You are on page 1of 5

1

Pengenalan Kepada Epidemiologi - Perkataan Epidemiologi berasal daripada perkataan Yunani. "EPI" bererti berkenaan. "DEMOS" bererti orang. "LOGOS" bererti ilmu. Definasi Epidemiologi" boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang agihan dan unsur-unsur penyakit serta kecederaan di kalangan penduduk. Sejarah Perkembangan - Dari sudut sejarah, hubungan penyakit dan persekitaran telah dikaji sejak zaman Sebelum Masihi lagi(BC). - Hippocrates (460 - 377 Sebelum Masihi) telah cuba menerangkan hubungan penyakit dan persekitaran. - John Graunt, seorang pekedai barang-barang keperluan pakaian (haberdasher) British pada 1662 menggunakan perangkaan dalam analisa laporan kematian dan kelahiran. - Beliau menunjukkan kepentingan mengumpul data-data secara rutin untuk memahami kejadian penyakit dan mewujudkan asas bagi epidemiologi moden. - William Farr, seorang pakar perubatan British(physician) British(1839) bersependapat dengan John Graunt bahawa data-data mengenai masyarakat boleh menghasilkan banyak maklumat tentang penyakit manusia. - Beliau memperkenalkan sistem pendaftaran kematian(bil. ,sebabsebab, pekerjaan, jantina dll) secara rutin. - Beliau mula menyumbang kepada kefahaman tentang frequaensi dan penyebaran(distribution) penyakit dan kematian. - John Snow, juga seorang pakar perubatan British(antara 1849 -1854) melengkapkan ciri-ciri epidemiologi dengan mengkaji wabak taun di London dan menguji hipotesis punca wabak tersebut. - Florence Nightingale, seorang jururawat British memperkenal reformasi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui kegunaan perangkaan. Komponen dalam Epidemiologi - Merangkumi dua(2) aspek : > Pertama merangkumi kaedah epidemiologi dalam penentuan penyebab penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya. > Kedua ialah aspek kawalan dan pencegahan penyakit. Epidemiologi Diskritif Mengkaji taburan penyakit dan menjawab soalan siapa, bila dan dimana? Pengetahuan ini penting untuk membolehkan kita mengenalpasti kumpulan orang yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu penyakit,menentukan magnitude atau saiz masalah kesihatan dan membuat cadangan untuk hipotesis untuk kajian analitis. Kajian frequensi dan taburan. Epidemiologi Analitis Digunakan untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko penyakit. Ujian terhadap hipotesis dilakukan sama ada secara keratan rentas, kes kawalan atau kohort. Ujian ini dapat menjawab pertanyaan mengapa penyakit itu terjadi. Dengan pengetahuan ini, sesuatu program kesihatan dapat diubahsuaikan atau dimulakan dengan berkesan. Kajian faktor penentu. Epidemiologi Eksprimental Amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat,tatacara, ujian saringan atau program kemasyarakatan. Merupakan kajian faktor penyebab dengan hubungan percubaan yang dilakukan secara pencegahan atau rawatan. Konsep-konsep Epidemiologi(dalam penyakit) Penyakit terjadi akibat ketidakseimbangan antara agen, perumah dan persekitaran. Keseimbangan ini bergantung pada sifat agen dan perumah. Klasifikasi faktor-faktor yg. menyumbang kepada kehadiran penyakit dalam manusia. Agen- Bahan biologi, fizikal atau kimia yang sama ada kehadiran atau ketiadaannya dapat menyebabkan penyakit. Misalnya, kehadiran Vibrio cholerae pada orang yang rentan(mudah mdapat) dapat menyebabkan penyakit kolera. - Agen Biologi Protozoa Bakteria Virus Riketsia Fungus - Agen Kimia Pestisid Bahan Tambahan Makanan Ubatan Kimia industri Alergen Agen fizikal Haba Cahaya Sinaran Ion Bunyi Objek

Host (perumah) Organisma, sama ada ringkas atau kompleks (termasuk manusia), yang boleh dijangkiti agen tertentu. Ciri perumah yang mempengaruhi kejadian dan taburan penyakit ialah umur, jantina, etnik, status sosioekonomi, status perkahwinan, penyakit yang lalu dan pemakanan. a.Perumah primer (definitif) Perumah tempat parasit mencapai peringkat kematangan atau peringkat seksual. b.Perumah sekunder (perantaraan) Perumah tempat parasit wujud dalam peringkat larva atau peringkat aseksual.

