkan rawatan segera
 Tidak membawa ke tempat awam
 Mengamalkan kebersihan
2 Pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika  Penutupan
 Menjaga kebersihan
3 Agensi lain  Menyediakan sanitiser
 Memastikan premis bersih
4 Orang awam  Mengutamakan kebersihan
5 Jabatan kesihatan  Nasihat untuk membersihkan
premis perniagaan
 Mengadakan mesyuarat

Jadual 8 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan tindakan yang diambil dan

dicadangkan dapat diketegorikan mengikut pihak-pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, pusat

39
jagaan, sekolah, taska, tadika, agensi lain, orang awam dan jabatan kesihatan. Pertama,

maklumat tindakan terdapat dalam cadangan yang diberikan kepada ibu bapa. Antara contoh

maklumat berkaitan tindakan melalui cadangan kepada ibu bapa dalam artikel The New

Straits Times ialah pada artikel bertarikh bertarikh 27 Ogos 2018 merangkumi tiga cadangan

"He also urged parents to send their sick children for immediate medical treatment and

should not send them to school or take them to public places aspecially the playgrounds " dan

artikel yang diterbitkan pada 17 September 2018 pula menekankan tentang cadangan kepada

ibu bapa untuk menggalakkan amalan kebersihan "Parents are encouraged to constantly

encourage their children toparctice good hygiene habits by modelling this behaviour

themselves at home".

Maklumat tindakan yang kedua dalam artikel HFMD melibatkan pihak pusat jagaan,

sekolah, taska dan tadika. Cadangan yang diberikan kepada pihak berkenaan ialah melalui

penutupan pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika serta menjaga kebersihan. Maklumat

terhadap tindakan penutupan diperoleh dalam artikel yang diterbitkan pada 27 Ogos 2018

berkaitan penutupan pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika "In total, 51 premises involving

24 nurseries, kindergartens, pre-school (23), three daycare centers and private school were

closed following HFMD". Selain itu, maklumat tindakan yang melibatkan pihak pusat jagaan,

sekolah, taska dan tadika dapat dilihat melalui cadangan penjagaan kebersihan dalam artikel

yang bertarikh 17 September 2018 "Daycare centers, nurseries and kindergartens should take

the proactive measure to keep their premises clean".

Ketiga ialah maklumat tindakan yang melibatkan agensi lain. Dalam artikel The New

Straits Times bertarikh 7 September 2018 mengemukakan cadangan tentang penyediaan

sanitiser "sanitiser at the entrance and ensure the children clean their hands before entring

and when leaving the playground area". Contoh seterusnya ialah berkenaan dengan

memastikan kebersihan premis misalnya artikel yang diterbitkan pada 23 Julai 2018. "We

40
hope that the operators will clean up their premises and equipment to prevent the spread of

the disease".

Keempat, maklumat tindakan terhadap penyakit HFMD dikenal pasti dengan

penglibatan orang awam. Orang awam banyak diberi nasihat oleh jabatan kesihatan agar

sentiasa menjaga kebersihan. Hal ini demikian kerana, HFMD mudah merebak melalui

persekitaran yang kotor. Antara tindakan yang dicadangkan untuk orang awam ialah seperti

artikel yang diterbitkan pada 22 Julai 2018 "Meanwhile, Melaka Health director Datuk Dr

Ghazali Othman advised the public to practice good hygiene". Selain itu, dalam artikel lain

bertarikh 7 Ogos menyatakan "Dr Lee also advised members of the public, children and adut

alike, to observe personal hygiene".

Kelima ialah maklumat tindakan yang memberi tumpuan kepada pihak jabatan

kesihatan. Maklumat diperoleh melalui nasihat yang diberikan oleh jabatan kesihatan untuk

membersihkan premis perniagaan. Sebagai contoh, dalam akhbar The New Straits Times

bertarikh 24 Julai 2018 menunjukkan tindakan jabatan kesihatan memberi nasihat "Health

Department has issued noticed to supermarket and shopping complexes here to carry out

sanitisation exercises at their premises". Maklumat tindakan tersebut turut disokong melalui

mesyuarat yang diadakan oleh jabatan kesihatan Negeri Sembilan yang melibatakan pihak

kerajaan, pusat asuhan, guru dan pengendali pusat asuhan dalam artikel yang diterbitkan pada

27 Ogos 2018 "We have held 11 town hald meeting session with government, private

nurseries, and nursery operators and teachers in the state which involved 847 premises".

