You are on page 1of 1

Satu dunia kini telah dikejutkan dengan penularan wabak penyakit

covid-19 yang bermula di wilayah Wuhan, China dan kini telah tersebar
ke berpuluhan negara di dunia ini termasuk negara kita Malaysia.
Wabak covid-19 ini telah merebak begitu pantas sehingga mengancam
masyarakat dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Keadaan di Malaysia
sungguh membimbangkan seluruh rakyat kerana peningkatan yang
drastik dalam bilangan kes-kes jangkitan dan kadar kematian. Oleh itu,
perdana menteri negara kita yang baru dilantik iaituTan Sri Dato’ Dr Haji
Muhyiddin Yassin terpaksa mengumumkan perintah kawalan
pergerakan bagi menbendung penyebaran wabak covid-19 yang serius
ini. Malangnya, wabak covid-19 ini telah membunuh hampir 100 orang
warga negara Malaysia. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat
segelintir masyarakat yang tidak memandang serius terhadap perkara ini
serta melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan yang
diumumkan oleh pihak kerajaan. Individu-individu tersebut haruslah
dikenakan hukuman yang sewajarnya kerana mereka boleh
menyebarkan virus covid-19 itu tanpa disedari oleh sesiapa. Suatu
peribahasa Melayu telah menyatakan bahawa tiada penyakit yang tiada
penawarnya. Oleh itu, apakah langkah atau inisiatif yang diambil oleh
pelbagai pihak untuk menangani wabak covid-19 di Malaysia?

You might also like