2
c.Perumah Kebetulan(aksidental) Perumah yang tidak mempunyai peranan dalam penularan atau pembiakan agen infeksi. Persekitaran Semua keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan organisma. Dibahagi kepada persekitaran fizikal seperti iklim dan keadaan geologi, biologi spt. Permakanan,takungan penyakit serta vektor penyakit. Dan sosioekonomi spt. Pekerjaan, kelas sosial dan adat resam. Interaksi antara agen, host dan persekitaran. Sakit dan sihat pada individu atau komuniti bergantung pada faktorfaktor agen, host dan persekitaran. Dalam keadaan sihat, faktor agen, perumah dan persekitaran berada dalam keadaan keseimbangan. Perubahan pada sifat agen, perumah atau persekitaran akan mengancam keseimbangan ini dan akan menyebabkan penyakit. Konsep iceberg Kebiasaannya digunakan sebagai" the tip of the iceberg" yang bermakna secara kiasan (figuratively) bahawa yang di tahu itu hanya sebahagian kecil daripada yang sebenarnya (Kamus Inggerris/Melayu Dewan, 1992). Spektrum penyakit. Spektrum penyakit bermaksud acara@turutan tindakbalas yang berlaku di dalam manusia dari masa pendedahan kepada agen-agen penyebab hingga kepada penyembuhan atau kematian. Ciri-ciri Epidemiologi 6.1. Kajian Kuantitatif 6.2. Taburan Masa(jam, hari, musim) Manusia(jantina, bangsa, umur) Tempat 6.3. Faktor Penentu Agen Perumah Persekitaran 6.4. Tindakan kawalan/pencegahan 6.5. Kelompok manusia/masyarakat 6.6. Takungan infeksi 6.7. Pembawa 6.8. Mekanisma transmisi infeksi Kegunaan Epidemiologi i. Menentukan etiologi atau faktor penyebab penyakit tertentu. ii. Mengenalpasti kumpulan atau orang(populasi) yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu penyakit. iii. Melihat perubahan akibat sesuatu penyakit atau masalah kesihatan. iv. Merancang untuk keperluan masa kini dan meramalkan keperluan akan datang. v. Menilai langkah-langkah pencegahan, terapi dan intervensi. vi. Menyiasat sesuatu wabak. vii. Diagnosa komuniti dan merancang. viii. Untuk melengkapkan gambaran klinikal. TERMINOLOGI EPIDEMIOLOGI Spektrum Penyakit Adalah turutan acara atau tindak balas yang berlaku didalam manusia dari masa terdedahnya kepada agen penyebab hingga ke kematian. Spektrum Penyakit (Umum): Spektrum penyakit berjangkit Inapparent Infection : - penting; menyebabkan transmisi jangkitan walaupun tiada tanda/gejala penyakit. - ukuran sebenar jangkitan / imuniti dalam penyakit tertentu Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kehadiran penyakit dalam masyarakat: 3.1. Agen: Agen biologi Nutrien ( pemakanan ) Bahan kimia Fisikal Mekanikal Takungan infeksi (reservoir) 3.2. Hos : Umur Jantina (sex) Saiz keluarga Status mental Ugama / kepercayaan Pekerjaan Bangsa Habits Adat Daya tahanan (imuniti) Persekitaran : Udara (asap, jerebu, gas beracun) Tempat kediaman / kerja Bencana alam (peperangan, gunung berapi, hujan asid) Bekalan air minum dan pembuangan air kumbahan Pembangunan Ekonomi Sosial Perubahan suhu (panas / sejuk) Pencemaran (air, udara, makanan Menerangkan interaksi antara Agen, Hos dan Persekitaran Keseimbangan antara agen, hos dan persekitaran Ketidakseimbangan antara agen, hos dan persekitaran. Peranan Takungan (Reservoir) dalam transmisi Infeksi Definisi Takungan Mana-mana manusia, binatang, antropods, tumbuhan, tanah dimana agen infeksi hidup dan membiak dan bergantung untuk hidup dan berganda didalamnya bertujuan untuk ditransmisikan pada hos yang sesuai pada keadaan yang tertentu. Jenis-jenis takungan Manusia: kes sebenar, infeksi subklinikal, pembawa Binatang : zoonosis Lain-lain : Histoplamosis (tanah) Cara-cara infeksi keluar dari takungan: Saluran penghadaman (muntah, cirit-birit) Saluran pernafasan Saluran urinari Open lesions Secara mekanikal (pendermaan darah) Perantaraan (vektor) Pembawa: Manusia atau binatang yang mengeluarkan agen infeksi yang spesik dan tidak menunujukkan sebarang tanda-