Daripada artikel penyakit HFMD, dapat disimpulakan bahawa maklumat tindakan

dapat diperoleh daripada cadangan yang diberikan kepada pihak ibu bapa, pusat jagaan,

sekolah, taska dan tadika, agensi lain dan orang awam serta tindakan yang diambil oleh

jabatan kesihatan. Jika diteliti kesemua pihak selain jabatan kesihatan dinasihatkan agar

41
sentiasa menjaga kebersihan. Hal ini kerana persekitaran yang kotor menjadi punca penularan

HFMD.

Jadual 9: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar kanser

Maklumat tindakan
Perubahan gaya  Berbasikal merupakan terapi untuk kanser
hidup  Makan microalgae untuk kanser
 Makan daun moringa untuk membunuh sel kanser
Bidang Diagnosis Pengesahan Rawatan Rawatan
perubatan peringkat susulan
 Pemeriksaa  Pembedaha
n CT n
 Radioterapi
 Kemoterapi

Maklumat tentang tindakan dalam artikel The New Straits Times tentang penyakit

kanser dapat dikategorikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam jadual 9 iaitu melalui

perubahan gaya hidup dan daripada bidang perubatan. Maklumat tindakan bagi perubahan

gaya hidup terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 9 September 2018 yang menyatakan

bahawa berbasikal merupakan salah satu terapi untuk kanser "always encouraged her to

continue cycling, and it has now become a sort of ‘theraphy’ for her cancer". Dalam artikel

bertarikh 14 Ogos 2018 pula menyatakan dua tindakan melalui perubahan gaya hidup iaitu

dengan memakan microalgae dan daun moringa "Other form of microalgae are used to for

weight loss, cancer, fibromyalgia, arthritis, stress, fatigue, depression, heart disease, high

cholesterol, diabetes and impriive memory and digestion" dan "She add that research have

been done on moringa’s effectiveness in killing in killing cancer cells".

42
Maklumat tentang tindakan dalam artikel The New Straits Times tentang penyakit

kanser yang seterusnya pula lebih tertumpu dalam bidang perubatan. Tindakan tersebut

dipecahkan kepada empat peringkat yang sepatutnya dijalankan oleh setiap pesakit kanser

iaitu diagnosis, pengesahan peringkat kanser, rawatan dan kemudian rawatan susulan. Namun

begitu, tidak semua peringkat ini diterangkan dengan jelas dalam artikel The New Straits

Times. Ada daripadanya hanya dinyatakan sahaja. Kenyataan mengenai empat peringkat ini

dapat dilihat dalam artikel yang bertarikh 27 Jun 2018 "In addition, it is hoped that CPG will

help to reduce that variation in clinical practice in management of patients namely diagnosis,

staging, treatment and follow up". Maklumat tindakan yang digambarkan melalui diagnosis

terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 3 Julai yang menyatakan diagnosis kanser paru-

paru pada peringkat awal sangat susah "Subang Jaya Medical Centre clinic oncologist Dr

Martin Mellor says early diagnosis for lung cancer is difficult as there are no symptoms to

indicate the presence of the disease ". Bagi maklumat pengesahan peringkat kanser pula,

tidak terdapat maklmat khusus, hanya terdapat dalam petikan di atas yang telah dinyatakan

oleh pengkaji.

Seterusnya, maklumat tindakan untuk panyakit kanser beralih kepada peringkat

rawatan. Antara rawatan ynag dinyatakan ialah seperti pembedahan, radioterapi dan

kemoterapi yang terdapat dalam artikel yang sama bertarikh 3 Julai 2018 "Surgery and

radiotherapy are usually recommended, leaving patients with only chemotherapy" manakala

maklumat berkaitan dengan peringkat rawatan susulan juga tidak dinyatakan secara

mendalam.

Daripada artikel penyakit kanser, dapat disimpulakan bahawa maklumat tindakan dapat

diperoleh daripada perubahan gaya hidup yang lebih menjurus kepada tindakan individu dan

bidang perubatan yang lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh

setiappesakit kanser.

43
Sebagai rumusan berkaitan dengan maklumat tindakan yang diambil kepada penyakit,

jumlah maklumat berkaitan tindakan bagi kedua-dua penyakit jauh berbeza. Kedua-dua

penyakit dalam artikel The New Straits Times memperlihatkan bentuk yang berbeza untuk

menggambarkan tindakan. Jumlah maklumat tindakan dalam artikel HFMD lebih tinggi

berbanding kanser. Hal ini memang wajar kerana HFMD merupakan penyakit yang mudah

merabak. Hal tersebutlah yang mendorong cadangan kepada tindakan bagi mengelakkan

HFMD daripada terus menular manakala penyakit kanser pula lebih fokus memberikan

maklumat tindakan mengikut peringkat dan tindakan tersebut dilihat lebih perlahan.

