You are on page 1of 2

 

KURSUS

 LMCS1602 ASAS BOLA SEPAK

SEMESTER 2 2020/2021

TAJUK

KOMEN DAN CADANGAN BERKENAAN ISU PANDEMIK COVID 19 TERHADAP


SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA & LUAR NEGARA

PENSYARAH

 ENCIK AZRAN BIN SALEHUDIN

NAMA

SHAWN JOSTER SYLVESTER

NO MATRIKS

A180369
KOMEN DAN CADANGAN BERKENAAN ISU PANDEMIK COVID 19 TERHADAP
SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA & LUAR NEGARA

Isu pandemik covid-19 atau lebih dikenali sebagai koronavirus, mula rancak sejak
pertengahan bulan Disember 2019. Namun pandemik ini mula diiktiraf oleh badan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Usaha untuk mencegah
penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan
pembatalan, serta penutupan kemudahan. Pandemik ini telah membawa kepada gangguan
sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan
kesukanan.
Sukan bola sepak Malaysia mahupun luar negara turut terkesan dengan pandemik ini.
Hal ini menyebabkan pendapatan persatuan bola sepak Malaysia mula merosot kerana setiap
perlawanan yang diadakan tidak dibenarkan sebarang penonton untuk memasuki stadium.
Bukan itu saja, dari segi pemain juga turut terjejas kerana jika ayam tambatan sebuah kelab
itu positif covid ia akan menjejaskan prestasi permainan dalam sesebuah kelab itu. Bola
sepak luar negara juga mempunyai masalah yang sama seperti di Malaysia iaitu kurang
sumber pendapatan dan juga menjejaskan mutu permainan kerana pemain terkesan dengan
pandemik ini. Sebagai contohnya, semasa musim koronavirus ini Paris Saints German (PSG)
terpaksa bermain dengan pemain-pemain skuad kedua mereka kerana ramai yang terkesan
dengan pandemik ini.
Cadangan yang dapat saya buat adalah setiap kelab bola sepak tidak kira dari
Malaysia mahupun luar negara perlu mendapatkan sponser-sponser yang baru untuk
menampung pembelanjaan mereka dengan membuat pengiklanan dan aktiviti-aktiviti yang
berasaskan media sosial. Selain itu, setiap kelab bola sepak haruslah mengetengahkan isu-isu
keihatan setiap pemain mereka untuk mengelakkan ketiadaan pemain mereka semasa
perlawanan-perlawanan penting. Hal ini dikatakan demikian kerana leih baik tiada satu orang
daripada kehilangan ramai pemain.
Kesimpulannya, pandemik Covid 19 ini telah menjejaskan mutu bola sepak negara
Malaysia dan juga luar negara. Hal ini jika diteruskan pemainan bola sepak akan mula
terjejas di mata dunia. Walaubagaimanapun, acara-acara besar seperti Euro 2020 masih lagi
diteruskan untuk mengekalkan mutu bola sepak antarabangsa.

You might also like