3
tanda penyakit klinikal, bertindak sebagai punca agen infeksi, peringkat pembawa mungkin kekal dalam seseorang individu melalui proses sejarah semulajadi. Boleh bertukar dan menunujukkan tandatanda penyakit. Jenis-jenis Pembawa: Pembawa sihat ( asymptomatic) Kronik Temporary/transient Incubatory Convalescent Mengenalpasti klasifikasi mekanisma transmisi: Definisi transmisi: Berbagai mekanisma dimana agen sampai ke hos dan infeksi berlaku. Proses transmisi: Agen infeksi Takungan infeksi Agen / orgamisma keluar / terlepas dari reservoir Menghampiri hos yang sesuai Memasuki kedalam hos Hos yang sesuai Klasifikasi mekanisma transmisi: Transmisi secara terus direct - Secara sentuhan (cium, hubungan jenis) - Secara projeksi (droplet spread ) Transmisi secara indirect - Melalui perantaraan / vehicle ( pencemaran objek): contoh Formites (baju, selimut, surgical dressing; makanan (susu); hasil biologikal (serum, plasma). - Melalui vektor : Mekanikal atau biologikal ( berlaku pengandaan dalam vektor); kitaran hidup. - Melalui udara : droplet, habuk - Secara Transplacental Ibu ke anak ( malaria, syphilis, HIV/AIDS) Transmisi secara indirect Secara Percutaneous Infeksi transmisi melalui kulit (contoh: gigitan serangga, melalui suntikan jarum, melalui luka). Membandingkan Kejadian Penyakit Kaedah 2. Perkadaran Perkadaran menunjukkan hubungan sebahagian perkara daripada keseluruhan. Pembilang(numerator) merupakan sebahagian daripada penyebut(denumerator) E.g. Jumlah rumah positif Indeks Rumah = Aedes agypti x 100 Jumlah rumah diperiksa Selalu dinyatakan dalam bentuk X x 100% Y 3.Kadar Menunjukkan keberangkalian terjadinya sesuatu peristiwa pada populasi berisiko dalam masa tertentu. Jumlah Kematian Kanak-kanak Kadar Kematian = 1 - 4 tahun kanak - kanak Jumlah kanak-kanak 1 4 tahun pada masa tertentuk Selalu dinyatakan dalam bentuk, xxk y Dimana x = Bil. Peristiwa atau kes y = Jum. Populasi k = Pemalar ( 10, 100, 1000, 10 000) Ada kadar populasi sukar ditentukan. Bagi mengatasi masalah ini, populasi yang ada kaitan dgn. populasi berisiko digunakan. E.g. Jumlah Kematian ibu Kadar Kematian Ibu = x k Jumlah kelahiran hidup pada masa ditentukan Kadar ini disebut kadar palsu(pseudorate) Jenis-jenis kadar Terbahagi kpd. 3 jenis. i. Kadar kasar ii. Kadar yang dipiawaikan iii.Kadar khusus Kadar kasar Kadar yang dipiawaikan Juga kadar ringkasan dan rekaan . Ia menyeimbangkan perbezaan pada populasi berisiko(dari segi umur dan jantina supaya kadar itu boleh dibandingkan). Kadar khusus Kadar yang dikira untuk setiap peringkat populasi. Ia memerlukan maklumat tentang komposisi pupulasi sesuatu tempat. E. g. kadar kematian bayi, kadar kematian khusus penyakit Malaria. Epidemiologi -kajian tentang agihan dan unsureunsur penyakit serta kecederaan dikalangan penduduk Epidemiologi Diskritif -mengkaji taburan penyakit dan menjawab soalan siapa dimana dan bila -penting untuk membolehkan kita mengenalpasti kump org yg punyai rsiko utk dapat sesuatu penyakit, tentukan magnitude atau saiz masalah kesihatan dan buat cadangan untuk hipotesis untuk kajian analtis -kajian frekuensi dan taburan Epidemiologi Analitis -digunakan untk tentukan faktor etiologi -ujian trhdp hipotesis dilakukan samada secara keratin rentas, kes kawalan atau kohort -ujian ini dpt menjawab mengapa penyakit berlaku -dgn pengetahuan ini sesuatu program kesihatan dpt diubahsuain atau dimulakan dengan berkesan -kajian faktor penentu Epdemiolgi Eksperimental -amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat,tatacara,ujan saringan atau program kemasyarakat -merupakan kajian faktor penyebab dgn hubungan percubaan yg dilakukan secara pencegahan atau rawatan Epidemik Berlaku atau timbulnya suatu penyakit yang lebih daripada kadar biasa Endemik Satu-satu penyakit yang sentiasa ada / didapati di suatu kawasan tertentu Pandemik Suatu penyakit yang merebak keseluruh dunia dan menyebabkan