4.2 Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar

berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Jadual 10: Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Penyakit
HFMD Kanser
Maklumat
Risiko  Jumlah kes  Statistik
 Wabak penyakit  Punca kanser
 Positif HFMD
 Punca penularan
Keterukan  Kematian  Terselamat
 Gejala  Gejala
 Masih dirawat
Tindakan  Ibu bapa  Perubahan gaya
 Pusat jagaan, sekolah, taska hidup
dan tadika  Bidang perubatan

44
 Agensi lain
 Orang awam
 Jabatan kesihatan

Berdasarkan jadual 10, dapat dilihat dengan jelas perbandingan antara maklumat risiko,

keterukan dan tindakan dalam artikel The New Straits Times untuk penyakit HFMD dan

kanser. Dapatan menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan bagi setiap maklumat.

Persamaan dapat dikenal pasti dalam maklumat risiko dan keterukan manakala maklumat

tindakan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Maklumat risiko digambarkan dalam bentuk yang sama melalui punca penyakit bagi

HFMD dan kanser manakala maklumat lain digambarkan dalam bentuk yang berbeza. HFMD

menekankan jumlah kes, wabak dan positif HFMD sedangkan kanser hanya memberikan

statistik.

Maklumat keterukan juga terdapat persamaan antara kedua-dua penyakit yang

digambarkan melalui gejala. Namun, mengikut pengamatan pengkaji, gejala HFMD dapat

dikesan pada peringkat awal. Berbeza dengan kanser kerana hanya dapat dikesan melalui

diagnosis. HFMD turut menggambarkan keterukan melalui laporan kematian dan mangsa

yang masih mendapatkan rawatan mankala kanser pula menggambarkan keterukan dengan

menggunakan perkataan yang berbaur positif iaitu terselamat.

Maklumat yang terakhir ialah berkaitan dengan maklumat tindakan. Maklumat tindakan

bagi kedua-dua penyakit sangat berbeza. Hal ini demikian kerana HFMD menjurus kepada

langkah pencegahan manakala kanser lebih fokus kepada rawatan.

45
Jadual 11: Perbezaan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD

dan kanser

Penyakit Min jumlah maklumat Min jumlah maklumat Min jumlah


berkaitan risiko berkaitan keterukan maklumat berkaitan
tindakan
HFMD 1-2 kali setiap artikel 1 kali dalam 2 artikel 3-4 kali setiap artikel

Kanser 1 kali dalam 3 artikel kebanyakan artikel 1 kali setiap artikel


tidak mengandungi
maklumat keterukan

Jadual 11 menunjukkan perbezaan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel

akhbar HFMD dan kanser. Daripada jumlah min yang telah dinyatakan sebelumnya, pengkaji

menyimpulkan bahawa maklumat risiko mendapat penyakit ialah satu hingga dua untuk

untuk setiap artikel HFMD manakala maklumat risiko penyakit kanser diaggarkan sebanyak

sekali untuk setiap tiga artikel. Ini memnunjukkan perbezaan yang ketera mengenai jumlah

maklumat risiko dalam kedua-dua artikel dalam akhbar The New Straits Times.

Jumlah maklumat keterukan pula, menunjukkan bahawa setengah daripada artikel

HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan manakala dalam artikel kanser

kebanyakan artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan. Daripada hasil tersebut, didapati

HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan penyakit berbanding

46
dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai penyakit yang lebih

teruk berbanding dengan kanser.

Jumlah maklumat tindakan pula, didapati maklumat berkaitan tindakan yang terdapat

dalam artikel HFMD ialah tiga hingga empat kali setiap artikel manakala artikel kanser pula

ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini demikin kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang

berjangkit dan mudah merebak sedangkan penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak

berjangkit. Hal ini mendorong pelagai pihak agar mengambil langkah pencegahan segera

untuk mengelakkan penyakit HFMD daripada terus berjangkit dan mendorong lebih banyak

cadangan untuk merawat HFMD berbanding kanser.

4.3 Perbincangan

Hasilnya diperolehi daripada tiga persepsi ancaman iaitu risiko, keterukan dan untuk

tindakan sangat berguna. Isi kandungan akhbar boleh digunakan untuk memberi maklumat

kepada orang ramai tentang risiko penyakit. Akhbar atas talian boleh digunakan sebagai

medium untuk memberi amaran kepada orang awam mengenai wabak penyakit sama ada

penyakit berjangkit mahupun penyakit yang tidak berjangkit. Oleh itu, ini akan membantu

mengisi jurang ilmu tentang kekurangan penggunaan maklumat-maklumat tersebut dalam

akhbar dan sejauh mana isi kandungan akhbar mampu mempengaruhi orang ramai untuk

mengambil tindakan pencegahan.

