You are on page 1of 2

Insp Roslina

1.0. PENGENALAN KEPADA CORONAVIRUS

1.1. Pendahuluan / Sejarah

Dunia kini telah dikejutkan dengan bencana krisis yang telah meragut

sejumlah yang besar. Sehingga kini dunia masih merasa pahitnya dan kini masih

berjuang melawan bencana yang dikenali sebagai Coronavirus 2019 (Covid 19).

Sejarah Covid 19 telah ditemui dan dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019

di bandaraya Wuhan, Hubei, China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Pada 10 Ogos 2022

angka jangkitan COVID-19 yang melibatkan 180 negara dunia mencatatkan

sebanyak 591,536,245 kes, angka kematian telah mencecah 6,442,648 manakala

jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 563,473,759.

Pada 13 Mac 2019, Eropah telah diumumkan sebagai pusat baru pandemik

oleh WHO. Penyakit ini telah ditemui dan mengakibatkan wabak coronavirus di

seluruh dunia. COVID-19 adalah virus Corona yang baru, bukan sahaja menyerang

negara tetapi ianya menyerang hampir keseluruhan negara di dunia. Sesungguhnya

Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan semua badan-badan kesihatan dunia

tidak mempunyai pengalaman dalam menangani virus ini. Walau bagaimanapun

pihak KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam keluarga penyakit

ini seperti SARS dan MERS CoV. Pandemik Covid-19 telah disahkan bertapak dan

merebak di Malaysia pada 25 Julai 2020 dan dari tarikh tersebut kes yang disahkan

positif semakin meningkat begitu juga dengan kematian dan kes yang disahkan

pulih. Berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes pandemik Covid- 19 ini


maka pada 13 Mac 2020 kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah mengatasi

melalui siaran secara langsung di seluruh negara. Pada peringkat awal penularan

penyakit ini di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan nama

“ koronavirus baru 2019 ” manakala pihak media massa memanggilnya dengan

nama “ Koronavirus Wuhan ” dan “ Radang Paru-Paru Wuhan”. Penyakit ini bukan

sahaja menyerang Malaysia tetapi telah menyerang hampir keseluruhan negara di

dunia dan pada akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah

mengumumkan nama rasmi penyakit tersebut sebagai “ COVID-19 ”. Pengumuman

ini telah dibuat pada 11 Februari 2020 dan nama ini telah turut sama diguna

pemakaiannya di Malaysia.

1.2. DefinisiCoronavirus / COVID-19

Coronavirus atau Covid-19 dikenali sebagai penyakit pernafasan angkut yang

mana virus ini juga boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat

beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus

(SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selsema biasa

kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

You might also like