4
ramai yang dijangkitinya. Contohnya AIDS Perumah -organisma samada ringkas atau kompleks termasuk manusia yang boleh dijangkiti oleh agen tertentu Perumah Primer -perumah tempat parasit mencapai peringkat kematangan atau peringkat seksual Perumah Sekunder -perumah tempat parasit wujud dlm peringkat larva atau peringkat aseksual (tiada jantan/betina/belahan) Perumah Kebetulan -perumah yg tidak mempunyai peranan dlm penularan atau pembiakan agen infeksi Konsep ice-berg -secara kiasan bahawa yang ditahu hanya sedikit sahaja daripada yang sebenarnya Spektrum Penyakit -acara@turutan tndakbalas yg berlaku di dlm manusia dr masa pendedahan agen2 penyebab hingga kepada penyembuhan atau kematian Penyakit berjangkit Suatu penyakit yang disebabkan oleh satu agen infeksi yang tertentu atau keluaran bahan toksin yang seterusnya menyebabkan penyakit tersebut merebak kepada orang yang berada di persekitarannya Kes -Orang yang telah dijangkiti penyakit Kes Disyaki Mempunyai sejarah semulajadi (perubatan), mempunyai tanda dan gejala penyakit berjangkit tetapi belum disahkan oleh laporan makmal Masa kereaktifan -masa apabila pathogen boleh berpindah secara terus darpada pesakit kepada org yang sihat Kontaminasi -kehadiran pathogen di atas tubuh, pakaian, makanan dan lain2 manusia Infeksi/Jangkitan Serangan pada tubuh oleh organisma yang berbahaya kepada manusia dan haiwan yang seterusnya melemahkan sistem keimunan dalaman Morbidity Keadaan berpenyakit. Kadar morbidity ialah bilangan kes sesuatu penyakit yang berlaku dalam bilangan populasi yang dinyatakan dan biasanya diberikan sebagai keskes per 100 000 atau perjuta penduduk Mortaliti Adalah kematian yang berlaku dalam sesuatu populasi disebabkan oleh penyakit Kadar Mortality Kadar kematian yang berlaku dalam sesuatu kawasan disebabkan oleh penyakit yang berlaku Kadar Mortalilti Bersalin Kematian ibu-ibu berpunca daripada komplikasi mengandung melahirkan anak atau pueperium setiap 1000 kelahiran hidup Kadar Mortaliti Perinatal Bilangan kelahiran mati dan bilangan kematian berumur kurang daripada 7 hari setiap 1000 jumlah kelahiran Kadar Mortaliti Kanak-kanak Bil kematian kanak-kanak berumur 1-4 tahun setiap 1000 penduduk berumur 1-4 tahun di pertengahan tahun Kadar Fataliti Kes Mengukur berapa teruk /risiko