Dalam kajian untuk mengenal pasti mesej mengenai risiko, keterukan dan tindakan

yang terdapat dalam kain rentang di lapangan terbang seperti kajian yang dilakukan oleh Ting

dan Jerome (2017) menunjukkan analisis risiko, beberapa kain rentang iaitu dua HFMD dan

MERSCoV didapati mensasarkan orang ramai kerana tidak memberi spesifik kepada

kumpulan tertentu yang berisiko tinggi mendapat penyakit berkenaan. Bagi keterukan, gejala-

47
gejala seperti selesema tidak dilihat sebagai satu gejala yang teruk. Oleh hal yang demikian,

selesema dikecualikan sebagai gejala yang teruk dalam mesej keterukan.mesej keterukan

dapat dilihat pada kain rentang 6 yang menyebut pendarahan untuk EVD dan kain rentang 8

yang menyebut kesukaran bernafas untuk MERS-CoV. Bagi tindakan yang dicadangkan,

isyarat untuk ancaman yang lebih besar ialah perkataan "segera" (misalnya, Pergi ke Unit

Kuarantin Kesihatan dengan segera) yang terdapat dalam kain rentang 2, 3, 6, 8 dan 9 untuk

penyakit zika, malaria, EVD dan dua kain rentang MERS-CoV. Kajian ini menunjukkan

bahawa kain rentang sangat bermaklumat tetapi mungkin tidak berjaya dalam meggalakkan

orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan penyakit. Kain rentang mengandungi

fakta mengenai risiko atau kumpulan risiko, keterukan atau gejala penyakit, dan tindakan

yang disyorkan. Dalam ruang yang terhad yang terdapat pada kain rentang, pembaca

didedahkan dengan banyak fakta pencegahan penyakit, atau sekurang-kurangnya

meminimumkan penyakit tertentu bagi mereka yang sudah dijangkiti. Oleh itu, pembaca

melihat kain rentang berkaitan risiko penyakit di lapangan terbang sebagai sesuatu tidak

berkaitan dengan mereka. Hal ini menyebabkan pembaca tidak memberikan perhatian. Selain

itu, kain rentang di lapangan terbang mengelak daripada menyebut gejala peringkat terakhir

penyakit. Kain rentang menonjolkan tanda amaran penyakit berjangkit yang merupakan

gejala seperti selesema, kecuali EBV yang menyebabkan pendarahan. Oleh itu, penyakit itu

dilihat tidak teruk dan tidak menimbulkan amaran atau sebagai ancaman kepada pembaca.

Kementerian Kesihatan merasakan mereka tidak perlu mewujudkan rasa panik terhadap

penyakit dengan menyatakan risiko dan keterukan penyakit. Tetapi dalam artikel akhbar

mengenai HFMD dan kanser, ia adalah satu senario yang berbeza kerana lebih banayk

peluang untuk menyatakan mengenai risiko dan keterukan kerana medium penyampaian yang

lebih besar. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa maklumat tindakan lebih banyak

dinyatakan.

48
Untuk Health Belief Model, disahkan bahawa kerangka kerja ini digunakan untuk

membuat ancaman. Dalam kes ini, ternyata tahap keterukan lebih baik digunakan dalam

mewujudkan ketakutan. Ini adalah kerana, HFMD sangat serius dan orang juga agak mudah

dijangkiti kerana virus HFMD mudah tersebar manakala kanser pula adalah penyakit yang

sukar diubati. Kesimpulannya, persepsi ancaman untuk menonjol bergantung kepada sifat

penyakit itu sendiri. Contohnya, kanser penyakit yang tidak berjangkit tidak meningkatkan

rasa takut atau menimbulkan ancaman kepada orang ramai kerana orang ramai percaya

bahawa selain faktor genetik atau pemakanan, mereka tidak akan mendapat penyakit kanser.

Sebagai kesimpulan, Health Belief Model sangat berguna untuk meninjau isi kandungan

artikel risiko penyakit.

49
BAB 5

KESIMPULAN

Dalam bab ini, pengkaji akan merumuskan tujuan kajian, rumusan dapatan, implikasi

daripada dapatan kajian, cadangan untuk penambah baikan untuk kajian akan datang dan

aplikasi kepada kajian ini

5.1 Rumusan Dapatan

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis kandungan artikel akhbar atas talian

mengenai penyakit HFMD dan kanser. Terdapat empat objektif untuk membantu mencapai

matlamat kajian ini. Pertama ialah untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk

melaporkan risiko dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser. Yang

kedua adalah untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan berkenaan

dengan keterukan HFMD dan penyakit kanser. Ketiga, untuk mengenal pasti perkataan yang

digunakan yang merujuk kepada tindakan yang diambil terhadap HFMD dan penyakit kanser

dan yang terakhir untuk membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar

berkaitan penyakit HFMD dan kanser dalam akhbar The New Starits Times.

Menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif, kajian ini mengaplikasikan kaedah

analisis teks untuk mengenal pasti jenis maklumat berdasarkan perkataan yang digunakan

mengikut konsep berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan berkenaan penyakit.

50
Analisis teks digunakan untuk menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri maklumat yang

disampaikan. Analisis teks merujuk kepada kaedah penyelidik menggunakan kaedah untuk

menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri mesej yang dirakam atau visual. Menurut Gary,

Lawrence, dan Carl (1999), analisis teks untuk digunakan menggambarkan kandungan,

struktur, dan fungsi mesej yang terkandung dalam teks. Oleh itu, penyelidik akan

menggunakan analisis teks untuk mengenal pasti maklumat risiko (Sus), keterukan (Sev) dan

tindakan (Act) yang terdapat dalam artikel berita yang dikumpulkan dari akhbar atas talian

iaitu The New Straits Times mengenai penyakit HFMD dan kanser. Sebab utama memilih

kedua-dua penyakit ini adalah untuk melihat jika terdapat kecenderungan yang tinggi

daripada salah satu penyakit dalam menyatakan maklumat risiko, keterukan dan tindakan

memandangkan kedua-dua penyakit ini merupakan penyakit yang berbeza. Untuk kedua-dua

penyakit, kata kunci Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) dan cancer telah ditaip dalam

kotak carian untuk akhbar atas talian The New Straits Times untuk mengumpul berita artikel

dalam tempoh yang ditetapkan dari 1 Jun 2018 sehingga 30 September 2018. Semua akhbar

yang dipilih kemudian dimuat turun dan dicetak. Pengkaji mengasingkan akhbar yang

melebihi tarikh yang telah ditentukan untuk mengelakkan kesalahan dalam menganalisis data.

Untuk mencapai objektif yang pertama, kedua dan ketiga iaitu untuk mengenal pasti

perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser, kedua-duanya artikel penyakit

dianalisis dengan menggunakan Health Belief Model oleh Hochbaum (1958). Perkataan atau

ayat yang menunjukkan maklumat risiko, keterukan dan tindakan ditandai dengan

menggunakan tiga warna berbeza iaitu merah jambu untuk risiko (Sus), biru untuk keterukan

(Sev) dan hitam untuk apa-apa isyarat untuk tindakan (Act), jumlah kes dan peratusan telah

dikira dan direkodkan. Beralih ke objektif kajian yang keempat iaitu untuk membandingkan

risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser,

51
pengkaji membuat perbandingan dari segi penggunaan perkataan dan jumlah penggunaan

setiap maklumat. Maklumat tentang risiko mendapat penyakit yang terdapat dalam artikel

akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 82 maklumat berbanding dengan jumlah

maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 6 memandangkan

jumlah artikel HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min

jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 1.6 sementara min jumlah

maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.3. Daripada dapatan tersebut, didapati

artikel HFMD lebih memberi tumpuan risiko dan kemungkinan orang ramai mendapat

penyakit berbanding dengan kanser. Beralih kepada maklumat tentang keterukan pula,

maklumat keterukan penyakit yang terdapat dalam artikel akhbar penyakit HFMD lebih

banyak iaitu 28 maklumat berbanding dengan jumlah maklumat tentang keterukan dalam

artikel akhbar penyakit kanser iaitu 3. Min jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel

HFMD ialah 0.5 sementara min jumlah maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah

0.2. Daripada hasil tersebut, didapati HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan

tahap keterukan penyakit berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD

digambarakan sebagai penyakit yang lebih teruk berbanding dengan kanser. Maklumat

terakhir ialah maklumat tindakan, maklumat tentang tindakan yang terdapat dalam artikel

akhbar penyakit HFMD juga lebih banyak iaitu 196 berbanding dengan jumlah maklumat

tentang tindakan dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 20 memandangkan jumlah

artikel HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min jumlah

maklumat tentang tindakan untuk artikel HFMD ialah 3.8 sementara min jumlah maklumat

tentang tindakan untuk kanser pula adalah 1.1. Hal ini demikin kerana penyakit HMFD ialah

penyakit yang berjangkit dan mudah merebak sedangkan penyakit kanser merupakan

penyakit yang tidak berjangkit. Ini menunjukkan bahawa, unsur-unsur maklumat risiko dan

keterukan yang membawa kepada ancaman yang dirasakan oleh pembaca, seterusnya

52
mempengaruhi isyarat untuk bertindak terdapat dalam The New Straits Times untuk

dianalisis. Beralih kepada objektif keempat iaitu perbandingan risiko, keterukan dan tindakan

dalam artikel akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser, dapat dilihat dengan jelas

perbandingan atara maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel The New Straits

Times untuk penyakit HFMD dan kanser. Dapatan menunjukkan terdapat persamaan dan

perbezaan bagi setiap maklumat. Persamaan dapat dikenal pasti dalam maklumat risiko dan

keterukan manakala maklumat tindakan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Maklumat risiko digambarkan dalam bentuk yang sama melalui punca penyakit bagi HFMD

dan kanser manakala maklumat lain digambarkan dalam bentuk yang berbeza. HFMD

menekankan jumlah kes, wabak dan positif HFMD sedangkan kanser hanya memberikan

statistik. Maklumat keterukan juga terdapat persamaan antara kedua-dua penyakit yang

digambarkan melalui gejala. Namun, mengikut pengamatan pengkaji, gejala HFMD dapat

dikesan pada peringkat awal. Berbeza dengan kanser kerana hanya dapat dikesan melalui

diagnosis. HFMD turut menggambarkan keterukan melalui laporan kematian dan mangsa

yang masih mendapatkan rawatan manakala kanser pula menggambarkan keterukan dengan

menggunakan perkataan yang berbaur positif iaitu terselamat. Maklumat yang terakhir ialah

berkaitan dengan maklumat tindakan. Maklumat tindakan bagi kedua-dua penyakit sangat

berbeza. Hal ini demikian kerana HFMD menjurus kepada langkah pencegahan manakala

kanser lebih fokus kepada rawatan. Jumlah maklumat keterukan pula, menunjukkan bahawa

setengah daripada artikel HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan manakala dalam

artikel kanser kebanyakan artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan. Daripada hasil

tersebut, didapati HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan

penyakit berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai

penyakit yang lebih teruk berbanding dengan kanser. Jumlah maklumat tindakan pula,

didapati maklumat berkaitan tindakan yang terdapat dalam artikel HFMD ialah tiga hingga

53
empat kali setiap artikel manakala artikel kanser pula ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini

demikin kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang berjangkit dan mudah merebak

sedangkan penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Hal ini mendorong

pelbagai pihak agar mengambil langkah pencegahan segera untuk mengelakkan penyakit

HFMD daripada terus berjangkit. Hal inilah yang mendorong lebih banyak cadangan untuk

merawat HFMD berbanding kanser. Sebagai kesimpulan, didapati HFMD dan kanser lebih

banyak membuat laporkan melalui maklumat tindakan. Dengan jumlah maklumat bagi

kedua-dua penyakit, maklumat tindakan merupakan maklumat yang paling banyak digunakan

dalam artikel akhbar The New Straits Times iaitu sebanyak 216, diikuti oleh maklumat risiko

sebanyak 88 dan kemudian maklumat keterukan iaitu sebanyak 31. Ini menunjukkan bahawa

artikel akhbar The New Straits Times kurang memberi ancaman kepada pembaca kerana

ancaman dappat dirasakan melalui maklumat risiko dan keterukan.

5.2 Impikasi kajian

Akhbar sangat penting sebagai medium yang digunakan untuk mendidik orang ramai

untuk menyampaikan sesuatu. Selain mudah didapatkan, ruang pada akhbar juga

membolehkan maklumat yang disampaikan dapat dimuatkan dan diberikan sepenuhnya

kepada pemabaca. Namun sejauh mana akhbar mampu melakukan hal tersebut. Dalam

kajian Patterson et al. (2016) melihat bagaimana akhbar UK dan berita dalam talian membuat

laporan dengan baik tentang kesan buruk alkohol berdasarkan bukti terhadap "pesta minum"

wanita dan lelaki. Keputusan kajian menunjukkan artikel berkaitan wanita dengan "pesta

minum" lebih kerap dilaporkan berbanding lelaki dan budaya minum wanita lebih banyak

mendatangkan masalah. Lelaki lebih sering dicirikan sebagai ganas atau tidak senonoh,

sementara wanita dicirikan sebagai tidak terkawal, meletakkan diri mereka dalam bahaya,

54
merosakkan penampilan fizikal dan membebankan lelaki. Kajian ini turut menyatakan

bahawa untuk menyelaraskan laporan dan memberi pendedahan tentang bahaya minum arak

dengan lebih baik berdasarkan bukti semasa, pegawai kesihatan awam boleh bekerjasama

dengan pihak media untuk mengubah cara media merangka "pesta minum" dengan lebih baik

daripada spesifik mengikut kumpulan (golongan muda, wanita) dan konteks (awam minum)

kepada risiko kesihatan khususnya tingkah laku minum yang memberi kesan kepada semua

kumpulan tanpa mengira konteks.