Masa pengeraman ( incubation period ) Tempoh masa yang diperlukan untuk kuman penyebab penyakit dari mulamula memasuki tubuh sehingga timbul gejala dan tanda penyakit tersebut Pembawa/Carrier Manusia atau binatang yang dijangkiti oleh agen infeksi tanpa tanda dan gejala penyakit itu serta berpotensi membawa atau menjadi punca penyakit Penyakit berjangkit ) Kejadian sesuatu penyakit akibat ketidakseimbangan antara agen penyakit, perumah dan persekitaran Kontek Individu atau binatang yang berada dalam sesuatu kawasan ( persekitaran yang tercemar ) dan berkemungkinan terjangkit daripadanya

Disinfeksi Konkuren -tindakan membunuh pathogen secara secepat mungkin atas bahan keluaran daripada badan si pesakit Disinfeksi terminal -kerja2 menghapuskan pathogen yg dijalankan selepas masa kereaktifan Pembersihan -penghapusan pathogen dengan bahan kimia Agen infeksi Suatu organisma samada virus, rickettsia, bakteria, fungi, protozoa dan helminth yang boleh menyebabkan penyakit kepada

5
kematian dalam masa tertentu untuk individu yang menghidap penyakit tertentu Disinfeksi Proses untuk menghapuskan semua mikrob tetapi tidak termasuk sporanya Kuarantin Menghadkan pergerakan seseorang atau binatang yang sihat dari terdedah kepada penyakit berjangkit itu semasa proses pengeraman dalam pesakit tersebut. Ini juga bagi mengelakkan kontek dengan orangorang sihat daripada terdedah kepada jangkitan Pengasingan Pengasingan punca jangkitan dari orang lain untuk satu tempoh supaya dapat mencegah atau mengurangkan jangkitan secara langsung atau tidak langsung kepada perumah Insiden Kes penyakit spesifik yang didiagnos atau dilaporkan dalam satu tempoh masa Prevalen Jumlah orang yang sakit atau menunjukkan satu keadaan di dalam satu populasi pada masa yang etrtentu Pewasapan -satu proses membunuh vector dengan menggunakan bahan kimia yg kuarkan wap Pengasapan -satu proses membunuh arthropoda dengan mgunakan bhan kima dalam bentuk asap Statistik -suatu kaedah saintifik untuk mengumpul,menyususn,meringkas, mempersembahkan, menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasilpenganalisisan data tersebut Statistik Perihalan (deduksi) -data dikumpul,dirigkas,dan dibentangkan dlm bentuk yg mudah difahami dan sesuai digunakan.maklumat dipersembahkan menggunakan carta,graf jadual Statistik Inferensi -kaedah yang melibatkan membuat rumusan atau kenyataan ke atas populasi berasakan maklumat yg didapati daripada sampel -tentukan sejauh mana keputusan boleh diterima bergantung kepada teori kebarangkalian Populasi Keseluruhan kumpulan orang,objek atau barang dikaji Sampel -satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi -sampel dipilih untuk mewakili populasi Data Primer -data mentah yang dikumpul oleh penyelidik sendri -dikumpul melalui kaedah pemerhatian,temuduga atau kaji selidik Data Sekunder -data yang digunakan oleh mereka yang selain daripada pegumpul data itu sendiri -sumber ; laporan tahunan, rencana Pembolehubah -ciri2 ahli ppulasi yang dikaji -cth; umur,pendapatan,badan,jantina,tara f perkahwinan, jumlah pendapatan,jumlah undi Pembolehubah Kualitatif -pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor ;jantina,keturunan,gred Pembolehubah Kuantitatif -pembolehubah yang dinyatakan dalam bentuk nombor ;tinggi,berat,gaji Pembolahubah Kuantitatif Diskret -pembolehubah kuantitatif yang mengambil nombor bulat atau berselang ;bil pelatih sakit, saiz kasut Pembolehubah Kuantitatif Selanjar -pembolehubah yang mengambil nombor2 sahih -diperolehi dgn cara mengukur dan boleh ambil nomber perpuluhan atau pecahan ;tinggi seseorang,berat badan Data Selanjar -set data yag diperolehi secara mengukur.ukuran bersifat bersambungan dan boleh mengambil sebarang nilai termasuk nilai negatif

You might also like