Kajian berkaitan Health Belief Model dalam kajian Salari dan Filus (2016) mengkaji

tentang faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan ibu bapa untuk mengambil bahagian

dalam program keibubapaan dan kesannya berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan

bahawa, bagi kedua-dua ibu dan bapa, tanggapan terhadap faedah program menyumbang

kepada keinginan yang lebih tinggi untuk menyertai program keibubapaan. Di samping itu,

keinginan untuk menyertai program dalam kalangan ibu ialah berdasarkan tanggapan

terhadap halangan manakala golongan ayah pula ialah berdasarkan keberkesanan diri.

Daripada hasil kajian juga, didapati tiada hubungan yang penting antara keinginan untuk

menyertai program dengan tanggapan terhadap risiko dan keterukan kanak-kanak. Analisis

juga menunjukkan bahawa bagi ibu bapa, masalah emosi dan tingkah anak memberi kesan

tidak langsung ke atas keinginan ibu bapa untuk menyertai program. Keseluruhannya, model

yang dicadangkan menjelaskan tentang 45% terdapat dalam niat orang tua untuk turut serta.

Kajian ini memberi pendekatan kepada ibu bapa untuk meningkatkan kadar penyertaan ibu

dan bapa dalam program keibubapaan pada masa akan datang.

5.3 Cadangan penambah baikan

55
  Kajian pada masa akan datang seharusnya menekankan tindak balas pembaca

mengenai risiko penyakit HFMD dan kanser yang disampaikan di akhbar sama ada mereka

takut atau tidak berasa terganggu oleh penyakit HFMD dan kanser. Ini boleh dilakukan

dengan menambah sesi temu bual dengan pembaca selepas mereka membaca artikel berita.

Dengan berbuat demikian, ianya dapat menambahkan penjelasan pembaca terhadap tindakan

dan reaksi pembaca semasa sesi. Penyelidik juga boleh mengambil perhatian mengenai

ekspresi wajah pembaca apabila mereka membaca artikel kerana ini akan menegaskan lebih

banyak tentang rasa takut daripada pembaca ke arah keseriusan penyakit yang disampaikan.

Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis mesej media

untuk mendidik orang ramai, mewujudkan ketakutan terhadap ancaman penyakit dan

mendapatkan tingkah laku pencegahan. Di dalam akhbar, penulis seharusnya membantu

Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesadaran orang ramai tentang risiko penyakit.

Penggunaan perkataan yang betul seperti kata-kata yang berkaitan dengan rayuan kepada

emosi, logik dan kredibiliti sumbernya harus diikat bersama dengan maklumat risiko penyakit

di memerintahkan untuk menyampaikan mesej risiko penyakit dengan lebih baik kerana

terbukti berkesan dalam mendorong rasa takut, mendidik orang ramai, dan mendorong

tindakan pencegahan.

5.4 Aplikasi kajian

Penemuan kajian ini akan memberikan pemahaman tentang bagaimana media

menyebarkan maklumat tentang bagaimana penyakit yang serius dan berbahaya boleh

memberi kesan kepada orang ramai. Akhbar dalam talian sebagai salah satu medium yang

boleh digunakan untuk membantu menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada

orang amai tentang kesihatan. Gabungan antara maklumat risiko dan keterukan memberi

56
kesan untuk mewujudkan kebimbangan dan rasa takut dalam kalangan orang ramai mengenai

ancaman penyakit yang kemudian mempengaruhi pembaca ataupun orang ramai untuk

mengambil langkah-langkah pencegahan.

Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis mesej

melalui media untuk mendidik orang ramai, mewujudkan ketakutan terhadap ancaman

penyakit yang mendorong kepada tindakan pencegahan. Penulis-penulis akhbar harus

membantu Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesadaran orang ramai risiko

penyakit. menggunaan perkataan yang betul serta memberi penekanan kepada maklumat

yang diberikan seperti maklumat risiko, keterukan dan tindakan agar isi kandungan artikel

tentang risiko penyakit dapat disampaikan dengan lebih baik.

57
RUJUKAN

Asmani, M. P. (2018, Julai 26). Semakin ramai meninggal sebab kanser. Diperoleh daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361997/semakin-ramai-meninggal-

sebab-kanser

Bandura, A. (2001). Social cognitive theory of mass communications. In J. Bryant, &

D.Zillman (Eds.). Media effects: Advances in theory and research (2nd ed., 121-153).

Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.Beck, S. & Manuel, K. (2008). Practical research

methods for librarians and information professionals. New York, NY: Neal-Schuman.

Chua Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education

Granner, M. L., Sharpe, P. A., Burroughs, E. L., Fields, R., & Hallenbeck, J. (2009).

Newspaper content analysis in evaluation of a community-based participatory project to

increase physical activity. Oxford: Oxford University Press.

Granner, M. L., Sharpe, P. A., Burroughs, E. L., Fields, R., & Hallenbeck, J. (2015). A

quantitative content analysis of UK newsprint coverage of proposed legislation to

prohibit smoking in private vehicles carrying children. Glasgow, United Kingdom: BMC

public Health.

58
Hajmadi, M. (2010). Introduction to cancer biology. Diperoleh daripada

http://csbl.bmb.uga.edu/mirrors/JLU/DragonStar2017/download/introduction-to-cancer-

biology.pdf

Hayes, A. F., & Krippendorff, K. (2007). Answering the call for a standard reliability

measure for coding data. Communication Methods and Measures, 1(1), 77–89.

Huang, H. T., Kuo, Y. M., Wang, S. R., Wang, C. F., & Tsai, C. H. (2016). Structural factors

affecting health examination behavioral intention. Taiwan: MDPI

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Pelan tindakan bersepadu bagi mencegah dan

mengawal kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Kuala Lumpur: Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2016). MyHEALTH. Kuala Lumpur, Malaysia:

Penyakit Berjangkit. Diperoleh daripada http://www.myhealth.gov.my/penyakit-

berjangkit-3/

Krippendorff, K. (2012). Content analysis: An introduction to its methodology. Oaks, CA:

Sage.

Krishnan, M., & Rahim, S. A. (2014). Dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan

amalan gaya hidup sihat. Journal of Communication, 30 (1), 147-176.

Mahesar, R., A. (2018). Newspaper coverage of suicide: a content analysis of daily Kawish

newspaper - an elite Sindhi newspaper of Pakistan. Pakistan: J Mass Communicat

Journalism.

McCombs, M., Holbert, L. R., Kiousis, S. & Wanta, W. (2011). The news and public opinion.

Malden: Polity Press.

59
Mou, J., & Cohen, J. (2014). Trust, risk barriers and health beliefs in consumer acceptance of

online health services.

Onozuka, D., & Hashizume, M. (2011). The influence of temperature and humidity on the

incidence of hand, foot, and mouth disease in Japan. Science of the Total

Environment, 410, 119-125.

Orji, R., Vassileva, J., & Mandryk, R. (2012). Towards an effective health interventions

design: an extension of the Health Belief Model. Canada: University of Saskatchewan

Patterson, C., Emslie, C., Mason, O., Fergie, G., & Hilton, S. (2016). Content analysis of UK

newspaper and online news representations of women's and men's ‘binge’drinking: a

challenge for communicating evidence-based messages about single-episodic

drinking?. BMJ open, 6(12), e013124.

Pew Research Center (2010). How news happens: A study of the news ecosystem of one

American city. Pew Research Center.

http://www.journalism.org/analysis_report/how_news_happens

Podin, Y., Gias, E .L., Ong, F., Leong, Y., Yee, S., & Yusof, M. A. (2006). Sentinel

Surveillance for Human Enterovirus 71 in Sarawak, Malaysia: Lessons from the first 7

years. Malaysia: BMC Public Health.

Salari, R., & Filus, A. (2016). Using the Health Belief Model to explain mothers’ and fathers’

intention to participate in universal parenting programs. Diperoleh daripada

https://link.springer.com/content/pdf/10.1007%2Fs11121-016-0696-6.pdf

Tasdemir, A., & Kus, Z. (2011). The Content Analysis of the News in the National Papers

Concerning the Renewed Primary Curriculum. Educational Sciences: Theory and

Practice, 11(1), 170-177.

60
Ting, S. H., & Jerome, C. (2017). FRAMING OF DISEASE RISK MESSAGES IN

AIRPORT BANNERS. International Journal, 2(6), 63-75.

Zawahir, S., Omar, M., Awang, R., Yong, H. H., Borland, R., Sirirassamee, B., ... &

Hammond, D. (2012). Effectiveness of antismoking media messages and education

among adolescents in Malaysia and Thailand: findings from the international tobacco

control southeast Asia project. Nicotine & Tobacco Research, 15(2), 482-491.

LAMPIRAN

Lampiran 1: Contoh artikel akhabar The Straits Times yang menggambarkan maklumat

risiko, keterukan dan tindakan

61
62

You might also like